Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Homestay di Cyberjaya yang Menjadi Pilihan Pengunjung

Selamat datang ke Cyberjaya, tempat perkembangan teknologi dan keselesaan berpadu di Malaysia! Jika anda datang ke Cyberjaya atas urusan kerja mahupun bercuti, sudah semestinya anda akan mencari tempat penginapan yang selesa dan sesuai mengikut bajet, bukan? Jom, kita teroka 7 homestay di Cyberjaya yang sering menjadi pilihan pengunjung! 

Jika bukan atas urusan kerja, anda mungkin tertanya-tanya, mengapa ingin anda berkunjung ke Cyberjaya? Kerana di sinilah anda akan temui pelbagai homestay yang unik, lengkap dengan kemudahan terkini. Rangkaian homestay yang kita akan jelajah menawarkan pengalaman menginap yang berbeza-beza untuk pilihan anda.

Dari gaya kontemporari hingga tradisional, setiap homestay di Cyberjaya memiliki keunikan tersendiri. Mereka menawarkan lebih daripada sekadar tempat tidur, tetapi sebuah pengalaman yang akan anda kenang. Jom kita teroka lebih lanjut. Selamat membaca!

7 Homestay di Cyberjaya


1. Alfateh Homestay Cyberjaya, Vega Residensi

Alfateh Homestay Cyberjaya, Vega Residensi

Alfateh Homestay merupakan antara pilihan utama pengunjung yang ingin menginap di area Cyberjaya. Homestay ini menawarkan rumah studio yang mempunyai 1 bilik tidur dan 1 tandas. Ianya sesuai bagi anda yang bercuti secara solo atau berdua dengan pasangan mahupun rakan.

Lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar Cyberjaya dan Putrajaya turut memudahkan anda untuk bersiar dan bersantai jika berkelapangan. Malah, kedudukannya juga berhampiran dengan tempat makan yang menarik dan viral! Bolehlah anda mencipta kenangan dan ber-OOTD bersama yang tersayang sebagai kenangan.

Alamat: Vega Residensi, Persiaran Sepang, Taman Sains Selangor 2, 63000 Cyberjaya, Selangor

Lokasi | Blog | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Alfateh


2. The Comfyhauz @ Cyberjaya, Cyber Bistari

The Comfyhauz @ Cyberjaya, Cyber Bistari

Homestay ini merupakan rumah SOHO yang mempunyai reka bentuk dalaman yang cozy dan unik. Jika anda ingin merasai kelainan dan keunikan dalam percutian anda, bolehlah anda cuba menginap di homestay ini.

Homestay ini selesa dan sesuai bagi anda yang ingin menginap bersama keluarga dan anak-anak. Selain itu, homestay ini menyediakan kelengkapan lengkap seperti tv, sofa, peti ais dan sebagainya.

Lokasinya yang berhampiran dengan kedai makan juga boleh memudahkan anda untuk mencari makanan dan keperluan diri. Anda hanya boleh berjalan kaki sahaja untuk ke kedai yang berhampiran. Mudah dan menjimatkan masa, bukan?

Alamat: The Hyve Soho Suites Tower B, Cyber Bistari, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp The Comfyhauz


3. Centrus Soho Cyberjaya by IdealHub, Lingkaran Cyber Point Timur

Centrus Soho Cyberjaya by IdealHub, Lingkaran Cyber Point Timur

Centrus SOHO by IdealHub terletak berdekatan dengan pusat membeli belah Dpulze dan Malakat Mall. Jika anda menginap di sini, anda boleh meluangkan masa untuk pergi membeli belah dan cuci mata di mall-mall berdekatan ini.

Rumah SOHO ini mempunyai satu bilik dan satu bilik air. Ia juga dilengkapi dengan perabot seperti sofa, tv, meja makan, peti ais dan peralatan memasak, memberikan anda keselesaan jika menginap di sini. Rumah ini turut mempunyai banyak unit, jadi anda boleh membuat pilihan mengikut kemampuan dan kehendak anda.

Antara kemudahan lain yang ada di rumah ini adalah anda boleh menikmati dan menggunakan kolam renang, gym dan gelanggang tenis. Seronok kan? Waktu petang, bolehlah bawa kawan atau keluarga anda melakukan aktiviti menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Jadi, jom tempah penginapan anda di sini!

Alamat: Centrus SOHO, Lingkaran Cyber Point Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2789 9017


4. MyAIRA Homestay, Mutiara Ville Cyberjaya

MyAIRA Homestay, Mutiara Ville Cyberjaya

Homestay berbentuk kondominium ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang mana ia boleh menampung sehingga 10 orang tetamu dalam satu masa. Jika anda membawa tetamu, anda boleh mencuba untuk menginap di MyAIRA Homestay ini.

