Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia dalam Ranking Dunia

Ramai orang mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Namun, tempat yang terhad di universiti awam kadangkala menyukarkan anda untuk merealisasikan impian tersebut. Jangan bimbang, Malaysia juga memiliki institusi pengajian tinggi swasta yang setanding dengan universiti awam. Berikut merupakan 8 universiti swasta terbaik di Malaysia yang tersenarai dalam ranking dunia. 

8 Universiti Swasta Terbaik di Malaysia 


1. Taylor’s University, Subang Jaya

Universiti swasta terbaik di Malaysia, Taylor’s University

Taylor’s University tersenarai sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara, menjadikannya antara universiti terbaik di dunia. Hal ini berikutan pencapaian mereka sebagai salah satu daripada beberapa universiti Asia yang diberi penarafan 5 Bintang untuk Pembelajaran Dalam Talian. Ia menawarkan program yang komprehensif daripada Pengajian Asasi sehingga Program Lepasan Ijazah. Taylor’s University menyediakan pelbagai pilihan pengajian, perkongsian dengan universiti terkemuka di seluruh dunia dan hubungan industri yang kukuh kepada pelajar dari seluruh dunia.

Terletak di Subang Jaya, Taylor’s University mempunyai Lakeside Campus untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Kampus ini terletak di atas kehijauan tropika, mengelilingi tasik buatan manusia serta mempunyai landskap tumbuhan air, pokok dan pokok renek berbunga yang memberi suasana tenang dan kondusif untuk proses pembelajaran.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm), Sabtu (10.00 am – 5.00 pm)

Alamat: No. 1 Jalan Taylor’s. 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-5629 5000

WhatsApp Taylor’s University


2. UCSI University

Universiti swasta terbaik di Malaysia, UCSI University

UCSI University (singkatan kepada University College Sedaya International) ialah sebuah institusi pengajian tinggi terkenal yang mempunyai kampus di Kuala Lumpur, Springhill (Port Dickson), dan Kuching, Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai kursus akademik seperti Perubatan, Farmasi, Kejururawatan, Kejuruteraan, Seni Bina, Muzik, Multimedia, Pendidikan, Seni Liberal dan Hospitaliti.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 8.00 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Alamat:

  • Kampus Kuala Lumpur
  • Kampus Kuching
  • Kampus Springhill (Seremban/PD)

Kampus Kuala Lumpur, No. 1, Jalan Menara Gading, UCSI Heights (Taman Connaught), Cheras 56000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-9101 8880

Kampus Kuching, Lot 2976, Block 7, Muara Tebas Land District, Sejingkat, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 082-596 975

Kampus Springhill (Seremban/PD), No. 2, Avenue 3, Persiaran Springhill, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 06-648 8888


3. Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar

Universiti swasta terbaik di Malaysia, Universiti Teknologi Petronas

Universiti yang terletak secara strategik di Bandar Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia ini merupakan anak syarikat milik penuh PETRONAS, sebuah syarikat minyak dan gas tempatan. UTP menawarkan pelbagai program Kejuruteraan, Sains dan Teknologi yang berkaitan industri minyak dan gas di peringkat Sarjana Muda dan Pascasiswazah. Hal ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang serba lengkap dengan kualiti kepimpinan dan kebolehan komunikasi yang cemerlang.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 5.00 pm)

Alamat: Universiti Teknologi PETRONAS, 32610 Seri Iskandar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 1-300-22-8887


4. Management and Science University (MSU), Shah Alam

Universiti swasta terbaik di Malaysia, Management and Science University (MSU)

Management and Science University (disingkatkan MSU Malaysia atau ringkasnya MSU) ialah sebuah universiti swasta di Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. MSU merupakan sebuah universiti perusahaan gunaan yang memberi tumpuan kepada kebolehpasaran siswazah. Dengan 98.7% graduannya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian mereka, MSU telah disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai #1 Malaysia untuk kebolehpasaran siswazah.

Sebagai sebuah universiti gunaan, perusahaan, holistik dan antarabangsa, MSU menawarkan program Asasi, Prasiswazah dan Pascasiswazah yang fleksibel untuk memudahkan kemasukan pelajar dari semua lapisan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk mengubah kehidupan dan memperkayakan masa depan masyarakat.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Alamat: University Drive, Off Persiaran Olahraga, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-5521 6868


5. Sunway University, Petaling Jaya

Sunway University

Sunway University ialah universiti swasta bukan untung terkemuka yang komited untuk menawarkan pendidikan melalui biasiswa, penyelidikan dan perusahaan. Ia terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya bersebelahan dengan taman hiburan Sunway Lagoon di kompleks seluas 10 hektar (24 ekar) termasuk bangunan akademik dan kediaman.

