Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 11 Kedai Komputer Kelantan Murah dan Pro

Untungnya hidup di zaman moden kerana kini terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan mampu milik. Memandangkan barangan komputer adalah satu keperluan, semakin banyak kedai komputer di Kelantan kini berlumba-lumba menawarkan pelbagai tawaran hebat dengan harga barangan ICT yang murah-murah.

Terdapat pelbagai aktiviti harian kini dilakukan secara atas talian. Masyarakat kini lebih gemar membeli-belah secara online memandangkan ianya memudahkan mereka untuk mencari, membuat perbandingan dan membeli produk ICT dengan hanya di hujung jari. Urusan perniagaan juga boleh dilakukan dengan cekap, cepat dan pantas agar produk-produk yang dijual mendapat capaian pelanggan yang lebih meluas. Proses pembelajaran juga semakin mudah dilakukan memandangkan pelajar kini boleh meningkatkan pemahaman mereka dengan mencari pelbagai sumber ilmu pengetahuan menerusi carian internet di komputer.

Kini terdapat pelbagai jenis komputer meja dan komputer riba yang hadir dengan ciri moden lengkap dengan pelbagai perisian terbaru. Bagi membantu anda mencari peralatan komputer moden dan terkini yang murah dan mesra bajet, di sini kami tampilkan 10 kedai-kedai komputer di sekitar Kelantan yang sememangnya best untuk dikunjungi.

Kedai Komputer Kota Bharu, Kelantan


1. NAIS Computer KB – Sebelah KB Mall

nais computer kb

Jika anda mencari kedai komputer di Kota Bharu yang serba ada, anda harus ke NAIS Computer KB. Kedai ini terletak bersebelahan dengan KB Mall sahaja, jadi memang senang nak jumpa. Mereka ada menjual bukan setakat komputer baru malah komputer terpakai pada harga yang berpatutan. Kalau anda taknak beli baru ataupun bajet tidak mencukupi, anda beli saja yang terpakai di sini kerana kualiti komputer terpakai mereka juga sangat baik. Selain itu, ada juga servis membaiki dan servis untuk menaik taraf komputer anda. Servis yang diberikan memang sangat baik kerana staf mereka yang mesra dan berpengalaman.

Kedai ini memang selesa dan santai untuk anda tengok-tengok barang yang pasti akan membuatkan anda datang lagi. Tempat letak kereta juga senang nak cari. Memang takda alasanlah untuk tidak ke sini bagi mencari barang-barang serta aksesori komputer.

Anda tak perlu ragu-ragu dengan kedai ini kerana mereka sudah pun ada 4 cawangan iaitu 2 cawangan di Kelantan (Kota Bharu & Tumpat), 1 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan 1 lagi di Taiping, Perak.

Alamat: Lot 203-8B Bangunan KBCC, Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  Setiap hari: 10.00 am – 7.00 pm kecuali Jumaat: 2.30 pm – 9.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:010-839 0393

Whatsapp NAIS Computer KB

 

2.  Monaliza, KB Mall

Monaliza

Kedai komputer Monaliza merupakan antara one stop center peralatan ICT dan barangan komputer yang patut anda kunjungi sekiranya anda berada di Kota Bharu. Ianya merupakan salah satu kedai komputer Kelantan yang best untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai kelengkapan ICT dan komputer dijual di sini, misalnya komputer riba dari pelbagai jenama, wireless router, gajet teknologi, aksesori komputer dan banyak lagi. Selain daripada mempunyai beberapa outlet di sekitar Kelantan, Monaliza turut mempunyai kedai online di laman web Monaliza dan Shopee.

Kini anda boleh menikmati pelbagai tawaran hebat untuk barangan komputer dan ICT tanpa perlu keluar dari rumah.  Bersempena musim PKP ini, Monaliza mengadakan pelbagai tawaran diskaun hebat bagi pembelian online untuk pelbagai produk ICT dan gajet teknologi. Nantikan promosi-promosi hebat terkini dari Monaliza dengan mengunjungi laman web Monaliza dan mengikuti laman Facebook Monaliza.

Alamat: 3.20 & 3.21 Digital City, KB Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 09-747 3077

Whatsapp Monaliza

 

3.  Pok Ya Technology, Kampung Sirih 

Pok Ya Technology

Pok Ya Technology merupakan kedai komputer di Kelantan yang best untuk dikunjungi kerana ianya menawarkan pelbagai model komputer riba dan komputer meja yang berspesifikasi hebat agar produktiviti kerja dan pembelajaran anda terjamin sewaktu musim PKP ini. Barangan-barangan komputer di sini adalah murah-murah dan mesra bajet. Bagi mendapatkan makluman mengenai produk-produk dan gajet-gajet terkini, ikuti laman Facebook Pok Ya Technology agar anda tidak ketinggalan sebarang tawaran hebat. Antara promosi hebat terkini di Pok Ya Technology ialah komputer gaming yang dijual di bawah RM3000.

Sekiranya anda tidak mampu melawati kedai komputer Pok Ya Technology di Kampung Sirih, anda bolehlah membuat pesanan barangan yang ingin dibeli menerusi Whatsapp. Penghantaran barangan boleh diuruskan oleh Pok Ya Technology.

Alamat:  PT 467 Tingkat 2, Jalan Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Sirih, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  10.30am-5pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-738 5944

Whatsapp Pok Ya Technology

 

4.  Crystal Timur Computer Sdn Bhd, Bandar Kota Bharu 

Crystal Timur Computer Sdn Bhd

Crystal Timur Computer Sdn Bhd  merupakan kedai komputer di Kelantan yang harus anda kunjungi sekiranya anda ingin membeli komputer meja, komputer riba, barangan ICT, alat ganti komputer, telefon pintar dan peralatan gajet teknologi. Crystal Timur Computer Sdn Bhd  ibaratnya seperti mini mart untuk pelbagai aksesori komputer dan gajet teknologi berkualiti tinggi.  Jika dilihat di laman Facebook Crystal Timur Computer Sdn Bhd, pelbagai spesifikasi produk dimuat naik untuk membantu pelanggan memilih produk gajet yang memenuhi keperluan mereka.  Terdapat banyak barangan aksesori komputer yang murah-murah, sesuai untuk golongan pelajar dan professional yang sedang mencari produk-produk komputer yang mesra bajet.

Selain daripada menjual barangan ICT, Crystal Timur Computer Sdn Bhd   turut menawarkan perkhidmatan membaiki komputer agar prestasi komputer anda dapat dikekalkan ke tahap optimum. Bagi memudahkan anda membandingkan produk-produk di Crystal Timur Computer Sdn Bhd, lawati laman Facebook Crystal Timur Computer Sdn Bhd  untuk mendapatkan senarai harga dan spesifikasi produk.

Alamat: PT 537, Wisma Crystal, Jalan Zainal Abidin, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9am-6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-743 3103

Whatsapp Crystal Timur Computer Sdn Bhd

 

5.  East Technologies System, Bandar Kota Bharu

East Technologies System

Pening kepala mencari kedai komputer yang menjual peralatan komputer dan ICT dengan harga murah? Kunjungi East Technologies System bagi mendapatkan peralatan komputer idaman anda dengan harga hebat. Bagi setiap pembelian komputer riba, anda bakal mendapat pelbagai hadiah percuma berupa aksesori komputer.  Terletak di KB Mall, kedai komputer East Technologies System amat mudah diakses menggunakan pengangkutan awam.

Antara produk ICT yang dijual di East Technologies System adalah seperti komputer baru terus dari kilang,  aksesori komputer, printer, dakwat printer, powerbank dan projector.  Terdapat banyak produk komputer berjenama Acer dijual di sini. Harga-harga barangan komputer di sini sememangnya dijamin murah dan mesra bajet.

Bagi kaki gaming, anda boleh menempah pelbagai jenis komputer gaming yang hebat dengan harga yang berpatutan. Ikuti laman Facebook East Technologies System agar anda tidak ketinggalan akan pelbagai promosi hebat dan tawaran menarik. Juga menerusi laman Facebook East Technologies System, anda boleh menempah produk-produk ICT yang ingin dibeli menerusi Whatsapp dan penghantaran barangan diuruskan oleh East Technologies System.

Alamat: Lot 3.30, Acer KB Mall , Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone: 09-747 9697

Whatsapp East Technologies System 

 

6. MYCC Computer, KB Mall

MYCC KB MALL

MYCC Computer menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer supaya anda kekal produktif apabila bekerja dan belajar dari rumah. Sekiranya anda risau masalah PC anda menghantui hidup, cepat-cepatlah hantar komputer anda di MYCC Computer untuk dibaiki atau diservis. Kos untuk  membaiki dan menservis komputer di  MYCC Computer dijamin murah, manakala pemeriksaan komputer untuk mengenalpasti masalah adalah percuma.

Terdapat juga pelbagai aksesori komputer dan gajet teknologi terkini dijual di MYCC Computer. Di MYCC Computer, anda boleh mendapatkan komputer riba terpakai yang dijual dengan harga murah untuk membolehkan anak-anak anda melakukan pembelajaran dari rumah dan menyiapkan tugasan sekolah. Bagi mendapatkan tips-tips penjagaan komputer agar komputer anda tahan lama, ikuti laman Facebook MYCC Computer dengan kadar segera.

Alamat:  Lot 3.33, Tingkat 3, KB Mall PT 101-102, Jalan Hamzah, Seksyen 16, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  10am-6.30pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-747 6981

Whatsapp MYCC Computer

 

7.  D’Nasa Computer Sales & Services, Jalan Long Yunus

D'Nasa Computer Sales & Services

Sekiranya anda ingin mencari komputer riba terpakai yang murah-murah dan mesra bajet, anda bolehlah mendapatkannya di kedai komputer D’Nasa Computer Sales & Services. Komputer riba yang mesra bajet amat sesuai untuk golongan pelajar yang bakal menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan pembelajaran dari rumah. Walaupun komputer-komputer D’Nasa Computer Sales & Services adalah terpakai, prestasi komputer adalah seperti baru. Untuk mendapatkan senarai harga komputer-komputer terpakai, kunjungi laman Facebook D’Nasa Computer Sales & Services.

Banyak juga komputer baru, aksesori komputer dan gajet peranti yang dijual dengan harga yang mampu milik. Pelanggan kini boleh membeli belah barangan komputer di kedai online D’Nasa Computer Sales & Services menerusi aplikasi Shopee.

Selain daripada menjual komputer terpakai, D’Nasa Computer Sales & Services turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer bermasalah. Di D’Nasa Computer Sales & Services anda boleh menaiktaraf Hard Disk Drive (HDD) ke Solid state drive (SSD) agar komputer lama anda lebih laju dari sebelumnya.

Alamat: Pt 1444, Bangunan Haji Din Anda, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 9am-7pm, Ahad tutup

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:09-741 4848

 

8.  Success Computer Supplies Sdn Bhd, Jalan Sri Cemerlang

Success Computer Supplies Sdn Bhd

Success Computer Supplies Sdn Bhd menjual pelbagai jenama komputer meja, komputer riba, aksesori komputer, alat ganti komputer, komponen komputer dan peralatan ICT dengan harga murah dan mampu milik. Buat gamers tegar di Pantai Timur, di Success Computer Supplies Sdn Bhd anda boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan aktiviti gaming baru seperti kerusi ergonomik, PC monitor beresolusi tinggi, gaming PC workstation, PC power supply unit dan banyak lagi aksesori komputer yang gempak dan bergaya. Selain daripada menjual peralatan komputer, Success Computer Supplies Sdn Bhd  turut membekalkan kelengkapan ICT asas seperti Wi-fi router, printer dan external storage hard disk.

