Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Aktiviti Keluarga Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

Terdapat begitu banyak perkara yang boleh dilakukan di Phuket dengan kanak-kanak dan seisi keluarga. Sudah tentu, para pengunjung boleh meluangkan seluruh percutian mereka di atas pantai dan di laut dengan anak-anak mereka, tetapi memang membazir masa sekiranya tidak menambahkan sedikit aktiviti dalam penginapan mereka. Aktiviti keluarga yang disenaraikan di halaman ini hebat untuk dinikmati dengan anak-anak, dan mereka juga akan berseronok meluangkan masa dengan ibu bapa mereka!

Berikut merupakan beberapa cadangan untuk masa yang sukar dilupakan dengan ahli keluarga. Pengunjung boleh menempah kebanyakan aktiviti ini dengan hotel mereka, di mana apa yang mereka perlu lakukan ialah bertanya dengan meja utama hotel. Ia juga lazim terdapat di kaunter pelancongan jalanan.


1. Muzium Trickeye Phuket

Muzium Trickeye Phuket merupakan tarikan menyeronokkan yang tidak jauh dari bandar lama Phuket, dan merupakan tempat peranginan yang terbaik untuk meluangkan beberapa jam dalam hari hujan dengan ahli keluarga. Ia dipanggil sebuah muzium, tetapi ia lebih mirip sebuah bilik pameran interaktif di mana pengunjung perlu menggaul diri ke dalam lukisan-lukisan yang dipaparkan. Harganya agak mahal, tetapi sekiranya pengunjung datang dengan anak-anak, mereka tidak akan kebosanan dengan lagak dan foto yang lucu yang boleh diposkan ke dalam Facebook dan Instagram!

  • 130/1 Jalan Phang Nga, Soi Phang Nga 1, Talad Yai, Phuket 83000

  • Setiap hari 9 pagi – 9 malam (kemasukan terakhir 8 malam)

  • 076 212 806

  • 500 Baht untuk dewasa, 250 Baht untuk kanak-kanak


2. Meluncur Ombak Buatan di Surf House Phuket

Surf House merupakan ombak buatan yang mengalir merentasi lantai getah, yang membolehkan sesiapa untuk mendapat pengalaman meluncur air pertama di Phuket dengan selamat. Ia mudah, seronok dan tidak sakit apabila pengunjung terjatuh (dan mereka sudah pasti akan terjatuh). Dan juga, pengunjung tidak perlu berenang untuk menanti kedatangan ombak, kerana ombak sentiasa akan ada. Terdapat pelatih untuk membantu pengunjung dan anak-anak mereka untuk melakukan langkah pertama, dan tidak lama kemudian, mereka akan dapat berdiri sendiri. Ia tidka murah, dan mungkin akan ada penungguan yang agak lama, tetapi ia memang menyeronokkan untuk duduk dan minum sementara melihat gelagat peluncur air yang lain. Terdapat juga dua Flow Riders di Phuket: Surf House Patong dan Surf House Kata.

Surf House Patong

  • 150 Thaweewong Road, Pantai Patong, berdekatan Jalan Bangla

Surf House Kata

  • 4 Jalan Pakbang, Pantai Kata

Surf House Patong

  • 9:30 pagi – 11 malam

Surf House Kata

  • 12 tengah hari ke 12 tengah malam

Surf House Patong

  • 081 979 7737

Surf House Kata

  • 081 979 773


 3. Bergegas merentasi Splash Jungle Water Park

Splash Jungle merupakan taman tema air bersaiz sederhana dengan gelongsor air dan sebuah kolam ombak di Pantai Mai Khao dekat dengan Lapangan Terbang Phuket. Tarikan utama ialah gelongsor tinggi dan corong berputar gila yang akan memeningkan pengunjung. Sebuah kolam kanak-kanak besar memberikan keseronokan yang amat untuk mereka yang paling kecil dengan sebuah gelongsor mini. Sekiranya pengunjung bukan peminat gelongsor pantas, mereka boleh mendayung perlahan di Sungai Malas 335-meter atau duduk sahaja di sebuah bar kolam besar sementara anak-anak mereka menikmati hari mereka di sana. Ia menyeronokkan tetapi agak mahal jika dibandingkan dengan taman-taman tema air di kebanyakan negara.

  • Soi Mai Khao 4, Pantai Mai Khao (bersebelahan Lapangan Terbang Phuket)

  • Setiap hari 10 pagi – 6 petang

  • 076 372 111

  • Dewasa: 1,305 Baht – Kanak-Kanak (5-12 Tahun) : 630 Baht


4. Lawati Rumah Terbalik

Rumah terbalik ialah apa yang diperincikan oleh namanya. Rumah yang menakjubkan ini berdiri condong di tepi jalan pintasan di luar Bandar Phuket. Ia bakal mencabar deria pengunjung dan menawarkan berbilang peluang menangkap foto. Setiap satu daripada tiga tingkat di Baan Teelanka (yang bermakna ‘rumah terbalik’ dalam bahasa Thai) merupakan replica rumah sebenar tetapi dicondong masuk. Ruang tamu, dapur, katil dan juga sebuah Tuk Tuk nampaknya tergantung dari siling sehingga minda pengunjung berasa seperti ia berada di tempat yang salah! Di belakang rumah ini ialah sebuah maze taman yang tentu akan menghiburkan anak-anak buat seketika. Keseronokan yang amat dijamin!

  • 51/11 Chalermprakiet Ratchakan Thi 9 Road  (dikenali sebagai Jalan By-Pass)

  • 10:00 pagi – 6:00 petang

  • 076 376 245

  • Deweasa 350 Baht, Kanak-kanak 190 Baht (4 ke 11 tahun).


5. Lihat dan suap Gajah

Tree Tops Elephant Reserve Phuket sememangnya sebuah tempat perlindungan gajah yang beretika. Ia mungkin mengejutkan pengunjung, tetapi bukan semua ‘tempat perlindungan’ adalah beretika. Bilangan pengunjung yang semakin ramai yang menyayangi dan menghormati gajah sedang berfikir apakah yang sedang diusahakan oleh semua tempat perlindungan di Phuket? Ya, majoriti bersetuju bahawa jelajah perlu dihentikan, tetapi… bukan semua tempat perlindungan adalah beretika? Mengelirukan betul! Apakah yang boleh dibuat?


6. Blue Tree Water Park

Blue Tree Phuket adalah taman air yang sangat besar untuk dewasa dan kanak-kanak menghabiskan hari bersenang-senang di perairan hangat pulau tropika. Dengan bangunannya yang berwarna dan dihiasi dengan terang, taman ini mudah dilihat di pinggir jalan Cherngtalay, di tengah-tengah antara pantai Bangtao dan bulatan pahlawan terkenal. Laguna seluas 17,000 meter persegi ini sangat besar, dengan bangunan restoran yang mengagumkan dan pelbagai aktiviti air, water slides, zip lines dan papan dayung.

  • Cherngtalay
  • 4/2 Srisoonthorn, Cherntalay, Phuket 83110

  • 10 pagi – 6 petang

  • 076 602 435

  •  950 baht for adult, 350 Baht for kids


7. Belajar Wakeboard di Phuket Cable Ski

Bermain wakeboard dengan ski kabel lebih mudah daripada apa yang disangka. Kini terdapat tiga taman wake di Phuket, dan malah kanak-kanak kecil boleh mencubanya dengan papan lutut, yang lebih stabil tetapi masih akan memberikan keseronokan kepada pengunjung. Ia selamat dan begitu mencabar sehingga mereka akan ketagih bermain dengannya. Pengunjung boleh berkongsi keseronokan dan beracakap mengenainya selama berhari-hari! Sekiranya pengunjung jatuh, mereka hanya jatuh ke dalam air, dan dengan jaket keselamatan, ia amat mudah untuk tiba ke hujung yang lagi satu di mana sebuah motosikal akan menjemput mereka. 750 Baht untuk 1 jam, 1,000 Baht untuk 2 jam. Baca mengenai Taman Wake Phuket di Kathu dan Taman Wake Anthem di Cherngtalay

Taman Wake Phuket

  • 86/3 Moo 6 Vichitsongkram Road, Kathu, Phuket, 83120 (dalam perjalanan ke Air Terjun Kathu)

Taman Wake Anthem

  • 194/6 M.7 Srisunthorn Road, Talang, Phuket 83110

Taman Wake Phuket

  • 7 pagi – 9 malam

Taman Wake Anthem

  • 9 pagi – 6:30 petang

Taman Wake Phuket

  • 089 873 0187 – 076 510 151

Taman Wake Anthem

  • 076 620 034


8. Meluncur di Zipline di Flying Hanuman

Meluncur di udara di antara pokok yang tinggi di hutan Phuket merupakan pengalaman yang sukar dilupakan untuk seisi keluarga. Flying Hanuman merupakan zipline besar yang terdiri daripada 28 platform, yang mana sesetengahnya setinggi 40 meters! Terdapat beberapa zipline di pulau dan yang terbaik ialah di Kathu, yang tidak jauh dari Pantai Patong. Kru di sini amat teliti dan mengambil serius keselamatan di sini. Terdapat 4 laluan setiap hari dan kanak-kanak sekecil 4 tahun boleh menyertainya!

  • 89/16 Moo 6, Soi Namtok Kathu, Jalan Wichitsongkram, Kathu, Kathu, Phuket 83120

  • 8 pagi – 5 petang

  • 8 pagi – 10 pagi – 1 petang – 3 petang

  • 076 323 264-5, 081 979 2332


9. Meluncur Air di Arena Ais Phuket (Phuket Ice Arena)

Arena Ais merupakan tempat untuk membawa kanak-kanak selama beberapa jam untuk berseronok di Lagun Kapal (Boat Lagoon), yang tidak jauh dari Bandar Phuket. Harga ialah 590 baht sejam dan seorang, termasuk kasut luncur. ‘Penguin’ latihan berharga tambahan 250 baht per jam, jadi pengunjung perlu belajar dengan cepat! Arena Ais dibuka dari 9 pagi ke 10 malam dengan tempoh rehat pendek untuk membersihkan ais.

  • Boat Lagoon Amphoe Muang Phuket, Phuket, Thailand 83000

  • 9 pagi – 10 malam

  • 094 591 5595

  • 450 baht untuk dewasa dan 350 baht untuk kanak-kanak


10. Mendaki Batu (Rock Climbing) Rebel

Bertentangan dengan restoran Taman Wake Anthem ialah aktiviti Mendaki Batu (Rock Climbing) Rebel, iaitu sebuah set dinding dalam bangunan setinggi 3 tingkat, bersaiz 700 meter per segi untuk dipanjat. Setiap orang daripada kanak-kanak ke dewasa, daripada mereka yang baru sahaja bermula sehingga mereka yang sudah mahir boleh melatih kemahiran mereka di dinding bertali, dinding berbatu, dinding panjat, gua batu dan dinding batu berhujung. Ia juga kelihatan hebat untuk acara korporat. Terdapat staf yang mesra untuk mengajar pengunjung untuk memanjat ke atas dengan mudah. Keselamatan amat dititikberatkan, dan ia cukup baik untuk orang dewasa dan kanak-kanak, terutamanya ketika hari hujan!

  • 194/6 M.7 Srisoonthorn, Thalang, Phuket

  • Selasa – Ahad, 10 pagi – 8 malam (ditutup pada hari Isnin)

  • 076 608 734

  • Dewasa: 700 Baht, Kanak-kanak (bawah 12): 600 Baht


11. Kelab Kanak-Kanak Rawai Park

Kelab Kanak-Kanak Rawai Park merupakan taman permainan berwarna-warni di pantai Rawai di selatan pulau dan amat sesuai untuk kanak-kanak kecil juga. Tarikan utama ialah kolam cetek besar yang dilengkapi dengan gelongsor air, air pancut dan air terjun di mana kanak-kanak dan ibu bapa boleh berseronok. Pengunjung juga boleh bermain dengan anak-anak mereka di sebuah kawasan tertutup yang besar dengan sejumlah mainan yang besar atau di sebuah taman mainan luaran atau sebuah kawasan memanjat yang selamat untuk kanak-kanak yang lebih besar.

  • 58/88 Moo 6, Soi Rouyphad, Rawai, (Pantai Rawai), Muang, Phuket, 83130

  • 9 pagi ke 8 petang

  • 098 396 5369

  • Isnin ke Jumaat 200 baht, Sabtu dan Ahad 350 baht, Ibu bapa: 100 baht sepanjang minggu


12. Zorb Rollerball

Masuki sebuah bola (separa) lutsinar yang diisi dengan sedikit air dan bergolek ke bawah sebuah bukit berumput sepanjang 190 meter. Memang menyeronokkan dan semua orang menyukainya! 2 orang boleh muat di dalam dan ini akan menjadikannya lebih gila.

  • Pantai Kalim, Patong, Daerah Kathu, Phuket 83150

  • 9 pagi ke 6 petang

  • 089 872 6532

  • Bermula daripada 950 Baht untuk 1 golekan + minuman


13. Mini Golf di Taman Dino

Taman Dino, di pusat Pantai Kata, masih menyeronokkan dan merupakan hiburan yang boleh diakses oleh seisi keluarga. Dengan hutan prasejarah buatan manusia yang penuh dengan dinosaur bersaiz sebenar berlatarkan sebuah gunung berapi aktif, ia separuh jalan di antara Jurassic Park dan the Flintstones. Litar 18 lubang ini menyeronokkan, tetapi tidak terlalu sukar atau terlalu mudah tetapi kawasan ini agak panas. Setelah pengunjung menghabiskan satu permainan, mereka boleh beralih ke bar Flintstones untuk minum dan memakan burger Dino mereka.

  • Patak Soi 7, Karon, Muang, Phuket 83100, Dekat Dengan Marina Phuket Resort

  • 10 pagi – 11 malam

  • 076 330 625

  • 240 baht untuk dewasa, 180 baht untuk kanak-kanak


14. Takutkan diri di Game Space

Dibuka selama beberapa tahun di Jalan Bangla di Pantai Patong; Game Space mempunyai berbilang permainan yang hebat dan tunggangan realiti maya untuk dinikmati selama sejam dua. Dan hanya melihat mereka yang berani memanjat dalam peralatan berputar juga amat menyeronokkan! Ia amat popular pada waktu malam, tetapi ia juga merupakan cara yang seronok untuk meluangkan masa di hari-hari hujan.

  • 29/1 Jalan Bangla, Pantai Patong, Phuket 83150

  • 12 tengah hari – 2 pagi

  • 076 344 193


15. Akuarium Phuket

Akuarium Phuket di Tanjung Panwa agak sederhana dan tidak boleh dibandingkan dengan Aquaria di Central Floresta yang tersergam besar di Bandar Phuket tetapi ia lebih bersifat pendidikan dan juga memainkan fungsi sebagai Pusat Biologi Marin Phuket (PMBC) dan bukannya sebuah taman hiburan. Sekiranya pengunjung berada dalam kawasan ini, ia merupakan tempat yang hebat untuk menghiburkan diri mereka dan anak-anak mereka dalam hari hujan, dan ia mungkin juga peluang mereka untuk melihat anak penyu! Ia juga lebih senang mampu daripada pusat yang lagi satu di bandar Phuket.

  • 51 Jalan Sakdidet, Tanjung Panwa

  • Setiap hari dari 8.30 pagi ke 4.30 petang

  • 076 391 126

  • 180 Baht untuk dewasa dan 100 Baht untuk kanak-kanak.


