Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Pakar Kanak-kanak Terbaik di Kuala Lumpur

Bila si manja yang aktif tiba-tiba jatuh sakit, pastinya ibu-ibu menjadi risau dan mahukan rawatan yang terbaik untuk anak mereka. Apa yang terbaik untuk mereka pastilah dengan membawanya klinik pakar yang khas untuk merawat penyakit yang dihadapi. Di sini, kami senaraikan 10 klinik pakar kanak-kanak yang terbaik di Kuala Lumpur untuk rujukan anda.

10 Klinik Pakar Kanak-kanak di Kuala Lumpur


1. Firststep Child Specialist Clinic, Sri Hartamas

Firststep Child Specialist Clinic, Sri Hartamas

Klinik ini menjadi pilihan utama ibu-ibu yang ingin mendapatkan rawatan untuk anak mereka. Terletak di Sri Hartamas, reka bentuk klinik ini mampu menarik perhatian si manja untuk masuk dan bermain tanpa mengetahui bahawa mereka akan mendapatkan rawatan. 

Doktor di sini mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Ini telah membuatkan ramai ibu bapa yakin untuk mendapatkan rawatan terbaik dengan harga yang berpatutan. 

Rata-rata para ibu menyatakan si manja yang biasanya takut dengan doktor berasa selesa dan seronok selepas mendapatkan rawatan di sini. Jadi, bolehlah anda cuba bawa anak anda ke sini untuk mendapatkan rawatan. 

Alamat:  Unit No B2-3A, Plaza Damas 3, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat (9.00 am – 5.30 pm)
  • Rabu (9.00 am – 3.00 pm)
  • Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-387 3664

WhatsApp Firststep Child Specialist


2. Baby and Beyond Child Specialist Clinic, Publika Shopping Gallery

Baby and Beyond Child Specialist Clinic, Publika Shopping Gallery

Sekali pandang, macam anda bukan berada di klinik, tapi di taman permainan kanak-kanak. Reka bentuk begini pastinya menarik perhatian anak anda untuk masuk tanpa menyedari bahawa mereka akan mendapatkan rawatan. 

Terletak di Publika Shopping Gallery, klinik ini merupakan antara klinik yang terbaik sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan untuk si kecil anda. Klinik ini mempunyai 8 orang doktor pakar dalam bidang pediatrik. Jadi, anda boleh yakin untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dari mereka yang berpengalaman.

Klinik ini juga dibuka setiap hari, membolehkan anda untuk mendapatkan rawatan untuk anak anda pada bila-bila masa. Bagus kan? Anda tidak perlu risau lagi tentang klinik tutup pada hujung minggu kerana anda boleh terus membawanya ke klinik ini. 

Alamat: Publika, B2-1-2, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin (10.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 4.00 pm)
  • Selasa & Jumaat (9.00  am – 12.00  pm, 5:30 pm – 7:30 pm)
  • Rabu (10 .00 am – 1.00  pm, 5:30 pm – 7:30 pm)
  • Khamis (9.00  am – 12.00  pm, 5:30 pm – 8.00  pm)
  • Sabtu – Ahad (10.00 am – 2.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6211 9028

WhatsApp Baby and Beyond


3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Pauline, Taman Overseas Union, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-Kanak Pauline, Taman Overseas Union, Kuala Lumpur

Terletak di Taman OUG, klinik ini juga menjadi perhatian dan pilihan untuk para ibu yang ingin mendapatkan rawatan untuk anak mereka kerana ianya dibuka sehingga waktu malam. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anak anda ingin mendapatkan rawatan kecemasan di sini.

Tambahan pula, kebanyakan para ibu berpuas hati dengan perkhidmatan dan nasihat yang diberikan oleh doktor dari klinik ini. Hal ini kerana doktor ini memberi penerangan yang amat jelas dan terperinci tentang rawatan yang dijalankan. 

Klinik ini juga dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan. Jadi, ia sangat sesuai untuk si kecil anda bermain dan hilangkan rasa takut sementara menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan kedai serbaneka lain juga membolehkan anda untuk meluangkan masa bersama anak anda selepas menerima rawatan.

