Utama Kedai Kucing 10 Kedai Kucing Terbaik di Johor Bahru yang Perlu Anda Kunjungi!

10 Kedai Kucing Terbaik di Johor Bahru yang Perlu Anda Kunjungi!

0
3023
10 Kedai Kucing Terbaik di Johor Bahru yang Perlu Anda Kunjungi!

Bagi penggemar kucing tegar, sudah semestinya anda akan berikan perlindungan dan perkhidmatan yang terbaik untuk kucing kesayangan anda. Ramai penggemar binatang peliharaan ini sanggup menghabiskan duit yang banyak setiap bulan supaya kucing mereka dapat penjagaan dan perlindungan yang maksimum.

Berita baik untuk warga Johor, anda boleh tengok dan intai 10 kedai kucing terbaik di Johor Bahru anda kunjungi! Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

10 Kedai Kucing Terbaik di Johor Bahru


 1. Catsoverdoze, Bandar Baru Seri Alam

Catsoverdoze, Bandar Baru Seri Alam

Kedai ini sering menjadi perhatian pengunjung yang datang kerana mempunyai pelbagai kelengkapan dan keperluan untuk kucing peliharaan anda. Selain dari menjual makanan kucing, kedai ini juga turut menjual barang penjagaan kucing seperti shampoo, ubat untuk kucing yang mengalami masalah kesihatan, mainan kucing dan sebagainya. 

Selain itu juga, kedai yang bersih dan kemas ini menjadi salah satu sebab pengunjung tertarik untuk datang ke sini. Layanan yang diberikan oleh staff di kedai ini juga sangat baik dan berpengalaman. 

Malahan, anda bukan sahaja boleh mencari barang keperluan untuk si bulus anda, anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang penjagaan kucing anda dari staff yang berpengalaman. Menarik kan? Semuanya tersedia di sini!

Alamat:  32, Jalan Lembah 19, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Catsoverdoze


2. Rin Ofelia Cat House (ROCH) Petshop, Taman Pulai Flora, Skudai

Rin Ofelia Cat House (ROCH) Petshop, Taman Pulai Flora, Skudai

Terletak di Skudai Johor, kedai ini mempunyai tarikannya yang tersendiri bagi peminat kucing. Anda bukan sahaja boleh membeli binatang kesukaan anda di sini tapi anda juga boleh menghantar kucing anda untuk dimandikan dan dibersihkan. Haa, tak perlu lagi untuk ambil risiko dicakar kucing anda sendiri apabila dimandikan. 

Anda boleh meminta mereka melakukan segalanya untuk kucing anda. Selain dari khidmat membersihkan kucing, mereka juga menjual pelbagai jenis kelengkapan dan keperluan kucing seperti bekas makanan dan minuman, ubat-ubatan, makanan dari pelbagai jenis dan sebagainya. 

Rata-rata pelanggan yang datang gembira dan memberikan komen yang positif terhadap layanan yang diberikan oleh staf kedai ini. Bolehlah anda cuba bawa kucing anda datang ke kedai ini untuk khidmat rapi. 

Alamat:  31, Jalan Flora 1/9, Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 8.00 pm), Selasa (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rin Ofelia


3. Dhani Pet Store, Setia Tropika

Dhani Pet Store, Setia Tropika

Kedai kucing yang terletak di Setia Tropika ini juga menjadi pilihan kegemaran pengunjung di Johor Bahru yang ingin membeli barangan kucing. Kedai yang bersih, wangi dan kemas ini membuatkan pelanggan yang datang rasa selesa untuk memilih barang keperluan untuk kucing mereka.

Kebanyakan pelanggan yang datang merupakan pelanggan setia kedai ini. Hal ini kerana Dhani Pet Store menawarkan diskaun kepada pelanggan setia mereka yang sering mengunjungi kedai mereka. 

