Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Butik Terbaik di Shah Alam untuk Memenuhi Citarasa Anda

Selain terkenal dengan syurga makanan yang murah dan sedap, Shah Alam juga terkenal dengan butik serta pusat dan gedung membeli belah pakaian tekstil. Lokasi ini juga terkenal dengan susunan butik-butik berjenama tempatan yang menjual pelbagai jenis pakaian untuk semua peringkat.

Bagi anda yang masih mencari pakaian untuk majlis keraian, majlis makan malam, perkahwinan mahupun konvokesyen, kami di sini untuk membantu! Di sini, kami telah senaraikan 10 butik terbaik di Shah Alam untuk memenuhi citarasa anda! 

10 Butik di Shah Alam


1. Casalwa Boutique, Bukit Jelutong

Casalwa Boutique, Bukit Jelutong

Lokasi butik ini terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Butik yang besar dan eksklusif ini menjadi pilihan utama bagi pelanggan yang datang mencari baju di sini kerana butik yang luas dan selesa.

Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, dress, pakaian casual dan juga pakaian untuk kanak-kanak. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis aksesori dan perhiasan wanita di butik ini. Mudah kan? Untuk ibu-ibu yang ingin mencari pakaian baru, anda boleh mencari pakaian untuk anak-anak anda di sini juga. Jimat masa.

Selain itu, butik ini juga mempunyai cawangan di Terengganu. Bagi anda yang berada di kawasan Pantai Timur dan berdekatan, bolehlah singgah ke butik ini untuk mendapatkan baju kurung atau pakaian casual yang menepati citarasa anda.

Jika anda tiada masa untuk singgah ke butik ini, tak perlu risau! Anda juga boleh membeli pakaian anda secara atas talian melalui website yang mereka sediakan.

Alamat: Jalan Bazar U8/101a, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-210 0188

WhatsApp Casalwa Boutique


2. Rosezie Collection Butik, Seksyen 7

Rosezie Collection Butik, Seksyen 7

Butik yang terletak di Seksyen 7 ini juga menjadi pilihan utama pelanggan yang datang. Berada sebaris dengan pelbagai butik berjenama yang lain, butik ini menjual pelbagai koleksi baju kurung untuk wanita dan kanak-kanak. Malah, mereka juga menjual baju kurta untuk lelaki.

Kebanyakan pelanggan yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberikan dari staff butik ini. Susun atur pakaian yang kemas dan cantik juga membolehkan anda yang datang boleh membuat pilihan dengan baik dan selesa. Tambahan pula, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Bolehlah anda cuba datang ke sini!

Alamat: No 25, Ground Floor, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-311 1167

WhatsApp Rosezie Collection Butik


3. Bob Rock Clothing, Plaza Shah Alam

Bob Rock Clothing, Plaza Shah Alam

Bagi mereka yang berbadan besar, anda mungkin mempunyai masalah untuk mencari saiz baju di butik. Namun, anda tidak perlu risau lagi kerana Bob Rock Clothing ini menyediakan pakaian untuk mereka yang memakai baju bersaiz XL dan keatas.

Butik Bob Rock Clothing ini terletak di dalam Plaza Shah Alam. Sambil anda berjalan membeli belah di plaza ini, anda bolehlah singgah ke butik ini untuk mencari pakaian yang memenuhi citarasa anda. 

Mereka menjual pelbagai jenis baju untuk wanita dan lelaki yang berbadan besar. Rata-rata pelanggan yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Material kain yang dijual juga berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

Alamat: Lot F-15, Level 1, Plaza Shah Alam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Malaysia, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1009 1302

WhatsApp Bob Rock Clothing


4. Butik Rina Salleh Clothing (Shah Alam), Seksyen 7

Butik Rina Salleh Clothing (Shah Alam), Seksyen 7

Butik yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, ini menjual pelbagai reka bentuk pakaian muslimah yang terkini dan moden. Susun atur pakaian dan butik yang bersih ini sesuai untuk anda membeli belah dengan tenang.

Bukan itu sahaja, butik ini juga menawarkan diskaun sehingga 5% kepada ahli yang berdaftar menjadi pelanggan setia butik. Wahh, banyak penjimatan yang anda boleh dapatkan apabila berbelanja di butik ini! 

Butik ini mempunyai 2 lagi cawangan lain yang bertempat di East Coast Mall, Kuantan dan juga di Aman Sentral, Kedah. Anda yang berdekatan boleh singgah ke cawangan lain butik ini untuk membuat pilihan pakaian yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Selain itu juga, anda juga boleh melayari laman web dan akaun Shopee mereka untuk membuat pembelian atas talian. Mudahnya, semuanya di hujung jari sahaja! Jadi, tunggu apa lagi? Jom beli pakaian baru di butik ini!

Alamat: 5, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 2049


5. EButik Shah Alam, Seksyen 7

EButik Shah Alam, Seksyen 7

Butik EButik ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Butik inimenjual pelbagai jenis baju yang berjenama untuk pilihan pelanggan yang datang ke sini. Anda boleh lihat pilihan yang mereka sediakan di laman Shopee mereka.

Bukan sahaja menjual baju kurung, mereka turut menjual jubah, baju raya serta baju pengantin dengan saiz sehingga saiz besar. Jadi, anda tidak perlu lagi pening kepala untuk mencari baju yang bersaiz besar kerana butik ini sesuai untuk anda.

Malah, butik ini turut menjual baju melayu untuk lelaki dan pakaian untuk kanak-kanak. Ianya menjimatkan masa anda untuk membeli kelengkapan set pakaian sedondon sepasangan atau sekeluarga di satu tempat sahaja.

