Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Top 5 Kedai Basikal Kuantan Anda Mesti Kunjungi

Sukan berbasikal sememangnya mendapat perhatian di Malaysia. Generasi muda mahupun golongan berusia mengemari aktiviti berbasikal. Pada bulan september yang lalu Astro Awani juga telah melaporkan mengenai hal ini. Menurut laporan berita tersebut, Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan telah mengambil pendekatan yang berbeza untuk meraikan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan. Beliau dan beberapa individu yang lain telah mengayuh basikal sejauh 633 kilometer. Aktiviti berbasikal ini bermula  pada 18 september dari bandar Busan dan berakhir di Seoul pada 22 September. Walaupun pendekatan yang digunakan beliau agak berbeza, namun sedikit sebanyak hal tersebut telah membanggakan negara. Aktiviti tersebut bukan sahaja menyihatkan badan, tetapi juga telah membuktikan betapa tingginya semangat patriotik yang dimilikinya.

Tahukah anda bahawa setiap basikal mempunyai ciri-cirinya yang berbeza? Basikal juga sangat penting kerana ia memberi banyak faedah kesihatan kepada kita sekiranya kita berbasikal secara berkala. Selain itu, aktiviti berbasikal juga berfungsi sebagai sesi senaman yang hebat dan sangat bagus untuk kesihatan kita. Tambahan pula, aktiviti berbasikal tidak berpotensi membahayakan sesiapa, tidak seperti motosikal, kereta dan bas. Sekiranya anda menunggang basikal, anda cenderung untuk tidak menyakiti seseorang atau terlibat dalam kemalangan. Terdapat banyak faedah yang ditawarkan berbasikal untuk memastikan kehidupan yang sihat. Ia bukan sahaja alternatif yang bagus untuk senaman tetapi juga membantu mencegah penyakit kardiovaskular. Yang paling penting, berbasikal bagus untuk persekitaran kerana tidak mencemari udara serta keadaan sekeliling. Dengan kata lain, basikal tidak memerlukan petrol atau diesel yang membahayakan suasana kita. Selanjutnya, ia tidak meninggalkan jejak karbon juga. Malahan, ini adalah pilihan yang tepat untuk semua orang terutamanya mereka yang ingin menjaga alam sekitar.

Senarai dibawah merupakan kedai basikal di Kuantan yang boleh dipercayai dan mendapat rating bagus berdasarkan maklumat yang dijumpai. Semoga senarai kedai basikal Kuantan ini bermanfaat dan berguna untuk anda dalam mencari kedai basikal yang terbaik.

 

Kedai basikal Kuantan


1. Kuantan Mountain Bike Centre, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek

Kedai basikal Kuantan terbaik

Kuantan Mountain Bike Centre merupakan salah satu kedai basikal yang terkenal di Kuantan. Kedai basikal Kuantan ini boleh dipercayai dan mendapat pelbagai ulasan yang sangat bagus dari pelanggan yang pernah berkunjung ke sini. Kuantan Mountain Bike Centre terletak berhampiran The Taste Kitchen. Harga basikal yang berpatutan dan kakitangan mereka akan memberikan panduan untuk memilih basikal yang sesuai dengan anda. Antara basikal yang dijual di kedai basikal Kuantan ini ialah Twitter Mtb, Alcott Dino Carbon, Trs Rocher, Trs Rover, Shimano, dan lain-lain. Selain menjual basikal, kedai ini turut menawarkan perkhidmatan menaik taraf basikal mengikut specifikasi yang anda mahukan. Anda juga boleh whatsapp mereka untuk mengetahui jenis basikal yang dijual.

Alamat: Ground Floor, B-170, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, Kuantan, 25200, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:  Isnin-sabtu: 10am-7pm & ahad: 11am-5pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6014-9239948

Whatsapp Kuantan Mountain Bike Centre 

 

2. DL Toys Shop, Jalan Air Putih

kedai basikal kanak-kanak

DL Toys Shop membekal dan menjual basikal kanak-kanak serta mainan kanak-kanak. Kedai ini satu barisan dengan Hotel Greenlast dan berhadapan dengan Xibg Fu Tang. Anda juga boleh waze atau menekan link lokasi di bawah untuk mengetahui kedudukan DL Toys Shop dengan lebih jelas. Terdapat banyak pilihan mainan dan basikal untuk dipilih dengan harga yang sangat berpatutan. Harga basikal dan mainan DL Toys Shop paling murah di bandar Kuantan berbanding kedai lain. Perkhidmatan pelanggan yang baik dan pantas. Pekerja mereka akan membantu anda sekiranya anda ingin mendapatkan basikal atau mainan yang sesuai mengikut umur anak anda. Ini adalah tempat yang anda harus berkunjung jika anda perlu membeli mainan untuk kanak-kanak. Sebelum datang ke sini adalah baik untuk anda mengetahui apa yang anda ingin beli atau buat senarai supaya anda tidak tersesat apabila melihat semua mainan. Kanak-kanak pasti menyukai kedai mainan ini. Mtb Bike 26 inch 21 speed juga dijual di sini dengan harga serendah RM459. Antara mainan kanak-kanak yang dijual ialah kuda goyang, skuter beruang, kereta kanak-kanak, motosikal kanak-kanak, e-bike, dan sebagainya. Selain itu, DL Toys Shop juga membuat promosi jualan basikal melalui laman facebook mereka.

