KLCC Ramadhan Buffet 2015 – Slot Iftar Ramadhan TERHAD

Table of Contents

Tawaran buffet Ramadhan 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) agak menarik dengan menjanjikan menu berbuka puasa sentuhan oleh chef-chef yang banyak memenangi anugerah dalam bidang kulinari masing-masing.

Kemudahan juga disediakan untuk mereka yang berbuka puasa di sini nanti seperti surau, tempat mengambil wudhu’ dan imam untuk solat Maghrib, Isyak dan juga Terawih. Dan semua menu juadah berbuka puasa serta stesyen memasak disijilkan Halal.

>>Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015: Di Kemaskini Setiap Hari<<

Buffet Ramadhan di KLCC sangat terkenal dengan menu dan juadah yang banyak dan pelbagai. Kalau tahun sudah, antara yang menjadi tarikan ialah Kambing Kuzi dengan Nasi Beriyani, Kerabu Perut, makanan bergoreng, ulam, jeruk, nasi ayam, sup asam pedas and banyak lagi.

Gerai-gerai yang menghidangkan juadah juga banyak sehingga lebih 10 ! Untuk info lanjut anda boleh rujuk pengalaman blogger berbuka di sini tahun 2010.

Harga Buffet Ramadhan 2015 di KL Convention Centre

Pakej berbuka puasa di Kuala Lumpur Convention Centre terbahagi kepada 2 iaitu:

  1. Ramadhan Buffet – untuk perseorangan/ kumpulan di bawah 100 pax
  2. Ramadhan Banquet – untuk kumpulan 100 pax ke atas

TERHAD kepada 200 tetamu sahaja

Harga Buffet Ramadhan 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula pada RM 115 nett untuk seorang bermula untuk tarikh 22 Jun sehinggalah ke 7 Julai 2015. Dan slot berbuka puasa buffet untuk setiap hari adalah TERHAD kepada 200 tetamu sahaja.

Ramadhan Banquet – Bagi mereka yang nak mengadakan berbuka puasa secara berkumpulan untuk 100 orang dan keatas, pihak KLCC juga menyediakan servis dan harganya bermula RM 115 nett seorang.

Harga yang dikongsikan diatas sudah termasuk dengan Cas Perkhidmatan 10% dan GST 6%.

Tempahan dan Lokasi KLCC Ramadhan Buffet 2015

Untuk pertanyaan dan tempahan buffet Ramadhan 2015 di KLCC, anda boleh berhubung dengan:

  • Pakej Ramadhan Buffet: +603 2333 2866 (Abby)
  • Pakej Ramadhan Banquet: +603 2333 2877 (June)
  • Atau email di: [email protected]

KLCC Ramadhan Buffet 2015 iftar

>>Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015: Di Kemaskini Setiap Hari<<

Lokasi KLCC Ramadhan Buffet 2015 seperti dalam peta di atas dan koordinat GPS ialah lat/lng: 3.153286,101.713105. Lokasi ini juga sangat sesak selepas waktu bekerja dan pastikan anda survey di mana nak parking kereta nanti.

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 12 May, 2015
1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015 (mengikut kalendar) akan bermulalah penjelajahan warga Shah Alam di restoran-restoran dan hotel-hotel sekitar...
  • 14 May, 2015
Bagi yang berada di Cherating atau Chukai, Kemaman, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa buffet di Easter Pavilion Boutique...
  • 14 May, 2015
Tema yang berbunyi Jom Balik Kampung ke Pullman Putrajaya Lakeside ! Tahun 2015 Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan pakej...
  • 14 May, 2015
Seperti setiap kali di bulan Ramadhan tahun sebelumnya, tahun 2015 juga tidak berbeza, Concorde Inn Hotel KLIA sentiasa menganjurkan...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination