Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

9 Pilihan Homestay di Gombak untuk Rujukan Anda!

Bila datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja atau bercuti mesti pening kan nak cari penginapan yang terbaik kerana terdapat banyak pilihan yang ada di Kuala Lumpur ini. Maklumlah, di sini banyak pilihan dan pelbagai kemudahan yang kita boleh pilih memandangkan ianya merupakan ibu negara Malaysia.

Jika anda datang ke Kuala Lumpur dan masih mencari penginapan yang terbaik sepanjang anda berada di sini, jom kita baca artikel 9 pilihan homestay di Gombak untuk rujukan anda.

9 Homestay di Gombak


1. Tatami Homestay, Batu 8

Tatami Homestay, Batu 8 1/2

Antara homestay yang sering menjadi tumpuan sekiranya pengunjung datang ke KL ialah Tatami homestay. Homestay setingkat ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur penghawa dingin memberi keselesaan kepada pengunjung yang menginap. Rumah ini berdekatan dengan UIA Gombak. 

Selalunya rumah ini akan menjadi rebutan pada musim konvokesyen kerana ada keluarga pelajar dari jauh yang akan datang menginap di kawasan ini. Harganya juga murah dan berbaloi. Anda boleh berjalan-jalan di area KL kerana lokasi rumah ini juga berhampiran dengan pusat bandaraya. 

Alamat: 25R, Batu 8 1/2, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Semak Harga | Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Tatami 


2. Homestay Pinggiran Batu Caves, Taman Pinggiran

Homestay Pinggiran Batu Caves, Taman Pinggiran

Homestay ini terletak di Batu Caves. Homestay ini juga menjadi pilihan pengunjung yang datang untuk menginap di sini. Homestay ini sangat cantic dan selesa untuk penginapan anda. Susun atur perabot yang kemas dan minimalis memberikan suasana yang tenang untuk mereka yang menginap di sini. 

Selain itu, homestay berpagar ini membolehkan anda meletakkan kenderaan anda di dalam kawasan berpagar dan selamat untuk seisi keluarga. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan ibu kota KL memudahkan anda untuk ke destinasi yang ingin dilawati. Cepat tempah penginapan anda sebelum terlambat. 

Alamat: 8, Jalan Pinggiran 3/5, Taman Pinggiran, 68100 Batu Caves, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Homestay Pinggiran


3. Ayuman Suites, Taman Bukit Lela

Ayuman Suites, Taman Bukit Lela

Jika ingin merasa menginap di suasana rumah kondo anda boleh cuba menginap di Ayuman Suites ini. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap damn boleh memuatkan sehingga 4 orang pengunjung dalam satu masa. Sesuai untuk anda yang datang dalam bilangan yang kecil. 

Harga homestay di Gombak ini memang mampu milik untuk penginapan satu malam. Menariknya rumah ini mempunyai balkoni yang mana anda boleh menikmati pemandangan di kawasan KL pada waktu malam. Seronok kan? Bolehlah cuba menginap di homestay ini dan mengalami sendiri pengalaman menginap di sini. 

Alamat: Jalan Sentosa 2, Taman Bukit Lela, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Ayuman Suite


4. Sam’s Place Homestay@Gombak, Batu 7

Sam's Place Homestay@Gombak, Batu 7

Homestay ini merupakan 3 apartment yang mempunyai 13 bilik yang pelbagai jenis untuk pilihan dan mengikut bajet anda. Jika anda ingin menginap dalam kumpulan homestay ini sesuai untuk anda kerana ia boleh muat sehingga 50 orang tetamu dalam satu masa. 

Seterusnya, kawasan tempat letak kereta yang lapang memudahkan anda untuk meletakkan kenderaan anda di hadapan homestay ini. Rata-rata pengunjung yang pernah menginap di sini memberi respon yang baik terhadap servis dan layanan yang diberikan. Pendek kata, memang berbaloi untuk anda menginap di sini. 

Alamat: Lot 3856, 1, Batu 7 Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sam’s Place


5. Homestay Teratak Iza Gombak, Batu 6

Homestay Teratak Iza Gombak, Batu 6

Terletak di Jalan Gombak Batu 6, homestay ini berkonsepkan hiasan mewah memberi aura yang kelainan kepada pengunjung yang datang menginap di sini. Homestay ini sangat besar dan luas. Mempunyai beberapa unit jadi anda boleh menginap di unit yang sesuai dengan pilihan dan bajet anda. 

Sesuai untuk anda melakukan aktiviti seperti berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan di homestay ini. Lokasinya juga agak strategik kerana berdekatan dengan KLCC, KL Tower, pusat membeli belah dan kedai makan. Apa lagi, jangan tunggu lama-lama untuk tempah penginapan anda di homestay ini.

Alamat: Jalan Kerdas 4, Off, Jalan Gombak, Batu 6, 53100 Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Teratak Iza


6. IIUM Homestay, Batu 11

IIUM Homestay

Bagi anda yang belum mengetahui tentang kewujudan homestay ini, anda boleh menginap juga di IIUM homestay ini tau. Homestay ini berada di dalam kawasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mana ia merupakan servis apartment yang dilengkapi oleh perabot asas untuk memberi keselesaan dan kemudahana. 

Biasanya homestay ini didiami oleh mereka yang datang ke sini bagi meraikan majlis konvokesyen. Namun begitu, anda sebagai orang luar juga boleh menginap di sini. Menarik kan? Kawasan yang tenang kerana terletak di kawasan menghijau memberi ketenangan untuk anda berehat di homestay ini. 

Alamat: Unit B3-6, University Apartment, Batu 11, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-642 1541


7. Homestay Gombak Ria Damai, Taman Gombak Ria

Homestay Gombak Ria Damai, Taman Gombak Ria

Antara yang menjadi pilihan juga bagi pengunjung apabila datang ke KL ialah pengunjung akan memilih homestay ini untuk menginap. Rumah 2 tingkat ini sangat besar dan selesa untuk didiami. Susunan atur perabot yang lengkap membuatkan kita seperti berada di rumah sendiri. Seronok kan? 

Rumah mewah ini mempunyai 3 tingkat tau. Sesuai untuk anda yang membawa keluarga yang besar dan rakan-rakan yang ramai. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan kedai-kedai dan bandar utama memudahkan perjalanan anda untuk ke destinasi yang ingin dituju. 

Alamat: 12, Jalan Gombak Ria 5, Taman Gombak Ria, 68100 Batu Caves, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Gombak Ria


8. Homestay Adam Gombak & Selayang, Taman Samudra

Homestay Adam Gombak & Selayang, Taman Samudra

Homestay Adam ini merupakan rumah apartment yang mempunyai 3 bilik tidur dan perabot yang lengkap. Menariknya homestay ini mempunyai kolam renang. Jika anda bawa keluarga dan anak-anak sudah pasti anak-anak anda menyukainya. Bolehlah luangkan masa bermandi manda bersama anak-anak di kolam renang. 

Bila dah penat bermain air anda boleh keluar mencari makanan yang berhampiran dengan homestay ini sambil bersiar-siar menikmati pemandangan di kawasan KL. Seronok kan? Ramai pengunjung berpuas hati dan gembira dengan layanan dan servis yang ada di homestay ini. 

Alamat: Banjaria Court Jalan Samudera Selatan, Taman Samudra, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Homestay Adam


9. Noah’s Homestay, Amara Boulevard

Noah's Homestay, Amara Boulevard

Noah homestay ini terletak di Amara Residensi, Batu Caves. Homestay cantik ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang cantik. Hiasan dalaman rumah ini juga kemas dan moden memberi keselesaan kepada anda yang menginap di sini. 

Bukan itu sahaja, homestay ini mempunyai kolam renang tau. Haa, bolehlah anda dan tersayang meluangkan masa berkualiti bersama dengan bermandi-manda di kolam renang yang disediakan. 

Alamat: Amara Boulevard and Services Residences, Jalan Raintree Utama, Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor

Semak Harga | Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Noah Homestay


Kami sudah senaraikan 9 pilihan homestay di Gombak untuk rujukan anda sekiranya ingin datang ke Kuala Lumpur. Pastikan penginapan anda selesa dan berbaloi untuk didiami supaya anda selesa dan dapat rehat dengan secukupnya. 

Jika anda ingin mencari tempat makan yang sedap dan menarik di Kuala Lumpur, anda boleh layari artikel 10 Tempat Popular Pilihan Pencinta Street Food Di Kuala Lumpur.

4.5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

Tempat Menarik di Gombak, Selangor

Bagi mereka dari Kuala Lumpur atau Selangor yang inginkan percutian hujung minggu di kawasan alam semulajadi dan aktiviti outdoor yang mencabar, apa kata melihat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x