Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Elektrik Paling Berkualiti di Sekitar Melaka

Kedai elektrik adalah kedai yang paling gemar dikunjungi oleh semua orang yang memiliki rumah, lebih-lebih lagi pasangan yang baru sahaja berkahwin, untuk melengkapkan persiapan rumah. 

Sudah pasti anda mencari barang elektrik yang bagus dan harga berpatutan untuk rumah anda. Namun, perkara paling penting adalah kualiti sesuatu barang itu supaya anda dapat menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Artikel kami menyenaraikan enam kedai elektrik yang paling berkualiti di sekitar Melaka untuk rujukan anda membuat pilihan.

6 Kedai Elektrik di sekitar Melaka


1. Grand Senheng Mutiara Melaka Baru, Taman Mutiara Melaka

Kedai Elektrik Grand Senheng Mutiara Melaka Baru, Taman Mutiara Melaka

Kedai elektrik Grand Senheng Mutiara Melaka Baru terletak di Jalan Mutiara Melaka 2 dan dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 9 malam. Kedai ini menjual pelbagai barang elektrik dari banyak jenama terkenal.

Antara barang elektrik yang dijual di kedai ini adalah seperti televisyen, mesin pengering baju, alat memasak, komputer riba dan bermacam lagi. Namun, ramai pelanggan juga membeli telefon bimbit di kedai elektrik ini kerana sentiasa mendapat maklum balas yang positif. 

Dengan rating 5.0, kedai elektrik ini sentiasa memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan dan menjual barangan dengan harga yang berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom singgah ke kedai elektrik Grand Senheng Mutiara Melaka Baru!

Alamat: 82-1, 84, 86, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Grand Senheng


2. Tuan Hoe Electrical (M) Sdn. Bhd, Plaza Wang

Tuan Hoe Electrical (M) Sdn. Bhd, Plaza Wang

Kedai elektrik di Melaka seterusnya adalah Tuan Hoe Electrical yang menjual pelbagai variasi barang elektrik. Antaranya ialah peti sejuk, mesin pengering baju, televisyen dan banyak lagi. Kedai elektrik ini juga sering mengadakan jualan promosi untuk pelanggan. 

Selain itu, servis dan layanan pekerja di kedai ini terhadap pelanggan sering mendapat pujian. Ini kerana mereka sangat rajin membantu pelanggan untuk membuat pilihan dan menerangkan tentang barang jualan mereka. 

Kedai elektrik ini juga selalu mengadakan jualan promosi untuk pelanggan tidak kira secara walk-in atau membeli atas talian. Jadi, jika anda tiada masa untuk walk-in ke kedai, anda boleh membeli barangan elektrik mereka secara atas talian melalui laman web atau dengan menghubungi kedai ini.

Alamat: No 2, Block A, Plaza Wang, Jalan Bachang, Melaka Tengah, 75300 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Tuan Hoe Electrical


3. Teck Trading Company Sdn. Bhd, Kampung Jawa

Teck Trading Company Sdn. Bhd, Kampung Jawa

Teck Trading Company terletak di Jalan Munsyi Abdullah, Kampung Jawa dan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari pukul 9 pagi hingga 6.30 petang. Anda boleh mendapat barang elektrik rumah dari kedai ini yang mempunyai banyak pilihan dan jenama. 

Barang elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, kipas dan lain-lain dijual dengan harga yang berpatutan dan sangat berkualiti. Dengan rating 4.7 dan lebih 50 ulasan di Google Review, sudah terbukti kedai elektrik ini juga mendapat ulasan yang bagus dari pelanggan.

Alamat: 56, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Teck Trading Company


4. Shinho Huat Electrical Sdn. Bhd, Taman Peringgit Jaya

Shinho Huat Electrical Sdn. Bhd, Taman Peringgit Jaya

Kedai Shinho Huat Electrical juga menjual pelbagai barang elektrik untuk rumah anda di Melaka, seperti peti sejuk, televisyen, mixer dan sebagainya. Namun, barang yang paling popular ialah televisyen Android kerana kualiti dan harga barang yang ditawarkan oleh kedai elektrik ini sangat berpatutan. 

