Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Aksesori Kereta Yang Menarik Di Shopee

Menambah aksesori didalam kereta boleh membuatkan kereta anda menjadi lebih cantik dan menarik. Justeru itu, dengan menggunakan aplikasi Shopee akan dapat membantu anda mencari kedai aksesori yang menjual pelbagai barangan dengan model reka bentuk yang terkini. Bukan sahaja dapat melihat aksesori daripada pelbagai kedai, anda juga dapat melakukan perbandingan harga mengikut kesesuaian bajet yang telah ditetapkan.

Disini juga anda boleh add to chart barangan aksesori pilihan anda jika anda tidak mahu membelinya. Aksesori-aksesori seperti USB pengecas didalam kenderaan, dash cam, rotatable phone holder, Sunscreen Car Window Curtain dan banyak lagi juga boleh dibeli disini. Berikut kami ada menyenaraikan 10 kedai aksesori kereta yang menarik di Shopee.


10 Kedai Aksesori Kereta Terbaik Di Shopee Wajib Cuba. 

1. Kedai Aksesori Kereta Rosekey Shopee

Kedai Aksesori Kereta Rosekey Shopee

Antara kedai aksesori kereta di Shopee yang wajib anda kunjungi ialah Rosekey. Disini ada menjual steering wheels covers, camcorders, carpets, cover seat, automobile spare part dan banyak lagi. Disini juga ada menjual air freshener berbentuk little tree yang sangat cantik dengan aroma seperti apel hijau, vanilla, strawberry dan cotton candy. Iannya dapat dibeli dengan harga serendah RM 4. Selain itu, barangan aksesori di sini juga dijual dengan harga mampu milik dan semestinya yang berkualiti.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang produk mereka, anda boleh berhubung dengan mereka di ruangan chat. Perkhidmatan pelanggan mereka akan menjawab segala persoalan anda dengan baik. Mereka juga telah mempunyai lebih seribu pengikut dan mendapat penilaian lebih 4.7/5 bintang. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk mengunjungi kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


2. Kedai Aksesori Kereta Carhomeshop Shopee

Kedai Aksesori Kereta Carhomeshop Shopee

Carhomeshop merupakan antara salah satu kedai aksesori kereta yang terbaik dan menjual barangan mereka dengan harga yang murah. Mereka juga mempunyai pengikut melebihi seribu orang dan mendapat rating hampir lima bintang. Antara yang menarik tentang kedai ini ialah ada menyediakan baucar untuk pelanggan di halaman utama Shopee mereka dan sering membuat super deals.

Selain menjual aksesori kereta, disini juga ada menjual body car scratch remover yang boleh menghilangkan kesan calar yang ada pada kereta anda agar kelihatan seperti baharu. Ianya boleh dibeli dengan harga serendah RM 5. Antara barangan popular mereka yang mencatat jualan melebihi seribu ialah motorcycle rain coat yang boleh dibeli dengan harga RM 23. Oleh itu, jangan terlambat untuk mendapatkan barangan terbaik di kedai ini untuk mencantikkan lagi kereta anda.

Shopee | Ulasan Bisnes


3. Kedai Aksesori Kereta Sky599 Shopee

Kedai Aksesori Kereta Sky599 Shopee

Sky599 menawarkan pelbagai aksesori kereta dengan kualiti yang tinggi dan mengikuti gaya model reka bentuk yang terkini. Semestinya dengan tawaran harga yang menarik. Segala aksesori yang dijual di sini sesuai digunakan bagi semua jenama kereta. Selain daripada menjual alatan aksesori kereta, di sini juga ada menjual alatan menarik yang lain seperti Standing hair dryer yang boleh digunakan untuk mengeringkan rambut sambil bersantai, wireless vacuum bagi memudahkan membersih kereta anda dan disinfectant gun.

Kedai ini mempunyai seramai lebih 16 ribu pengikut dan Jika anda mempunyai sebarang persoalan anda boleh sahaja bertanya di ruangan chat mereka. Dengan mempunyai rating hampir lima bintang dapat membuktikan barangan aksesori di kedai mereka memang sangat bagus dan berkualiti. Oleh itu, jangan lupa untuk mengunjungi kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


4. Kedai Aksesori Kereta Zoom car aksesori Shopee

Kedai Aksesori Kereta Zoom car aksesori Shopee

Zoom car aksesori menawarkan banyak aksesori kereta yang cantik dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Di sini juga anda boleh membeli alatan aksesori kereta seperti rotating vehicle fans, transparent cover for RoadTax, car soft wiper, Rubberised Spray Paint dan banyak lagi. Selain itu, electric drill dust pon ada dijual.

Walaupun mempunyai pengikut lebih 700 tidak seperti kedai aksesori lain tetapi kedai ini mempunyai rating hampir lima bintang dan segala aksesori di sini juga dijual dengan harga yang berpatutan. Barang pembelian anda akan di periksa dengan teliti sebelum dihantar kepada anda dan sekirannya terdapat apa-apa kerosakan pada barang tersebut, anda boleh klik di “Permintaan Pengembalian / Pengembalian” pada halaman perincian pesanan.

Shopee | Ulasan Bisnes


5. Kedai Aksesori Kereta Express Acessories Shopee

Kedai Aksesori Kereta Express excessories Shopee

Express Acessories merupakan salah satu kedai aksesori kereta di Shopee yang patut anda kunjungi jika anda sedang mencari aksesori untuk kereta. Mereka telah mempunyai pengikut seramai lebih 16 ribu dan mendapat rating lebih 4.8/5 bintang. Iannya dapat menunjukkan kedai ini memang kedai aksesori yang menarik. Di sini juga ada menjual pelbagai aksesori kereta bagi kereta Perodua, Proton, Honda, Toyota, Mazda dan Nissan.

Jika barangan yang dibeli anda ready stock, ia akan dikirim dalam masa 1 atau 2 hari bekerja dan jika barangan anda ialah pre-order iannya akan dikirim dalam masa 7 hari bekerja. Semestinya barangan anda akan dihantar dengan selamat oleh Pos laju. Oleh itu, jangan ragu-ragu lagi untuk membeli aksesori kereta anda di kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


6. Kedai Aksesori Kereta Muafakatsb Shopee

Kedai Aksesori Kereta Muafakatsb Shopee

Mengunjungi kedai aksesori kereta Muafakatsb dapat membuatkan anda menjadi lebih rambang mata kerana disini mempunyai pelbagai pilihan aksesori kereta yang berkualiti dan segala aksesori di sini juga dijual dengan harga yang murah-murah belaka. Walaupun baru mengunakan aplikasi Shopee selama lebih 22 bulan tetapi mereka telah berjaya mempunyai pengikut seramai lebih 17 ribu. Antara barangan yang paling digemari ramai di kedai ini adalah road tax holder. Ianya telah berjaya dijual sebanyak lebih 4 ribu dan dapat dibeli dengan harga serendah RM 8.

Antara aksesori yang boleh didapati disini adalah magnet car sunset, microfiber towel, door rubber protector dan banyak lagi. Oleh itu, kepada anda yang ingin mencantikkan lagi kereta kesayangan anda dengan aksesori-aksesori yang menarik, anda boleh mencari di kedai ini.

Shopee | Ulasan Bisnes


7. Kedai Aksesori Kereta Sdream Auto Car Shopee

Kedai Aksesori Kereta sdream auto car Shopee

Dengan niat untuk menghias kereta, anda boleh mengunjungi Kedai Aksesori Kereta Sdream Auto Car. Disini ada menjual aksesori kereta seperti door visor yang sesuai untuk pelbagai jenis pintu kereta, door seal car, carpet floor yang mudah dicuci dan macam-macam lagi yang akan dapat membantu menghias kereta kesayangan anda. Antara barangan aksesori yang menarik disini ialah front bumper yang mempunyai style seperti circle, sharp dan double layer. Mereka juga mempunyai pengikut melebih 27 ribu dan mencapai rating 4.8/5 bintang.

Selain itu, jika anda masih mencari kedai aksesori yang boleh membuatkan kereta anda menjadi lebih elegen dan lawa di sinilah tempatnya. Kawan-kawan anda yang melihat kereta anda setelah dihias pasti akan berasa cemburu. Jadi, tunggu apa lagi?

Shopee | Ulasan Bisnes


8. Carbest.Auto Shopee

Kedai Aksesori Kereta Carbest.auto Shopee

Carbest.Auto merupakan salah satu kedai aksesori kereta didalam talian yang terbaik. Sering menawarkan potongan harga yang menarik bagi barangan mereka. Anda juga boleh menebus baucer yang boleh didapati di halaman utama Shopee mereka. Disini anda boleh membeli aksesori kereta seperti cover case untuk kunci kereta, steering wheel cover, door lock cover, neck rest pillow, carbon door sticker dan macam-macam lagi.

Antara barangan terlaris dijual disini ialah reflective tape car door sticker yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kereta. Ianya boleh dibeli dengan harga serendah RM 1.90. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kedai ini boleh berhubung dengan mereka di ruangan chat. Segala persoalan anda akan dijawab dengan sebaik mungkin ini terbukti kerana mereka mempunyai chat performance melebihi 98%.

Shopee | Ulasan Bisnes


9. Car Mall Online Shop Shopee

Kedai Aksesori Kereta Car Mall Online Shop Shopee

Bagi anda yang sukakan pilihan yang banyak, boleh mengunjungi Car Mall Online Shop. Antara barangan aksesori kereta yang dijual di kedai ini adalah seperti door visor mugen style, 5D carbon fiber vinyl, car wheel cover tyre, silicone wiper dan banyak lagi . Disini juga bukan sahaja menjual pelbagai aksesori kereta tetapi disini juga ada menjual alat ganti untuk kereta. Selain itu, precut car carpet merupakan antara barang popular mereka. Ianya mempunyai 3 warna seperti hitam, merah dan kelabu.

Segala barang pembelian anda akan dibungkus dengan kemas dan dihantar dengan selamat. Segala pertanyaan anda juga akan dijawab dalam masa 24 jam. Tidak hairan lagi, bagaimana mereka boleh mendapatkan lebih 98% pada chat prestasi dan mempunyai pengikut melebihi 3 ribu.

Shopee | Ulasan Bisnes


10. Fully88 Online Shopee

Kedai Aksesori Kereta Fully88 Online Shopee

Fully88 Online juga merupakan antara kedai aksesori kereta atas talian yang menjual banyak aksesori kereta yang menarik. Contoh aksesori kereta yang ada dijual disini ialah sticker bercorak monster untuk bumper, DIY sticker untuk side mirror, bumper lip, roadtax holder, leather steering wheel cover dan banyak lagi. Antara aksesori yang menjadi kegemaran ramai disini ialah car air conditioner outlet decorative yang boleh menghias ruangan aircond anda menjadi lebih menarik. Menjadi jualan terlaris di kedai ini yang berjaya mencatat lebih seribu jualan dan dijual dengan harga serendah RM 2.50.

Mereka mempunyai pengikut lebih 19 ribu dan mendapat rating hampir lima bintang walaupun baru menggunakan Shopee lebih 11 bulan. Oleh itu, pastikan anda tidak terlepas untuk membeli aksesori kereta anda, sebelum iannya kehabisan stok.

Shopee | Ulasan Bisnes


Kesimpunlannya, kereta yang cantik dan menarik sentiasa menjadi idaman ramai. Justru itu, untuk merialisasikan impian anda, disini ada jawapannya. Anda juga boleh membuat tinjauan di banyak kedai sebelum membuat pembelian. Jadi marilah mendapatkan aksesori kereta terbaik untuk menghias kereta kesayangan anda.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x