Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Homestay di Sungai Besar “ADD ON” Pemandangan Sawah Padi

Walaupun hanya merupakan sebuah bandar di dalam daerah Sabak Bernam di negeri Selangor, Sungai Besar masih berjaya menaikkan namanya sebagai sebuah tempat yang kerap dikunjungi oleh penduduk-penduduk dari negeri lain. Tidak kiralah untuk tujuan melanjutkan pelajaran ataupun untuk membeli tekstil yang berkualiti, Sungai Besar menawarkan pengalaman yang akan diingati oleh semua pengunjungnya. Sebab itulah, ramai juga yang mendirikan tempat penginapan di sekitar bandar ini. Tempat-tempat penginapan ini, yang kebanyakannya terdiri daripada homestay, menjadi tempat berehat sementara bagi mereka yang perlu melakukan urusan di Sungai Besar. Sebagai contoh, kenduri kahwin sanak-saudara ataupun tujuan kerja. Tambahan lagi, homestay di sini terletak di kawasan sawah padi yang sangat indah dan cantik.

Buat pembaca Cari Destinasi yang berasa ingin tahu bagaimana perasaan menginap di kawasan sawah padi atau berada dikeliling alam semula jadi, bolehlah membaca senarai homestay Sungai Besar yang kami telah sediakan. Tanpa membuat anda menunggu, marilah baca senarai 10 homestay di Sungai Besar yang menakjubkan.

10 Homestay Pemandangan Sawah di Sungai Besar


1. D’sawah Bendang Homestay

Untuk tetamu yang menempah dengan D’Sawah Bendang Homestay, anda akan mendapat dua pilihan rumah. Rumah besar mempunyai 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik mandi. Disebabkan keluasan rumah yang ini, 12 hingga 15 orang dapat dimuatkan dalam satu masa. Di rumah kecil pula, terdapat 2 buah bilik tidur dan 1 bilik mandi, di mana saiz rumah dapat memuatkan hanya 4 hingga 6 orang tetamu. Walaupun struktur rumah berunsurkan kayu, namun homestay ini masih mempunyai pendingin hawa untuk keselesaan tetamu. Buat keluarga yang perlu menghantar anak ke MRSM Sungai Besar atau Politeknik Sungai Lang, homestay ini sangat ideal untuk tujuan itu.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini termasuklah bermain layang-layang dan jamuan barbeku. ATV juga turut host sediakan sebagai aktiviti mencabar. Tempat makan yang boleh dijumpai dalam 1 minit ialah Burger Bair dan Mail Lambong Corner.

Alamat: Jalan Parit 6½ Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-5251 7879

Whatsapp D’sawah Bendang Homestay


2. MyDesaStay

MyDesaStay menawarkan tempat meletakkan kenderaan dan Wi-fi percuma buat semua tetamunya. Homestay ini mempunyai kedai kopi mereka sendiri, dinamakan ‘MyDesa Cafe’. Bukan itu sahaja, malah di sini terdapat juga perpustakaan persendirian yang boleh tetamu pergi untuk menambah ilmu pengetahuan. 4 jenis rumah disediakan untuk dipilih mengikut cita rasa tetamu. Di rumah kayu Studio dan rumah kayu Suite, terdapat 1 katil bertingkat, 1 katil bersaiz queen dan 1 bilik air. Di Tubestay pula, tetamu akan tidur di dalam penginapan berbentuk kapsul dengan 1 katil queen dan bilik air di luar. Untuk rumah kontena ekonomi, terdapat 1 katil bertingkat dan 1 bilik air.

Kurang 1.5 kilometer, tetamu boleh ke TF Mart untuk membeli barangan keperluan. Semua tetamu akan mendapat akses ke taman, surau dan juga untuk menggunakan ATV milik MyDesaStay.

Alamat: Lot 9467, Jalan Haji Karim, 45300 Sungai Besar, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-969 0772


3. Omah Liren Sungai Besar

Homestay ini dinamakan dengan bahasa Jawa yang mempunyai maksud “rumah rehat” dan dibina seawal tahun 1971. Selepas proses penambahbaikan, homestay Omah Liren kini menjadi sebuah banglo dengan 2 bilik tidur. Di dalam bilik tidur utama, terdapat katil bersaiz king, dan dalam bilik di tingkat atas pula, terdapat 1 katil bersaiz queen dan 2 katil bersaiz single. Satu katil single lebih diletakkan di anjung rumah juga di tingkat atas. Yang seronoknya di sini, kanak-kanak boleh bermandi-manda di dalam kolam renangnya. Jika anda mahu mengadakan majlis, host boleh menyediakan meja dan menu. Di sekitar Omah Liren, pemandangan yang hijau dan dipenuhi unsur semula jadi akan membuatkan tetamu berasa tenang.

Omah Liren mempunyai kafe mereka tersendiri iaitu Kafe Omah Madang. Namun, tetamu masih boleh ke restoran di luar, seperti kedai nasi beriani dan Aliff Restaurant yang jauhnya kurang 6 minit dari homestay.

Alamat: Omah Liren, Lot 5189, Jalan Tengah LPN Dua, Jalan Lembaga Padi Negara, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 012-206 4505

Whatsapp Omah Liren Sungai Besar


4. Padi Hijau Homestay

Padi Hijau Homestay yang seringkali menjadi pilihan pengantin baru untuk mengadakan sesi fotografi sememangnya mempunyai pemandangan yang indah. Sebagai contoh, unit-unit rumah mempunyai pokok-pokok bunga berwarna kuning yang menjalar. Tetamu boleh memilih sama ada mahu menginap di unit rumah ataupun di unit kon. Terdapat 2 unit rumah di homestay yang memuatkan 2 hingga 5 orang, yang setiap unitnya dilengkapi 1 katil queen, 1 bilik air dan dapur. Unit kon adalah sedikit besar dan mempunyai 3 kon untuk dipilih, setiapnya mempunyai 2 katil queen, dapur dan 1 bilik air. Tempat bergambar untuk tetamu ialah buaian yang tergantung cantik di hadapan homestay.

Basikal dan layang-layang boleh digunakan secara percuma oleh semua tetamu. Dengan hanya 3 minit perjalanan, tetamu boleh menemui STOP Western & Grill dan 5 minit pula ke Warung Mertabak Kulaan. Sekitar Padi Hijau Homestay terdapat banyak surau untuk mereka yang lebih selesa bersembahyang di sana.

Alamat: Unnamed Road, Parit 7 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-5380 0180

Whatsapp Padi Hijau Homestay


5. Homestay Kayu Anis Raudhah

Aktiviti yang sangat menyeronokkan di Homestay Kayu Anis Raudhah ialah menggagau ikan keli yang dicaj RM10 seorang. Walaupun berbayar, namun ianya berbaloi kerana ikan keli yang ditangkap dibenarkan untuk dimasak oleh tetamu. Anak-anak juga pasti akan gembira bermain di dalam lumpur dan mandi di dalam palong air sebagai pengalaman baru. Antara 5 buah pilihan rumah di homestay, rumah pertama dan kedua mempunyai 1 katil queen. Di rumah ketiga, terdapat 2 katil queen, dan rumah keempat mempunyai 2 katil queen beserta 1 katil single. Dalam rumah kelima yang besar, terdapat 4 katil single dan 1 katil queen. Homestay ini bersifat terbuka, setiap unit tertutup tidak mempunyai bilik asing.

Untuk menikmati hidangan lazat, anda boleh ke D’Station Panganan untuk makan Nasi Ayam atau ke Restoran Abah Ikan Bakar yang luas dalamnya. 4 minit perjalanan dari homestay, terdapat juga kedai menjual kerepek.

Alamat: Pt 5721, Jln Besar, Kampung, Simpang Lima, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-587 6604

Whatsapp Homestay Kayu Anis Raudhah


6. Warna Warni Homestay

Di Warna Warni Homestay, 5 unit rumah dibina dan setiapnya dilengkapi 1 biji katil queen dan 1 bilik air. Pengalaman untuk tetamu homestay ini akan menjadi bermakna kerana anda boleh menyaksikan fenomena matahari terbit yang jelas. Tempat penginapan yang dikelilingi sawah padi ini menyediakan sarapan pagi khas buat tetamunya. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari homestay akan membawa anda ke tempat-tempat menarik seperti Taman Bunga Matahari dan Galeri Padi. Host menggalakkan tetamu untuk singgah ke Laman Tebu Aidil untuk menikmati air tebu segar dan juga jagung bakar, selain mengambil gambar kenangan di antara tanaman tebu yang terletak elok.

Di sini, tetamu boleh bermandi-manda di dalam parit yang selamat dan juga berbasikal keliling sawah padi. Sebelum pulang, tetamu dibenarkan mengambil sedikit pisang milik host ataupun pucuk ubinya.

Alamat: Parit 7 Timur, 45400 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 014-400 3510

Whatsapp Warna Warni Homestay


7. Asean Homestay Selangor

Asean Homestay menyediakan 4 buah unit rumah yang terletak di atas air yang membasahi sawah padi. Di sinilah tetamu akan dapat merasai suasana kampung apabila buka sahaja pintu dan tingkap, hanya sawah padi yang luas akan kelihatan. Setiap unit rumah mempunyai 2 buah bilik tidur yang berpendingin hawa dan 1 bilik air. Anda pasti akan rasa selesa ketika hari panas di sini. Homestay ini menawarkan servis di mana tetamu boleh menempah makanan jawa seperti Nasi Ambeng ataupun mengadakan barbeku sendiri. Selain servis itu, host turut menerima permintaan tetamu yang mahu mengadakan kenduri atau majlis lain.

Di sini juga, tetamu boleh menggunakan basikal dan layang-layang yang disediakan untuk mengisi masa lapang. Tetamu juga boleh bermain di dalam lumpur atau berjalan di antara sawah padi. Kedai makan yang boleh dijumpai dalam masa 2 minit ialah Warung Pak Ahim dan Mail Lambong Corner.

Alamat: Jalan, Parit 6 Barat, Kampung Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-1540 8896

Whatsapp Asean Homestay Selangor


8. D’PadiView Inn Roomstay

Sesuai dengan namanya, D’PadiView Inn Roomstay terletak di hadapan sawah padi yang cantik menghijau. Palong yang berada di sekitar sawah padi bolehlah digunakan sebagai ‘kolam’ bermandi-mandi jenis tradisional oleh tetamu. Walaupun tempat penginapan ini jenisnya ‘roomstay’ dan hanya mempunyai 1 bilik, namun saiznya agak besar, sama sahaja seperti homestay. Ruang memasak di dalam boleh dikatakan luas dan boleh digunakan lebih dari 1 orang dalam 1 masa. Terdapat juga meja buat mereka yang membawa tugasan bersama untuk disiapkan. Roomstay yang serba lengkap ini mempunyai kelengkapan menggosok pakaian dan juga TV skrin rata serta katil sofa. Lebih 10 buah restoran berada sekitar rumah, contohnya Gerai Sangkut EC dan Restoran S Solinada.

Di luar premis, terdapat meja dan kerusi disediakan, maka tetamu boleh duduk dan bersosial bersama keluarga atau kenalan. Untuk menginap di sini, jumlah maksimum bilik yang boleh ditempah ialah dua.

Alamat: Jalan Parit 1 Sungai Panjang, Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 011-1983 1315

Whatsapp D’PadiView Inn Roomstay


9. D’Dorani Homestay

D’Dorani Homestay memberikan tetamunya 3 buah pakej rumah yang boleh ditempah. Untuk rumah pertama, 3 buah bilik tidur disediakan dengan 2 buah bilik air peribadi. Rumah yang kedua mempunyai 1 katil queen, 1 katil single dan juga 1 bilik air. Untuk rumah yang ketiga pula, terdapat 1 katil queen dan 1 tilam bersaiz single, manakala bilik airnya diasingkan di tingkat bawah. Di homestay ini, tetamu boleh mengadakan sesi karaoke ataupun pergi merasi pengalaman menggagau ikan dan berbabeku. Untuk mereka yang membawa kanak-kanak untuk hari keluarga, kawasan sekitar homestay luas untuk mengadakan sukaneka sendiri. Seluruh rumah untuk setiap pakej mempunyai pendingin hawa supaya tetamu berasa nyaman. Disebabkan lokasinya berada berdekatan perkampungan nelayan, tetamu boleh pergi membeli makanan laut segar tidak jauh dari homestay.

Masa diambil untuk ke pekan Sungai Besar dari D’Dorani Homestay hanyalah 10 minit. Perjalanan 15 minit pula akan membawa anda ke Sekin Wonderland untuk menikmati taman tema air.

Alamat: Kampung Parit 2, Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi |Facebook | Ulasan Pelanggan | Phone: 013-3488298

Whatsapp D’Dorani Homestay


10. Ina D’Bendang Homestay

Satu lagi homestay dengan pemandangan sawah yang menakjubkan ialah Ina D’Bendang Homestay. Homestay ini sesuai ditempah oleh mereka yang bercadang menghantar anak ke MRSM Sungai Besar kerana jauhnya dari tempat penginapan ialah 15 kilometer. 2 bilik tidur dengan 1 katil bersaiz queen dan 1 katil single keseluruhannya, serta 2 bilik air disediakan di homestay ini. Dalam 5 minit, tetamu boleh ke restoran dengan hidangan lazat seperti Warung Kawah Tuli dan Kedai Makan Sidang Fuad. Dengan lokasi yang strategik, tetamu boleh sampai ke Pekan Sungai Besar dengan perjalanan 2 kilometer sahaja. Ina D’Bendang Homestay dilengkapi kelengkapan memasak yang lengkap, seperti periuk nasi, peti ais dan cerek air.

Ruang meletakkan kenderaan di homestay ini sememangnya luas untuk kereta yang banyak. Tetamu dialu-alukan untuk memancing ikan dan berbasikal di tepi bendang.

Alamat: Lot 17016, Jalan Parit 3 Sungai B1/2 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

Lokasi | Facebook | Phone: 013-424 2412

Whatsapp Ina D’Bendang Homestay


Tidak dinafikan lagi menginap di Sungai Besar di homestay-homestay yang menarik akan membuatkan anda tidak menyesal menempah. Sawah padi yang terbentang luas akan menjadikan anda lebih menyukai suasana kampung. Maka, wajarlah untuk ada memilih tempat penginapan di Sungai Besar yang dijamin berbaloi.

4/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x