Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Klinik Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Shah Alam

Si kecil anda merengek kerana ruam? Tapi anda tak tahu di mana klinik pakar kanak-kanak yang terdekat dengan kawasan anda? Jangan risau, di sini, kami telah menyenaraikan 6 klinik pakar kanak-kanak di Shah Alam yang terbaik untuk anda dan anak anda kunjungi. Kami juga sertakan kelulusan-kelulusan para pediatrik di setiap klinik supaya anda tahu pilihan klinik mana yang bagus untuk anak anda. Jadi, teruskan membaca!

6 Klinik Pakar Kanak-Kanak di Shah Alam


1. Izzu Child Specialist Clinic, Bukit Jelutong

Izzu Child Specialist Clinic, Bukit Jelutong

Dr Izzurina Bashah Mohamed Ibrahim, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Dr Izzu, merupakan General Paediatrics dan Master of Paediatrics lulusan Universiti Malaya (MBBS).

Klinik beliau, Izzu Child Specialist Clinic, sangat aktif di laman Facebook mereka yang mempunyai 1.6 ribu followers. Jadi, ibu bapa boleh melihat perkembangan semasa serta ulasan pelanggan berkenaan servis yang ditawarkan di Facebook page mereka.

Kebiasaannya, pengalaman ke klinik agak menakutkan buat si kecil kita. Namun, di Izzu Child Specialist Clinic, ia berbeza. Hal ini kerana persekitaran dalam klinik ini sangat kids friendly. Pastinya si kecil anda suka dan tidak merasa takut apabila berada di sini.

Alamat: 3-G-06, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu operasi:

  • Isnin (9:00 am – 12:30 pm)
  • Selasa, Khamis & Jumaat (9.00 am – 3.00 pm)
  • Sabtu – Ahad (9.00 am – 1.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7831 1181


2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Ceria Shah Alam, Setia Alam

Klinik Pakar Kanak-Kanak Ceria, Setia Alam

Selain memperoleh 4.6 bintang di Google Maps, klinik ini juga telah mempunyai 1.3 ribu followers di Facebook page mereka. Berbekalkan kelayakan Dr. Quek dari Manipal University (MBBS), India dan Universiti Malaya (MPaeds), kami pasti para ibu bapa dan juga si kecil akan merasa selesa dan yakin dengan rawatan yang diberikan.

Penerangan yang jelas dari doktor serta jururawat yang peramah pasti disenangi para ibu bapa. Rata-rata pelanggan yang sudah mendapat rawatan di sini memberikan komen yang positif. Ramai yang memuji persekitaran klinik ini yang sesuai untuk kanak-kanak dan menyarankan doktornya yang sangat peramah.

Alamat: 39-GF, Persiaran Setia Utama, Jalan Setia Perdana U13/BA, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor 

Waktu operasi: 

  • Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (8:30 am – 4:00 pm)
  • Rabu (8:30 am – 12:30 pm, 6.00 pm – 8.00 pm)
  • Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan pelanggan | Telefon: 03-3362 6826


3. Tiny Steps Child Specialist Clinic, Setia Alam

Tiny Steps Child Specialist Clinic, Setia Alam

Si kecil perlu divaksin? Tiny Steps Child Specialist Clinic boleh membantu! Dengan bantuan Dr. Chang Jia Vern, lulusan MBBS (MMMC) & MRCPCH (UK), serta Dr. Yap Chiew Yee, lulusan MD (Taiwan) & MRCPCH (UK), pastinya semua akan berjalan lancar. 

Klinik ini turut menawarkan servis lain seperti Newborn Examination and Jaundice Screening, Pediatric Medical Care, Professional Breastfeeding Advice and Support, Nutritional and Dietary Advice, Growth Monitoring dan Behavioral Assessment.

Tiny Steps Child Specialist Clinic juga kerap berkongsi info tentang bayi di laman Facebook mereka. Perkongsian mereka sangat membantu para ibu bapa di luar sana yang baru memiliki cahaya mata.

Antara info menarik yang pernah mereka kongsi di Facebook mereka adalah info berkaitan Rotavirus, jenis-jenis vaksin, dan keadaan kaki yang normal dan abnormal bagi si kecil.

Alamat: 8-1-1, Jalan Setia Prima E U13/E, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.30 am – 8.00 pm), Jumaat – Ahad (9.30 am – 1.00 pm) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3362 6665

WhatsApp Tiny Steps


4. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Toh, Setia Alam

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Toh, Setia Alam

Doktor di klinik ini, Dr Toh Ai Nee, merupakan General Paediatrics lepasan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Royal College of Paediatrics and Child Health (MRCPH), United Kingdom. 

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Toh telah menerima banyak ulasan positif dari pelanggan. Antara ulasan yang sering dikatakan adalah berkenaan sikap doktor dan pekerja yang sangat peramah dan rajin memberi penerangan secara terperinci kepada pelanggan. 

Malah, staf di sini juga sentiasa sedia untuk membantu pelanggan. Jika anda tergesa-gesa untuk datang ke klinik ini dan terlupa untuk membawa barangan bayi, staf mereka akan menyediakan lampin dan tisu basah. Wah, perkhidmatan yang sangat bagus! 

Alamat: 13, Jalan Setia Prima A U13/A, Batu 5 1/2, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 

  • Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (9.00 am – 1.00 pm, 6.00 pm – 8.00 pm)
  • Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
  • Ahad (9.00 am – 11.30 am)

Lokasi | Ulasan pelanggan | Telefon: 03-3344 2281


 5. Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak), Seksyen 9

Klinik Pediatrik Adek (Pakar Kanak-Kanak), Seksyen 9

Si kecil takut bila masuk klinik? Ibu bapa tak perlu risau, sebab di Klinik Pediatrik Adek ini ada ruangan bermain untuk si kecil anda yang dipenuhi dengan pelbagai jenis dan warna, pastinya dapat membuat si kecil leka dan bertenang. 

Bukan itu sahaja, klinik ini turut menyediakan nursing room yang dapat memudahkan para ibu untuk menukar diapers si kecil dengan selesa dan bersih. Jelaslah, klinik ini sangat mementingkan keselesaan pelanggan yang datang ke sini.

Di sini, anda akan berurusan dengan Dr. Amdan Ahmad, iaitu seorang lepasan MD (USM), Dip In Child Health (UCD Dublin) dan MRCPI-Paeds (Ireland). Rata-rata pelanggan memuji sikap doktor yang rajin memberikan preskripsi secara terperinci.

Alamat: Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 

  • Isnin & Jumaat (9.00 am – 4.00 pm)
  • Selasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm)
  • Sabtu (9.00 am – 12.00 pm)
  • Ahad (9.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5880 7964

WhatsApp Klinik Pediatrik Adek


6. Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam, Denai Alam

Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam, Denai Alam

Klinik yang memperoleh 3.4 bintang di Google Maps ini dimiliki oleh Dr.Nazatul Haslina Binti Ramly. Beliau merupakan General Paediatrics, lulusan MD (USM) dan MRCPCH (Royal College of Paediatrics and Child Health) (UK)

Sebelum berkunjung ke sini, dinasihatkan semua ibu bapa agar membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak klinik untuk memudahkan urusan kalian. Jika tidak, kasihan si kecil harus menunggu lama bersama pesakit yang lain.

Alamat: 25-1, Jalan Elektron U16/J, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 12.30 pm, 2.00 pm – 5.30 pm), Sabtu & Ahad (9.00 am – 12.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan |Telefon: 03-7832 3364

WhatsApp Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam


Ingat, sebagai seorang ibu bapa, kita perlu memberi perhatian kepada anak-anak kita, terutamanya kesihatan mereka. Jika kita berkemampuan, kita seharusnya berikan hanya yang terbaik saja untuk anak-anak kita untuk menjadi seorang ibu bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak kita.

Jadi, kami berharap senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa dalam usaha mencari klinik pakar kanak-kanak terbaik di Shah Alam. Jangan lupa untuk membuat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan urusan anda dan pihak klinik pilihan anda.

Jika anda inginkan pilihan klinik kanak-kanak selain di Shah Alam ini, kami mempunyai artikel lain yang sesuai untuk anda baca. Anda boleh melayari dan lihat artikel kami di mana kami telah senaraikan 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak Terbaik di Petaling Jaya. Semoga bermanfaat!

 

4.8/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Klinik Pakar Kanak-Kanak di Petaling Jaya yang Terbaik!

Anda berada di Petaling Jaya dan sedang mencari klinik pakar kanak-kanak untuk si kecil? Di sini, kami telah senaraikan 6 Klinik Pakar Kanak-Kanak terbaik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x