Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

5 Agensi Bas Sewa di Alor Setar dengan Servis Terbaik

Sebagai ibu negeri Kedah, Alor Setar mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang menarik. Sebagai pusat pengangkutan di kawasan utara Semenanjung Malaysia, Alor Setar menjadi titik permulaan untuk pelancong meneroka Kedah dan negeri di sekitarnya. 

Antara tarikan pelancong di sini adalah Menara Alor Setar yang merupakan bangunan tertinggi di Kedah, Balai Seni Negeri, Rumah Bot Diraja, Masjid Zahir, Tokong Buddha Nikrodharam, Muzium Padi, Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Gunung Jerai dan Tasik Pedu. Bagi anda yang mahu membeli buah tangan untuk keluarga dan rakan, Pekan Rabu merupakan destinasi yang wajib dikunjungi.

Selain itu, sudah tentu anda tidak boleh ketinggalan untuk ke Pulau Langkawi. Pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri ini mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancong yang menarik seperti Telaga Air Hangat, Makam Mahsuri, Kereta Kabel Langkawi, Underwater World dan Pulau Dayang Bunting.

Tambahan pula, Kedah turut mempunyai pelbagai makanan yang lazat dengan harga yang murah. Terdapat banyak makanan tradisional di sini yang anda perlu cuba. Antara makanan tradisional tempatan yang menjadi kegemaran pengunjung adalah gulai nangka (kari buah nangka), sayur keladi dan pekasam. Nasi ulam dan laksa Kedah juga merupakan makanan popular yang perlu anda cuba. 

Negeri Jelapang Padi ini turut menjadi tumpuan rombongan pelbagai syarikat. Sama ada untuk konferens, team building atau lawatan, Alor Setar menawarkan pelbagai destinasi yang sesuai. Pemandangan yang indah dikelilingi dengan sawah padi, suasana yang tenang dan kos yang murah antara sebab mengapa kebanyakan syarikat di bandar memilih untuk datang ke sini. 

Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Alor Setar bersama keluarga dan rakan atau merancang rombongan syarikat, kami senaraikan 5 agensi terbaik untuk anda sewa bas di Alor Setar. 

5 Agensi Sewa Bas yang Terbaik di Alor Setar


1.  Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Holidaygogogo Tours Sdn Bhd

Berpusat di Shah Alam, Holidaygogogo Tours menyediakan perkhidmatan pelancongan ke seluruh Malaysia. Agensi ini menawarkan pelbagai produk pelancongan kepada pelanggan dan pakar dalam Pakej Pelancongan Pulau, Pantai & Pelayaran. Selain pakej pelancongan, mereka turut menawarkan khidmat pengangkutan lapangan terbang, sewa kereta dan sewa bas/van. 

Bagi anda yang tinggal di Alor Setar, jom dapatkan perkhidmatan bas sewa daripada agensi ini. Mereka mempunyai Bas Mini 23 tempat duduk, Bas VIP 30 tempat duduk, dan Bas Standard 40 atau 44 tempat duduk. Jadi, anda boleh pilih jenis bas bersesuaian dengan keperluan.

Alamat: 47-1, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Holidaygogogo


2.  AlFarhan Travel & Tours, Jalan Langgar

AlFarhan Travel & Tours, Jalan Langgar

AlFarhan Travel & Tours merupakan agensi pelancongan yang popular di utara Semenanjung Malaysia. Agensi ini menyediakan pelbagai pakej pelancongan dalam atau luar negara dan menawarkan perkhidmatan penyewaan bas persiaran untuk semua destinasi di semenanjung Malaysia. Senang kata, ke mana sahaja destinasi yang anda mahu pergi, mereka sedia membantu.

Selain itu, agensi ini turut sering menawarkan promosi pelancongan dengan harga yang terbaik. Anda boleh lawati laman Facebook mereka untuk melihat promosi terkini. Mereka turut menyediakan perkhidmatan pakej untuk mengerjakan Haji dan Umrah.

Agensi ini berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan menjamin kepuasan pelanggan. Staf mereka juga mesra dan cekap. Oleh itu, anda pasti berasa senang berurusan dengan mereka.

Bas mereka sentiasa diselenggara dan bersih untuk memastikan anda selesa di sepanjang perjalanan. Tambahan pula, pemandu mereka sangat berpengalaman dan akan memastikan anda tiba di destinasi dengan selamat.

Alamat: No. 15, Tingkat 1, Taman Enggang, Jalan Langgar 05460, Alor Setar, Kedah.

