Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

11 Butik Pengantin yang Terkemuka dan Best di Shah Alam

Majlis perkahwinan yang indah dan gilang gemilang pastinya menjadi idaman setiap bakal pasangan pengantin. Untuk merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna, pasangan pengantin memerlukan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi.

Pemilihan busana, pelamin dan solekan perlulah dipilih dengan betul supaya tidak kesal di kemudian hari. Jadi, untuk membantu anda membuat keputusan besar ini, di sini kami senaraikan 11 butik pengantin Shah Alam untuk hari istimewa anda.

11 Butik Pengantin di Shah Alam yang Terkemuka


1. Nisa Mustafa Bridal, Seksyen 14

Nisa Mustafa Bridal, Seksyen 14

Nisa Mustafa Bridal telah menempah nama dalam industri fesyen sejak 9 tahun yang lepas. Pemiliknya, Syarifah Anisah Syed Mustafa Al-Idrus, merupakan pereka fesyen yang bereputasi tinggi dalam pertunjukan fesyen The Wedding KL 2019.

Beliau menghasilkan rekaan yang klasik dengan sentuhan yang sophisticated dalam koleksi pengantinnya. Menurut akhbar News Straits Times, rekaan Nisa Mustafa berkonsepkan silhouette minimalis digabungkan dengan motif rekaan bunga yang elegan.

Buat pasangan pengantin yang gemarkan rekaan fesyen yang bertaraf artisan, bolehlah membuat temujanji bersama butik pengantin ini demi merealisasikan busana perkahwinan anda. 

Namun, menurut Google, butik ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi, pastikan anda membuat perancangan mengikut waktu operasi mereka terlebih dahulu.

Alamat: Pusat Perdagangan, Plaza Azalea 16, SDE, 10, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam

Waktu operasi: Sabtu – Ahad (10.00 am – 5.00 pm), Isnin – Jumaat (Tutup)

Lokasi | Instagram | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-3970 9331

WhatsApp Nisa Mustafa


2. Butik Pengantin Andaman Ana De’ Rias Shah Alam, Seksyen 18

Butik Pengantin Andaman Ana De’ Rias Shah Alam, Seksyen 18

Menariknya di butik pengantin Andaman Ana De’ Rias Shah Alam ini, mereka boleh menyewakan pelbagai jenis baju pengantin mengikut ukuran saiz badan yang bervariasi. Malah, mereka menyediakan busana plus size dalam koleksi mereka. Jadi, anda tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan bentuk badan anda. 

Selain itu, Butik Andaman Ana De’ Rias ini juga mempunyai koleksi pakaian songket yang sangat berkualiti tinggi. Jadi, buat bakal pengantin yang ingin mengenakan busana songket klasik di hari perkahwinan mereka, anda bolehlah berkunjung di butik ini untuk lebih 100 pilihan pakaian pengantin songket.

Alamat: 22A, Jalan Pinang D 18/D, Seksyen 18, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 6.00 pm), Sabtu (11:30  am – 4:30  pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-381 7258

WhatsApp Andaman Ana De’ Rias


3. Hasifhafiz Boutique, Seksyen 16

Hasifhafiz Boutique, Seksyen 16

Butik pengantin Hasifhafiz yang terletak di Jalan Serai Wangi, Shah Alam, ini menawarkan 50 peratus deposit untuk anda memiliki busana pengantin anda. Jika anda membuat keputusan untuk memilih Hasifhafiz, anda dapat menjimatkan kos dalam pemilihan busana!

Bukan itu saja, dengan rekaan bermutu tinggi dan kreatif dan, rekaan Hasifhafiz Boutique ini pernah mewarnai Kedah Fashion Week 4.0. Jadi, anda berpeluang untuk memakai rekaan busana pengantin yang diiktiraf tinggi oleh industri fesyen tempatan!

Alamat: D-8-2, Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (11.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-297 9093

WhatsApp HasifHafiz Boutique


4. Butik Jemari Kreatif, Seksyen 22

Butik Jemari Kreatif, Seksyen 22

Butik pengantin Jemari Kreatif terletak di Indah Alam Condominium di Seksyen 22, Shah Alam. Butik ini telah bertapak dalam industri fesyen perkahwinan sejak dari tahun 2009 lagi. 

