Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Elektrik Yang “Best” Di Sekitar Kota Bharu!

Barang-barang elektrik sememangnya memudahkan urusan harian kita. Selain menjimatkan masa, kita juga dapat menikmati keselesaan yang optimum seperti penggunaan kipas atau penghawa dingin. 

Di era Revolusi Industri 4.0 ini, kita tidak boleh ketinggalan dan semestinya ingin memiliki alat-alat elektronik yang canggih dan moden. Oleh itu kami cadangkan 8 kedai elektrik di Kota Bharu untuk anda yang ingin membeli atau membaiki barangan elektrik. Semoga artikel ini membantu anda semua!

8 Kedai Elektrik di Kota Bharu


1. senQ Digital Station, KB Mall

senQ Digital Station, KB Mall

Mesti ramai yang mengenali jenama SenQ ini kan? Kadang kala anda terkeliru dengan satu lagi jenama syarikat kedai ini, iaitu Senheng. Jika anda nak tahu, SenQ merupakan jenama baru yang dibangunkan di bawah Senheng. SenQ mula beroperasi pada Disember 2003 dan kini berkembang hingga mempunyai lebih kurang 30 cawangan seluruh Malaysia. 

Jika anda di Kota Bharu, berkunjung ke SenQ adalah pilihan yang tepat jika anda sedang mencari perkakas elektrik rumah. Pelbagai jenis perkakas elektrik yang dijual di sini termasuklah telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.

Di samping itu, harga di SenQ juga berpatutan dan mereka menyediakan waranti untuk setiap perkakasan. Anda juga boleh berjimat apabila SenQ mengeluarkan baucar. Jadi, anda kena rajin tengok laman Facebook mereka!

Alamat: 3rd Floor, KB Mall, Lot 3.01 & 3.01B, Jalan Hamzah, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1088 6874


2. Senheng Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra

Senheng Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra

Jika tadi kita sudah cadangkan SenQ, kali ini kami ingin cadangkan kedai elektrik Senheng di Bandar Kota Bharu pula. Jenama Senheng ini juga tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mula bertapak di negara ini pada tahun 1989, kini, Senheng terus maju hingga mempunyai lebih kurang 100 cawangan di seluruh Malaysia! 

Anda boleh dapati pelbagai barangan elektrik yang dijual di sini ini. Para pelanggan mereka juga amat berpuas hati dengan servis yang diberikan di sini. Staf di sini ramah dan tidak jemu melayan pertanyaan para pelanggan mereka.

Kedai elektrik Senheng Kota Bharu juga sering menyediakan baucar dan anda juga boleh mendapatkan poin kad kredit jika membeli di sini. Dengan ini, anda dapat berjimat ketika membeli peralatan elektrik di kedai Senheng Bandar Kota Bharu ini.

Alamat: 4064A & B, Jalan Sultan Yahya Petra, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1088 5611


3. Darson, Wisma Mustapha

Darson, Wisma Mustapha

Cadangan kedai elektrik seterusnya adalah Darson yang terletak di Wisma Mustapha, Bandar Kota Bharu. Darson mula ditubuhkan pada sekitar tahun 1995 dan kini mempunyai lebih kurang 50 cawangan atas nama ‘Darson’ dan 10 cawangan atas nama ‘Emart’. Darson menawarkan lebih 25 000 peralatan elektrik dengan 60 cawangan seluruh Malaysia.

Pelbagai peralatan elektrik yang terdapat di sini seperti perkakas elektrik rumah, perkakas dapur, TV, pembesar suara, penghawa dingin, lampu dan pelbagai lagi. Harga yang ditawarkan di sini berpatutan dan menjadi pilihan penduduk tempatan. 

Kedai elektrik Darson Kota Bharu ini juga sering mengadakan promosi. Jadi, anda boleh terus Whatsapp mereka untuk pertanyaan atau kunjungi laman Facebook mereka untuk info lanjut.

Alamat: PT 33, Wisma Mustapha, Jalan Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-743 1923

WhatsApp Darson (Fikri)


4. Yong Seng Electrical & Trading, Jalan Pantai Cahaya Bulan

Yong Seng Electrical & Trading, Jalan Pantai Cahaya Bulan

Yong Seng Electrical & Trading merupakan kedai elektrik yang beroperasi di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Bandar Kota Bharu. Kedai ini menjadi pilihan penduduk tempatan kerana kepelbagaian barangan yang ada di sini serta kerana harganya berpatutan.

Antara barangan yang dijual adalah perkakas elektrik rumah seperti kipas, periuk nasi elektrik, cerek elektrik dan sebagainya. Mereka juga turut menjual barangan hardware seperti suis, pelbagai jenis kabel, paip plastik, lampu dan sebagainya.

Jika rumah anda sering dilanda banjir, anda boleh mendapatkan peralatan di sini sebagai persediaan seperti water pump atau anda boleh gunakan untuk pembersihan rumah anda.

Alamat: 247-B, S/1, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Cina, Bandar Kota Bharu, 15350 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.30 am – 6.30 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Yong Seng


5. Ong Letrik, Jalan Sultanah Zainab

Ong Letrik, Jalan Sultanah Zainab

Ong Letrik merupakan kedai elektrik yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Selain menjual peralatan elektrik, mereka turut menjual barang-barang hardware dan juga komponen-komponen berkaitan elektrik.

Jika anda ingin membaiki sendiri barang elektrik anda, kami cadangkan supaya berkunjung ke Ong Letrik ini untuk membeli alat ganti yang bersesuaian dengan barang elektrik anda itu. 

