Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Butik di Bangi untuk Dapatkan Fesyen Baju “Trendy”!

Adakah anda sedang mencari pakaian untuk event penting atau hari istimewa seperti majlis makan malam, perkahwinan, mahupun konvokesyen? Tidak perlu fikir panjang kerana di sini kami telah senaraikan beberapa butik di bangi untuk memudahkan serta memastikan urusan anda berjalan dengan lancar. Kini, anda mampu tampil bergaya, anggun, dan ranggi dengan pakaian yang mengekspresi personaliti diri anda! 

10 Butik di Bangi


1. Amalia Exclusive, Seksyen 15

Amalia Exclusive

Terletak di Bandar Baru Bangi, Amalia Exclusive merupakan salah satu butik di bangi yang menawarkan pelbagai pakaian dengan harga yang berpatutan dan design menarik tanpa menjejaskan kualiti pakaian. Malah, semua pakaian yang dikeluarkan oleh butik tersebut merupakan hasil Amalia Tailoring House, satu pasukan dalaman berdedikasi yang terdiri daripada penjahit-penjahit profesional.

Dengan tumpuan terhadap fesyen muslimah, Amalia Exclusive membolehkan wanita-wanita Islam untuk terus bergaya dengan bermacam-macam pilihan busana yang patuh syariah dan menutup aurat. Di sini, semua rekaan busana mengetengahkan konsep kontemporari tanpa melupakan ciri-ciri kesopanan dan kesederhanaan.

Alamat: No. C-6-G Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-241 6053

WhatsApp Amalia Exclusive


2. Dreamyza, Bangi Sentral

Dreamyza Bangi Sentral

Telah diasaskan pada tahun 2014, Dreamyza merupakan sebuah butik yang mengetengahkan pakaian muslimah yang menarik, elegan, serta feminin sesuai buat anda yang mendambakan elemen minimalis. Antara pakaian yang anda boleh dapat di sini termasuklah baju kurung moden, jubah, dan tudung dengan pelbagai warna.

Dreamyza berusaha mengeluarkan design dengan sentuhan kontemporari yang bergaya dan praktikal supaya semua pakaian yang anda sarungkan sesuai untuk sebarang majlis dan lokasi. Paling penting, rekaan busana mestilah selesa, berkualiti tinggi, dan tidak lekang dek zaman. Selain itu, Dreamyza juga meletakkan pelanggan sebagai nombor satu dengan menawarkan perkhidmatan yang responsif dan mesra pelanggan.

Alamat: 7-55-1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-917 1617

WhatsApp Dreamyza


3. Ariani Ready To Wear (RTW), Ostia Business Park

Ariani Ready To Wear

Dengan hampir 30 kedai di seluruh negara, jenama Ariani semestinya bukan jenama yang asing lagi di Malaysia. Jenama tempatan yang terkenal ini mula menapak di industri dengan barisan awning tudung ikonik yang telah menjadi antara pilihan utama buat para wanita bertudung. Kini, Ariani telah mengembangkan sayapnya untuk menawarkan koleksi Ariani Ready To Wear (RTW) atau pakaian sedia dipakai.

Koleksi ini membuka ruang buat wanita bertudung menggayakan pelbagai pakaian mesra bajet yang cantik serta menutup aurat tanpa stress. Tersedia dalam saiz XS sehingga XL, anda boleh lihat design moden kontemporari yang ada di laman web rasmi Ariani dan lakukan pembelian dalam talian. Mudah kan?

Alamat: C-G-1, Block C, Jalan Ostia Utama, Ostia Business Park, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.30 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8926 0881


4. MCC Lifestyle, Bangi Sentral

MCC Lifestyle

MCC Lifestyle mengutamakan gaya hidup muslimah anggun dengan menawarkan seleksi pakaian yang labuh dan longgar tanpa kompromi terhadap kualiti, kecantikan, dan keselesaan. Butik di Bangi ini menawarkan pelbagai koleksi ready to wear mengikut kategori seperti Ready to Raya, Ready to Solat, Ready to Sweat, Ready to Nikah, Ready to Work, dan Ready to Relax.