Kampusnya yang dibina khas dalam Sunway City mempunyai Canopy Walk yang menghubungkan pelajar ke Sunway Pyramid. Kampus ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam ke pelbagai destinasi menarik dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 5.30 pm)

Alamat: 5, Jalan Universiti, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-7491 8622


6. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Universiti Tenaga Nasional, atau lebih dikenali sebagai UNITEN, dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad, salah sebuah syarikat utiliti bekalan elektrik yang terbesar di Asia Tenggara.

Kampus utamanya di Kajang, Selangor terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya. Kampus ini menawarkan kursus dalam bidang Kejuruteraan, Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Ekonomi Perniagaan dan Ekonomi Tenaga. Sementara itu, kampus cawangannya, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Bandar Muadzam Shah, Pahang, menawarkan kursus dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Pemasaran, Sumber Manusia dan Pengurusan Perniagaan.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 4.00 pm)

Alamat:

  • Kampus Putrajaya
  • Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

Kampus Putrajaya, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Putrajaya Campus, Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-8921 2020

Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS), Wisma Sultan Haji Ahmad Shah, 26700 Muadzam Shah, Pahang, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 09-455 2020


7. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) telah dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos 2002 sebagai universiti swasta bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan pendidikan berkualiti mampu milik. Ia mempunyai dua kampus, iaitu Kampus UTAR Kampar di Perak, dan Kampus UTAR Sungai Long di Lembah Klang.

Terletak di Kajang, Selangor, Kampus UTAR Sungai Long ialah kampus yang canggih dan dibina khas dengan kemudahan dan perkhidmatan sekitar yang menyokong perbankan, perumahan, pengangkutan awam, membeli-belah dan makanan untuk kemudahan pelajar. Lokasinya berhampiran bandaraya Kuala Lumpur menawarkan persekitaran pembelajaran yang tenang di pinggir bandar dan kemudahan pengangkutan ke bandar besar. 

Manakala, Kampus UTAR Kampar di negeri Perak pula terletak di luar Lebuhraya Utara-Selatan, sejauh 190 kilometer atau 2 jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Kampus Kampar dikelilingi oleh pergunungan dan tasik yang indah, menawarkan persekitaran yang damai secara semula jadi yang kondusif untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat:

  • Kampus UTAR Sungai Long
  • Kampus UTAR Kampar

Kampus UTAR Sungai Long, Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long, Cheras 43000, Kajang, Selangor, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 03-9086 0288

Kampus UTAR Kampar, Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900 Kampar, Perak, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 05-468 8888


8. Multimedia University (MMU)

Multimedia University (MMU)

Dimiliki oleh Telekom Malaysia, MMU ialah sebuah universiti berkaitan kerajaan yang ditubuhkan dengan fokus terhadap bidang teknologi dan multimedia. Kampus utama MMU yang terletak di Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia di Malaysia. Kampus kedua MMU di Melaka pula terletak secara strategik di sekitar kawasan perumahan yang tenang, tapak industri yang berkembang pesat dan tempat pelancongan Ayer Keroh yang indah.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 5.00 pm)

Alamat:

  • MMU Cyberjaya
  • MMU Melaka

MMU Cyberjaya, Persiaran Multimedia, 63100 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 1-300-800-668

MMU Melaka, Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Bukit Beruang, Melaka, Malaysia.

Lokasi | Laman Web | Ulasan | Telefon: 1-300-800-668

WhatsApp MMU


Kami berharap senarai universiti swasta di Malaysia ini dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik untuk anda melanjutkan pelajaran dalam bidang yang anda minati dan mengikut kemampuan anda. Jika universiti-universiti yang tersenarai ini bukanlah untuk anda, sila lihat artikel kami tentang 9 Universiti Terbaik di Perak yang Menawarkan Pelbagai Jurusan untuk mencari alternatif lain. Semoga maju jaya!

 

5/5 - (9 votes)

Anda Mungkin Berminat

9 Universiti Terbaik di Perak yang Menawarkan Pelbagai Jurusan

Terdapat banyak universiti sama ada kerajaan atau swasta di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Namun, jika anda tinggal di Perak atau ingin mencari universiti di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x