Pelbagai barang yang berkaitan elektrik dijual di sini seperti lampu, kipas, water pump, water jet, suis, kotak suis, palam, kabel dan bermacam lagi. Produk yang dijual oleh mereka juga berkualiti dan mempunyai harga yang berpatutan. Rata-rata pelanggan mereka berpuas hati membeli barang elektrik di kedai ini.

Alamat: 3991-G, Tingkat Bawah, Jalan Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.30 pm), Jumaat (10.00 am – 12.30 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 8739


6. Kedai Sri Gaya Elektrik Mulong, Kota Bharu

Kedai Sri Gaya Elektrik Mulong, Kota Bharu

Seterusnya, kami cadangkan kedai Sri Gaya Elektrik yang terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Kedai elektrik ini popular di kalangan penduduk sekitarnya. Ini kerana terdapat pelbagai jenis barangan elektrik dijual di sini, dari perkakas elektrik rumah, hingga ke alat ganti elektrik.

Harga yang ditawarkan di sini juga murah berbanding dengan kedai elektrik yang lain di kawasan sekitar. Malah, ada juga pelanggan duduk jauh yang sanggup datang ke sini kerana harga yang berpatutan serta kualiti barangan yang bagus. 

Menurut salah satu komen di Google, jika anda pandai membina rumah sendiri atau membaiki peralatan elektrik, Sri Gaya merupakan kedai yang patut anda pilih. Tambah lagi dengan koleksi barangan serta perkakas elektrik yang banyak serta luas, kedai ini antara pilihan terbaik untuk pelanggan di Kelantan.

Alamat: 143, Jalan Kuala Krai, Mulong, 16010 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.30 pm), Jumaat (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sri Gaya Elektrik


7. K.B. Electronic, Jalan Pintu Pong

K.B. Electronic, Jalan Pintu Pong

K.B Electronic merupakan kedai barangan elektrik yang sudah beroperasi sejak tahun 80’an lagi. K.B electronic juga mempunyai 2 cawangan lain iaitu di Tanah Merah dan Rantau Panjang, Kelantan. Bagi penduduk sekitarnya pasti sudah mengenali dengan nama K.B Electronic. 

Bagi panduan yang tidak tahu lokasinya, ia terletak di belakang Pasar Siti Khadijah. Di hadapan kedai, terdapat patung karakter permainan video, Mario untuk memudahkan anda mengecam kedai ini.

Pelbagai peralatan elektrik yang terdapat di sini. Antaranya barangan yang sering dibeli adalah barang elektrik berkaitan muzik seperti mikrofon, pembesar suara, set sistem PA dan bermacam lagi. Harganya juga berpatutan dan barang-barang di sini berkualiti.

Mereka juga menjual alat ganti untuk barang elektrik yang lain. Pendek kata, K.B Electronic adalah one stop centre untuk barangan elektrik kerana pelbagai jenis produk dijual di sini. Rugi kalau anda tidak berkunjung ke kedai ini!

Alamat: 386-P, Jalan Pintu Pong, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (9.00 am – 12.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp K.B. Electronic


8. Leader Electric Kota Bharu, Jalan Sultanah Zainab

Leader Electric Kota Bharu, Jalan Sultanah Zainab

Cadangan seterusnya ini adalah kedai elektrik sudah lama beroperasi di Kota Bharu, Kelantan. Ramai penduduk di sekitarnya mengenali kedai Leader Electric ini kerana ia sudah menjadi pilihan mereka untuk membeli barangan elektrik. 

Leader Electric ini bukan saja menjual barangan elektrik rumah seperti kipas, cerek, periuk nasi, lampu dan sebagainya, mereka juga turut menjual alat ganti bagi barangan elektrik tersebut. Jika anda pandai membaiki sendiri peralatan elektrik, tak rugi anda datang ke sini.

Para pelanggan mereka juga berpuas hati dengan servis diberikan oleh staf mereka. Staf mereka akan membantu dan memberi penjelasan kepada anda. Harga barang-barang di sini juga murah dan kedai ini selalu membuat promosi. Jika anda sukakan peralatan elektrik moden di Kelantan, anda boleh dapatkan di kedai ini.

Alamat: 3455- B,C,D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.00 am – 7.00 pm), Jumaat (9.00 am – 12.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 09-744 0644


Itulah dia senarai 8 kedai elektrik best di sekitar Kota Bharu. Jika anda sedang survey kedai-kedai elektrik di Kota Bharu untuk membeli atau membaiki perkakas elektrik, diharap artikel ini dapat membantu anda. Anda boleh pilih kedai yang bersesuaian dengan kriteria yang anda mahu seperti harga, lokasi serta koleksi barangan elektrik.

Adakah anda duduk di Kota Bharu dan ada tetamu yang ingin melawat anda? Tapi, rumah anda tidak cukup luas untuk menerima tetamu yang banyak? Kami cadangkan anda membaca artikel 10 Homestay Di Kota Bharu- Murah dan Selesa sebagai panduan.

Teruskan membaca artikel itu untuk memilih tempat penginapan yang selesa kepada tetamu anda yang datang ke Kota Bharu. Ini termasuk juga kepada anda yang ingin melancong ke Kota Bharu. Semoga artikel kami membantu anda semua!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

Top 11 Kedai Komputer Kelantan Murah dan Pro

Untungnya hidup di zaman moden kerana kini terdapat pelbagai pilihan gajet teknologi dan barangan komputer (computer devices) yang boleh didapati dengan harga murah dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x