Kedai elektrik ini juga agak aktif di media sosial mereka untuk mempromosikan barang elektrik. Kedai elektrik ini juga sering membuka booth di Mega Home Sales di MITC Melaka. 

Anda juga boleh melayari laman web dan akaun Facebook Shinho Huat Electrical untuk mengetahui tentang barang yang mereka jual. Dengan ini, anda mungkin tidak terlepas peluang untuk membeli barang elektrik dari kedai ini dengan harga promosi!

Alamat: 377-K, Jalan Melor 1, Taman Peringgit Jaya, 75400 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Shinho Huat


5. Perniagaan Elektronik Sentral, Plaza Melaka Sentral 

Kedai Elektrik Perniagaan Elektronik Sentral, Plaza Melaka Sentral 

Lokasi Perniagaan Elektronik Sentral agak mudah dicari kerana ia terletak di Plaza Melaka Sentral yang dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Waktu operasi kedai elektrik ini adalah dari 10 pagi hingga 6.30 petang. 

Perniagaan Elektronik Sentral di Plaza Melaka Sentral ini merupakan kedai yang agak kecil berbanding kedai-kedai lain. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai pilihan barangan elektrik yang pelbagai dan pastinya berkualiti. 

Kedai ini menjual barang elektrik seperti lampu, mikrofon, pembesar suara dan sebagainya. Perniagaan Elektrik Sentral juga sering mendapat ulasan positif tentang servis yang diberikan oleh pekerjanya terhadap pelanggan. Mereka memberikan layanan yang terbaik, mesra dan sangat membantu.

Alamat: 19, Jalan Pms 1, Plaza Melaka Sentral, 75400 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.30 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Elektronik Sentral


6. Eson Electrical & Trading, Taman Malim Jaya 

Kedai Elektrik Eson Electrical & Trading, Taman Malim Jaya, Melaka

Eson Electrical & Trading terletak di Jalan Murni 2 dan juga dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.30 pagi hingga 7.30 petang. Kedai elektrik ini menjual pelbagai barangan elektrik seperti pengisar, mesin basuh, periuk nasi dan sebagainya. Anda juga boleh mendapati barangan elektrik tersebut dari banyak jenama yang popular. 

Kedai elektrik ini sering mengadakan promosi jualan yang menawarkan harga yang lebih murah dari harga biasa barangan elektrik tersebut. Ulasan positif tentang harga juga sering diberikan oleh pelanggan. Seterusnya, pekerja di kedai ini juga sangat mesra dan sedia untuk membantu anda membuat pilihan yang bijak.

Alamat: G8, Block Orkid, Jalan Murni 2, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Eson Electrical & Trading 


Jika anda penduduk di sekitar Melaka, kedai elektrik yang disenaraikan di atas mungkin menjadi rujukan anda untuk melengkapkan rumah dengan barang elektrik. Terdapat juga kedai yang menjual gajet seperti telefon pintar dan komputer riba. 

Walau bagaimanapun, kami yakin kedai-kedai yang telah kami senaraikan di atas pasti akan memuaskan hati anda dengan kualiti barangan mereka yang berpatutan dengan harga.

Jika anda sangat sibuk dan tiada masa untuk walk-in di kedai-kedai elektrik yang disenaraikan di atas, anda boleh layari artikel kami di 10 Kedai Elektrik Terbaik di Shopee yang patut dikunjungi untuk membeli barang secara atas talian. Hal ini sangat memudahkan untuk membeli dan membuat bayaran, bukan? 

Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuci mata!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Kedai Komputer Best di Melaka

Dewasa ini, komputer telah menjadi salah satu keperluan untuk setiap rumah. Dari pelajar sekolah rendah sehingga ke pekerja pejabat. Semua pekerjaan yang dilakukan harus...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x