Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda!

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pemilihan baju pengantin adalah amat penting kerana gambar dalam album perkahwinan akan kekal sampai bila-bila di rumah anda. Oleh itu, baju pengantin perlulah dicari dengan teliti dan serasi supaya kelihatan istimewa dan menyerlah di majlis perkahwinan sendiri. 

Kos berpatutan dan pemilihan pakaian yang sesuai juga perlu diambil berat supaya anda lebih selesa dan tidak menyesal di kemudian hari. Jadi, di sini kami senaraikan beberapa butik pengantin di Bangi untuk dipilih dalam membuat persiapan sebelum hari istimewa anda tiba.

10 Butik Pengantin di Bangi


1. Butik Dreamyza Bangi, Seksyen 9

Butik Dreamyza Bangi, Seksyen 9

Terletak di kawasan rumah kedai Bangi Sentral, Butik Dreamyza Bangi merupakan butik yang menawarkan baju pengantin untuk wanita muslimah sejak tahun 2014. Dengan mementingkan kualiti, keselesaan dan kesederhanaan, pelanggan dapat memilih pelbagai jenis baju seperti jubah, baju kurung dan baju akad nikah yang dilihat menarik di mata. Butik ini mempunyai misi untuk mencipta rekaan baju yang kekal menawan untuk jangka masa yang lama di setiap masa dan tempat. 

Butik ini juga mempunyai layanan yang mesra oleh staf untuk mendapatkan design yang menarik, kain yang selesa, pemotongan baju yang bagus dan padan dengan badan pengantin. Memang tidak peliklah butik ini telah mendapat rating yang tinggi oleh pelanggan untuk dicadangkan kepada bakal pengantin baru di luar sana.

Alamat: 7-55-1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-917 1617 

WhatsApp Dreamyza


2. D Renjis Seri Pengantin, Seksyen 4

D Renjis Seri Pengantin, Seksyen 4

Untuk mereka yang mencari perkahwinan yang ringkas dan lawa, D Renjis Seri Pengantin menawarkan baju pengantin yang murah untuk meringankan beban bakal pengantin. Baju pengantin yang ditawarkan di butik ini mempunyai pelbagai reka bentuk dan warna yang memikat mata. Oleh itu, pelanggan boleh mengambil masa untuk memilih baju pengantin pilihan masing-masing.

Pihak butik juga mampu mencadang dan mencarikan pakaian yang sesuai mengikut citarasa pelanggan bagi kepuasan yang tinggi. Layanan perkhidmatan yang baik dan peramah oleh pihak butik juga mampu memudahkan perjalanan pelanggan dalam mencari dan memilih baju pengantin yang paling kemas dan sesuai. Butik ini juga menawarkan set perkahwinan yang lengkap dengan menyediakan pelamin, set katering, make-up, perhiasan dan dewan ruang perkahwinan yang terbaik dan berpatutan.

Alamat: 15 & 15A, Jalan 4/11a, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin (Tutup) Selasa – Ahad ( 9.30 am – 6.30 pm )

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-844 9064

WhatsApp D Renjis


3. Mili Tailor Bangi, Seksyen 4

Mili Tailor Bangi

Bagi yang gemar membuat tempahan baju pengantin, Mili Tailor Bangi merupakan butik yang patut anda kunjungi kerana mempunyai perkhidmatan tukang jahit yang mahir. Butik ini pakar dengan baju pengantin yang mempunyai sulaman bagi menghasilkan reka bentuk yang cantik dan memikat. Dengan suasana kedai yang menarik, pelbagai contoh baju pengantin juga dapat dilihat oleh pengunjung untuk memilih design yang digemari. 

Pihak butik juga mesra dengan pelanggan dan tempahan selalunya disiapkan tepat pada masanya. Hasil kerja dan perkhidmatan pihak butik yang memuaskan ini dapat menarik pelanggan untuk datang semula dan mendapatkan perkhidmatan menjahit baju yang terbaik.

