Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Klinik Gigi di Shah Alam yang Best dan Patut Anda Kunjungi

Rawatan pergigian merupakan perawatan kesihatan asas yang patut dinikmati oleh rakyat di pelbagai peringkat umur. Walaupun rawatan pergigian mencakupi pelbagai aspek penjagaan gigi di klinik gigi kerajaan, namun perawatan gigi di klinik gigi swasta tetap menjadi pilihan masyarakat kerana kualiti perkhidmatan dan rawatan pergigian yang ditawarkan. Di dalam artikel ini, kami senaraikan 10 klinik gigi di Shah Alam yang patut anda kunjungi.  Perkhidmatan dan rawatan gigi di klinik-klinik ini memang best, berdasarkan rating tertinggi di Google dan ulasan-ulasan positif dari pelanggan.

Terdapat pelbagai rawatan pergigian asas yang boleh didapati di klinik-klinik gigi di Shah Alam, antaranya perkhidmatan mencabut gigi, memasang braces, menampal gigi, scaling gigi, dan rawatan endodontik. Perkhidmatan kosmetik gigi pula merangkumi prosedur pemutihan gigi, memasang implan gigi, veneer gigi dan meratakan permukaan gigi. Jom kita check senarai klinik-klinik gigi di Shah Alam yang berbaloi dan best dikunjungi.

 

Klinik Gigi Best Di Sekyen 18, Shah Alam


1.  Klinik Pergigian Shah Alam, Sekyen 18, Shah Alam

Klinik Pergigian Shah Alam 3

Mempunyai pengalaman selama 20 tahun di dalam bidang penjagaan gigi, reputasi dan kualiti perkhidmatan di Klinik Pergigian Shah Alam sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Sekiranya anda seorang yang sering takut setiap kali membuat temu janji dengan doktor gigi, di Klinik Pergigian Shah Alam anda tidak perlu risau lagi kerana perkhidmatan pergigian di klinik doktor gigi di Klinik Pergigian Shah Alam sangat dikenali dengan perkhidmatan mesra pelanggan.

Terdapat pelbagai perkhidmatan pergigian ditawarkan di sini, antaranya ialah pemeriksaan rutin kesihatan oral dan gigi, kosmetik gigi, perkhidmatan pergigian restorative, pemutihan gigi, pemasangan braces, menampal gigi, pemasangan implan gigi dan rawatan endodontik. Dengan mendapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Shah Alam, anda kini boleh tersenyum dengan yakin tanpa perlu malu akan keadaan gigi anda.

Alamat: No. 35A, Jalan Pinang 18/B, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.30 am – 12.30 pm , 2.00 pm – 9.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 011-10596154

Whatsapp Klinik Pergigian Shah Alam

 

2.  Klinik Pergigian Zahida, Sekyen 18, Shah Alam

Klinik Pergigian Zahida3

Di Klinik Pergigian Zahida, anda boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan penjagaan pergigian yang asas dan kosmetik pergigian. Antara jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti ortodontik, mencabut gigi, mencuci gigi, pemasangan veneer gigi, pembedahan gigi dan pemasangan implan gigi.

Sekiranya anda tidak pasti perkhidmatan rawatan pergigian yang sesuai dengan permasalahan gigi, anda bolehlah berkonsultasi dengan pakar gigi dan staf-staf di Klinik Pergigian Zahida untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang pergigian, perkhidmatan di Klinik Pergigian Zahida dijamin berkualiti dan mesra pelanggan.  Bagi mendapatkan senarai harga perkhidmatan dan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Zahida, anda bolehlah melawati laman web Klinik Pergigian Zahida.

Alamat: No. 24A, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 18, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.30 am – 12.30 pm , 2.00 pm – 9.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-551974410

 

3.  Klinik Pergigian Zubaidah, Sekyen 18, Shah Alam

Klinik Pergigian Zubaidah3

Sekiranya anda mencari-cari klinik gigi di Shah Alam yang mesra kanak-kanak, anda harus berkunjung ke Klinik Pergigian Zubaidah. Dekor interior yang menarik di Klinik Pergigian Zubaidah membuatkan perasaan gemuruh anda hilang sebaik sahaja melangkah masuk ke klinik. Sambil-sambil menunggu giliran berjumpa dengan doktor gigi, anak-anak boleh bermain-main di kid’s corner supaya mereka tidak bosan di samping dapat menghilangkan perasaan gemuruh tiap kali pergi berjumpa doktor gigi.

Pemeriksaaan gigi  di Klinik Pergigian Zubaidah adalah secara percuma. Antara tawaran menarik di sini ialah anda  berpeluang mendapatkan pakej pemasangan braces dengan harga mampu milik bermula dengan harga RM4500, disertai dengan ansuran pembayaran bulanan serendah RM200.

