Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Best Pasar Malam Phuket yg Mesti Dikunjungi

Pasar malam di Phuket sentiasa menyeronokkan, daripada Pasar Chillva yang baharu sehingga ke Pasar Hujung Minggu Naka yang gergasi atau Pasar Berjalan Ahad di Bandar Phuket, hampir semua orang suka melihat sendiri pelbagai barangan hebat yang mereka tidak perlukan. Pasar malam Phuket bersifat giat, berwarna-warni, mengejutkan, menghairankan, berbau kuat, mengelirukan dan padat dengan orang ramai. Tetapi semua pasar malam mempunyai satu persamaan, dan ia menawarkan pandangan yang unik kepada kehidupan harian warga Thai, tidak kira kaya atau miskin.


1. Pasar Jalanan Ahad Phuket (Phuket Sunday Street Market)

Pasar ini juga dipanggil sebagai ‘Lard Yai’ oleh orang tempatan dan kini merupakan tarikan yang paling popular di Bandar Phuket. Pasar jalanan hujung minggu ini amat berjaya, dan menandakan keperluan untuk sesuatu yang berlaku di Jalan Thalang, iaitu bahagian di bandar ini yang bersejarah. Pasar malam tidak baharu kepada Phuket, kerana Pasar Hujung Minggu Naka (Naka Weekend Market) di pinggir bandar raya, berdekatan dengan Central Festival, sentiasa popular tetapi tidak menyeronokkan atau kreatif seperti Phuket Walking Street (Pasar hujung minggu ini menjual pelbagai jenis baju-T ciplak dan seluar jeans murah).

  • Ahad 5 petang – 9 malam

  • Jalan Thalang, Bandar Phuket


2. Pasar Chillva Phuket

Pasar Chillva Phuket merupakan pasar malam yang terkini di pulau ini. Semua orang sukakan pasar malam dan remaja Thai menyukainya lebih daripada orang lain, terutamanya dengan trend memaksimumkan bekas lama! Setiap bandar di Thailand nampaknya mempunyai tempat-tempat hujung minggu yang mengejutkan seperti ini, dan mereka sentiasa padat dengan orang ramai. Baca selanjutnya

  • Khamis – Sabtu dari 5 petang – 11 malam – Ditutup pada hari Ahad

  • 141/2 Jalan Yaowarat, Bandar Phuket (Di antara Tesco Lotus dan Bandar Phuket)


3. Pasar Hujung Minggu Phuket (Phuket Weekend Market)

Pasar Hujung Minggu Phuket (Pasar Naka) merupakan nama yang diberi oleh pelancong kepada bazaar malam bandar Phuket yang melimpah ini, sementara warga Thai menggelarnya ‘Talad Tairod’, yang bermakna ‘Jualan But Kereta’. ‘Pasar Naka’ nampaknya nama yang paling popular kebelakangan ini. ‘Chatuchak Phuket’ juga digunakan, dengan merujuk kepada pasar hujung minggu yang gergasi di Bangkok. Begitu banyak nama untuk satu pasar sahaja!

  • Sabtu dan Ahad, 4 petang ke 9 malam

  • Bertentangan Tokong Naka di luar bandar Phuket


4. Plaza Malin Patong

Plaza Malin merupakan pasar malam yang agak baharu di sebelah selatan Pantai Patong. Ia berjaya kerana ia tahu bahawa makanan merupakan magnet yang mendorong kedatangan orang ramai. Ia juga benar untuk gedung membeli belah.

Setiap hari 2 petang – 12 pagi

Pantai Patong tidak jauh dari Resort Duanjitt


5. Pasar Malam OTOP

OTOP, yang mempunyai akronim ‘One Province, One Product’ (Satu Mukim, Satu Produk) setelah diterjemah, direka pada mulanya sebagai pasar tempatan untuk mempromosi kraftangan setiap mukim di Thailand. Idea tersebut tidak tahan lama, dan kini pasar OTOP Patong terdiri kebanyakannya daripada barangan tiruan, palsu dan buah tangan yang tidak bermanfaat. Namun, apa yang menarik ialah makanan jalanannya dan bar bir kecil di belakang.

Setiap hari 10 pagi sehingga lewat malam – Makanan Jalanan: 5 petang sehingga lewat malam

Pantai Patong, bertentangan Hard Rock Cafe dan Hooters


6. Pasar Tokong Karon

Pasar Tokong Karon hanya dibuka dua kali seminggu, pada hari Selasa dan Jumaat, tetapi ia begitu popular sehngga orang ramai sanggup merancang petang mereka berkisar pasar ini. Pasar malam sentiasa popular di Phuket dan di seluruh Thailand, tetapi pasar Tokong kedengaran jauh lebih eksotik. Selain itu, Pantai Karon juga kekurangan tarikan, jadi pasar ini menjadi tarikan yang agak menyeronokkan di sana.

Setiap Selasa dan Jumaat – 4 petang ke 10 malam


7. Pasar Fun Friday Avenue

Pasar Fun Friday Avenue merupakan pasar hujung minggu kecil yang berlaku setiap petang Jumaat di Boat Avenue dalam perjalanan ke Phuket Laguna. Ia bersaiz sederhana tetapi seronok untuk dilawati sekiranya pengunjung menginap di kawasan Pantai Bangtao. Pasar malam sebahagian daripada kehidupan Thailand, dan di mana jua ada pasar, tentunya ada ramai orang dan makanan yang banyak!

Setiap Jumaat – 5 petang ke 10 malam


8. Pasar Bebas Phuket (Phuket Indy Market)

Di sebuah sudut yang seronok, muda dan kreatif di Bandar Phuket, Pasar Bebas Phuket terletak di sebuah Lorong kecil di luar Jalan Dibuk, hanya bersebelahan dengan gedung Limelight Avenue dan tidak jauh dari Restoran Raya yang terkenal.

Rabu ke Jumaat, 4 petang – 10 malam

Limelight Avenue, Bandar Phuket


9. Pasar Kathu

Pasar Kathu merupakan sebuah pasar malam di Kathu, hanya separuh jalan di antara Bandar Phuket dan Pantai Patong. Ia mempunyai banyak nama, tetapi tiada satu pun yang kekal lebih lama daripada 6 bulan (setakat ini). Ia menghidangkan makanan tempatan dengan harga rendah dan mempunyai beberapa buah bar di dalam kontena dikitar semula berserta dengan sebuah pentas dengan kugiran secara langsung yang membuat persembahan sekali sekala. Lokasi pasara malam ini menjadikannya lebih mudah untuk pengunjung. Ia masih agak baharu, tetapi ia sudah agak popular.

Isnin, Selasa, Jumaat, Sabtu, Ahad – 5 petang ke 11 malam

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

30+ Tempat Menarik Di Phuket, Thailand Yang Popular & Patut Dilawati

Phuket merupakan pulau yang terbesar di Thailand dengan melebihi 30 tempat yang menarik untuk diterokai. Walaupun saiz geografi Phuket tidak sebesar berbanding dengan tempat...

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

Jelajah Pulau Ke Pulau (Island Hopping) di Phuket

Terdapat begitu banyak pulau yang besar dan kecil di sekitar Phuket, ia akan mengambil masa selamanya untuk melawatnya semua. Kebanyakannya tidak jauh, dan pengunjung...

Aktiviti Keluarga Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

Terdapat begitu banyak perkara yang boleh dilakukan di Phuket dengan kanak-kanak dan seisi keluarga. Sudah tentu, para pengunjung boleh meluangkan seluruh percutian mereka di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x