Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Jelajah Pulau Ke Pulau (Island Hopping) di Phuket

Terdapat begitu banyak pulau yang besar dan kecil di sekitar Phuket, ia akan mengambil masa selamanya untuk melawatnya semua. Kebanyakannya tidak jauh, dan pengunjung perlu mempertimbangkan jelajah pulau ke pulau (island hopping) dalam percutian mereka di Phuket. Berikut merupakan hanya beberapa pulau yang boleh dilawati.


1. Pulau Phi Phi

(Kira-kira 2,800 baht dengan pengangkutan – Bot laju 50 minit – Sepanjang hari)

Phi Phi merupakan pulau yang paling kerap dikunjungi di sekitar Phuket atau Krabi dan ia menjadi semakin popular selepas filem ‘The Beach’. Dengan pantai dan tanjungnya yang cantik, Phi Phi lazimnya merupakan destinasi bagi pengunjung muda yang ingin berparti di atas sebuah pulau tropika. Secara ideal, pengunjung perlu bercuti selama dua hari untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya, ia agak jauh dan meletihkan untuk dicapai melalui bot laju, dan tambahan pula pengunjung akan mendapat pantai terbaik untuk diri mereka pada waktu pagi.


2. Pulau Similan

(Kira-kira 2,400 baht dengan pengangkutan dari hotel  – 2 jam bas mini + 1.5 jam bot laju – Sepanjang hari)

Pulau Similan merupakan berlian biru yang terang di Laut Andaman. Pengunjung tidak perlu menjadi seorang jurugambar yang hebat untuk mendapatkan foto yang cantik. Secara ideal, mereka harus berada di sana selama dua hari untuk mengalami yang terbaik, ia agak jauh dan meletihkan untuk dicapai melalui bot laju, dan tambahan pula pengunjung akan mendapat pantai terbaik untuk diri mereka pada waktu pagi.


3. Pulau Racha

(Kira-kira 1,200 baht – 30 minit dengan bot laju – Sepanjang hari)

Pulau Racha merupakan tempat peranginan terpencil dua belas batu di selatan Phuket, yang hanya terletak dua jam dengan bot atau 30 minit dengan bot laju. Pulau kecil yang indah ini terkenal di kalangan penyelam sebagai sebuah tapak selaman yang jernih dan Racha juga merupakan tapak untuk tiga resort, iaitu The Racha, sebuah resort vila yang mewah, Rayaburi dan Resort Baan Raya. Kedua-dua pantai di atas pulau utama amat cantik, dan pulau ini menyeronokkan untuk dijelajahi.


4. Koh Bon

(kira-kira 1,000 baht untuk direntasi oleh bot ekor panjang – perjalanan 2 minit)

Koh Bon merupakan salah satu pulau terdekat dengan Phuket yang boleh dicapai dengan mudah dari Pantai Rawai dengan bot ekor panjang. Tempat persembunyian yang kecil ini mempunyai dua pantai; satu yang biasanya digunakan untuk tetamu di Resort Evason yang sudah ditutup, dan pantai yang lagi satu merupakan tapak kepada Restoran Bon, yang amat mesra dan merupakan destinasi yang amat trend untuk makan tengah hari dan hari yang malas di atas pantai bermain dengan aktiviti air.


5. Pulau Maiton

(2,800 Baht – 15 minit dengan bot laju – Percutian sepanjang hari)

Pulau Maiton merupakan tapak indah yang kecil kira-kira 15 minit di selatan Phuket yang sebelum ini merupakan tapak kepada sebuah hotel mewah. Hotel ini tidak lagi beroperasi, tetapi pantainya masih boleh diakses dan merupakan percutian sehari yang hebat dengan aktiviti berkelah dan menyelam permukaan (snorkeling) di kalangan beribu-ribu ikan. Pengunjung boleh menjangka untuk membayar 2,800 baht untuk satu hari (termasuk makan tengah hari).


6. Pulau Rang Yai

(lazimnya sebuah pulau peribadi)

Pulau Rang Yai merupakan sebuah pulau peribadi indah yang terletak kira-kira lima kilometer di timur Jeti Laem Hin. Sekiranya pengunjung ingin mengalami gaya hidup Robinson Crusoe, Rang Yai merupakan tempat yang hebat untuk meluangkan hari (dahulunya terdapat banglo untuk disewa, tetapi sudah tidak wujud sekarang). Pengunjung juga boleh meluangkan hari berenang, makan dan juga melawat sebuah ladang mutiara. Datang ke sini dengan bot ekor Panjang dari jeti Laem Hin berharga kira-kira 2,000 baht untuk perjalanan pergi balik.


7. Koh Khai

(1,000 baht – 20 minit dengan bot panjang – Separuh hari)

Tiga pulau yang kecil tetapi amat popular yang terletak hanya 15 minit dari pantai timur Phuket. Orang ramai pergi ke sana untuk berjemur di bawah matahari dan bermain dalam perairan yang jernih selama berjam-jam. Pengunjung harus beringat bahawa menyuap ikan masih diharamkan di sini!


8. Pulau Coral

(Kira-kira 1,200 baht – 15 minit dengan bot laju – Sepanjang hari)

Pulau Coral, atau Koh Hae, merupakan salah satu daripada beberapa pulau yang anda boleh pergi dalam lima belas minit melalui bot laju dan meluangkan hari bermain di atas pantai, walaupun ketika musim luar puncak. Dengan dua pantai yang indah, satu-satunya penginapan di sini ialah Coral Island Resort yang kecil tetapi cantik, menawarkan banglo kecil di atas pantai.


9. Koh Panyi

(1,600 baht dengan Pulau James Bond dan Teluk Phang Nga + pengangkutan dari hotel – Sepanjang Hari)

Koh Panyee di tanjung Phang Nga berdekatan dengan Phuket merupakan perkampungan nelayan yang agak popular dengan nelayan, dibina sepenuhnya dengan kayu. Perkampungan ini masih amat luar biasa dan merupakan tempat yang hebat untuk dikunjungi, tetapi perkara yang paling penting ialah pergi ke sana dengan awal untuk menjadi satu-satunya pengunjung di sana!


10. Pulau James Bond

(1,600 baht dengan Koh Panyee dan Teluk Phang Nga + pengangkutan dari hotel – Sepanjang Hari)

Bukan semestinya pulau yang dibayangkan, tetapi tentunya mengejutkan dan amat popular sejak filem James Bond lama itu, biasanya orang ramai mengunjunginya bersama dengan Koh Panyi dan Teluk Phang Nga di mana ia terletak.


11. Koh Hong

(Hanya tersedia sebagai percutian jelajah pulau ke pulau sepanjang hari)

Koh Hong merupakan salah satu daripada empat pulau Hong kecil di Teluk Phang Nga milik Taman Marin Negara. Monyet dan burung boleh dilihat, tetapi kebanyakannya di dalam lagun dan pasir putih dan perairan birunya yang hebat merupakan bahagian yang paling menarik dengan ikan-ikan berenang di keliling pengunjung.


12. Koh Yao

(1,700 Baht dengan pengangkutan hotel – 30 minit dengan bot ekor panjang)

Koh Yao terdiri daripada dua pulau besar yang terletak di separuh jalan di antara Phuket dan Krabi. Koh Yao Noi, pulau yang lebih kecil mempunyai beberapa hotel seperti Resort Six Senses Hideaway yang indah. Koh Yao boleh didatangi dari jeti Bang Rong di pantai timur Phuket atau Krabi. Pulau ini tidak mempunyai sebarang pemandangan yang hebat tetapi ia merupakan destinasi percutian sehari kegemaran di kalangan peminat basikal. Pantai timur mempunyai sawah padi, sebuah perkampungan kecil di atas tiang dan beberapa ladang getah.


