Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Syarikat Penghantaran Barang yang Anda Perlu Tahu!

Pernahkah anda mengalami kesukaran apabila mahu memilih syarikat penghantaran barang untuk menyampaikan barang anda? Para penjual barangan online ataupun pelanggan yang ingin mengirim barang yang berharga ke tempat yang jauh pasti sering mengalami masalah ini.

Pemilihan perkhidmatan penghantaran barang adalah sangat penting untuk memastikan barang anda sampai ke penerima dalam keadaan baik. Oleh itu, marilah kita lihat senarai 10 syarikat penghantaran barang yang akan menjaga dan menghantar barang anda dengan baik.

10 Syarikat Penghantaran Barang di Malaysia


1. Pgeon

Pgeon

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk menghantar parcel anda kerana waktu operasi sesetengah syarikat penghantaran barang yang agak singkat? Ataupun anda mungkin pernah menjadi mangsa situasi, di mana premis penghantaran barang terlalu jauh daripada tempat anda tinggal. 

Sekarang anda tak perlu lagi menunggu kurier atau beratur panjang di pejabat pos. Hal ini kerana Pgeon mempunyai lebih dari 5000 checkpoint penghantaran barang yang boleh anda akses di kedai-kedai sekitar anda!

Dengan rangkaian rakan perniagaan yang bervariasi dan luas, anda kini boleh menghantar parcel anda di kedai-kedai serbaneka berdekatan dengan anda. Antara rakan kongsi perniagaan mereka ialah Kedai Aneka, MyNews, Chois, 7-Eleven dan 99 Speedmart. 

Anda juga boleh kunjungi laman web mereka untuk mencari checkpoint Pgeon yang terdekat dengan anda untuk menghantar barang dengan cepat. Mudah bukan?

Alamat (HQ): 42, Jln TPP 5, Taman Perindustrian Putra, 47130 Puchong, Selangor

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu & Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 04-202 3146

WhatsApp Pgeon


2. Delyva

Delyva

Uniknya syarikat penghantaran yang bernama Delyva ini, mereka bekerjasama dengan pelbagai syarikat penghantaran yang ternama lain untuk menghantar barang anda. Antara rakan kerjasama mereka ialah Grab Express, Flash Express, ABX Express, Teleport dan bermacam-macam lagi. 

Mereka akan membantu membuat keputusan yang penting untuk anda supaya anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih syarikat penghantaran barang yang terpantas dan termurah untuk perniagaan anda. 

Delyva menjanjikan masa penghantaran barang yang sangat cepat. Dalam masa hanya 4 jam, barangan anda boleh sampai ke penerima! Untuk mendapatkan servis Delyva, anda hanya perlu menempah servis mereka di laman web mereka dan menunggu untuk rakan kongsi mereka sampai ke rumah anda. 

Alamat (HQ): F-11-19, Block F, Pacific Place, Jalan PJU 1a/4, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Telefon: 03-7621 7344


3. Teleport

Teleport

Diasaskan pada tahun 2018, syarikat ini mempunyai 5 tahun pengalaman menghantar barang pelanggan mereka dengan efisien. Sebagai anak syarikat penerbangan AirAsia, syarikat penghantaran yang bernama Teleport ini berupaya menghantar barang anda ke serata Asia Pasifik dalam masa yang sangat singkat. 

Tidak kiralah anda mempunyai barang terlalu besar atau terlampau banyak, Teleport berkebolehan menghantar segala jenis barangan melalui kapal terbang AirAsia. Kini, anda boleh menghantar barang anda ke seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Singapura dan China. Menarik, kan?

Alamat (HQ): Level 5, Wisma Tune, 19, Lorong Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Ahad (9.00 am – 10.00 pm).

Laman Web | Facebook | Instagram | Email


4. DHL

DHL

Syarikat penghantaran ini pada mulanya mengukir namanya di bumi German. Dengan kawasan penghantaran yang meliputi lebih 220 ibu pejabat di seluruh dunia, DHL Express berupaya menghantar barang ke mana-mana sahaja untuk anda.

Mereka juga menawarkan kadar pembayaran penghantaran mengikut berat barang anda dan jenis perniagaan anda. Pelanggan-pelanggan anda juga akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan DHL. Hal ini kerana, DHL membolehkan pelanggan anda menentukan bila dan di mana pakej mereka akan dihantar. 

Dengan kemudahan ini, anda tidak akan lagi menerima banyak aduan dari pelanggan dan barangan anda juga tidak akan dikembalikan kerana kecuaian penghantar.

Alamat (HQ): Level 27, Menara TM Off, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu (8.30 am – 1.00 pm), Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1-800-88-8388

WhatsApp DHL


5. Bungkusit

Bungkusit

Buat anda yang mahukan penghantaran barang untuk jarak dekat dan pantas, Bungkusit boleh menjadi jalan penyelesaian untuk anda. Dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit mereka di IOS dan Android, Bungkusit menjanjikan tempoh masa penghantaran barang untuk selama 60 minit sahaja!

Anda juga boleh menetapkan rakan penghantar mana yang anda mahu pilih untuk menghantar barang untuk anda. Bukan itu sahaja, jika anda sudah selesa dengan rakan penghantar tersebut, anda boleh menanda profil mereka sebagai penghantar kegemaran anda. Best kan?

Alamat (HQ): Bungkusit, Megan Embassy, Jalan Ampang, 55000, Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Ahad (12.00 am – 12.00 pm).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 011-1144 8786


6. NinjaVan

NinjaVan

Tahukah anda, syarikat penghantaran NinjaVan ini membuat penghantaran lebih dua juta bungkusan dan barang pada setiap hari. Dengan rangkaian yang sangat luas di seluruh Asia Tenggara, anda bolehlah menghantar barang anda ke mana sahaja dalam liputan mereka. 

Mereka juga mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda. Antara perkhidmatan yang mereka sediakan adalah khidmat operasi gudang untuk perniagaan yang mempunyai stok yang besar dan perkhidmatan penghantaran secara pukal melalui laluan udara, darat dan laut.

Jikalau anda merupakan perniagaan yang mahu menyertai NinjaVan sebagai rakan perniagaan mereka, anda juga boleh mendaftarkan perniagaan anda untuk menjadi salah satu premis yang mempunyai NinjaPoint. 

Dengan peluang perniagaan seperti ini, anda juga boleh mendapat pulangan keuntungan yang banyak. Hal ini kerana NinjaVan mempunyai ramai pengguna di seluruh Malaysia. 

Alamat (HQ): 1, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 7.00 pm), Sabtu (9.00 am – 1.00 pm), Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Telefon: 011-1722 5600


7. Lalamove

Syarikat Penghantaran Barang Lalamove

Anda perlu melakukan penghantaran barang pada waktu lewat malam? Kini anda tidak perlu risau lagi! Hal ini kerana Lalamove sedia menghantar barang anda 24 jam sehari selagi rakan penghantar mereka masih berada di lingkungan kawasan anda. 

Di samping itu, Lalamove juga menawarkan pelbagai jenis diskaun bulanan untuk pelanggan-pelanggan setia mereka. Anda akan mendapat 1 mata ganjaran Lalapoint untuk setiap 1 ringgit yang dibelanjakan. 

Dengan mata ganjaran Lalapoint ini, anda boleh menebus pelbagai baucar yang menarik dari jenama seperti Starbucks dan juga Black Whale. Menarik, kan? Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini dengan membuat penghantaran melalui aplikasi Lalamove!

Alamat (HQ): B-9-1, Level 9, Tower B, Plaza 33, 1, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Telefon: 03-7688-6555


8. City-Link Express

Syarikat Penghantaran Barang City-Link Express

Beroperasi sejak dari tahun 1979, syarikat penghantaran barang City-Link Express ini merupakan antara syarikat yang paling lama berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Syarikat yang diasaskan oleh Dato David Tan ini juga mempunyai pelbagai jenis produk dan servis yang boleh menjayakan penghantaran antarabangsa ataupun penghantaran domestik. 

Antara jenis servis yang mereka tawarkan ialah khidmat penghantaran muatan kargo melalui laluan air dan udara, penghantaran biasa dan lain-lain lagi. City-Link Express juga menyediakan produk-produk seperti dokumen prabayar, pakej penghantaran prabayar, dan juga bahan-bahan asas untuk membuat urusan penghantaran.

Alamat (HQ): Wisma City-Link, 3A, Jalan Arkitek U1/22, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.30 pm), Sabtu (8.30 am – 1.30 pm), Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 1300-88-2489

WhatsApp City-Link


9. GD Express

Syarikat Penghantaran Barang GD Express

Syarikat GD Express telah berkecimpung dalam industri logistik dan penghantaran barang sejak dari tahun 1997. Syarikat penghantaran barang ini mempunyai lebih 150 cawangan di seluruh Malaysia.

Mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pelanggan antarabangsa dan domestik mereka. GD Express juga mempunyai khidmat solusi logistik mengikut kesesuaian anda. 

Melalui perkhidmatan ini, anda akan mendapat pengendalian sekuriti, bilik surat dan juga pengurusan projek yang menepati keperluan logistik perniagaan anda. Antara khidmat lain GD Express adalah seperti insurans penghantaran barang, prabayar GDex, penghantaran domestik dan juga antarabangsa.

Alamat (HQ): GD Express Sdn Bhd, No 19, Jalan Tandang, 46050, Petaling Jaya, Selangor 

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.30 am – 7.00 pm), Sabtu (8.30 am – 2.30 pm), Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 03-6419-5003

WhatsApp GD Express


10. Pos Malaysia

Syarikat Penghantaran Barang Pos Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan syarikat penghantaran nasional ini. Pos Malaysia telah berjasa untuk Malaysia sejak tahun 1800 lagi. Bermula sebagai servis penghantaran di Negeri-negeri Selat pada zaman dahulu, syarikat penghantaran Pos Malaysia pada hari ini telah menghantar barang kepada lebih 10 juta alamat penerima dengan jayanya. 

Pos Malaysia juga terus membuktikan reputasinya dengan anak syarikat mereka, Pos Laju. Dengan waktu penghantaran yang masih berjalan pada hari bekerja serta Sabtu dan Ahad, Pos Malaysia sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan penghantaran yang fleksibel dan berkualiti untuk Malaysia. Hal ini juga bermakna, 90 peratus barangan anda akan sampai pada esok harinya kerana Pos Malaysia beroperasi 7 hari seminggu. 

Anda juga boleh menghantar barang anda dengan menunggu sahaja di rumah anda kerana mereka akan mengambil barang anda untuk dibuat penghantaran tanpa caj pengambilan. Berbaloi kan?

Alamat (HQ): Pos Malaysia Berhad (HQ), Dayabumi Complex, 50670, Kuala Lumpur

Waktu operasi (HQ): Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (tutup).

Laman Web | Facebook | Email | Telefon: 03-2267-2267


Dengan itu, tamatlah sudah senarai 10 syarikat penghantaran barang yang perlu anda tahu untuk memastikan barang anda sampai dengan selamat. Kami berharap dengan cadangan-cadangan yang kami sediakan ini, anda dapat mencari syarikat penghantaran yang ideal untuk membantu anda dalam perniagaan online atau penghantaran barangan peribadi.

Adakah anda juga dalam pencarian untuk syarikat wang berlesen untuk melangsaikan hutang anda? Kami ada artikel yang sesuai untuk anda! Anda boleh lihat artikel kami, 10 Top Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Selangor, untuk ketahui lebih lanjut.

 

4/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x