Alamat:  No. 10A, Jalan Pinang D/18D, Seksyen 18, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.30am-1pm, 2.30pm- 7pm. Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55492559

Whatsapp Klinik Pergigian Zubaidah

 

Klinik Gigi Best Di Sekyen 7, Shah Alam


4.  Klinik Pergigian Siti Fauzian, Sekyen 7, Shah Alam

Klinik Pergigian Siti Fauzian3

Klinik Pergigian Siti Fauzian menawarkan pelbagai perkhidmatan pergigian agar kesihatan oral dan ortodontik anda terjamin. Terletak di Seksyen 7 dan Sekyen 13 di Shah Alam, Klinik Pergigian Siti Fauzian merupakan sebuah klinik gigi di Shah Alam yang amat mudah diakses oleh penduduk setempat. Interior klinik yang menarik dan cozy bakal menghilangkan rasa gemuruh sewaktu menghadiri temu janji rawatan gigi.

Sering kali menerima kunjungan selebriti-selebriti tempatan, rawatan pergigian dan kosmetik gigi di sini bakal membuatkan senyuman anda bertambah menawan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti perkhidmatan mencabut gigi, menampal gigi, scaling gigi, implan gigi, rawatan pemutihan gigi, dan pemasangan veneer gigi. Sekiranya anda berhasrat untuk mempunyai senyuman bak selebriti, kunjungi Klinik Pergigian Siti Fauzian untuk mencantikkan gigi anda.

Alamat:  No. 26a, Jalan Plumbum N7/N, Pusat Komersial Seksyen 7,  40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10am–8pm

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55118897

 

5.  Klinik Pergigian Famili, Sekyen 7, Shah Alam

Klinik Pergigian Famili

Sekiranya anda tercari-cari klinik gigi di Shah Alam yang menawarkan perkhidmatan pergigian untuk seisi keluarga, anda harus berkunjung ke Klinik Pergigian Famili. Menawarkan perkhidmatan pergigian untuk pesakit pelbagai peringkat umur, pakar gigi di Klinik Pergigian Famili sememangnya arif dengan pelbagai permasalahan gigi.

Jika ditelusuri laman Facebook Klinik Pergigian Famili, pelbagai maklumat berguna mengenai tip-tips penjagaan gigi dikongsi. Klinik Pergigian Famili turut menawarkan perkhidmatan kosmetik gigi seperti rawatan pemutihan gigi dan pemasangan pendakap gigi.

Alamat: No. 18-M, Jalan Zirkon F7/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.00 am – 10.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55122969

Whatsapp Klinik Pergigian Famili

 

6.  Klinik Pergigian Shah Alam (Klinik Kerajaan), Sekyen 7, Shah Alam

Klinik Pergigian Shah Alam (Klinik Kerajaan)3

Selain daripada mendapatkan rawatan gigi di klinik-klinik gigi swasta, anda juga boleh mendapatkan rawatan gigi yang berkualiti tinggi dengan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan. Rawatan klinik gigi di hospital kerajaan adalah lebih murah berbanding di klinik swasta. Sekiranya anda ingin berjimat-cermat dalam mendapatkan rawatan gigi asas, anda disarankan berkunjung ke klinik gigi di hospital kerajaan.

Sebarang permasalahan gigi dan oral yang kronik akan dilanjutkan secara terus ke pakar gigi di hospital kerajaan. Walaupun harga rawatan pergigian di klinik gigi di hospital kerajaan agak murah, tetapi perkhidmatannya hampir setanding dengan klinik swasta.

Alamat: No. 2, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8am–1pm, 2–5pm , Sabtu & Ahad tutup

Lokasi | Laman Web | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5510 3837

 

Klinik Gigi Best Di Sekyen 13, Shah Alam


7.  Klinik Pergigian Aidentist, Sekyen 13, Shah Alam

Klinik Pergigian Aidentist3

Serlahkan senyuman menawan anda dengan membuat temu janji dengan doktor-doktor gigi di Klinik Pergigian Aidentist. Dengan suasana klinik yang cozy dan selesa, anda tidak perlu takut setiap kali membuat pemeriksaan gigi atau mendapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Aidentist. Mempunyai pelbagai testimoni positif daripada pelanggan dari pelbagai latar belakang, kualiti perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Aidentist sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Klinik Pergigian Aidentist merupakan antara klinik gigi di Shah Alam yang menawarkan kepelbagaian rawatan pergigian. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai rawatan asas pergigian, memasang pendakap gigi, pembedahan kecil dan rawatan kosmetik gigi. Jikalau anda ingin mendapatkan tips-tips penjagaan gigi yang terkini, ikuti laman Facebook Klinik Pergigian Aidentist sekarang.

Alamat: No. 212, Tingkat 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10.00 am – 9.00 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5523 0046

Whatsapp Klinik Pergigian Aidentist

 

8.  Klinik Pergigian Laman Seri, Sekyen 13, Shah Alam

Klinik Pergigian Laman Seri3

Klinik Pergigian Laman Seri merupakan klinik gigi di Shah Alam yang menawarkan pelbagai perkhidmatan gigi asas dan kosmetik gigi agar senyuman anda bertambah seri dengan barisan gigi yang rata. Klinik Pergigian Laman Seri turut menyediakan perkhidmatan konsultasi berkaitan dengan penjagaan gigi dan perawatan gigi agar rawatan yang diterima dapat menyembuhkan permasalahan oral anda.