Pulau-pulau indah yang berdekatan

13. Koh Kaeo

Koh Kaeo, yang berhadapan dengan Tanjung Promthep yang terkenal, merupakan pulau yang kecil sahaja yang boleh dikunjungi oleh bot ekor panjang dari Rawai. Selain sebuah pantai yang kecil, satu-satunya tanda tertentu untuk pulau ini ialah dua Buddha emas yang besar, yang mana satu sedang duduk dan lagi satu sedang berdiri dan juga sebuah tokong kecil di atas bukit.


14. Koh Maphrao

Koh Maphrao atau Pulau Kelapa agak besar tetapi ia merupakan pulau yang agak tidak dikenali amat dekat dengan Phuket. Dibina dalam beberapa tahun yang terdekat ini, Coconut Village yang mewah merupakan satu-satunya sebab untuk berkunjung ke sana. Sekiranya pengunjung pergi menjamu selera di Laem Hin atau Restoran Terapung Kru Suwit, mereka akan melihat pulau di sebelah tanjung yang lagi satu.


15. Koh Sirey

Koh Sirey sememangnya sebuah pulau, tetapi tiada siapa yang akan tahu dengan melihat sebuah peta, dan mungkin akan ramai yang tidak pernah mendengarnya. Disambungkan ke bandar Phuket dengan sebuah jambatan yang amat pendek, bidang tanah yang amat kecil ini tidak mempunyai sebarang tanda, tetapi di sinilah pengunjung akan mendapati Resort Westin Siray Bay yang indah.


Peta Pulau-Pulau Di Sekitar Phuket


Soalan-Soalan Lazim Ditanya mengenai pulau-pulau yang berdekatan dengan Phuket

1. Pulau apakah yang paling dekat dengan Phuket?

Koh Bon, Rang Yai, Koh Lone dan Pulau Coral merupakan pulau-pulau yang paling dekat dengan Phuket.

2. Apakah pulau yang paling indah untuk percutian sehari?

Pulau Similan merupakan pulau paling menakjubkan yang pengunjung boleh kunjungi untuk percutian sehari.

3. Bolehkah pengunjung meluangkan satu malam di sebuah pulau yang dekat dengan Phuket?

Pengunjung boleh menempah penginapan lazimnya di Pulau Phi Phi, Pulau Koh Yao, Pulau Coral dan Koh Racha.

4. Apakah cara yang terbaik untuk tiba di pulau ini?

Pulau-pulau yang berdekatan boleh dikunjungi dengan mudah melalui bot ekor Panjang dari salah satu jeti di pantai timur. Percutian pulau yang lain boleh ditempah melalui ajen pelancongan atau melalui lobi hotel.

5. Bagaimanakah pengunjung boleh melakukan jelajah pulau ke pulau (island hopping)?

Jelajah pulau ke pulau (Island hopping) boleh diatur dengan seorang ajen pelancongan, tetapi cara yang terbaik ialah bertanya kepada ajen pelancongan pakar untuk merancang pelayaran peribadi tersuai.

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

4 Destinasi Best Untuk Berbulan Madu

Mencari destinasi percutian penuh romantis dan teristimewa bersama pasangan tercinta? Memperkenalkan Bali, Maldives, Krabi & Phuket yang menjadi pilihan utama untuk menikmati percutian bulan...

Aktiviti Keluarga Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

Terdapat begitu banyak perkara yang boleh dilakukan di Phuket dengan kanak-kanak dan seisi keluarga. Sudah tentu, para pengunjung boleh meluangkan seluruh percutian mereka di...

30+ Tempat Menarik Di Phuket, Thailand Yang Popular & Patut Dilawati

Phuket merupakan pulau yang terbesar di Thailand dengan melebihi 30 tempat yang menarik untuk diterokai. Walaupun saiz geografi Phuket tidak sebesar berbanding dengan tempat...

9 Best Pasar Malam Phuket yg Mesti Dikunjungi

Pasar malam di Phuket sentiasa menyeronokkan, daripada Pasar Chillva yang baharu sehingga ke Pasar Hujung Minggu Naka yang gergasi atau Pasar Berjalan Ahad di...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x