Alamat: 22, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin (Tutup) Selasa – Ahad ( 9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-614 2372

WhatsApp Mili Tailor


4. Camellia Empire, Seksyen 9

Camellia Empire, Seksyen 9

Camellia Empire merupakan butik yang patut dilawati bagi pengantin yang inginkan baju perkahwinan yang ringkas dan lawa. Butik yang lawa ini dipenuhi dengan reka bentuk baju pengantin yang minimalis dan moden. Pengunjung pasti akan kelihatan lebih anggun dengan memperagakan pakaian yang terdapat di sini.

Butik ini juga aktif mempromosi jualan hebat sepanjang tahun untuk baju kurung yang lawa. Selain itu, terdapat juga tawaran menarik untuk pasangan yang ingin membeli baju pengantin bersama. Jadi, pelanggan yang ingin melakukan pembelian bolehlah berjimat dan menyimpan duit lebihan untuk majlis kahwin yang lebih meriah.

Alamat: No 3A, 55 – 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-647 6494

WhatsApp Camellia Empire


5. Wedding Galore Sdn Bhd, Seksyen 8

Wedding Galore Sdn Bhd

Wedding Galore adalah butik di Bangi yang menyediakan pakej lengkap perkahwinan termasuk perancangan majlis, gubahan hantaran, katering serta tempahan dan sewaan jubah pengantin. Keadaan butik yang cerah dan baju yang tersusun juga menyenangkan pelanggan untuk melihat dan memilih baju yang dianggap menarik.

Selain daripada menyediakan pakaian pengantin, butik ini juga menyediakan ruang perkahwinan yang luas dan dihiasi dengan dekorasi cantik untuk disewa. Oleh itu, bakal pengantin dapat merancang untuk menentukan pakaian yang sesuai dengan tema perkahwinan terlebih dahulu tanpa perlu rasa risau.

Alamat: 191, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (11.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-615 5751

WhatsApp Wedding Galore


6. Cinta Couture, Seksyen 8

Cinta Couture, Seksyen 8

Cinta Couture merupakan butik pengantin yang anda patut kunjungi di Bangi untuk mendapatkan baju tema melayu yang menarik perhatian. Pelbagai pilihan baju songket moden yang ringkas ditawarkan di butik ini bagi mereka yang ingin kelihatan anggun dan rapi semasa majlis perkahwinan nanti. Kerjasama yang rapat dari staf juga dapat membantu anda dalam mendapatkan nasihat dalam memilih baju pengantin yang sesuai dan berpatutan. 

Selain itu, pilihan pelamin juga turut disediakan dengan pelbagai hiasan yang menarik dan minimalis sesuai untuk bergambar dengan keluarga dan kawan rapat. Dengan hasil kerja yang memuaskan, butik ini merupakan salah satu pilihan yang patut anda kunjungi untuk mendapatkan tema perkahwinan yang anda impikan.

Alamat: 129A, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.00 am – 6.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-310 0770

WhatsApp Cinta Couture


7. Embun Klasik Bridal Boutique, Seksyen 8

Butik Pengantin Embun Klasik Bridal Boutique, Seksyen 8, Bangi

Butik Embun Klasik Bridal Boutique pula menawarkan baju pengantin Melayu songket klasik pelbagai gaya dengan harga yang berpatutan. Dengan pilihan baju yang banyak dari segi saiz dan warna, bakal pengantin bolehlah memilih pakaian yang paling sesuai. Khidmat pertolongan dari staf mereka juga dapat membantu anda mencari pakaian pengantin yang bagus.

Selain daripada baju pengantin, terdapat juga perkhidmatan make-up artist yang boleh menyerlahkan kecantikan anda semasa majlis perkahwinan nanti. Hiasan pelamin yang indah dan kemas juga disediakan untuk dipadankan dengan baju pengantin anda semasa sesi bergambar.

Alamat: 10-1, Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-696 7623

WhatsApp Embun Klasik


8. Imaan Boutique, Jalan Medan Pusat Bandar 8A

Butik Pengantin Imaan Boutique, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi

Imaan Boutique Bangi merupakan butik pengantin yang menjual baju yang unik dan sopan bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baharu. Pengantin mempunyai pelbagai pilihan dengan jenis dan variasi baju yang ditawarkan oleh butik ini seperti abaya, kaftan dan baju kurung. Terdapat juga set koleksi baju kurung dan jubah yang boleh dibeli.