16. Berlumba Go Kart

Budak mana tidak pernah bermimpi memandu kereta bapa mereka? Sekiranya umurnya sudah genap 16 tahun, pengunjung boleh memberi peluang kepada anak mereka untuk memandu kereta go kart! Sekiranya lebih kecil, anak itu boleh duduk di tempat belakang kart berganda selagi ketinggian mereka melebihi 1.25 meter. Ia rasanya lebih pantas daripada apa yang dirasai kerana mereka akan duduk rendah di atas jalan dan kereta kart dilindungi dengan baik. Berlumba dengan satu sama lain tentunya akan menyeronokkan, dan tentunya sukar dilupai! Daripada 650 Baht – 15 minit.

  • 118/5 Jalan Vichitsongkram. Kathu, Phuket, 83120

  • 10 pagi – 7 petang

  • 076 321 949

  • Kart Biasa: tunggangan 15 minit 750 Baht – Kart 2 Tempat Duduk: 10 minit 650 Baht – Kart Lumba: 10 minit 1,000 Baht


17. Menunggang Kuda

Tunggangan di sepanjang Pantai Chalong atau Pantai Bangtao di atas sebuah kuda kecil merupakan kejutan kecil untuk kanak-kanak. Kuda kecil cukup mudah untuk ditunggang. Kelab Tunggangan Phuket (Phuket Riding Club) di Chalong atau Kelab Kuda Antarabangsa Phuket (Phuket International Horse Club) Bang Tao (jangkakan sebanyak 1,000 baht/jam).


18. Tunggang sebuah ATV di Paya Bakau

Bukan sahaja untuk tunggangan ATV tetapi untuk paya bakau dan hutan yang para pengunjung akan lalui untuk tiba di sebuah pantai paya bakau, tidak boleh diakses dan tidak begitu dikenali. Sedikit latihan dalam lumpur dan mereka akan memasuki hutan untuk melihat hutan Phuket yang unik. Ia terletak hanya beberapa kilometer dari Tugu Wirawati (Heroine Monument), dalam perjalanan ke Jeti Bangrong.

  • Penunggang Dewasa: 1,600 Baht
  • Penunggang Kanak-Kanak: 1,300 Baht (daripada 8 tahun)
  • Penumpang Kanak-Kanak: 1,100 Baht (daripada 4 tahun)


19. Belajar Menyelam di Phuket

Belajar menyelam merupakan cara yang hebat untuk membuka peluang dan mencipta hubungan yang istimewa dengan kanak-kanak. Anda tidak perlu menjalani selaman yang penuh, tetapi pergi belajar kursus menyelam scuba di dalam kolam hotel amat seronok dan boleh membuka mata untuk minat yang akan datang. Sekiranya anak anda cukup umur , Phuket mempunyai sedikit tapak selaman yang unggul berdekatan dengannya, tanpa perlu mengambil kursus yang melecehkan. (bermula 8 tahun).


20. Berakit Air Putih (White Water Rafting)

Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak yang lebih tua daripada 12 tahun. Khaosok, yang berada di luar Phuket, merupakan lokasi yang popular untuk berakit. Selepas diberi penerangan yang ringkas, setiap orang memakai topi keledar dan jaket keselamatan, dan mereka akan turun berakit. Bermula dengan lembut dan beransur-ansur lebih pantas dengan beberapa detik yang menguji adrenalin, semuanya selamat.

  • Dewasa 2,300 baht, Kanak-kanak: 1,800 Baht

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

9 Best Pasar Malam Phuket yg Mesti Dikunjungi

Pasar malam di Phuket sentiasa menyeronokkan, daripada Pasar Chillva yang baharu sehingga ke Pasar Hujung Minggu Naka yang gergasi atau Pasar Berjalan Ahad di...

30+ Tempat Menarik Di Phuket, Thailand Yang Popular & Patut Dilawati

Phuket merupakan pulau yang terbesar di Thailand dengan melebihi 30 tempat yang menarik untuk diterokai. Walaupun saiz geografi Phuket tidak sebesar berbanding dengan tempat...

Jelajah Pulau Ke Pulau (Island Hopping) di Phuket

Terdapat begitu banyak pulau yang besar dan kecil di sekitar Phuket, ia akan mengambil masa selamanya untuk melawatnya semua. Kebanyakannya tidak jauh, dan pengunjung...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x