Alamat:  864 S/27, Jalan Sri Cemerlang, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi: 10am-6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:09-746 1798

 

9.  Microtech Computer Sdn Bhd, Bandar Kota Bharu 

Microtech Computer Sdn Bhd

Adakah sedang mencari-cari peralatan komputer yang mesra bajet dan murah? Jika ya, anda harus kunjungi Microtech Computer Sdn Bhd bagi mencari peralatan-peralatan komputer yang murah dan berkualiti. Microtech Computer Sdn Bhd merupakan hypermarket barangan komputer dan kelengkapan ICT bagi anda yang ingin mencari peralatan komputer di satu tempat.

Microtech Computer Sdn Bhd yang diasaskan pada 1995 mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang penjualan peralatan komputer. Oleh itu, tidak hairanlah segala yang anda perlukan ada di kedai ini agar anda kekal produktif sepanjang tempoh bekerja dari rumah. Sekiranya barangan ICT dan jenama komputer yang anda perlukan tidak didapati di Microtech Computer Sdn Bhd, pihak Microtech Computer Sdn Bhd akan memesan barangan tersebut secepat mungkin.

Pelanggan juga boleh menghantar laptop yang bermasalah untuk dibaiki dan diservis. Menurut ulasan-ulasan perniagaan di Google, kebanyakan pelanggan amat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan pelanggan di sini.

Alamat:  893-B, Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi:  10am-5pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:09-747 9788

Whatsapp Microtech Computer Sdn Bhd

Kedai Komputer Pasir Mas, Kelantan 


10.  Kedai Komputer Mekar Global Resources,  Jalan Meranti

Mekar Global Resources

Kedai Komputer Mekar Global Resources menawarkan pelbagai jenis barangan dan aksesori komputer berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.  Antara barangan hebat yang dijual adalah CPU berkepantasan tinggi seperti AMD Ryzen, Intel Core i5 ke atas , yang mana amat sesuai untuk mereka yang gemar bermain game komputer. Terdapat juga pelbagai jenama printer dan dakwat printer agar anda dapat mencetak dokumen dengan selesa di rumah.

Selain menjual peralatan ICT dan pelbagai jenama komputer, Kedai Komputer Mekar Global Resources turut menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis komputer. Ikuti laman Facebook Kedai Komputer Mekar Global Resources bagi mendapatkan update terkini mengenai produk-produk terkini dan pelbagai pengongsian mengenai tips gajet teknologi.

Alamat:  No.3, Depan Balai Polis Cawangan Trafik, No 3 Depan, Jalan Meranti, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: 9am-10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:013-912 5711

Whatsapp Kedai Komputer Mekar Global Resources

 

11. KZ Computer Technology, Kampung Pasir Mas

KZ Computer Technology 

KZ Computer Technology menawarkan barangan komputer, printer, tablet, gajet peranti dan peralatan ICT untuk melengkapkan keperluan ICT anda sama ada di rumah ataupun pejabat.  KZ Computer Technology turut menawarkan perkhidmatan menservis, membaiki dan khidmat konsultasi berkaitan dengan permasalahan komputer dan pembaikian printer.

Menelusuri laman Facebook KZ Computer Technology, terdapat pelbagai produk-produk ICT hebat yang boleh didapati dengan harga murah dan mesra bajet. Antaranya ialah set PC murah yang boleh didapati dengan harga RM520, yang mana ianya sesuai dibeli untuk kegunaan anak-anak bagi tujuan pembelajaran dari rumah. Ikuti laman Facebook KZ Computer Technology bagi mendapatkan senarai harga barangan ICT dan tawaran hebat.

Alamat:  PT 8418, No 6, Jalan Tok Guru, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Waktu Operasi: 10.30am-10pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:09-790 1304

Whatsapp KZ Computer Technology

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Elektrik Yang “Best” Di Sekitar Kota Bharu!

Barang-barang elektrik sememangnya memudahkan urusan harian kita. Selain menjimatkan masa, kita juga dapat menikmati keselesaan yang optimum seperti penggunaan kipas atau penghawa dingin.  Di era...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x