Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Menarik di Labuan – Aktiviti WAJIB lakukan

Kalau sebut je pasal bercuti ke pulau di Malaysia, memang jarang yang akan mencadangkan untuk ke Pulau Labuan. Kalau anda bercadang nakkan destinasi percutian yang tenang dan tak sibuk sangat, pastikan untuk survey-survey beberapa penginapan menarik di sini dan juga beberapa tempat menarik di Labuan yang boleh anda lawati.

Walaupun pulau bebas cukai ini tidaklah sebesar Langkawi, namun ia tetap mempunyai aura percutian yang unik dan tersendiri. Jom tengok aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kalau singgah di Pulau Labuan yang turut dikenali dengan jolokan nama Mutiara Laut Cina Selatan.


Muzium Chimney

muzium chimney pulau labuan

Muzium Chimney – terletak di Tanjung Kubong kira-kira 12 km ke utara Bandar Labuan dan muzium ini terdiri daripada 2 zon utama yang boleh dilawati iaitu;

  • Pusat Informasi Chimney (PIC) – di bahagian ini pengunjung boleh mempelajari sejarah awal Tanjung Kubong yang dahulunya merupakan tapak pelombongan dan penyimpanan  arang batu yang besar sehinggakan orang Inggeris datang untuk eksploitasi hasil bumi ini diantara 1847-1911.  Masih ada tapak peninggalan kesan pelombongan arang batu yang boleh dilawati di sini walaunpun aktiviti perlombongan arang batu sudah lama berlalu. Pengunjung juga boleh masuk ke dalam gua pelombongan (dioroma pelombongan arang batu) untuk merasai keadaan sebuah terowong lombong arang batu yang gelap dan agak kedap.
  • Menara Chimney – sebuah menara ikonik yang dibina dengan menggunakan 23,000 batu-bata merah dengan rekabentuk ala Inggeris. Menara yang setinggi 32.5 m ini dipercayai telah ada di sini sejak tahun 1880 an.

Taman Burung Labuan

taman burung labun islandTaman Burung Labuan- Lokasinya tidak jauh dari Muzium Chimney, taman burung ini terletak di Jalan Tanjung Kubong dan menempatkan lebih 100 spesis burung-burung Borneo/Kalimantan di dalam sangkar. Antara burung yang menjadi tarikan ialah enggang, burung hantu, tiong mas, kakak tua dan sebagainya. Waktu operasi Taman Burung Labuan seperti berikut:

  • Sabtu-Khamis: 10 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat: 2 petang – 4.00 petang

Harga tiket Taman Burung Labuan pun berpatutan:

  • Dewasa: RM 3 seorang
  • Kanak-kanak 6-12 tahun: RM 1 seorang
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma
  • Dewasa tanpa MyKad: RM 5 seorang

Muzium Marin Labuan

tempat menarik di labuanMuzium yang bertempat di sebuah bangunan yang berekabentuk moden dan terbahagi kepada 2 bahagian utama mengikut aras:

  • Aras bawah: Di sini pengunjung boleh melihat hidupan marin yang ditempatkan di dalam 14 buah akuarium. Hidupan marin hidup ini merupakan jenis ikan dan terumbu karang yang ada di persekitaran kepulauan Borneo yang sangat cantik. Yang paling menarik ialah sebuah kolam sentuh di mana pengunjung boleh memegang hidupan marin di dalam kolam ini sepertu udang kara, tapak sulaiman, siput dan belangkas.
  • Aras Pertama: Lebih kepada galeri yang mempamerkan replika hidupan marin, infografik tentang aktiviti laut seperti menyelam dan memancing. Tarikan yang paling menarik di sini ialah satu rangka anak ikan paus yang dikatakan berusia lebih 100 tahun. dan juga pameran seekor dugong yang diawet yang dijumpai mati terdampar di Pulau Papan.

Waktu lawatan di sini ialah 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.

Jom baca: Tempat menarik di Kuching yang BEST


Tempat Menarik di Labuan untuk shopping

tempat shopping labuan

Ujana Kewangan

Kalau datang ke Labuan tak membeli belah sebagai cenderahati memang tak sah, maklumlah kawasan bebas cukai. Salah satu tempat menarik di Labuan untuk membeli belah ialah di Ujana Kewangan shopping mall.

Lokasinya sangat dekat dengan lapangan terbang dan memang sesuai untuk datang ke sini untuk shopping sebelum berangkat pulang menaiki flight. Mall ini menempatkan pelbagai barangan bebas cukai samaada pakaian, produk elektronik, coklat, minyak wangi, beg dan sebagainya. Lokasinya juga berdekatan dengan beberapa hotel utama yang sesuai untuk penginapan pelancong dan di Ujana Kewangan juga terdapat banyak pilihan makanan.

Utama Jaya Superstore

Destinasi yang terletak di Jalan Bunga Tanjung ini merupakan tempat shopping barangan harian samaada makanan ataupun barangan biasa kedai runcit. Di sini juga menempatkan beberapa lot kedai yang boleh pengunjung terokai untuk mencari barangan atau cenderahati orang tempatan.


Japanese Surrender Point

japanese surrender point labuan

 

Satu tempat menarik di Labuan yang sangat popular dan memorial ini terletak berhampiran dengan satu lagi kawasan tumpuan di sini iaitu Peace Park (Taman Damai). Japanese Surrender Point ini berada di dalam satu taman yang kecil berdekatan dengan Timbalai di mana pengunjung boleh melihat keindahan panorama Laut China Selata dari arah barat Pulau Labuan.

Di sinilah tempat bersejarah di mana Jepun secara rasminya menyerah kalah di Labuan dan menyerahkan kuasa kepada Australia. Upacara menandatangani dan pengambilalihan kuasa berlangsung hanya 50 meter dari Japanese Surreder Point ini.


Taman Damai (Peace Park)

Lokasinya tidak jauh dari satu lagi tempat menarik di Labuan iaitu Japanese Surrender Point dan ianya terletak di Kampung Layang Layangan. Taman Damai ini merupakan simbolik kepada usahasama Jepun dan Malaysia untuk memperingati mereka yang telah terkorban ketika Perang Dunia Kedua dan juga sebagai tanda keharmonian untuk menolak aktiviti peperangan yang mengorbankan banyak nyawa.

Di tengah taman ini terdapat sebuah monumen batu yang bertulis “Peace is the Best” dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun. Taman ini juga sesuai untuk aktiviti santai-santai dan beriadah di waktu petang sambil menikmati angin pantai.


Pantai-pantai di Pulau Labuan

pantai di labuan yang menarikPulau Labuan terkenal dengan beberapa pantai yang popular seperti Pantai Batu Manikar, Pantai Batu Hitam, Pantai Pohon Batu dan Pantai Layang – Layangan. Satu lagi kawasan pantai yang menarik untuk berkelah ialah di kawasan Pulau Papan.

Pantai Pancur Hitam – boleh dikatakan pantai yang paling popular di Labuan dan mempunyai kemudahan yang lebih lengkap berbanding pantai lain. Lokasinya terletak di berdekatan dengan Jalan Pancur Hitam dan Jalan Batu Manikar.

Pantai Layang-Layangan – merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Terdapat kemudahan seperti pondok berkelah dan warung-warung makan yang sesuai untuk bersantai sampai malam.

Pantai Batu Manikar – sebuah lagi pantai yang sesuai untuk aktiviti santai tepi pantai di Labuan. Sesuai juga sebagai port untuk pengunjung mengambil gambar yang cantik terutamanya ketika waktu matahari terbenam.

Pulau Papan – Terletak hanya 5 minit menaiki bot dari Pulau Labuan. Pulau Papan menjanjikan percutian tepi pantai yang cantik dan hidupan marin yang menarik untuk aktiviti snorkeling, berkelah ataupun junggle trekking. Keindahan pantainya dan airnya membiru membuatkan Pulau Papan sering menjadi kunjungan pelancong untuk berkelah samaada dari Labuan ataupun Brunei.


Masjid Jamek An’Nur

Merupakan masjid utama yang ada di Pulau Labuan dan juga merupakan salah satu mercu tanda pelancongan di sini. Rekaannya yang cantik dan terjaga semestinya satu destinasi yang mesti anda singgah. Terletak tidak jauh dari beberapa tarikan lain di Labuan seperti Taman Botani dan Perkampungan Air.


Taman Botani Labuan

Sebuah taman botani yang terletak tidak jauh dari Bandar Labuan yang mempunyai landskap yang cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah samaada jogging atau pusing-pusing mengambil gambar. Di sini juga mempunyai laman permainan kanak-kanak dan juga laluan jalan kaki berbata untuk kemudahan pengunjung.

Jom baca: Destinasi pelancongan di Brunei Darussalam


Kampung Air Labuan

Seperti juga di Brunei, di Labuan juga mempunyai tarikan perkampungan atas air yang terletak di bahagian selatan Pulau Labuan. Rumah-rumah ini dibina dengan kayu dan secara meninggi di atas air. Terdapat platform jalan kaki berkayu untuk kemudahan penduduk bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain atau ke darat. Satu tempat  menarik di Labuan yang unik untuk lebih mengenali dengan kehidupan orang tempatan di sini.


>> Jom Cari Penginapan MURAH di Labuan <<

Masih ada beberapa tempat menarik di Labuan yang boleh dikunjungi dan sekiranya anda pernah ke sini jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda. Wassalam.

4.3/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Homestay di Labuan yang Menjadi Pilihan Pengunjung

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Labuan mempunyai beberapa tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah Muzium Labuan, Taman Burung Labuan, Labuan Chimney Trail dan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x