Tidak lupa juga, MCC Lifestyle percaya bahawa fesyen sewajarnya bersifat inklusif dan harus boleh diakses oleh semua orang. Oleh itu, butik ini menyediakan perkhidmatan dari saiz XXS hingga 5XL, supaya anda boleh tampil bergaya sambil menutup aurat tanpa mengira saiz! Seterusnya, MCC Lifestyle menawarkan jaminan kepuasan 100% untuk semua pelanggan, jadi anda bolehlah membeli-belah tanpa ragu.

Alamat: 2-17, 01, Jalan Medan Pusat Bandar 8, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 0618 

WhatsApp MCC Lifestyle


5. SofeaRose, Bangi Sentral

SofeaRose Bangi Sentral

Dengan pelbagai koleksi tudung, baju, serta aksesori yang diilhamkan oleh gabungan seni dan fesyen, SofeaRose telah berjaya menarik perhatian dan kesetiaan para pelanggan mereka. Sejak tahun 2010, SofeaRose telah memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan dedikasi yang tinggi dan cinta yang mendalam terhadap fesyen.

Amat mementingkan keselesaan pelanggan, SofeaRose menggunakan teknologi keselesaan yang terkini supaya anda kekal selesa sepanjang hari ketika mengenakan hijab atau seleksi ready to wear mereka. Seterusnya, semua produk di sini dijual dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti premium yang ditawarkan. 

Alamat: Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3708 3511

WhatsApp SofeaRose


6. Deenara, Bangi Gateway

Deenara

Terletak di Bangi Gateway Shopping Mall, butik Deenara menawarkan pelbagai fesyen wanita yang mengikuti trend semasa Malaysia serta menyediakan seleksi sedia dipakai untuk anda yang mementingkan kesederhanaan dalam gaya hidup. Ditubuhkan pada tahun 2017, jenama Deenara mula diusahakan oleh usahawan adik-beradik muda menerusi platform media sosial.

Terdapat pelbagai style dan design di sini, tetapi jangan risau kerana semua produk menggunakan fabrik yang memuaskan hati dan menekankan trend kontemporari. Hal ini seterusnya membolehkan anda untuk berpakaian serta bergaya dengan yakin dan selesa. Antara produk yang anda boleh dapatkan di sini ialah kaftan kurung, kurung moden, jubah, abaya, tudung (shawl), baju kasual seperti blouse, dan banyak lagi.

Alamat: C-1-G, Block C, Bangi Gateway, Persiaran Pekeliling, Bandar Baru Bangi, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 9304

WhatsApp Deenara


7. JubahSouq, Bangi Gateway

JubahSouq di Bangi Gateway

Dengan motto ‘Where Modesty Meets Beauty’, JubahSouq menampilkan koleksi pakaian yang cantik dan bersederhana buat kaum lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis busana seperti kaftan, kurung, kebaya, kasual, kurta, baju melayu, dress, dan tudung seperti bawal dan shawl. 

Staf yang ramah dan mesra pelanggan juga pasti menyenangkan proses pembelian pakaian anda di butik serta menghasilkan pengalaman membeli-belah yang tidak boleh dilupakan. Tambahan pula, butik di Bangi ini mementingkan kepuasan pelanggan dan sentiasa memastikan rekaan dan cutting baju sesuai dengan si pemakai.

Alamat: C-G-12 & C-1-12, Streetmall, Jalan Gerbang Wawasan, 1, Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (9.00 am – 1.30 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8926 0220

WhatsApp JubahSouq


8. Omar Ali, Bangi Gateway

Butik Omar Ali di Bangi Gateway

Butik Omar Ali merupakan salah satu butik terkemuka di Malaysia, dan telah ditubuhkan pada tahun 1935 oleh Allahyarham Hj Omar bin Ali. Tahukah anda, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan pelanggan Omar Ali? Maka jelaslah bahawa, reputasi butik ini bukan calang-calang dan sudah terbukti.