Waktu operasi: Ahad – Khamis (9.00 am – 5.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


3.  AB Pesona Travel & Tours Sdn. Bhd. Lebuhraya Darul Aman

Bas Sewa AB Pesona Travel & Tours Sdn. Bhd. Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar

AB Pesona Travel & Tours Sdn Bhd ialah sebuah agensi pelancongan berdaftar yang terletak di Alor Setar, Kedah. Agensi ini menyediakan perkhidmatan pelancongan yang berkaitan dengan syarikat penerbangan, kereta sewa, laluan pelayaran, hotel dan pakej pelancongan di Kedah. Mereka menawarkan harga yang kompetitif untuk pakej pelancongan mereka.

Agensi ini memberi jaminan atas keselesaan kenderaan yang disewa oleh pelanggan dengan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih dan tip top. Keluasan dalamannya memudahkan pergerakan anda di dalam bas. Kerusi yang selesa juga memastikan anda dapat berehat dengan tenang semasa dalam perjalanan. 

Alamat: No. 149-1, Tingkat Bawah Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar, Kedah.

Waktu operasi: Ahad – Khamis (9.30 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


4.  Raza Holidays Sdn. Bhd., Jalan Tun Razak

Bas Sewa Raza Holidays, Jalan Tun Razak, Alor Setar

Raza Holidays yang ditubuhkan sejak tahun 2014 ini menyediakan perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara yang meliputi sewaan bas dan van, tempahan bilik hotel, serta tiket penerbangan. Mereka turut menyediakan perkhidmatan pakej untuk mengerjakan Umrah dan ziarah. Selain di Alor Setar, mereka turut mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dan Perak.

Antara destinasi pelancongan dalam negara yang mereka sediakan adalah untuk ke Terengganu, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Sarawak, Cameron Highlands dan Langkawi. Jadi, anda boleh pilih destinasi yang anda ingin kunjungi bersama ahli rombongan anda. Staf mereka mesra, cekap dan sedia membantu. Mereka akan memastikan anda berpuas hati dengan pakej pelancongan yang disediakan.

Alamat: No.6 1st Floor,Taman Koperasi Kedah, Jalan Tun Razak, 05200 Alor Setar, Kedah.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


5.  NKE Travel & Tours Sdn. Bhd. Jalan Datuk Kumbar

Bas Sewa NKE Travel & Tours Sdn. Bhd. Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar

NKE Travel & Tours menawarkan pakej pelancongan sama ada untuk kumpulan atau individu yang ingin melancong di dalam dan di luar negara. Mereka juga berpengalaman dalam menguruskan pakej-pakej umrah. Agensi ini memastikan semua pakej yang ditawarkan adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan. 

Antara perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan adalah percutian Muslim dalam dan luar negara (Persendirian/Berkumpulan), lawatan sambil belajar (Sekolah Rendah/Menengah/Universiti), tempahan hotel/homestay, sewa bas dan insurans perjalanan.

Harga pakej yang mereka tawarkan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. Mereka juga jujur dan sentiasa memastikan pakej pelancongan lengkap tanpa sebarang kos tersembunyi.

Pemandu pelancong mereka mesra dan mempunyai pengetahuan yang luas dengan tempat tarikan pelancong yang popular. Mereka akan memastikan percutian anda berjalan lancar dan anda dapat mencipta kenangan indah bersama yang tersayang.

Alamat: 216A, Jalan Datuk Kumbar, Kampung Alor Menong, 05460 Alor Setar, Kedah.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 am – 5.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan


Kami harap senarai ini dapat membantu anda mencari bas sewa di Alor Setar. Pastikan anda membuat perbandingan harga dengan agensi-agensi berikut untuk mendapatkan harga dan perkhidmatan yang terbaik. Anda hanya perlu hubungi mereka dan memaklumkan kepada agensi berkenaan maklumat perjalanan anda. 

Antara maklumat perjalanan yang anda boleh kongsikan adalah dari mana anda akan memulakan perjalanan, tempat yang ingin dituju, bilangan bas persiaran yang diperlukan, tarikh perjalanan, bilangan penumpang dan berapa hari percutian atau rombongan itu akan dilangsungkan. Ini akan memudahkan urusan anda untuk membandingkan harga antara pelbagai agensi.

Umum mengetahui bahawa orang Malaysia dengan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda berada di Alor Setar, jom lihat 25+ Tempat Makan Best di Alor Setar, Kedah Untuk Pelancong Terokai. Nikmati percutian anda!

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
WAN Ahmad wan abd halim
WAN Ahmad wan abd halim
7 months ago

Nak Tanya …
Sewa Bas Dari ALOR SETAR ke MELAKA untuk 3 Hari 2 mlm
Berapa … ?

Cari Destinasi
Admin
7 months ago

Hai Tuan, minta wasap 0102396385

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x