Alamat: B355, Jalan Air Putih, Taman Berserah, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Setiap hari: 11am-9pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6012-6349088

Whatsapp DL Toys Shop

 

3. Venice De Cycle Bicycle Shop, Taman Mariana

kedai basikal yang mendapat rating 5

Venice De Cycle Bicycle Shop antara kedai basikal yang mendapat rating 5 di Kuantan mengikut ulasan yang dipaparkan. Kedudukan kedai Venice De Cycle Bicycle Shop ini juga mudah dicari dan ditemui oleh pelanggan. Selain dari menjual basikal, antara perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kedai ini ialah servis basikal untuk Mtb dan basikal jalan raya, pemasangan, menukar bahagian basikal, dan sebagainya. Harga basikal yang mampu milik. Kedai basikal ini menawarkan jenama basikal yang terbaik untuk anda iaitu Robinsl, Superteam, Rock Crusher Pro, dan lain-lain. Pakaian berbasikal, akesesori basikal, rim basikal, roda basikal, tayar, topi keledar, dan peralatan berbasikal antara barangan lain yang dijual di sini. Antara koleksi roda basikal yang anda dapat temui di sini ialah Superteam Carbon wheelset, Speedave Corsa Rx, Superteam Raceline 50mm,dan sebagainya. Jenama roda konsep Malaysia iaitu Roda Karbon Brek Cakera Speedave Corsa juga dijual di sini bagi mereka yang mencari roda jenama tersebut.

Alamat: 501, Jalan Beserah, Taman Mariana, 25300 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin-sabtu: 11am-7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Tel: +6019-9887888

Whatsapp Venice De Cycle Bicycle Shop 

 

4. Kedai Basikal Recond, Jalan Bukit Setongkol

Kedai Basikal Recond

Kedai Basikal Recond mempunyai ruangan parking tanpa berbayar dan kedai ini berdekatan dengan kedai servis penyaman udara. Antara jenama basikal yang dijual ialah Trinx, Camp, EMC, TRS, Hulda, Cronus, dan Veego. Menurut halaman facebook, model basikal lipat Bnb antara basikal yang paling banyak dijual berbanding jenama lain. Jika ada tidak mahu ke kedai ini, anda juga boleh berbelanja secara dalam talian. Menerusi Shopee, kedai ini mempunyai hampir 2.2k orang pengikut walaupun hanya menjual 63 produk. Barang yang paling popular ialah Basikal Gunung TRS 29 inci 21 speed Alloy yang mana basikal dah lengkap 90% dan 10% lagi anda boleh pasang sendiri. Setiap pembelian basikal ini akan menerima hadiah set botol dan lampu.

Alamat: A129, Jalan Bukit Setongkol, Depan Kubur Cina Jalan cenderawasih, Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Isnin-sabtu: 10am-7.30pm & ahad: 10am-5pm

Lokasi | Shopee | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Tel: +6017-9739090

Whatsapp Kedai Basikal Recond

 

5. KSH Bicycle, Jalan Dato’ Wong Ah Jang

kedai basikal KSH

Selain daripada menjual basikal, KSH Bicycle turut menawarkan perkhidmatan membaiki basikal. Untuk mendapatkan kualiti basikal yang terbaik, peralatan basikal, bahagian basikal, aksesori, dan peralatan keselamatan kanak-kanak, anda di persilakan untuk berkunjung ke kedai KSH Bicycle seperti alamat dibawah. Harga basikal yang berpatutan dan anda akan mendapat layanan yang baik dari kakitangan kedai ini. Antara lokasi cawangan lain KSH Bicycle yang beroperasi di Malaysia ialah Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, dan Sabah. Kedai basikal ini terletak berdekatan kedai basikal Ah Sun. Pelbagai kategori basikal ditawarkan mengikut kategori iaitu basikal gunung, basikal merentas desa, basikal lipat, dan basikal jalan raya.

Alamat: No. 25, Jalan Dato’ Wong Ah Jang, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi: Ahad (tutup), isnin-sabtu: 10am-7pm

Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes | Tel: +6012-9686336

Whatsapp KSH Bicycle

 

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x