10 Klinik Gigi “Best” di Kota Damansara untuk Gigi Anda!

Janji temu rawatan pergigian kerajaan selalunya memakan masa yang sangat lama dan perlu dirancang dengan rapi. Bagi anda yang sudah bekerja dan berkeluarga, anda mungkin mengalami kesukaran untuk merancang rawatan pergigian anda dengan teliti dek jadual yang sangat sibuk. Tapi anda tidak perlu risau, kami telah senaraikan 10 klinik gigi di Kota Damansara yang diyakini akan memberikan anda rawatan yang berkualiti tanpa perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama. 

10 Klinik Gigi di Kota Damansara


 1. Signature Dental Clinic, Dataran Sunway

Signature Dental Clinic

Klinik gigi ini telah bertapak di Kota Damansara selama lebih 12 tahun dan telah melayan melebihi 20,000 pelanggan sejak 2011. Mereka menawarkan bermacam-macam rawatan pergigian seperti rawatan geraham bongsu, rawatan penskaleran, rawatan pemasangan pendakap gigi serta rawatan pergigian estetik yang pasti akan meningkatkan kesihatan dan penampilan gigi anda. 

Bukan itu sahaja, doktor gigi utama mereka, Dr Cham Mun Yee, yang banyak mendapat anugerah di sektor kesihatan pergigian merupakan seorang doktor yang sangat berwibawa, kebanyakan pelanggan yang mendapatkan rawatan dari klinik Singature Dental juga memberikan penilaian yang sangat tinggi.

Alamat: No. 1, Ground Floor, Jalan PJU 5/10 Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 9.30 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Signature Dental


2. My Dental Care, Dataran Sunway

Klinik Gigi My Dental Care, Kota Damansara

Dengan tagline ‘We Enrich Your Smile’, My Dental Care menyediakan pelbagai rawatan pergigian menggunakan teknologi terbaru. Satu keistimewaan pada klinik yang terletak di Sunway Giza Mall ini, mereka menjanjikan rawatan gigi yang patuh syariah untuk anda yang beragama Islam. 

Yang paling menarik, klinik gigi ini juga merupakan klinik yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep pendidikan awal pergigian dengan program Kid’s DentaLand. Khas untuk anda yang berkeluarga, Kid’s DentaLand membolehkan anak anda bermain sambil belajar tentang penjagaan gigi. Anak-anak anda juga pastinya akan seronok bermain di kawasan simulasi doktor gigi yang menggalakkan minat mereka untuk menjadi bakal doktor gigi!

Alamat: B-11-G, Sunway Giza Mall, Jalan Pju 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm), Jumaat (9.00 am – 1.00 pm, 2.00 pm – 9.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-3739252

WhatsApp My Dental Care 


3. Denta Levant Dental Clinic, Taman Sains Selangor

Klinik Gigi Denta Levant Dental Clinic Kota Damansara

Mula beroperasi pada tahun 2016, klinik gigi yang terletak di tengah-tengah Kota Damansara ini mempunyai lokasi yang strategik. Di samping itu, lokasi mereka di tingkat bawah juga memudahkan ibu-ibu mengandung dan warga emas untuk datang ke klinik gigi ini. Bersebelahan dengan Jaya Grocer serta kedai-kedai yang lain, anda bolehlah mengunjungi pasaraya berdekatan selepas mendapatkan rawatan gigi!

Selain itu, jika anda ingin berjimat cermat, jangan risau, rawatan-rawatan yang ditawarkan di sini boleh dibayar menggunakan pelan pembayaran ansuran mereka sendiri iaitu Pelan Pembayaran Caraguru. Jimat kan? 

Alamat: S-01-08, Emporis Ground Floor Persiaran Surian, Jalan Teknologi Seksyen 3, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 10.30 pm), Sabtu (9.00 am – 6.00 pm) Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-59539615

WhatsApp Denta Levant


4. Klinik Pergigian Rohaya, Seksyen 6

Klinik Pergigian Rohaya, Kota Damansara

Sudah 23 tahun dalam industri klinik gigi, Klinik Pergigian Rohaya mula berkhidmat untuk komuniti Kota Damansara pada tahun 2015. Cawangan mereka yang pertama bertempat di Sentul Raya sejak tahun 1999. Berbekalkan pengalaman industri yang luas serta 20 doktor gigi yang bertauliah, Klinik Pergigian Rohaya sedia menawarkan variasi rawatan seperti pemutihan gigi, pemasangan veneers, pemasangan implan dan pembuatan gigi palsu.