Salah satu kelebihan butik ini adalah mereka menyediakan lebih 80 rekaan kasut kahwin idaman setiap wanita. Harga sewaan bermula serendah RM60 sahaja mengikut rekaan yang diinginkan. 

Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan gubahan hantaran, rekaan aksesori pengantin, busana kanak-kanak untuk flower girl dan banyak lagi. Buat anda yang mahu membuat pembelian secara atas talian, anda bolehlah melayari laman web mereka untuk melihat katalog yang luas dengan lebih 10 jenis produk.

Alamat: 23-A, Indah Alam Condominium, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-6166 5087

WhatsApp Jemari Kreatif


5. Butik Dianna Couture, Seksyen 13

Butik Pengantin Dianna Couture Shah Alam, Seksyen 13

Keistimewaan yang ada pada butik Dianna Couture adalah mereka sering mengadakan promosi dengan harga yang berpatutan dengan kualiti yang tinggi. Walaupun promosi yang disediakan sangat murah, material yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan istimewa demi mengikut citarasa mewah pelanggan.

Melalui pakej nikah dan sanding yang disediakan di Dianna Couture ini, pasangan pengantin boleh mendapatkan promosi sepasang baju pengantin perempuan dan pengantin lelaki bersama sampin yang berharga RM1800.

Alamat: 19, Jalan Akuatik 13/77a, D’kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 

  • Selasa – Sabtu (12 .00 am – 6.00  pm, 11:06 pm – 12.00 am)
  • Isnin (11.00 pm – 12.00 am)
  • Ahad (11.00 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-323 7271

WhatsApp Dianna Couture


6. Azammoff Boutique, Seksyen 7

Azammoff Boutique, Seksyen 7

Butik pengantin yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, ini diterajui oleh pereka fesyen Azam Osman yang merupakan nama besar dalam industri fesyen. Dengan pengetahuan yang luas dalam industri tekstil, pemilihan material untuk setiap busana di butik ini ditentukan mengikut keselesaan fabrik itu terhadap pengantin. 

Antara fabrik yang digunakan adalah fabrik kain kapas berkualiti iaitu kapas polyester dan juga linen. Jadi, anda bolehlah mendapatkan busana pengantin yang elegan lagi classy di butik ini dengan harga bermula daripada RM99. 

Alamat: Pusat Komersial, 18, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5511 6200


7. Butik Pengantin Fiqrah Anggun, Kampung Melayu Subang Shah Alam

Butik Pengantin Fiqrah Anggun Shah Alam, Kampung Melayu Subang

Butik Fiqrah Anggun terletak di Kampung Melayu Subang Tambahan, Shah Alam. Butik ini menawarkan pakej perkahwinan yang pelbagai dan serba lengkap untuk hari perkahwinan anda.

Pakej mereka terdiri daripada pakej rekaan baju sanding yang direka khas mengikut citarasa anda beserta dengan dewan perkahwinan yang besar dan jurugambar yang profesional untuk merakamkan momen-momen indah hari bahagia anda. 

Dengan diskaun sebanyak lebih RM1,000 untuk setiap pakej awal tahun, anda bolehlah mengadakan perkahwinan yang gilang-gemilang tanpa perlu pening kepala memikirkan kos perbelanjaan anda.

Alamat: 109-A1, Jalan Utama, Kampung Melayu Subang Tambahan, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (8.00 am – 7.00 pm), Selasa (Tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-359 4524

WhatsApp Fiqrah Anggun


8. Butik Perkahwinan Emi Nadia, Seksyen 7

Butik Perkahwinan Emi Nadia, Seksyen 7

Emi Nadia menawarkan pelbagai servis perkahwinan dalam satu pakej. Butik perkahwinan ini menjanjikan set busana lelaki dan perempuan, set aksesori pengantin, rekaan pelamin yang cantik, katering yang lengkap, DJ untuk menceriakan perkahwinan anda serta jurufoto yang berpengalaman untuk merakamkan perkahwinan anda. 

Pendek kata, Butik Emi Nadia ini berupaya merealisasikan resepsi perkahwinan anda dengan hanya satu pakej. Pakej-pakej yang disediakan bermula dengan harga RM3,000 sehingga RM20,000 mengikut kemampuan anda.