Alamat: 42, Jalan Hujan Rahmat 2, Taman Overseas Union, 58200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin, Rabu & Jumaat (8:30 am – 12:30 pm, 6:30 pm – 8:30 pm) 
  • Selasa & Khamis (8:30 am – 12:30 pm)
  • Sabtu (11.30 am – 3.00 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7783 1024


4. Klinik Pakar Kanak-Kanak Choe, Jalan Mega Mendung, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-Kanak Choe, Jalan Mega Mendung, Kuala Lumpur

Dari gambar sahaja kita boleh tahu bahawa klinik ini agak terkenal bagi mereka yang tinggal berdekatan. Terletak di Kompleks Bandar Wilayah Persekutuan, klinik ni memberikan servis dan layanan yang terbaik untuk anak anda mendapatkan rawatan. 

Doktor di sini mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pediatrik dan mempunyai sijil kelayakan. Inilah antara sebabnya ia adalah salah satu klinik pakar kanak-kanak yang sering menjadi rujukan ibu bapa di Kuala Lumpur.

Rawatan dan khidmat nasihat yang diberikan juga sangat bagus, dan anda boleh menerima rawatan dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan mereka yang datang ke sini berpuas hati dengan rawatan yang disediakan untuk anak mereka. Jadi, tak perlu ragu-ragu, bolehlah set appointment untuk anak anda di sini jika anda berminat. 

Alamat: Kompleks Bandar, No 73, Jalan Mega Mendung, 58200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Rabu & Jumaat – Sabtu (9.00am – 1.00 pm), Khamis & Ahad (Tutup) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7983 0539


5. Klinik Kanak-Kanak TTDI, Taman Tun Dr Ismail

Klinik Kanak-Kanak TTDI, Taman Tun Dr Ismail

Sekiranya anda tinggal atau berada berdekatan dengan TTDI, anda boleh mengunjungi dan mendapatkan rawatan di klinik ini kerana ramai yang menyatakan klinik pakar ini merupakan yang terbaik di kawasan ini.

Kebanyakan pesakit kanak-kanak merasa selesa dan seronok untuk menerima rawatan di sini. Hal ini disebabkan oleh layanan doktor yang profesional dan mahir dalam bidang ini selama lebih dari 6 tahun.

Ruang klinik yang selesa dan luas juga membuatkan si manja anda tidak perlu bersesak dan rasa tidak selesa untuk menerima rawatan. Para ibu yang berdekatan atau belum tahu tentang kewujudan klinik ini bolehlah cuba untuk mendapatkan rawatan di sini. 

Alamat: 42, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 5.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 12.00 pm), Jumaat (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7722 3812


6. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Chin Sdn. Bhd, Desa Aman Putri, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Chin Sdn. Bhd, Desa Aman Putri, Kuala Lumpur

Klinik ini juga sering menjadi perhatian ibu bapa yang datang mendapatkan rawatan untuk anak mereka. Ini kerana layanan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh doktor berpengalaman sangatlah terperinci. Doktor mereka akan memberikan penjelasan yang jelas dan menjawab segala soalan yang diajukan oleh ibu bapa yang hadir. 

Menariknya klinik ini adalah kerana ia juga mempunyai cawangan klinik baru di The Starling Mall, Damansara. Namun begitu, klinik cawangan baru itu menawarkan terapi untuk tumbesaran kanak-kanak istimewa sahaja. 

Alamat: No 3-18A, Jalan Desa 2/2, Desa Aman Puri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00am – 3.00pm), Ahad (Tutup) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6274 3922 


7. Klinik Pakar Kanak- Kanak Dr. Lim, Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak- Kanak Dr. Lim, Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Lim terletak di Kuchai Exchange, Kuala Lumpur. Klinik ini adalah antara klinik pakar kanak-kanak di Kuala Lumpur yang patut anda cuba kunjungi untuk mendapatkan rawatan untuk anak anda. 

Ramai ibu bapa yang datang ke sini amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor di klinik ini. Malah, ada di antara mereka menjadikan klinik ini sebagai klinik pilihan untuk kesemua anak-anak mereka menerima rawatan sehingga anak mereka meningkat dewasa. 

Khidmat nasihat dan layanan doktor yang mesra juga menjadikan kanak-kanak yang datang ke sini merasa selesa dan ingin datang lagi untuk menerima rawatan. Jadi,, bolehlah cuba bawa anak anda untuk menerima rawatan di sini.

