Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Klinik Pakar Wanita yang Popular dan Terbaik di Kuala Lumpur

Bagi wanita yang masih tidak tahu, klinik pakar wanita juga dikenali sebagai klinik obstertik & ginekologi. Klinik pakar ini menawarkan khidmat, nasihat juga rawatan khusus untuk para wanita di luar sana yang mengalami masalah dan penyakit yang berkaitan dengan wanita.

Kebanyakan klinik pakar ini menawarkan rawatan dan servis seperti pregnancy, pemeriksaan kanser serviks, rawatan breast cancer dan pelbagai lagi masalah dan rawatan yang berkaitan dengan wanita. Klinik kesihatan biasa atau umum kebiasaannya tidak memberikan rawatan dan perkhidmatan khusus untuk masalah wanita.

Bagi anda yang ingin mengetahui dan masih mencari klinik pakar wanita mana yang terbaik di area Kuala Lumpur, kami di sini untuk membantu! Jom kita tengok 7 senarai klinik pakar wanita terbaik yang anda boleh kunjungi di Kuala Lumpur. Semoga bermanfaat!

7 Klinik Pakar Wanita di Kuala Lumpur


1. Klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat, Medan Niaga Rampai

Klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat, Medan Niaga Rampai

Setiap wanita yang sudah berumahtangga menunggu kehadiran zuriat sangatlah dinantikan bagi mengeratkan lagi perhubungan antara pasangan. Namun, bagi yang setia menanti dan ingin mengetahui tahap keseburun anda atau ingin mengetahui samada anda masih berpeluang untuk memiliki zuriat, anda disarankan untuk datang ke klinik ini.

Terletak di Jalan Rampai Niaga 3, klinik ini memberikan servis yang terbaik untuk anda. Kebanyakan pesakit wanita datang ke klinik di Kuala Lumpur ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga rawatan untuk kesuburan. 

Ruang klinik yang sangat selesa dan luas memberikan satu suasana yang menyenangkan bagi pesakit yang datang. Anda boleh mendapatkan rawatan sakit puan juga rawatan lain yang disediakan di klinik ini melalui doktor pakar yang berpengalaman.

Selain itu, layanan yang diberikan oleh nurse di dalam klinik ini juga sangat bagus tau! Bolehlah anda cuba datang dan mendapatkan khidmat nasihat di sini.

Alamat: 5, Jalan Rampai Niaga 3, Medan Niaga Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin & Selasa, Khamis & Jumaat (9.00 am – 8.30 pm), Sabtu & Ahad (9.00am – 7.00pm), Rabu (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-610 5047 

WhatsApp Klinik Al-Eilaaj


2. Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road, Jalan Klang Lama

Klinik Pakar Wanita Metro Old Klang Road, Jalan Klang Lama

Klinik ini merupakan antara yang menawarkan servis yang terbaik dengan harga yang murah. Klinik yang terletak di Jalan Klang Lama ini menawarkan perkhidmatan fertility dan IVF. Klinik ini telah berjaya merawat masalah kesuburan ramai wanita di luar sana. 

Selain itu, klinik ini juga sentiasa aktif dengan melibatkan diri bersama program-program luar untuk membantu golongan wanita yang ingin melahirkan zuriat. Pakej yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan khidmat dan nasihat yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda juga, klinik ini menawarkan subsidi kepada golongan B40 & M40 untuk membantu pasangan yang sedang cuba hamil. Untungnya mereka yang berada di dalam golongan ini!

Terdapat juga promosi dijalankan bagi meningkatkan kesedaran kepada wanita di luar sana untuk menjalani rawatan kesuburan bagi mereka yang ingin hamil. Jom datang ke klinik ini untuk mendapatkan rawatan!

Alamat: 8-0, Lorong 2/137C, Off, Jalan Klang Lama, Bedford Business Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.00 pm), Sabtu (8.30 am – 1.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-839 8220

WhatsApp Klinik Pakar Wanita Metro


3. KL Fertility & Gynecology Centre, Bukit Damansara

KL Fertility & Gynecology Centre, Bukit Damansara

Klinik ini merupakan klinik pakar kesuburan untuk wanita yang mempunyai masalah untuk hamil. Mempunyai kepakaran selama lebih dari 20 tahun dalam bidang ini, klinik ini menyediakan kelengkapan menggunakan teknologi yang tinggi untuk meberi rawatan yang terbaik kepada pesakit yang datang.

Namun begitu, rawatan ini juga tidak tertumpu kepada pesakit wanita sahaja, tetapi untuk lelaki juga turut disediakan. Bagus kan? Jadi, pasangan yang mempunyai masalah kesuburan tidak perlulah untuk mencari rawatan yang sama di tempat yang berbeza. 

Reka bentuk dalaman klinik yang luas dan mewah ini memudahkan pesakit dapat menerima rawatan dengan selesa dan merasakan suasana yang tenang ketika menerima rawatan. Anda juga tidak perlu bersesak untuk menunggu giliran mendapatkan rawatan.

Doktor-doktor di sini juga sangat berpengalaman dan professional dalam bidang ini. Mereka juga turut menawarkan rawatan lain untuk wanita yang mempunyai masalah dalaman.

Jadi, anda boleh dapatkan rawatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan pesakit yang datang juga telah berjaya membuat rawatan IVF hasil daripada perkhidmatan dari klinik ini. Jadi, bagi anda yang ingin mencuba, bolehlah datang ke sini dan mendapatkan khidmat tersebut.

