Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Universiti Terbaik di Perak yang Menawarkan Pelbagai Jurusan

Terdapat banyak universiti sama ada kerajaan atau swasta di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Namun, jika anda tinggal di Perak atau ingin mencari universiti di Perak atas sebab-sebab tertentu, anda tidak perlu pening mencari senarai universiti. Kami telah membantu anda dengan menyenaraikan 9 universiti terbaik di Perak untuk anda lihat. 

9 Universiti Terbaik di Perak


1. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim

Dikenali sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang tertua di Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mencecah 100 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1922. Universiti pendidikan pertama di Malaysia ini terletak di Tanjung Malim, Perak. Institusi ini mempunyai beberapa nama lain sebelum dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 1997.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-450 6000


2. Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar

Universiti Teknologi Petronas

Universiti swasta nombor 1 di Malaysia ini ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Petronas setelah diundang oleh kerajaan Malaysia untuk menubuhkan universiti. Universiti ini menawarkan pelbagai program kejuruteraan, sains dan teknologi yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah. 

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Universiti Teknologi PETRONAS, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 1-300-22-8887


3. Quest International University, Ipoh

Quest International University, Ipoh

Universiti swasta ini ditubuhkan di Perak sejak tahun 2008. Ia menawarkan pelbagai jurusan dan program dengan yuran pengajian yang berpatutan. Quest International University, atau QIU, menumpukan pengalaman pembelajaran yang unik dan merentasi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Pasca Siswazah dan program pendidikan profesional.

Antara jurusan yang ditawarkan di sini termasuklah perubatan, kejuruteraan mekatronik, farmasi, psikologi, pengiklanan dan perakaunan. Dengan variasi pilihan jurusan yang ada, anda pasti akan jumpa sesuatu yang selari dengan minat anda!

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 2.30 pm)

Alamat: No.227, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-249 0500


4. Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar

Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar

Institusi pengajian tinggi swasta ini ditubuhkan oleh organisasi yang tidak berasaskan keuntungan untuk memberi pendidikan berkualiti dengan harga yang berpatutan. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mempunyai dua kampus yang terletak di Kampar, Perak dan Bandar Sungai Long, Selangor.

Dikelilingi dengan pergunungan dan tasik yang indah, UTAR Kampar menawarkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan tenang. Kampus ini menampilkan kemudahan pendidikan moden dan menyediakan akses kepada beberapa teknologi pembelajaran dan inovasi penyelidikan terkini kepada pelajar. Di samping itu, kampus ini mempunyai kemudahan sukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, gelanggang badminton, dan gimnasium. Kawasan kampus yang luas juga sesuai untuk berjoging dan berbasikal.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-468 8888


5. Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, Kampar

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, Kampar

Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) telah ditubuhkan pada tahun 1969 dengan fokus untuk menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada anak muda Malaysia tanpa mengira kaum, darjat dan fahaman. TARUMT memberi pendidikan berkualiti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam bidang perniagaan dan industri.

Universiti swasta ini bermula dengan sebuah kampus tunggal di Setapak, Kuala Lumpur yang kini menjadi Kampus Induk. Selepas itu, lima kampus cawangan telah ditubuhkan di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm)

Alamat: Jalan Kolej, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-466 0388/ 05-466 8012

WhatsApp TAR UMT


6. Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak

Awalnya, institusi ini ditubuhkan sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) pada 1999 sebelum menjadi universiti penuh yang dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada tahun 2016. USAS mempunyai visi untuk menyebarkan kesejahteraan sejagat dengan mengembalikan keagungan tradisi institusi dan ilmuan islam serta menerokai ilmu-ilmu baharu.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-773 2323


7. Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak

Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak

Universiti Teknologi Mara cawangan Perak ditubuhkan pada tahun 1999. Universiti ini menawarkan pelbagai program profesional yang memenuhi kehendak pasaran. Universiti ini mempunyai dua kampus di Perak, iaitu di Seri Iskandar dan Tapah. Dengan 8 fakulti dan lebih 30 program, Kampus Seri Iskandar merupakan cawangan terbesar buat Universiti Teknologi Mara di Perak. Kampus Tapah pula mempunyai 3 fakulti, iaitu Fakulti Sains Komputer & Matematik, Fakulti Perakaunan dan Fakulti Sains Gunaan.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: 

  • Kampus Seri Iskandar
  • Kampus Tapah

Kampus Seri Iskandar, 32610, Seri Iskandar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-374 2000 

Kampus Tapah, 35400, Tapah Road, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-406 7000


8. Universiti Kuala Lumpur MIMET (Malaysian Institute of Marine Engineering Technology), Lumut

Universiti Kuala Lumpur MIMET (Malaysian Institute of Marine Engineering Technology), Lumut

Terletak di Lumut, Perak, Universiti Kuala Lumpur MIMET merupakan satu-satunya universiti berasaskan marin. Ia menawarkan pelbagai program di peringkat prauniversiti, prasiswazah dan pascasiswazah dalam teknologi kejuruteraan marin. Kampus ini dilengkapi dengan peralatan teknologi canggih terkini lengkap dengan dermaga dan pelabuhan untuk memberi pelajar peluang yang luas dan mencukupi untuk menjalani latihan teknikal secara langsung.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Dataran Industri Teknologi Kejuruteraan Marin Bandar Teknologi Maritim Jalan Pantai Remis, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-690 9000


9. Open University Malaysia, Perak

Open University Malaysia di Perak

Universiti ini mempunyai banyak pusat pembelajaran di seluruh Malaysia. OUM merupakan universiti pilihan bagi sesiapa yang mencari pengajian sambilan yang mampu dimiliki, terutamanya buat mereka yang sedang bekerja. Ia menawarkan pelbagai program dan sangat mesra pelajar, fleksibel dan mudah diakses untuk memastikan sesiapa sahaja boleh belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Di Perak sahaja, OUM memiliki 4 pusat pembelajaran di Ipoh, Taiping, Tanjong Malim dan Manjung.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat: 

  • Ipoh
  • Taiping
  • Tanjong Malim
  • Manjung

Ipoh Learning Centre, 71 Jalan Lim Bo Seng, 30300 Ipoh, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-254 6006

WhatsApp OUM Ipoh

Taiping Learning Centre, No. 41, Jalan PT1 Ground Floor & 1st Floor, Pusat Komersial Puncak Taiping, 34600 Kamunting, Perak, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 019-627 0557

WhatsApp OUM Taiping

Tanjong Malim Learning Centre, No. 18 – 19, Jalan U1/1 Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-458 1855/1521/1852

WhatsApp OUM Tanjong Malim

Manjung Learning Centre, No 30, Jalan PPMP 10 Manjung Point Seksyen 4, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 013-510 5470

WhatsApp OUM Manjung


Kami harap senarai ini dapat membantu anda memilih universiti yang terbaik di Perak untuk anda melanjutkan pengajian tinggi. Jika anda rasa universiti-universiti yang tersenarai ini bukanlah apa yang anda inginkan, anda boleh lihat senarai 8 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia dalam Ranking Dunia kami untuk mencari alternatif lain. Semoga berjaya!

 

4.8/5 - (20 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia dalam Ranking Dunia

Ramai orang mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Namun, tempat yang terhad di universiti awam kadangkala menyukarkan anda untuk merealisasikan impian...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x