Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran sesebuah kereta, malah ianya memiliki fungsi yang tersendiri. Jadi, kami senaraikan 7 kedai aksesori kereta yang menjadi pilihan pelanggan di sekitar Shah Alam untuk anda.

7 Kedai Aksesori Kereta di Shah Alam


1. SR Auto Spa and Car Accessories, Eco Ardence

SR Auto Spa and Car Accessories, Eco Ardence

SR Auto Spa and Car Accessories merupakan kedai aksesori kenderaan yang terletak di kawasan Eco Ardence. Kedai ini dikatakan menjual pelbagai aksesori kereta. Antaranya adalah seat cover, car phone holder, audio kereta, wiring, karpet dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, kedai ini juga terdapat perkhidmatan seperti car wash, vacuum, polish kereta. Ramai pelanggan mengesyorkan kedai ini kerana harga perkhidmatan yang murah. 

Pemilik dan staf juga dikatakan sangat mesra pelanggan dan membantu dalam menghasilkan kerja dengan baik dan teliti. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis di kedai ini.

Kedai ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Menariknya kedai ini, anda boleh membeli aksesori kereta di laman e-dagang Shopee. Mudah kan? Jadi, anda tidak perlu risau lagi sekiranya tidak kelapangan untuk singgah ke kedai.

Alamat: No 63-G, Jalan Eco Ardence C U12/36C, Eco Ardence, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 pagi – 10.00 malam)

Lokasi | Shopee | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp SR Auto


2. Beng Ho Car Accessories & Audio, Seksyen 7

Beng Ho Car Accessories & Audio, Seksyen 7

Kedai aksesori seterusnya yang menjadi pilihan pelanggan di Shah Alam adalah Beng Ho Car Accessories & Audio yang terletak di Seksyen 7. Kedai ini terkenal dengan pemasangan aksesori seperti Android Player audio kereta dan juga dashcam.

Rata-rata pelanggan memilih kedai ini kerana harga yang murah. Ramai pelanggan memilih kedai ini kerana mereka mempunyai pekerja yang mahir dan pantas dalam melakukan kerja pemasangan aksesori ini.

Di sini juga menerima tempahan membuat tinted pada cermin kereta. Malah, barangan yang digunakan dikatakan bermutu tinggi dan berkualiti. Sekiranya anda berada di kawasan Seksyen 7, jangan lupa untuk kunjungi ke kedai ini.

Alamat: 13, Jalan Keluli Am7/Am, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 7.00 petang) & Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Beng Ho Car


3. Sky Zone Car Audio Accessories Sdn Bhd, Seksyen 23

Kedai aksesori kereta Sky Zone yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam ini dikenali ramai kerana banyak barangan aksesori yang terdapat di sini. Mereka menjual pelbagai jenis dash cam, Android player, seat cover, karpet kereta dan juga tinted cermin.

Hampir semua pelanggan memilih kedai ini untuk dikunjungi kerana hasil kerja yang mereka lakukan teliti, kemas dan juga pantas. Semua barangan mereka juga berkualiti tinggi. Mereka juga aktif di laman sosial Facebook, anda boleh melayari laman sosial kedai mereka dan melihat barangan aksesori yang baru.

Mereka juga mendapat ulasan yang positif dari pelanggan oleh kerana mereka sangat membantu dan peramah. Jadi, jika anda ingin menambahkan aksesori pada kereta anda, pilihlah kedai ini!

Alamat: 3-G, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor

 Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 pagi – 8.00 malam)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sky Zone


4. KLE Autoparts, Desa Alam

KLE Autoparts, Desa Alam

Kedai aksesori seterusnya pula bernama KLE Autoparts yang terletak di kawasan Desa Alam, Shah Alam. Menariknya kedai ini, ianya dibuka setiap hari 24 jam! Bolehlah kunjungi bila-bila masa sahaja, lagi-lagi jika anda tiada masa pada waktu bekerja.

Siapa sangka kedai yang kelihatan biasa-biasa saja ini sebenarnya agak eksklusif. Ini kerana menjual banyak barangan seperti spare parts, aksesori kereta dan banyak lagi. Di sini juga terdapat servis membaiki kereta, car painting, custom made car parts, bodykit, wrapping dan juga menservis kenderaan. 

Jika anda ingin claim insurans kemalangan, kedai ini menawarkan bodykit baru kepada anda. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke kedai lain, datang saja ke sini untuk membeli aksesori dan mendapat servis yang anda inginkan. 

Alamat: Seksyen U12, 19-1, Jalan Pegaga E U12/E, Desa Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (24 jam)

Lokasi | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp KLE Autoparts


5. Fancy Audio, Bukit Jelutong

Kedai Aksesori Kereta Fancy Audio, Bukit Jelutong, Shah Alam

Di kawasan Bukit Jelutong, Shah Alam pula terdapat sebuah kedai aksesori yang juga disyorkan oleh pelanggan. Kedai yang bernama Fancy Audio ini menjual banyak aksesori. Mereka pakar dalam pemasangan speaker dan pelbagai jenis speaker boleh didapati di kedai ini. 

Kedai ini mempunyai staf yang mahir dan peramah dengan pelanggan. Rata-rata pelanggan mengatakan harga yang ditawarkan juga berpatutan dan disyorkan kepada anda untuk datang ke sini.

Anda juga boleh dapatkan diskaun atau pakej-pakej yang menarik di laman sosial mereka. Jadi, jangan lupa layari laman sosial mereka di Facebook dan juga Instagram. Selalunya diskaun diberikan pada bulan-bulan tertentu dan juga pada musim perayaan. 

Jadi, tunggu apa lagi? Anda yang berminat untuk membuat pemasangan speaker dan Android player pada kenderaan anda, cepat-cepatlah datang!

Alamat: No 4, Jalan Pelapik A U8/A, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 8.00 malam) & Ahad (9.00 pagi – 5.00 petang)

Lokasi | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Fancy Audio


6. Gara.C Wrap, Seksyen 7

Gara.C Wrap, Seksyen 7

Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, terdapat sebuah kedai aksesori kereta bernama Gara.C Wrap yang menawarkan banyak perkhidmatan. Antaranya adalah perkhidmatan vehicle wrap, paint protection film, detailing dan coating. 

Ramai pelanggan telah membuat aksesori coating ini pada kereta mereka. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang dilakukan. Mereka memiliki tenaga kerja yang pakar dan mahir dalam melakukan pemasangan dengan baik. 

Sekiranya anda ingin melihat hasil-hasil yang mereka lakukan, anda boleh layari laman sosial Facebook mereka. Waktu operasi kedai ini bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam pada setiap hari Selasa hingga Ahad. Jadi, kepada anda yang berminat untuk cantikkan kereta anda, jom datang ke sini!

Alamat: 23, Jalan Plumbum Ac7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00 pagi – 7.00 malam) & Isnin (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-530 7181

WhatsApp Gara.C Wrap


7. Kedai Aksesori Kereta 1 Stop Shah Alam, Seksyen 7

Kedai Aksesori Kereta 1 Stop Shah Alam, Seksyen 7

Kedai aksesori kereta 1 Stop ini merupakan salah satu kedai juga yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Lokasi kedai aksesori kereta ini juga terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Kedai ini juga dikatakan pantas dalam menyiapkan kerja. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga berpatutan. Ramai pelanggan berpuas hati dan memberikan ulasan yang positif. Bukan hanya menjual aksesori kereta, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan servis kereta, servis aircond dan menukar alat-alat ganti pada kereta.

Pemilik kedai ini dan staf mereka dikatakan membantu dan peramah. Jadi, anda boleh datang ke kedai ini untuk dapatkan barangan aksesori yang dijual dan juga boleh menservis kereta. Mudah kan, 2 dalam 1!

Alamat: Pusat komersial, YG, 47, Jalan Plumbum Y7/Y, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (10.30 pagi – 7.30 malam) & Ahad (10.30 pagi – 6.00 petang)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp One Stop


Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam mencari kedai aksesori kereta di Shah Alam yang berdekatan dengan kawasan anda. Jangan lupa untuk membuat penilaian berdasarkan keperluan dan bajet anda untuk mendapatkan penjimatan yang optimum.

Sekiranya anda dapati kereta anda sudah lama tidak diservis dan inginkan kedai servis yang terbaik, jangan lupa untuk membaca artikel kami berkenaan 7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik! Moga manfaat dan diharapkan membantu.

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara...

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di...

Best Perkhidmatan Towing & Tow Truck di Sekitar Klang Valley

Apabila anda berada dalam situasi kecemasan di jalan raya, anda memerlukan perkhidmatan towing yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Jangan teragak-agak dengan Papa Callman,...

7 Kedai Tayar Terbaik di Bangi Anda Patut Cuba!

Keadaan tayar yang baik, berbunga tebal dan alignment yang seimbang amat penting. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik atau anda merasakan sesuatu tidak best semasa...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x