Alamat: No. 3B, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-643 9966

WhatsApp Emi Nadia


9. Ryns Avenue, Seksyen 9

Ryns Avenue, Seksyen 9

Rekaan pelamin mewah semestinya menjadi keistimewaan butik pengantin Ryns Avenue Shah Alam. Mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mereka bentuk dekorasi dewan perkahwinan yang elegan. 

Meskipun mereka memfokuskan servis mereka terhadap rekaan pelamin, Ryns Avenue juga menyediakan variasi perkhidmatan perkahwinan yang lain. Antaranya ialah khidmat solekan, khidmat rekaan busana pengantin, khidmat fotografi dan banyak lagi. 

Jadi, anda tidak perlu runsing lagi tentang segala aspek perkahwinan anda! Hal ini kerana, Ryns Avenue mempunyai pasukan perunding perkahwinan yang terdiri daripada jurusolek, jurufoto dan pereka fesyen yang berpengalaman luas dalam industri perancangan perkahwinan.

Alamat: 13B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.30 am – 6.00 pm), Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-380 1811

WhatsApp Ryns Avenue


10. Fiz Classic Bridal, Subang Bestari

Fiz Classic Bridal, Subang Bestari

Fiz Classic Bridal merupakan sebuah butik pengantin yang mementingkan kepuasan dan citarasa pelanggan. Butik ini mempunyai pasukan perunding perkahwinan yang terdiri daripada pereka busana dan pelamin, katerer, jurugambar serta juruvideo yang berpengalaman luas. 

Mereka menawarkan dua jenis pakej perkahwinan iaitu pakej untuk 500 orang jemputan serta pakej 1000 orang jemputan. Untuk kedua-dua pakej ini, anda akan diberikan menu tetamu yang lengkap, servis andaman bersama busana pengantin, kelengkapan dewan perkahwinan, fotografi dan percuma kek pengantin tiga tingkat. Berbaloi kan?

Alamat: 6-2, Jalan Nova K U5/K, Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-664 9422

WhatsApp Fiz Classic Bridal


11. Altelia Amani Sdn. Bhd., Seksyen 7

Altelia Amani Sdn. Bhd., Seksyen 7

Matlamat butik pengantin Altelia Amani di Shah Alam ini adalah untuk sentiasa memastikan setiap rekaan pakaian mereka akan membuatkan anda berasa unggul dan hebat. Dengan motto yang tinggi, Altelia Amani menyediakan rekaan custom-made dan sewaan baju pengantin yang sangat anggun dan bergaya. 

Jadi, tidak hairanlah jika butik pengantin dengan rekaan suntikan moden dan cantik ini menjadi pilihan artis-artis yang terkenal. Antara artis popular yang pernah mengenakan busana mereka adalah Wany Hasrita dan Fazura.

Butik pengantin ini juga menyediakan pembayaran secara atas talian untuk mendapatkan koleksi busana mereka yang meluas. Dengan staf yang peramah dan berkebolehan, anda tidak patut lepaskan peluang untuk mendapatkan busana pengantin di sini!

Alamat: Pusat Komersial, 2, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5523 7360

WhatsApp Altelia Amani


Semoga dengan perkongsian 11 butik pengantin Shah Alam ini, anda dan bakal pasangan hidup anda dapat melakukan persediaan yang teliti sebelum menjejakkan kaki di alam perkahwinan.

Untuk memastikan perjalanan sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar, setiap bakal pengantin perlu memilih butik pengantin dengan berhati-hati dan membuat kajian dengan teliti. 

Jika anda mahukan lagi banyak pilihan butik pengantin, silalah merujuk kepada artikel kami, 10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda, untuk pilihan alternatif.

 

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Butik Pengantin di Bangi untuk Persiapan Raja Sehari Anda!

Hari perkahwinan merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai orang untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pemilihan baju pengantin adalah amat penting kerana gambar dalam...

10 Butik di Bangi untuk Dapatkan Fesyen Baju “Trendy”!

Adakah anda sedang mencari pakaian untuk event penting atau hari istimewa seperti majlis makan malam, perkahwinan, mahupun konvokesyen? Tidak perlu fikir panjang kerana di...

10 Butik Terbaik di Shah Alam untuk Memenuhi Citarasa Anda

Selain terkenal dengan syurga makanan yang murah dan sedap, Shah Alam juga terkenal dengan butik serta pusat dan gedung membeli belah pakaian tekstil. Lokasi...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x