Sehingga kini, Klinik Pergigian Rohaya juga telah berkhidmat untuk lebih 300,000 pelanggan. Jadi, tidak hairanlah jika klinik ini juga diberi tanggungjawab untuk menjadi panel doktor gigi untuk agensi-agensi kerajaan berprestasi tinggi seperti Bank Rakyat, Malaysia Airports Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Pos Malaysia. 

Alamat: No. 27, Tingkat 2, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 10.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-2166863

WhatsApp Klinik Pergigian Rohaya


5. Utama Dental Surgery, Dataran Sunway

Utama Dental Surgery Kota Damansara

Utama Dental Surgery terletak kira-kira 20 hingga 25 minit pemanduan dari pusat bandar utama dan 45 hingga 55 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Lokasi strategik ini menarik ramai pelancong antarabangsa dari Australia, New Zealand, Singapura, Eropah dan Amerika Syarikat untuk berkunjung ke sini.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan perkhidmatan pemandu yang berpatutan untuk membuat perjalanan ke klinik gigi ini dari KLIA. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang pemandu e-hailing mengenakan bayaran berlebihan kepada anda! 

Menjanjikan rawatan pergigian bertaraf antarabangsa, Utama Dental Surgery menyediakan alat rawatan pergigian yang serba moden seperti makmal CAD/CAM, imbasan pergigian 3D serta Orthopantomography (OPG). 

Alamat: 5-2 & 7-2,PJU 5/18, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor,Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.30 am – 5.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-3095091

WhatsApp Utama Dental


6. Smile Arts Dental Clinic, The Strand Mall

Smile Arts Dental Clinic Kota Damansara

Menurut survey dari Tallypress pada 2016, Smile Arts telah dinobatkan sebagai antara 10 Klinik Pergigian Top di Kuala Lumpur dan Selangor. Diasaskan pada tahun 2012, mereka telah melebarkan sayap mereka bukan sahaja di Kota Damansara, tetapi juga di Kepong dan Subang Jaya. Oleh itu, anda tidak perlu risau! Hal ini kerana, mereka mempunyai banyak cawangan di sekitar Selangor.

Smile Arts juga menyediakan rawatan pemulihan gigi berwarna tanpa tampalan, pemasangan crown gigi, rawatan laser gigi serta pembedahan periodontal. Jika anda mahukan penampilan gigi yang sempurna, mereka juga ada menawarkan rawatan ‘smile designing’, pengkonturan gigi serta rawatan untuk gusi berlebihan. 

Alamat: No. 55-1 Jalan PJU 5/20 The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 5.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-3650270

WhatsApp Smile Arts Dental Clinic


7. Stellar Dental, Dataran Sunway

Stellar Dental

Diterajui oleh 6 doktor pakar pergigian, Stellar Dental mempunyai doktor-doktor berbilang bangsa yang mempunyai bermacam kepakaran. Pasukan doktor di sini berkepakaran dalam membuat rawatan pergigian kosmetik, rawatan pemulihan pergigian serta rawatan ortodontik. Mereka juga boleh berhubung dengan pesakit dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Jadi anda tak perlu gusar, semua doktor di sini semestinya boleh berhubung dengan anda menggunakan tiga bahasa.

Untuk anda yang menetap di Setia Alam, berita baik untuk anda! Stellar Dental bukan sahaja berada di Damansara, mereka juga telah membuka cawangan di Setia Alam untuk memberi khidmat kepada anda.

Alamat: 46, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 6.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-39058505

WhatsApp Stellar Dental


8. Klinik Pergigian Aifden, The Strand Mall

Terletak di dalam Strand Mall, Kota Damansara, klinik gigi ini sangat popular di kalangan artis-artis terkenal Malaysia. Pelanggan-pelanggan terkenal mereka termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, Wany Hasrita dan Sherry Al-Hadad. Klinik gigi ini mempunyai prestasi yang tinggi kerana mereka sentiasa berkongsi informasi tentang rawatan pergigian di laman sosial Instagram serta TikTok. 

Klinik gigi ini diasaskan oleh dua doktor yang sangat berkebolehan, Dr. Arif Aizudin dan Dr. Amir Haziq. Mereka menawarkan rawatan pemutihan gigi, pemasangan veneer serta bermacam lagi. Anda boleh ke sosial media Klinik Pergigian Aifden untuk maklumat lebih lanjut!

Alamat: 27, Jalan PJU 5/20E The Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Selasa (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-9677684

WhatsApp Klinik Pergigian Aifden


 9. Klinik Pergigian Famili OralBay

Klinik Pergigian Famili OralBay

Klinik gigi yang mempunyai pengalaman selama 24 tahun ini bertapak di kawasan Dataran Sunway, Kota Damansara. Jika anda seorang yang sibuk dan mempunyai jadual yang padat, Famili OralBay juga sedia menerima temujanji rawatan pergigian secara walk-in. Tetapi anda tidak perlu buntu, jika anda mahu menetapkan tarikh janji temu secara awal, mereka juga boleh menguruskan rawatan dengan cepat dan berkualiti.

Rawatan yang disediakan termasuk rawatan rutin gigi, tampalan sementara dan kekal, pemasangan veneer, pencabutan gigi (Bruxism), pembedahan gigi kecil dan prosedur pemasangan mouth guard sekiranya anak-anak anda mengalami simptom-simptom ketap gigi. 

Alamat: 12A-2, Jalan PJU 5/16, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin (tutup), Selasa – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.30 am – 2.30 pm).

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-61501613


10. Klinik Pergigian Famili

Klinik Pergigian Famili

Bertempat di Jalan Cecawi, klinik gigi ini telah menyediakan servis untuk penduduk Kota Damansara dari tahun 2002. Doktor utama klinik gigi ini bernama Dr Norhanis, dan beliau berkelulusan dari Lahore, Pakistan. Beliau sangat dikenali ramai dan terkenal dengan servis pemasangan veneer dalam masa satu jam! Kini anda tak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gigi yang sihat dan cantik!

Tambahan pula, pada tahun ini, Klinik Pergigian Famili bakal menyambut ulang tahun ke-20 mereka dengan menawarkan anda Kombo Makeover Veneer Gigi Jarang untuk 6 rawatan pergigian dalam hanya satu harga. Sangat berbaloi untuk mereka yang mahu rawatan pergigian dengan harga yang murah!

Alamat: 9-2, Jalan Cecawi 6/19B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.30 am – 6.00 pm), Sabtu (9.30 am – 4.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6157 6221

WhatsApp Klinik Pergigian Famili


Kami berharap senarai ini dapat membantu anda untuk mendapatkan rawatan klinik gigi yang best di Kota Damansara. Jika pilihan klinik gigi yang telah kami senaraikan bukanlah untuk anda, jangan risau! Anda boleh mencari alternatif lain dengan merujuk kepada artikel kami yang menyenaraikan 10 Klinik Gigi di Shah Alam yang Best.

Ingat, dapatkanlah rawatan pergigian secara berkala bersama doktor gigi anda untuk mengelakkan kesihatan gigi dan mulut anda daripada mengalami sebarang masalah!

5/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Klinik Gigi Puncak Alam Plg Terkenal

Di kawasan Puncak Alam, terdapat pelbagai pilihan klinik pergigan yang menawarkan perkhidmatan yang murah dan cekap kepada pelanggan. Semua klinik gigi Puncak Alam ini...

Signature Dental Clinic – Pakar Pergigian yg Pro

Signature Dental Clinic adalah klinik pergigian yang istimewa. Ditubuhkan sejak tahun 2011, klinik pergigian di Kota Damansara, Petaling Jaya ini telah menjadi ikon keanggunan...

11 Pilihan Klinik Gigi Klang Terbaik

Klang menawarkan pelbagai pilihan klinik gigi yang menyediakan perkhidmatan pergigian seperti scaling, pemakaian braces, membaiki, tampalan, cabutan serta perkhidmatan lain berkaitan. Bagi memudahkan anda...

TOP 11 Klinik Gigi Bangi

Di Bangi, terdapat pelbagai klinik yang menawarkan perkhidmatan pergigian terbaik. Kebanyakan klinik gigi Bangi ini diuruskan oleh doktor-doktor yang berpengalaman dan mesra serta menawarkan...

10 Klinik Gigi Rawang Plg Dipercayai

Dalam usaha untuk memberikan anda akses kepada perkhidmatan pergigian berkualiti, kami dengan bangga menyenaraikan senarai klinik gigi Rawang yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan...

15 Klinik Gigi Puchong Plg BEST

Dalam usaha untuk memberikan anda akses kepada perkhidmatan pergigian berkualiti, kami telah menyenaraikan senarai klinik gigi di Puchong yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x