Jadi, anda bolehlah memiliki kad keahlian sekiranya berminat untuk menjadi pelanggan setia di kedai ini. Sambil membeli barang keperluan untuk kucing anda, bolehlah anda mendapatkan penjimatan sekaligus. 

Alamat: 38, 40, Jalan Setia Tropika 1/1, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 9.30 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dhani Pet


4. Rania Pet Shop, Rumah Mara Tampoi

Rania Pet Shop, Rumah Mara Tampoi

Kedai kucing di Johor Bahru seterusnya adalah Rania Petshop. Anda bukan sahaja boleh mendapatkan makanan dan produk penjagaan kucing di sini, mereka juga menawarkan servis dandanan haiwan peliharaan anda.

Selain daripada kucing, mereka turut menawarkan servis untuk haiwan peliharaan lain seperti anjing, atau haiwan peliharaan lain. Mereka juga menjual makanan yang premium dari pelbagai jenis yang anda boleh pilih dan cuba untuk kucing anda. 

Segala kelengkapan anda boleh dapatkan di kedai ini sekiranya anda tinggal berhampiran. Jadi, jangan lupa untuk datang ke kedai kucing ini dan lihat sendiri apa yang mereka tawarkan!

Alamat: 9, Jalan Perdagangan, Rumah Mara Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 2.00 pm, 3.00 pm – 10.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-234 0090

WhatsApp Rania Pet Shop


5. Cats Pit Stop, Bandar Dato Onn

Cats Pit Stop, Bandar Dato Onn

Jika anda berada di kawasan Johor Bahru dan ingin mencari kelengkapan yang lengkap untuk kucing peliharaan anda, kedai ini boleh dijadikan sebagai salah satu pilihan anda. Pelbagai kelengkapan untuk menjaga kucing peliharaan ada di sini.

Bukan setakat kelengkapan, malah anda turut boleh mendapatkannya dengan harga yang sangat murah. Kedai ini turut menjual aksesori kucing seperti permainan, rantai leher, dan macam-macam lagi. Bolehlah anda buat pilihan dengan lebih baik memandangkan terdapat pelbagai pilihan kelengkapan dijual di sini.

Alamat: 54, Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm) 

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Cats Pit Stop


6. Masha Cat, Taman Universiti, Skudai

Kedai Kucing Masha Cat, Taman Universiti, Skudai

Kedai kucing Masha Cat yang terletak di Taman Universiti ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjual kelengkapan dan keperluan untuk kucing, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan penginapan untuk si bulus kesayangan anda!

Jadi, jika anda perlu bermalam di luar kawasan selama beberapa hari, anda bolehlah cuba untuk hantar kucing kesayangan anda di kedai ini supaya ada pemantauan dan kepastian kucing anda akan dijaga dengan baik.

Selain itu, sekiranya kucing anda sakit dan perlukan rawatan, anda juga boleh menghantar kucing kesayangan anda di sini untuk dapatkan rawatan dari staf yang pakar. Mudah kan? Malah, harganya juga berpatutan. 

Bolehlah anda cuba bawa haiwan peliharaan anda di sini untuk dapatkan servis yang terbaik. 

Alamat: 33, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Masha Cat


7. Mylovelycat Houz, Taman Sri Pulai Perdana

Kedai Kucing Mylovelycat Houz, Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru

Satu lagi kedai kucing yang terbaik di area Johor Bahru yang anda boleh lawati adalah Mylovecat Houz. Kedai ini bukan sekadar kedai menjual makanan premium untuk kucing anda, mereka juga menawarkan hotel dan spa untuk kucing anda!

Bagi mereka yang ingin ke luar kawasan pada jangka masa yang lama, anda tidak perlu risau kerana mereka akan lakukan semuanya untuk anda. Mereka juga turut sentiasa memberi maklumat terkini tentang keadaan kucing anda sepanjang keberadaan anda di luar kawasan. 