Kini, Omar Ali terkenal sebagai sebuah butik berasaskan tradisional yang kaya dengan warisan yang unik dan tersendiri. Di sini, anda boleh mendapatkan pakaian tradisional dan moden untuk lelaki, wanita serta kanak-kanak dengan kualiti tertinggi. 

Alamat: Bangi Gateway Shopping Complex, Lot 09-G, Block C, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8912 2913

WhatsApp Omar Ali


9. Hijab Galeria, Bangi Gateway

Butik Hijab Galeria di Bangi Gateway

Anda mencari tudung labuh dengan pelbagai design? Hijab Galerialah butik yang patut anda kunjungi! Dikenali sebagai empayar tudung labuh, butik ini menawarkan seleksi tudung labuh yang bergaya seperti bidang 60 chiffon, bidang 60 cotton, dan niqab. Hijab Galeria merupakan syurga beli-belah buat muslimah yang ingin bergaya dengan tudung labuh yang mampu milik.

Selain daripada pilihan tudung yang bermacam-macam corak dan warna, anda juga boleh dapatkan jubah, kaftan, cardigan, dan kurung di sini. Jangan bimbang, busana di sini memang cantik rekaannya dan terdapat dalam saiz S hingga XL. Lebih best, koleksi busana mereka juga dijual dengan harga yang murah!

Alamat: B-13-G Block B Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (11.00 am – 8.00 pm).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-213 8339

WhatsApp Hijab Galeria


10. IMAAN Boutique, Bangi Sentral

IMAAN Boutique di Bangi Sentral

Terletak di Bandar Baru Bangi, IMAAN Boutique adalah antara butik-butik eksklusif di Bangi yang menawarkan pelbagai rekaan yang sedia dipakai dengan harga yang berpatutan. Sebut sahaja nama IMAAN Boutique, pasti sudah terbayang-bayang rekaan yang versatil dan berwarna-warni. 

Terdapat bermacam-macam jenis pakaian, style, stok, dan corak trendy yang pasti akan menepati cita rasa unik anda! Buat anda yang sibuk, terdapat juga pilihan ironless atau fabrik yang tidak perlu diseterika seperti koleksi Yoori Kaftan yang menjadikan busana tersebut lebih praktikal, travel-friendly, dan mudah untuk digayakan. 

Alamat: 2-05-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8922 0982

WhatsApp IMAAN


Secara kesimpulannya, terdapat banyak butik di Bangi, terutamanya di Bandar Baru Bangi, yang menyediakan pelbagai koleksi busana menarik buat semua lapisan masyarakat. Kami pasti, anda akan rambang mata dengan pilihan yang ditawarkan.

Jadi, apa tunggu lagi? Lekaslah kunjungi butik di Bangi untuk dapatkan pakaian, tudung, serta aksesori dengan harga yang berpatutan! Jika anda inginkan sesuatu yang lebih istimewa buat diri anda mahupun orang yang tersayang, kunjungilah artikel kami tentang 6 Kedai Bunga yang Menyediakan Khidmat Penghantaran di Kuala Lumpur.

5/5 - (14 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Butik Terbaik di Shah Alam untuk Memenuhi Citarasa Anda

Selain terkenal dengan syurga makanan yang murah dan sedap, Shah Alam juga terkenal dengan butik serta pusat dan gedung membeli belah pakaian tekstil. Lokasi...

10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda!

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pemilihan baju pengantin adalah amat penting kerana gambar dalam...

11 Butik Pengantin yang Terkemuka dan Best di Shah Alam

Majlis perkahwinan yang indah dan gilang gemilang pastinya menjadi idaman setiap bakal pasangan pengantin. Untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna, pasangan pengantin memerlukan perancangan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x