Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Pakej Perkahwinan Yang Menarik di Shah Alam

Pernikahan adalah satu acara yang paling penting dan bersejarah dalam hidup seseorang. Memilih tempat yang sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan adalah langkah pertama dalam merancang satu acara yang indah dan bermakna. Shah Alam, dengan keindahan landskapnya dan pelbagai tempat menarik, adalah destinasi popular untuk perkahwinan di Malaysia. Jadi, di sini, kami menyenaraikan 10 pakej perkahwinan terbaik di Shah Alam yang mungkin menjadi pilihan anda.

10 Pakej Perkahwinan di Shah Alam


1. Pakej Dewan Kahwin Anggerik Shah Alam, Cahaya Alam

Pakej Dewan Kahwin Anggerik Shah Alam, Cahaya Alam

Bagi anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan dengan jemputan yang kurang dari 300 orang, anda boleh cuba menempah pakej perkahwinan anda di sini. Mereka menyediakan pelbagai pakej perkahwinan dan mempunyai lebih kurang 10 buah dewan di sekitar kawasan Shah Alam mengikut kesesuaian bajet anda.

Kapasiti dewan mereka juga boleh memuatkan maksimum sehingga 1500 orang dalam satu masa. Besar, bukan? Kebanyakan dewan mereka juga mempunyai kemudahan seperti holding room, surau, tandas dan tempat letak kereta yang luas. Anda boleh melayari laman sesawang mereka untuk melihat pakej yang mereka sediakan secara terperinci.

Alamat:  Jalan Selasih J U12/J, Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dewan Anggerik


2. Kamalinda Events & Weddings, Utropolis Marketplace

Kamalinda Events & Weddings, Utropolis Marketplace

Kamalinda Events & Weddings ini juga boleh menjadi pilihan utama anda sekiranya ingin melangsungkan perkahwinan yang mewah dan elegan di Shah Alam. Mereka menyediakan 5 buah dewan yang eksklusif dan cantik seperti “Aurora Hall”, “Fairy-fairy Hall”, “Secret Garden Hall” dan sebagainya untuk pilihan anda sebagai raja sehari.

Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan pakej perkahwinan yang lengkap beserta menu untuk pilihan anda. Mudah, bukan? Anda hanya perlu menyediakan bajet untuk melangsungkan perkahwinan di sini, tak perlu risau mengenai perkara lain!

Alamat:  Level UG, Utropolis Marketplace, Jalan Kontraktor U1/14, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kamalinda


3. Putra Glass Hall, Kampung Bukit Lanchung

Putra Glass Hall, Kampung Bukit Lanchung

Putra Glass Hall ini turut menjadi tumpuan bagi bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis raja sehari mereka di Shah Alam. Terletak di kawasan yang menghijau, dewan penghawa dingin ini sangat besar dan luas memberi keselesaan kepada tetamu yang datang.

Anda juga boleh mengadakan majlis anda di luar dewan yang bertemakan taman. Seronok kan kalau dapat mengadakan majlis di sini? Anda perlu menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej yang mereka sediakan di Putra Glass Hall ini.

Alamat: Kampung Bukit Lanchung, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (24 Jam)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Putra Glass Hall


4. KT Dewan Anggerik Glenmarie, Kawasan Perindustrian Temasya

KT Dewan Anggerik Glenmarie, Kawasan Perindustrian Temasya

KT Dewan Anggerik Glenmarie ini juga tidak kurang hebatnya. Kebanyakan pelanggan memilih untuk berkahwin di dewan ini kerana dewan ini menawarkan pakej lengkap dengan harga serendah RM9,999 sahaja!

Anda boleh memilih pakej yang disediakan mengikut bajet yang anda mahukan, dan mereka akan merealisasikan impian perkahwinan anda sepenuhnya. Rata-rata tetamu yang datang memberikan komen yang positif terhadap perkhidmatan yang disediakan di dewan ini. Bolehlah anda cuba untuk membuat tempahan di dewan ini. 

Alamat: Jalan Kurator U1/61, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 am – 7.00 pm)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp KT Dewan Anggerik Glenmarie


5. IDCC (Ideal Convention Centre Shah Alam), Seksyen 15

IDCC (Ideal Convention Centre Shah Alam), Seksyen 15

IDCC Ideal Convention Centre sering menjadi pilihan dan tumpuan bagi pasangan pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan mereka. Ini kerana tempat ini menyediakan pelbagai jenis dewan yang luas dan selesa untuk para tetamu yang datang.

Untuk pengetahuan anda, IDCC mempunyai panel mereka tersendiri untuk anda yang ingin berkahwin di sini. Mereka telah melantik panel bernama LP Golden House Resources untuk sebarang pakej dan majlis perkahwinan di IDCC.

Jadi, sekiranya anda ingin memilih IDCC sebagai tempat majlis perkahwinan anda, anda perlu menghubungi IDCC atau LP Golden House Resources untuk mendapatkan maklumat tentang pakej perkahwinan mereka.