Tambahan pula, servis dan layanan mereka juga sangat bagus. Jadi, bolehlah anda bawa kucing anda ke kedai ini untuk dapatkan penjagaan yang terbaik, rapi dan berbaloi!

Alamat: 2A, Jalan Pulai Perdana 11/2, Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mylovelycat


8. Mystique Catz (Pasar Borong Pandan), Kangkar Tebrau

Kedai Kucing Mystique Catz (Pasar Borong Pandan), Kangkar Tebrau, Johor Bahru

Jika anda ingin memborong kelengkapan untuk haiwan peliharaan anda, anda boleh cuba datang ke kedai kucing di Johor Bahru ini. Kedai ini terdapat beberapa cawangan iaitu di Kempas dan Taman Suria. 

Namun begitu, ramai pelanggan datang ke cawangan ini kerana ia ditutup agak lewat berbanding dari cawangan yang lain. Jadi anda tidak perlu risau untuk tergesa-gesa membeli barang keperluan untuk haiwan peliharaan anda. 

Di samping itu, harga yang ditawarkan di kedai kucing ini juga berpatutan. Dengan ini, anda bolehlah mendapatkan penjimatan ketika membuat pembelian untuk kucing anda di kedai ini. 

Alamat: N13, Pasar Raya Pandan City, Kangkar Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (1.00 pm – 1.00 am), Jumaat – Ahad (1.00 pm – 2.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mystique Catz


9. Pet Lovers Centre, Paradigm Mall

Kedai Kucing Pet Lovers Centre, Paradigm Mall, Johor Bahru

Pet Lovers Centre ni tidak asing lagi bagi peminat yang mempunyai haiwan peliharaan. Hal ini kerana kedai ini terdapat di seluruh Malaysia. termasuk juga di luar negara. Jika anda berada di Paradigm Mall anda bolehlah singgah ke kedai ini untuk mendapatkan keperluan dan kelengkapan untuk haiwan peliharaan anda.

Mereka turut menjual pelbagai makanan premium dan kelengkapan lain untuk haiwan peliharaan lain seperti anjing, burung, ikan dan sebagainya. Jadi, tunggu apa lagi, singgahlah ke kedai ini dan dapatkan kelengkapan kucing kesayangan anda di sini!

Alamat:  BF-01, Paradigm Mall Johor Bahru, Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-289 0096


10. Rose Cat Shop JB HQ, Taman Perling

Kedai Kucing Rose Cat Shop Johor Bahru HQ, Taman Perling

Kedai ini juga merupakan kedai yang anda boleh kunjungi di Johor Bahru sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan dan keperluan untuk kucing kesayangan anda. Mereka bukan sahaja menjual makanan kucing dari pelbagai jenis malah mereka juga menjual mainan, carriage, supplement dan banyak lagi kelengkapan.

Menariknya di sini, mereka turut menawarkan servis penghantaran sehingga ke rumah anda. Jadi, sekiranya anda tidak berkesempatan untuk singgah ke kedai ini, anda boleh membuat pembelian atas talian! Jimat masa anda kan? 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang mereka dan dapatkan info terkini di media sosial mereka seperti di bawah. 

Alamat: 61, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 10.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rose Cat


Berikut merupakan 10 kedai kucing terbaik yang anda boleh kunjungi di Johor Bahru. Sebenarnya, ada banyak lagi yang kami ingin senaraikan, namun anda boleh cuba untuk kunjungi kedai-kedai ini terlebih dahulu. 

Pastikan sebelum anda datang ke kedai pilihan anda, anda semak dahulu waktu operasi mereka supaya anda tidak tersalah langkah. Apa pun, semoga ianya bermanfaat dan membantu anda untuk berikan perlindungan yang terbaik dan maksimum untuk si bulus anda!

Jika anda ingin mencari tempat karaoke yang menarik di Johor Bahru, anda boleh layari artikel 10 Pusat Karaoke Terbaik di Johor Bahru yang Anda Kena Cuba!

4.4/5 - (5 votes)
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x