Dibantu dengan teknologi diagnostik pergigian yang canggih, perawatan gigi anda dapat dilakukan berdasarkan diagnosis permasalahan gigi.  Dengan mendapatkan perawatan gigi di Klinik Pergigian Laman Seri, anda tidak perlu risau lagi permasalahan gigi anda terus membelenggu hidup. Senyuman anda juga kian berseri-seri dengan susunan gigi yang rata dan kesihatan oral di tahap yang terbaik.

Alamat:  No. 303A, Level 3, Block 1, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.30 am – 5.30 pm

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5524 2689

Whatsapp Klinik Pergigian Laman Seri

 

Klinik Gigi Best Di Sekyen 19, Shah Alam


9.  Klinik Pergigian Khairuddin, Sekyen 19, Shah Alam

Klinik Pergigian Khairuddin3

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan asas untuk perawatan gigi, kunjungi Klinik Pergigian Khairuddin dengan kadar segera. Harga perkhidmatan di Klinik Pergigian Khairuddin amat berpatutan di samping perkhidmatan yang berkualiti tinggi.  Terletak di kawasan kejiranan di Seksyen 19, Klinik Pergigian Khairuddin amat mudah diakses oleh penduduk setempat sekiranya mereka mempunyai permasalahan gigi kecemasan yang memerlukan perhatian rapi oleh doktor gigi.

Menurut ulasan-ulasan perniagaan di Google, Klinik Pergigian Khairuddin dikenali dengan khidmat nasihat yang lebih mendalam mengenai penjagaan kesihatan gigi dan oral. Sebarang pertanyaan dari pesakit akan dijawab sebaik mungkin. Oleh itu, sekiranya anda tercari-cari klinik gigi yang mesra pelanggan, kunjungi Klinik Pergigian Khairuddin dengan kadar segera.

Alamat: No. 31A, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.00 am – 7.00 pm

LokasiFacebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-55415443

Whatsapp Klinik Pergigian Khairuddin

 

Klinik Gigi Best Di Sekyen 9, Shah Alam


10.  ST Tiew Dental Group Sdn Bhd, Sekyen 9, Shah Alam

ST Tiew Dental Group Sdn. Bhd.3

Di ST Tiew Dental Group Sdn Bhd, segala yang anda perlukan untuk mendapatkan senyuman menawan bak Julia Robert boleh didapati di sini. ST Tiew Dental Group Sdn Bhd memfokuskan pada kosmetik gigi, jadi sekiranya gigi anda merupakan salah satu prioriti untuk kekal kelihatan menawan, anda disarankan untuk mengatur temu janji dengan pakar gigi di sini.

Antara prosedur kosmetik gigi yang ditawarkan di sini adalah seperti pemutihan gigi, pergigian restoratif (restorative dentistry), implan gigi, memasang veneer gigi dan banyak lagi. Sekiranya anda keliru nak pilih prosedur yang bersesuaian dengan keperluan anda, anda bolehlah berkonsultasi dengan pakar gigi di ST Tiew Dental Group Sdn Bhd agar prosedur yang dipilih bersesuaian dengan keperluan penjagaan ortodentik anda. Kunjungi ST Tiew Dental Group Sdn Bhd dengan kadar segera untuk mendapatkan million dollar smile anda.

Alamat: Tingkat 3, Lot 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 9.15 am – 5.30 pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone: 03-5122 6680

 

4.2/5 - (13 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 15 Klinik Gigi Kajang Plg Popular

Terdapat banyak Klinik Gigi yang terletak di sekitar kawasan Kajang yang menawarkan pengalaman yang luar biasa dalam penjagaan pergigian. Dengan ruang menunggu yang selesa...

Signature Dental Clinic – Pakar Pergigian yg Pro

Signature Dental Clinic adalah klinik pergigian yang istimewa. Ditubuhkan sejak tahun 2011, klinik pergigian di Kota Damansara, Petaling Jaya ini telah menjadi ikon keanggunan...

10 Klinik Gigi “Best” di Kota Damansara untuk Gigi Anda!

Janji temu rawatan pergigian kerajaan selalunya memakan masa yang sangat lama dan perlu dirancang dengan rapi. Bagi anda yang sudah bekerja dan berkeluarga, anda...

15 Klinik Gigi Puchong Plg BEST

Dalam usaha untuk memberikan anda akses kepada perkhidmatan pergigian berkualiti, kami telah menyenaraikan senarai klinik gigi di Puchong yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rawatan...

11 Pilihan Klinik Gigi Klang Terbaik

Klang menawarkan pelbagai pilihan klinik gigi yang menyediakan perkhidmatan pergigian seperti scaling, pemakaian braces, membaiki, tampalan, cabutan serta perkhidmatan lain berkaitan. Bagi memudahkan anda...

TOP 11 Klinik Gigi Bangi

Di Bangi, terdapat pelbagai klinik yang menawarkan perkhidmatan pergigian terbaik. Kebanyakan klinik gigi Bangi ini diuruskan oleh doktor-doktor yang berpengalaman dan mesra serta menawarkan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x