Alamat: Corporate Tower, Level 5, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (24 Jam)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp IDCC


6. KT Dewan Bunga Sakura Bukit Jelutong, Bukit Jelutong

KT Dewan Bunga Sakura Bukit Jelutong, Bukit Jelutong

Terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, dewan ini sesuai untuk anda yang ingin melangsungkan perkahwinan yang sederhana tapi mewah. Dewan ini sangat luas dan mempunyai fasiliti lengkap seperti tempat letak kereta yang luas, tandas dan surau memudahkan tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Apa yang menariknya, mereka turut menawarkan pakej untuk majlis di waktu malam. Anda hanya perlu menghubungi mereka untuk mendapatkan pakej terkini daripada mereka seperti maklumat di bawah.

Alamat: Jalan Adang U8/18, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (24 Jam)

Pakej | Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Dewan Bunga Sakura


7. Glass Garden House Shah Alam, Seksyen 26

Glass Garden House Shah Alam, Seksyen 26

Sekiranya anda inginkan majlis anda masih nampak mewah dan meriah serta sedikit kelainan, anda boleh cuba memilih Glass Garden House untuk kelengkapan majlis perkahwinan anda.

Mereka menawarkan pakej perkahwinan yang pelbagai dari jemputan seramai 100 orang sehingga maksimum 1000 orang. Mereka juga turut menawarkan pakej tunang bagi pasangan yang baru ingin melangsungkan pertunangan.

Jadi, dengan Glass Garden House, anda boleh memilih pakej yang bersesuaian mengikut bilangan jemputan dan tema yang anda inginkan.

Alamat: 34, Jalan Serendah 26/39, Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00 am – 5.00 pm), Sabtu & Ahad (10.00 am – 3.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Glass Garden House


8. The Venue Shah Alam, Seksyen 14

The Venue Shah Alam, Seksyen 14

The Venue Shah Alam ini boleh memuatkan sekitar 200 orang dalam satu masa, sesuai untuk anda yang inginkan majlis perkahwinan yang minimalis dan privacy. Rata-rata tetamu yang hadir berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang disediakan di sini.

Anda perlu menghubungi pihak The Venue untuk mendapatkan pakej lengkap bagi majlis perkahwinan anda kerana mereka tidak menyediakannya secara umum di laman sesawang mereka. Jadi, sila tekan butang WhatsApp di bawah untuk maklumat lanjut.

Alamat: Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Venue


9. Dewan Tengku Zara Shah Alam , Seksyen 15

Dewan Tengku Zara Shah Alam , Seksyen 15

Dewan Tengku Zara Shah Alam ini sering menjadi pilihan pengantin untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka. Di sini, terdapat 2 jenis dewan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.

Menariknya, mereka menawarkan pakej lengkap serendah RM29,000. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana sekiranya anda tempah cepat, anda boleh mendapat diskaun sehingga RM4,500 bagi dewan yang terpilih! Menarik, bukan?

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej yang mereka tawarkan dengan menekan link-link di bawah.

Alamat: Dewan Tengku Zara, 15, Jalan 15/23, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Pakej | Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Dewan Tengku Zara


10. Laman Kayangan Shah Alam (Laman Kayangan), Seksyen 7

Laman Kayangan Shah Alam (Laman Kayangan), Seksyen 7

Laman Kayangan ini turut menawarkan pakej perkahwinan yang berbaloi untuk anda sekiranya anda ingin mengadakan majlis di Shah Alam. Mereka menyediakan dewan dan dekorasi pelamin dan perhiasan yang sangat cantik. Anda boleh pilih pakej yang mereka sediakan mengikut kemampuan dan bajet anda.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pakej perkahwinan terkini, anda perlu menghubungi Laman Kayangan untuk mendapatkan maklumat pakej tersebut. Ini kerana mereka belum mengemaskini pakej di dalam media sosial mereka. Yang pasti, majlis anda mesti meriah sekiranya dilakukan di sini!

Alamat: Lot 4, Jalan 7/52, off, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Laman Kayangan


Berikut merupakan beberapa pakej perkahwinan yang terbaik di Shah Alam untuk pilihan anda. Dengan pelbagai pakej perkahwinan yang ditawarkan, pasangan pengantin dapat memilih pakej yang sesuai dengan tema, bajet, dan keperluan mereka.

Dari pakej perkahwinan bajet hingga pakej mewah, diharapkan artikel ini membantu memenuhi citarasa setiap pasangan yang ingin berkahwin di Shah Alam. Pilihlah pakej yang sesuai dengan impian dan keperluan anda untuk mencipta kenangan perkahwinan yang tidak dapat dilupakan!

Adakah anda mencari butik pakaian yang terbaik di Shah Alam untuk mencari pakaian perkahwinan yang lawa? Kami sarankan anda membaca artikel kami, 10 Butik Terbaik di Shah Alam untuk Memenuhi Citarasa Anda, untuk mula mencari!

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x