Alamat:  DC Mall, LG Lots 23A, 25, 26, 27 & 30, 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm), Sabtu (8.00am – 1.00pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2780 4288


4. Mak Women & Fertility Center Specialist, Kuchai Entrepreneurs Park

Mak Women & Fertility Center Specialist, Kuchai Entrepreneurs Park

Klinik pakar wanita Mak Women & Fertility Center Specialist terletak di Kuchai Entrepreneurs Park, Kuala Lumpur. Klinik ini menawarkan khidmat dan rawatan kesuburan bagi wanita yang mempunyai masalah kesuburan. 

Kebanyakan pesakit yang datang ke klinik ini sangat berpuas hati dengan servis dan layanan yang diberikan oleh doktor dan juga staf di sini. Segala persoalan dan keraguan yang dilalui oleh pesakit dapat dijawab dengan baik oleh doktor yang berpengalaman.

Jadi, anda tak perlu ragu-ragu untuk bertanya sebarang jenis soalan dan meminta pendapat daripada doktor di sini untuk rujukan dan panduan di masa hadapan.

 

Alamat: 5, Jalan 1/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 12.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7980 4618


5. Yan Specialist Women’s Clinic, Bandar Baru Sri Petaling

Yan Specialist Women's Clinic, Bandar Baru Sri Petaling

Klinik ini juga menjadi salah satu pilihan klinik bagi wanita yang mengalami masalah dan ingin mendapatkan rawatan khusus. Klinik ini menawarkan khidmat nasihat dan rawatan untuk mereka yang ingin hamil juga mempunyai masalah lain yang berkaitan.

Pesakit yang datang kebanyakannya berpuas hati dengan khidmat nasihat yang diberikan. Kebanyakan pesakit yang mempunyai cyst dan fibroid terutamanya akan mendapatkan rawatan dari klinik ini kerana kelengkapan yang disediakan amat baik. 

Namun begitu anda haruslah membuat appointment terlebih awal kerana waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan agak lama. Jadi anda boleh datang awal supaya dapat giliran dan rawatan lebih cepat bagi mereka yang ingin walk in.

Anda juga boleh dapatkan nasihat dan penerangan dari doktor yang bertauliah dan berpengalaman dengan harga yang sangat berpatutan. Tunggu apa lagi, bolehlah anda buat appointment untuk klinik ini sekarang!

Alamat: 22-3, Jalan Radin Anum, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 2.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9059 5002


6. Union Women Specialist Clinic, Bandar Baru Seri Petaling

Union Women Specialist Clinic, Bandar Baru Seri Petaling

Bagi ibu-ibu yang mengandung dan ingin mendapatkan rawatan dan nasihat tentang penjagaan kandungan bayi anda, klinik ini sangat sesuai untuk rujukan anda. Klinik ini menawarkan khidmat penjagaan kandungan, ibu dan bayi yang akan melahirkan. Selain itu, anda juga akan diajar bagaimana untuk menyusu selepas melahirkan anak. 

Klinik ini juga menawarkan khidmat scan bayi, penjagaan bayi selepas melahirkan anak. Bagi ibu-ibu yang ingin bersalin di klinik pakar, klinik ini juga menawarkan khidmat melahirkan bayi di sini. Wah, bagusnya kan? Anda boleh mendapatkan segalanya dalam satu tempat sahaja.

Ruang klinik yang selesa dan luas memberikan ketenangan untuk ibu-ibu atau bakal ibu yang datang ke klinik ini. Selain itu juga, mereka juga menawarkan khidmat dan nasihat untuk masalah dalaman wanita yang lain.

Alamat:  No. 69-G, Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: 

  • Isnin (9.00 am – 1.00 pm)
  • Selasa & Khamis (9.00  am – 1.00  pm, 2:30 pm – 5.00  pm, 6.00 pm – 9.00  pm)
  • Rabu & Jumaat (9.00  am – 1.00  pm, 2:30 pm – 5.00  pm) 
  • Sabtu & Ahad (9.00am – 3.00pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9054 2854


7. Klinik Pakar Wanita Connaught, Cheras

Klinik Pakar Wanita Connaught, Cheras

Jika anda berada di Cheras atau berdekatan, anda bolehlah mendapatkan rawatan di klinik pakar wanita ini. Anda boleh melakukan pemeriksaan seperti cysts, fibroid atau masalah lain yang berkaitan dengan wanita. 

Dikatakan doktor dan nurse di klinik ini juga peramah dan memberikan nasihat yang sangat baik kepada pesakit yang datang. Ramai pesakit datang semula ke sini kerana layanan yang diberikan.

Yang menariknya, klinik ini dibuka sehingga jam 9 malam! Jadi, kepada mereka yang mempunyai jadual yang padat pada waktu pagi, bolehlah singgah ke klinik ini pada waktu malam untuk mendapatkan rawatan.

Alamat: 128, Jalan Cerdas, Taman Connaught, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 2.00  pm, 6.00 pm – 7.00 pm), Sabtu (9.00  am – 1.00  pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9101 9160


Diharapkan dengan senarai 7 klinik pakar wanita yang popular di Kuala Lumpur ini dapat membantu anda untuk menerima rawatan dan perkhidmatan yang terbaik untuk diri anda mahupun pasangan. 

Semoga segala rawatan yang diterima menghasilkan keputusan yang baik dan anda boleh menjalankan kehidupan yang sihat. Namun, jika anda ada masalah kulit dan ingin membuat rawatan kulit di Kuala Lumpur, bacalah artikel kami tentang 6 Klinik Pakar Kulit Terbaik di Kuala Lumpur!

 

4.8/5 - (10 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x