10 Pakej Perkahwinan Idaman Anda di Kuala Lumpur!

Kuala Lumpur adalah destinasi yang popular untuk majlis perkahwinan yang indah dan mewah. Dengan pelbagai tempat perkahwinan dan pakej yang tersedia, pasangan pengantin dapat memilih pakej yang sesuai dengan citarasa dan bajet mereka. Berikut kami senaraikan 10 pakej perkahwinan di Kuala Lumpur yang mampu mereliasasikan perkahwinan idaman anda!

10 Pakej Perkahwinan di Sekitar Kuala Lumpur


1. Iheartparty, Taman Desa

Pakej Perkahwinan di Kuala Lumpur: Iheartparty, Taman Desa

Iheartparty merupakan salah satu pilihan perancang perkahwinan yang utama bagi pasangan yang ingin berkahwin di sekitar Kuala Lumpur. Mereka menawarkan pelbagai pakej perkahwinan yang mewah dan cantik mengikut kesesuaian bajet pelanggan.

Antara pakej yang ditawarkan adalah pakej ‘Intimate, ‘Joyous’, ‘Celebration’ dan ‘Internal’. Pakej-pakej ini menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik dan mengikut bilangan jemputan yang disediakan. Anda boleh memilih pakej yang bersesuaian dengan bilangan jemputan anda untuk ke majlis perkahwinan anda.

Alamat:  14C, Jalan Desa Jaya, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Iheartparty


2. Istana Puteh, Alam Damai

Pakej Perkahwinan di Kuala Lumpur: Istana Puteh, Alam Damai

Istana Puteh ialah perunding perkahwinan yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur. Perunding perkahwinan ini menawarkan 50 dewan untuk anda pilih di bawah pakej lengkap Istana Puteh.

Pakej lengkap mereka termasuklah pelamin, katering, makeup, baju serta fotografi. Mudah, bukan? Anda tidak perlu pening untuk mencari kelengkapan majlis dari vendor yang berbeza kerana Istana Puteh akan menyediakan semuanya mengikut impian anda.

Sekiranya anda inginkan ala carte, mereka juga turut menyediakan khidmat ini untuk anda. Anda boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan pakej terkini untuk majlis idaman anda.

Alamat:  Istana Puteh, Jalan Alam Damai, Alam Damai, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Istana Puteh


3. Royale Chulan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre

Royale Chulan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre

Bagi anda yang inginkan pengalaman mengadakan majlis perkahwinan di hotel, anda boleh memilih Royale Chulan KL sebagai tempat untuk majlis raja sehari anda. Mereka menawarkan pelbagai pakej lengkap mengikut bajet dan impian yang anda mahukan.

Malah, mereka turut menyediakan beberapa jenis dewan mengikut citarasa para pelanggan. Anda perlu melayari laman sesawang dan menghubungi mereka untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang terperinci.

Alamat: 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur City Centre, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2688 9688


4. The Wedding Heritage, Cheras

Pakej Perkahwinan di Kuala Lumpur: The Wedding Heritage, Cheras

Perunding perkahwinan ini memang tidak asing lagi di kalangan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Manakan tidak, kebanyakan pelanggan mereka adalah dari golongan yang ternama!

Sekiranya anda inginkan majlis perkahwinan yang eksklusif dan mewah, anda boleh cuba memilih The Wedding Heritage ini. Setiap pakej yang ditawarkan adalah mengikut tempat dan bilangan tetamu yang datang. Anda boleh memilih mengikut kesesuaian tempat dan bajet anda untuk majlis perkahwinan.

Antara kemudahan yang mereka sediakan dalam pakej tersebut adalah dewan berhawa dingin, PA system, emcee, fotogafi dan sebagainya. Mudah, bukan? Semuanya ada! Jadi, bolehlah anda cuba menempah pakej perkahwinan anda di sini.

Alamat: 2021, Jalan Sultan Yahya Petra, Cheras, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Wedding Heritage


5. MY Wedding Planner Sdn Bhd, Bukit Damansara

MY Wedding Planner Sdn Bhd, Bukit Damansara

MY Wedding Planner ini antara menjadi pilihan pasangan berbangsa Cina yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka. Perunding perkahwinan ini bukan sahaja menawarkan majlis perkahwinan yang lengkap, mereka juga turut menawarkan destinasi perkahwinan di luar kawasan Lembah Klang.

Anda boleh melayari laman web mereka dan melihat servis yang ditawarkan oleh mereka untuk maklumat lebih terperinci. Sekiranya ia bersesuaian dengan kemahuan anda, anda bolehlah menghubungi mereka untuk mendapatkan pakej yang sesuai dengan perkahwinan idaman anda!

Alamat: Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.30 am – 6.30 pm)

Pakej | Lokasi | Blog | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MY Wedding Planner


6. The Glass Suite by BoraOmbak, Putrajaya

The Glass Suite by BoraOmbak, Putrajaya

Sekiranya anda inginkan majlis perkahwinan yang mempunyai pemandangan yang cantik seperti tasik, BoraOmbak Marina Putrajaya ini sesuai untuk anda mencipta kenangan indah.

Terletak di Presint 5, Putrajaya, BoraOmbak ini turut menawarkan pakej yang menarik untuk anda. Anda boleh memilih sama ada ingin melangsungkan perkahwinan mengikut tempat samada ingin melakukan di taman mahupun di dalam dewan.

Antara pakej yang terdapat di sini adalah pakej ‘Raikan Cinta’ dan ‘Mahakarya Cinta’ dengan jumlah minimum jemputan yang anda perlu ada adalah seramai 1000 orang jemputan. Seronok juga kan jika boleh melangsungkan perkahwinan dengan pemandangan tasik yang cantik dan luas?

Alamat: 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 6.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8881 0648


7. Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya

Bizmilla Wedding Centre, Subang Jaya

Sudah pastinya nama “Bizmilla” ini tidak asing lagi bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Hal ini kerana Bizmilla Wedding Centre ini cukup terkenal di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Bizmilla Wedding Centre ini menawarkan pelbagai pakej dan mempunyai pelbagai jenis dewan yang cantik dan eksklusif untuk pilihan anda. Pelanggan mereka yang menggunakan khidmat ini sangat berpuas hati dengan layanan dan servis yang disediakan.

Di samping itu, anda boleh memilih pakej mengikut lokasi dan bilangan jemputan serta tema yang anda inginkan. Paling menariknya, anda juga boleh mendapatkan pakej serendah RM9,900 sahaja tau! Murah, bukan?

Alamat: Level 3, The Place @ One City, Jalan USJ 25/1A, One City, 47650, Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (11.00 am – 7.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bizmilla


8. Dewan D’Lavender (Pusat Komuniti Bukit Damansara), Pinggiran Setiabudi

Dewan D'Lavender (Pusat Komuniti Bukit Damansara), Pinggiran Setiabudi

Bagi anda yang inginkan perkahwinan yang minimalis dan murah, anda boleh cuba dapatkan pakej dari Dewan D’Lavender ini. Dewan ini sering menjadi tempat untuk majlis perkahwinan pasangan yang menetap di kawasan Kuala Lumpur.

Anda bukan sahaja boleh melangsungkan perkahwinan pada waktu siang, malah mereka juga turut menyediakan pakej perkahwinan pada waktu malam. Pakej mereka bermula daripada RM30,000 untuk 1000 orang jemputan.

Tambahan pula, anda tidak perlu risau ketika majlis berjalan, hanya bawa diri sahaja masuk ke dewan semasa majlis berlangsung. Hal ini kerana mereka menyediakan segalanya dengan lengkap untuk hari penting anda. Anda boleh melayari laman sosial mereka untuk melihat pakej yang disediakan.

Alamat: 3, Pinggiran Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (6.00 am – 12.00 am)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dewan D’Lavender


9. Kampung Pengantin Kuala Lumpur (La Hacienda Hall), Jalan Gombak

Kampung Pengantin Kuala Lumpur (La Hacienda Hall), Jalan Gombak

Kampung Pengantin KL ini sering menjadi pilihan pasangan untuk majlis perkahwinan mereka. Kebanyakan pelanggan yang menggunakan dewan dan pakej ini berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Dewan ini menyediakan tempat letak kereta yang luas memberi kemudahan kepada tetamu yang datang. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej yang mereka sediakan, anda perlu WhatsApp mereka untuk maklumat lanjut.

Alamat: Lot 1183, Batu 8, 3/4, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Blog | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Kampung Pengantin


10. Laman Perkahwinan, Bandar Baru Bangi

Laman Perkahwinan, Bandar Baru Bangi

Sekiranya anda menetap di luar kawasan Lembah Klang tapi anda ingin melangsungkan perkahwinan anda di Kuala Lumpur, anda boleh cuba memilih Laman Perkahwinan sebagai perunding perkahwinan anda.

Laman Perkahwinan ini menyediakan pakej perkahwinan di beberapa kawasan selain Kuala Lumpur, seperti di Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Mereka turut menawarkan beberapa pakej menarik mengikut dewan dan bajet anda.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut menawarkan pakej sanding dan pakej pertunangan untuk kemudahan anda. Senang kan? Anda tidak perlu risau kerana mereka menyediakan segalanya untuk anda.

Alamat: Jalan Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi, 43000 Selangor 

Pakej | Blog | Facebook | Instagram | YouTube

WhatsApp Laman Perkahwinan


Senarai pakej perkahwinan di atas hanya merupakan beberapa pilihan yang tersedia di Kuala Lumpur. Anda disarankan untuk menghubungi pihak berkenaan untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej ini. Kami juga sarankan anda untuk merancang perbelanjaan dan majlis anda awal supaya tiada yang terlepas pandang pada hari bersejarah nanti.

Jika anda ingin mengetahui dan mencari butik pengantin di kawasan Bangi, anda boleh layari artikel kami, 10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda. Semoga majlis anda berjalan lancar dan menjadi antara memori terpaling indah untuk anda!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x