Sekiranya anda menginap di sini, anda akan berdekatan dengan kemudahan seperti tempat makan yang pelbagai, pusat pendidikan serta pejabat-pejabat kerajaan. Mudah dan menjimatkan masa, bukan?

Alamat: Mutiara Ville Condominium, Jalan Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp MyAIRA


5. Kanvas SOHO, Jalan Teknokrat 6

Kanvas SOHO, Jalan Teknokrat 6

Homestay ini turut menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menginap di Cyberjaya. Hal ini kerana homestay ini berkonsepkan hiasan moden dan simple, sesuai untuk anda yang minimalist.

Terdapat 12 jenis rumah SOHO yang anda boleh pilih mengikut kekosongan dan kesesuaian anda. Pengunjung yang pernah menginap di rumah mereka kebanyakannya berpuas hati dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan.

Pada waktu malam pula, anda boleh berjalan di Putrajaya menikmati suasana lampu di malam hari. Anda tidak perlu risau sekiranya tiada tempat untuk lepak dan berjalan kerana lokasi SOHO ini berdekatan dengan bandar Cyberjaya.

Kedudukannya dikelilingi oleh kedai makan, pusat membeli belah, taman dan tasik, memberikan kemudahan untuk anda berjalan dan menikmati panorama di waktu malam.

Alamat: Kanvas SOHO, Jalan Teknokrat 6, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan


6. Shaftsbury Cyberjaya by IdealHub, Jalan Impact

Shaftsbury Cyberjaya by IdealHub, Jalan Impact

Sekiranya anda datang ke Cyberjaya dan ingin menginap, Shaftsbury Residence ini juga boleh dijadikan pilihan yang terbaik untuk anda. Homestay ini menawarkan dua unit homestay dengan harga yang berpatutan untuk anda yang ingin menginap.

Dilengkapi oleh perabot seperti meja makan, peti ais, tv, dan sebagainya, ia mampu memberikan keselesaan dan seperti berada di rumah sendiri. Anda hanya perlu membawa baju sahaja untuk menginap di sini.

Selain itu, sekiranya anda tidak rajin untuk keluar mencari makanan, anda boleh membuat pilihan dan membuat pesanan melalui Grab sahaja! Terdapat pelbagai pilihan kedai yang berdekatan dengan residensi ini. Anda boleh makan malam sambil menikmati pemandangan luar dari balkoni rumah anda sahaja. Seronok kan?

Alamat: B5-18, Shaftsbury Residences, Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8408 1777


7. Mufasa Homestay @ Tamarind Suites, Cyber 10

Mufasa Homestay @ Tamarind Suites, Cyber 10

Jika anda datang ke Cyberjaya atas urusan kerja atau peribadi, anda boleh menginap di Mufasa Homestay ini. Ia menyediakan 1 bilik tidur sahaja untuk keselesaan anda yang inginkan privasi.

Homestay ini terletak berdekatan dengan Tamarind Square, di mana kawasan ini mempunyai pelbagai pilihan kedai makan yang viral dan kedai keperluan untuk kemudahan anda.

Anda juga boleh meluangkan masa menggunakan kemudahan yang terdapat di homestay ini seperti kolam renang, gym, dan gelanggang bola keranjang.

Alamat: F2-08-07, Tamarind Suites, Persiaran Multimedia, Cyber 10, 63000 Cyberjaya, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Mufasa


Berikut merupakan 7 senarai homestay di Cyberjaya yang boleh menjadi pilihan anda sekiranya datang ke sini. Setiap dari homestay ini mempunyai kelebihan dan menawarkan harga yang berbeza. Jadi, buatlah pilihan mengikut keselesaan dan kemampuan anda.

Kami harap maklumat yang telah kami kumpulkan ini dapat membantu anda dalam mencari penginapan yang sempurna. Jadi, jangan tunggu lagi? Pilih salah satu homestay ini mengikut bajet dan kemampuan anda supaya percutian anda lebih bermakna!

Selain itu, sukacita kami ingatkan anda untuk membuat perancangan yang baik dan lengkap sebelum anda menginap. Ia akan memberi kemudahan dan kesenangan kepada anda sekeluarga untuk akses ke tempat yang ingin dituju dan melancarkan perjalanan. Selamat bercuti dan semoga anda menikmati penginapan di homestay pilihan anda!

Jika anda ingin mengetahui tempat menarik di area Putrajaya untuk anda berjalan-jalan bersama yang tersayang ataupun rakan-rakan, anda boleh layari artikel kami, 23+ Tempat Menarik di Putrajaya Yang Popular Untuk Diterokai oleh Pelancong.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x