Alamat: Pusat Komersil, 22B, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | InstagramUlasan Pelanggan | Telefon: 011-5626 7395

WhatsApp EButik


6. Ms. Read, AEON Mall Shah Alam

Ms. Read, AEON Mall Shah Alam

Butik ini terletak di dalam AEON Mall Shah Alam. Ditubuhkan pada 1997, butik ini menjadi perintis utama bagi menjual pakaian wanita yang bersaiz besar. Butik ini menawarkan pelbagai jenis pakaian yang bergaya, berkualiti tinggi dan sesuai untuk semua wanita. 

Kebanyakan pelanggan yang datang ke butik ini berpuas hati dengan layanan yang diberikan dan semua design baju ini menepati citarasa mereka. Malah, mereka juga boleh mendapatkannya dengan harga yang sangat berpatutan. Bolehlah anda menikmati dan menggayakan pakaian anda dengan lebih yakin di sini.

Alamat: G47, AEON Mall, No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5879 9166

WhatsApp Ms. Read


7. Butik Aisy Asyraf Shah Alam, Seksyen 7

Butik Aisy Asyraf Shah Alam, Seksyen 7

Diinspirasikan dari Imam Muda Asyraf, butik ini menjadi pilihan utama terutamanya bagi golongan lelaki yang ingin mencari pakaian mereka. Terdapat pelbagai jenis pakaian seperti kurta, baju melayu dan jubah dari pelbagai warna yang menarik perhatian.

Selain itu, material kain yang digunakan di sini juga sangat selesa dan tidak panas. Anda boleh mencuba memakainya sekiranya berkunjung ke sini. Jadi, anda tak perlu ragu-ragu, datanglah ke butik ini untuk mendapatkan pakaian selesa dengan harga yang mampu milik!

Alamat: 18a, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.00 am – 8.30 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-820 8210 

WhatsApp Butik Aisy Asyraf


8. Butik Sireh Pinang, Seksyen 9

utik Sireh Pinang, Seksyen 9

Sekiranya anda mencari baju tradisional dan berkonsepkan kontemporari, anda boleh berkunjung ke butik Sireh Pinang ini. Anda boleh mendapatkan baju kurung atau pelbagai jenis baju berkonsepkan tradisional dengan harga yang murah di sini.

Butik ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 di Subang Parade. Namun begitu, butik ini telah melebarkan perniagaannya ke beberapa tempat dan mempunyai 4 lagi cawangan di sekitar Shah Alam serta Lembah Klang. 

Alamat: 6, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K 9/K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5880 7286

WhatsApp Sireh Pinang


9. Minimalace, Seksyen 7

Minimalace, Seksyen 7

Butik Minimalace ini merupakan antara butik berjenama yang viral dan terkenal di sosial media. Butik ini menjual pelbagai jenis dan koleksi baju untuk muslimah. Pelbagai corak, koleksi, jenis dan material kain yang berbeza di jual di butik ini.

Bagi anda yang ingin melangsungkan perkahwinan, anda juga boleh mendapatkan baju pengantin anda di sini juga. Banyak corak dan pilihan yang eksklusif dan yang bersesuaian untuk anda pakai ke majlis anda. 

Selain itu, butik ini turut menjual pelbagai aksesori wanita yang lain seperti tudung, shawl, facemask, veil dan sebagainya. Anda boleh melayari laman web mereka untuk dapatkan corak terkini yang trendy.

Alamat: 33A, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa –Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5524 1014 


10. CaryaZara HQ, Seksyen 7

CaryaZara HQ, Seksyen 7

Sekiranya anda ingin mencari pakaian muslimah atau kanak-kanak yang berpatutan dan design yang simple, anda boleh berkunjung ke butik CaryaZara. Butik ini menjual pelbagai jenis pakaian muslimah dan kanak-kanak dengan hargayang murah.

Anda bukan sahaja boleh memilih pakaian untuk dipakai pada waktu perayaan atau majlis keraian, malah pakaian yang dijual dari butik ini juga sesuai dipakai untuk pergi kerja. Jimat kan? Tidak perlu membeli pakaian yang banyak kerana anda boleh jadikannya sebagai pakaian harian atau jalan-jalan. 

Alamat: Blok C, Bukit Raja, Business Park, 13, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3358 7385

WhatsApp CaryaZara


Terdapat banyak lagi butik terbaik di Shah Alam yang anda boleh pilih. Namun, kami senaraikan 10 butik yang terbaik untuk memenuhi citarasa anda. Semoga ianya membantu anda untuk membuat pilihan koleksi baju mengikut kehendak dan bajet anda.

Jika anda berada di kawasan Bangi dan ingin mencari pakaian baru, anda boleh layari artikel 10 Kedai Butik di Bangi untuk Dapatkan Fesyen Baju “Trendy”.

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Butik di Bangi untuk Dapatkan Fesyen Baju “Trendy”!

Adakah anda sedang mencari pakaian untuk event penting atau hari istimewa seperti majlis makan malam, perkahwinan, mahupun konvokesyen? Tidak perlu fikir panjang kerana di...

11 Butik Pengantin yang Terkemuka dan Best di Shah Alam

Majlis perkahwinan yang indah dan gilang gemilang pastinya menjadi idaman setiap bakal pasangan pengantin. Untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna, pasangan pengantin memerlukan perancangan...

10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda!

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pemilihan baju pengantin adalah amat penting kerana gambar dalam...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x