Alamat: A-G-6, Kuchai Exchange, No 43, Jalan Kuchai Maju 13, 58200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00am – 8.30pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03- 7982 3023

WhatsApp Dr. Lim Child Specialist


 8. Kiara Child Specialist Clinic, Solaris Mont Kiara

Kiara Child Specialist Clinic, Solaris Mont Kiara

Klinik ini terletak di Solaris Mont Kiara, atau dikenali sebagai Soho KL. Bangunan di mana klinik ini terletak merupakan tempat tumpuan ramai untuk datang makan dan membeli belah. Jadi, selepas menjalani rawatan, bolehlah anda luangkan masa sekejap untuk membeli barang keperluan di kawasan berdekatan klinik ini.

Anda boleh dapatkan pelbagai rawatan untuk si manja anda di Kiara Child . Klinik ini bukan sahaja menawarkan khidmat nasihat, mereka juga menerima kes kecemasan, penjagaan bayi yang baru lahir, imunisasi tumbesaran anak dan bermacam lagi. 

Tambahan pula, anda juga boleh mendapatkan rawatan yang pelbagai dengan harga yang berpatutan. Layanan yang diberikan oleh staff dan doktor juga adalah sangat baik. Sangat berbaloi untuk mendapatkan rawatan di sini!

Alamat: 8, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin & Selasa, Khamis & Jumaat (9.00am – 6.00pm), Rabu & Sabtu (9.00 am – 2.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Blog | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6203 7704


 9. KB Child Specialist Clinic, Taman Desa

KB Child Specialist Clinic, Taman Desa

Klinik ini terletak di Taman Desa berdekatan dengan Taman Danau Desa. Kedudukannya yang berada di tepi jalan utama memudahkan anda datang ke sini untuk mendapatkan rawatan untuk anak anda. 

Layanan yang diberikan oleh doktor dan juga staf mereka juga sangat baik. Ini membuatkan klinik ini menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal berhampiran. Selain itu, susun atur permainan yang ada dalam klinik ini boleh menarik perhatian si kecil untuk bermain sebelum menerima rawatan.

Bagi anda yang berdekatan, bolehlah mencuba untuk mendapatkan rawatan dari klinik ini. Jika anda berminat untuk membuat appointment di klinik ini, anda boleh membuat online booking di laman Setmore mereka.

Alamat: 35, Jalan Desa, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin & Selasa, Khamis & Jumaat (9.00 am – 1.00 pm, 6.00 pm – 8.30 pm)
  • Sabtu – Ahad (9.00 am – 1.00 pm)
  • Rabu (Tutup) 

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7984 5428


10. Klinik Pakar Kanak-Kanak Pelangi, Setapak, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-Kanak Pelangi, Setapak, Kuala Lumpur

Klinik Pakar Kanak-Kanak Pelangi yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur, ini juga sering menjadi tumpuan ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi anak-anak mereka yang sakit. 

Hal ini kerana bukan saja ibu bapa boleh mendapatkan rawatan untuk anak mereka dengan harga yang murah, klinik ini juga dibuka sehingga malam. Jadi, ramai yang datang ke klinik ini jika anak mereka mempunyai kecemasan di waktu malam.

Kebanyakan ibu bapa gembira dan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh doktor dan staf di sini. Namun, disebabkan terlalu ramai pesakit yang datang untuk menerima rawatan, anda mungkin perlu menunggu sedikit untuk mendapatkan giliran.

Alamat: 126-0-10, Sri Pelangi, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin – Khamis & Sabtu (9.00 am – 1.00 pm, 6.30 pm – 9.00 pm)
  • Jumaat (9.00 am – 4.30 pm)
  • Ahad (Tutup) 

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4024 9581


Semoga senarai ini membantu ibu bapa dalam mendapatkan rawatan yang terbaik untuk si manja anda. Sebagai seorang ibu bapa, kita perlu sentiasa beringat bahawa anak adalah tanggungjawab kita dan sentiasa perlu diutamakan.

Jika anda juga ingin mencari dan menerima rawatan gigi di sekitar Kota Damansara, anda boleh layari artikel 10 Klinik Gigi “Best” di Kota Damansara untuk Gigi Anda! Semoga membantu!

4.8/5 - (16 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x