Butik ini juga menyediakan pelbagai tawaran menarik sepanjang tahun dan menjadi pilihan untuk mencari baju pengantin yang baru dengan harga yang lebih murah. Baju kurung yang cantik dan lawa juga boleh didapati dengan harga serendah RM50 ketika waktu promosi dijalankan. Justeru, bakal pengantin bolehlah melawati laman web butik ini untuk mendapatkan harga yang rendah dan istimewa.

Alamat: 2-05-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin (Tutup) Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 0982

WhatsApp Imaan


9. Azue Bridal, Seksyen 9

Butik Pengantin Azue Bridal, Seksyen 9, Bangi

Azue Bridal merupakan butik pengantin popular di Bangi yang pernah menyediakan tempat perkahwinan untuk pelakon tanah air seperti Zul Ariffin. Menariknya butik pengantin ini adalah kerana ia menawarkan pakej lengkap perkahwinan termasuk baju pengantin. Baju pengantin perempuan yang dilengkapi dengan sanggul juga turut disediakan bagi mereka yang ingin kelihatan jelita dan menarik perhatian di hari istimewa nanti.

Azue Bridal juga dilengkapi juga dengan dewan perkahwinan untuk disewa. Set katering juga dijamin menyediakan makanan yang sedap dan berkualiti untuk para tetamu. Oleh yang demikian, butik ini mampu menyediakan pakej perkahwinan yang terbaik untuk anda ingati hingga ke hari tua kerana layanan yang baik dan teliti dari mereka.

Alamat: No F27 Tingkat, Evo mall, 1, Jalan Medan Pusat 2d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-266 6167

WhatsApp Azue


10. Nawlaa, Seksyen 9

Butik Pengantin NAWLAA, Seksyen 9, Bangi

Butik Nawlaa di Bangi merupakan butik pengantin yang menjual baju Melayu dan baju kurung serta aksesori yang menarik. Butik ini juga terkenal dengan baju abaya yang diinspirasikan dari negara teluk atau timur tengah bagi mereka yang gemar mengenakan pakaian muslimah. Kehadiran staf yang mesra juga dapat meningkatkan lagi pengalaman baik jika anda ingin mendapatkan nasihat dalam memilih baju pengantin yang sepadan dengan anda.

Di sini juga terdapat baju pengantin untuk pasangan lelaki dan perempuan yang lengkap dan saling padan. Jadi, pengunjung bolehlah membuat tempahan serentak supaya senang untuk menilai dan berbincang dengan pihak butik sekiranya terdapat perkara yang perlu diubahsuai mengikut kehendak masing-masing.

Alamat: 2-11, 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Khamis (10.00 am – 7.00 pm), Jumaat – Isnin (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-839 2123

WhatsApp Nawlaa


Berikut merupakan senarai butik pengantin di Bangi untuk persiapan raja sehari anda. Hari perkahwinan adalah hari yang penting untuk anda berasa istimewa bersama pasangan dan mungkin hanya sekali sahaja anda akan rasai dalam hidup anda. Demikian, ambillah peluang dalam mengkaji dan mencari butik pengantin yang berpatutan dengan masa dan kewangan anda untuk mendapat kenangan majlis perkahwinan yang manis kelak.

Jika anda juga sedang mencari perhiasan yang menarik untuk gubahan hantaran perkahwinan anda, ayuh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Bunga Murah dan Lawa di Sekitar Klang.

 

4.5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Butik Terbaik di Shah Alam untuk Memenuhi Citarasa Anda

Selain terkenal dengan syurga makanan yang murah dan sedap, Shah Alam juga terkenal dengan butik serta pusat dan gedung membeli belah pakaian tekstil. Lokasi...

11 Butik Pengantin yang Terkemuka dan Best di Shah Alam

Majlis perkahwinan yang indah dan gilang gemilang pastinya menjadi idaman setiap bakal pasangan pengantin. Untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna, pasangan pengantin memerlukan perancangan...

10 Butik di Bangi untuk Dapatkan Fesyen Baju “Trendy”!

Adakah anda sedang mencari pakaian untuk event penting atau hari istimewa seperti majlis makan malam, perkahwinan, mahupun konvokesyen? Tidak perlu fikir panjang kerana di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x