Berbuka Puasa Buffet 2015 GT Tower

Table of Contents

Salah satu destinasi berbuka puasa yang agak popular di Kuala Lumpur iaitu di Gt Tower. Pakej buffet Ramadhan 2015 di sini berkonsepkan seperti dikebanyakan destinasi berbuka puasa yang lain dengan tema Masakan Kampung. Bagi yang berada di sekitar KLCC, bolehlah buat perbandingan di sini.

Buffet Ramadhan ini akan mula beroperasi untuk Ramadhan 1436 H pada:

>>KLIK untuk Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015<<

Tarikh: 20 Jun 2015 – 14 July 2015
Masa: 6.30 petang -10 malam

Harga berbuka puasa yang ditawarkan di GT Tower Hotel untuk tahun 2015 ini:

Dewasa – RM 95 nett
Kanak-kanak – RM 48 nett

Menu juadah berbuka puasa Ala Kampung

Menu dengan tema Masakan Kampung mejanjikan juadah berbuka puasa yang pelbagai jenis dari kategori pembuka selera, makanan utama sehinggalah ke pencuci mulut. Semasa berbuka puasa di sini nanti anda boleh lihat ada 5 bazar yang memasak secara langsung dibawah kendalian Chef Sherry yang mempunyai pengalaman memasak selama 20 tahun.

Ketika pelancaran Buffet Ramadhan 2015 baru-baru ini, kebanyakan makanan akan disediakan di dalam claypot bagi mengekalkan kesedapan makanan dan memberi kita pengalaman berbuka puasa yang ada style.

Pilihan makan berdaging yang ada di sini Ayam Panggang Berempah, Daging Masak Hitam dan Daging Salai Masak Cili Api. Untuk makanan laut, Sambal Udang Petai, Ikan Pari Bakar dengan Asam, Tenggiri Masak Asam Pedas dan sebagainya.

Antara pencuci mulut  dan pembuka selera yang akan dihidangkan nanti ialah mixed Salad & Kerabu Pucuk Paku (Malaysian salads), fresh rojak buah, Keropok,  Ikan Masin, Telur Masin, Jeruk Buah-Buahan, Kurma dan semestinya ulam-ulaman bersama sambal belacan dan air asam. Dan sudah pasti pilihan kek dan ais kacang wajib ada ketika di buffet Ramadhan ini nanti.

Tempahan dan Lokasi berbuka puasa di GT Tower

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut mengenai pakej buffet Ramadhan 2015 di GT Tower, sila berhubung:

buffet ramadhan 2015 di gt tower hotel

Alamat Hotel :  GTower Hotel, 199 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

>>KLIK untuk Senarai Penuh Tempat & PROMOSI terkini BUFFET RAMADHAN 2015<<

Lokasi dan koordinat Berbuka Puasa Buffet 2015 di GT Tower lat/lng: 3.158953,101.719762. Buffet Ramadhan 2015 ini akan berada di Mezzanine Floor, GTower Hotel Kuala Lumpur. Selamat berpuasa dan mencuba. 

Rate this post
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Baca Lagi

  • 12 May, 2015
1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015 (mengikut kalendar) akan bermulalah penjelajahan warga Shah Alam di restoran-restoran dan hotel-hotel sekitar...
  • 14 May, 2015
Bagi yang berada di Cherating atau Chukai, Kemaman, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa buffet di Easter Pavilion Boutique...
  • 14 May, 2015
Tema yang berbunyi Jom Balik Kampung ke Pullman Putrajaya Lakeside ! Tahun 2015 Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan pakej...
  • 14 May, 2015
Seperti setiap kali di bulan Ramadhan tahun sebelumnya, tahun 2015 juga tidak berbeza, Concorde Inn Hotel KLIA sentiasa menganjurkan...
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination