Isi Kandungan
Semua pemandu sudah pasti mempunyai impian untuk mencantikkan atau menambah baik aksesori kereta mereka. Dalam pada itu, pemandu atau pemilik kereta akan mencari aksesori dari kedai yang menjual barangan yang berkualiti dan menyediakan servis pemasangan yang terbaik. Enam senarai kedai aksesori kereta di sekitar Kuala Lumpur di bawah pasti akan menjadi pilihan terbaik anda.
6 Kedai Aksesori Kereta di Sekitar Kuala Lumpur
1. Trapo Bangsar Hub, Bangsar
Trapo Bangsar Hub yang terletak di Jalan Maarof ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Kedai aksesori kereta di Kuala Lumpur ini membolehkan anda untuk mengunjunginya pada hujung minggu atau hari cuti bekerja anda. Kedai ini menjual aksesori kereta seperti tikar kereta siap pasang, wiper, dash cam dan banyak lagi.
Menurut ulasan, pelanggan sangat berpuas hati dengan aksesori di kedai ini, lebih-lebih lagi tikar kereta. Hal ini kerana saiz tikar tersebut sesuai dengan permintaan dan cara pemasangan juga sangat kemas. Servis yang mereka berikan juga sangat mantap. Bagi anda yang ingin menukar tikar kereta, Trapo Bangsar Hub sedia memberikan perkhidmatan.
Alamat: 75, Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
2. Vecaro Setapak, Setapak Jaya
Lokasi Vecaro Setapak terletak di Jalan Seri Rejang 3, Setapak Jaya dan dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Kedai ini sangat terkenal dengan pemain Android kereta yang sangat berkualiti dan memuaskan hati ramai pelanggan.
Pelanggan yang membeli pemain Android di kedai ini sering memberikan maklum balas yang positif di atas banyak sebab. Antara adalah pemasangannya yang baik, pekerja yang berpengalaman dan servis yang mantap.Â
Tambahan pula, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Bagi anda yang ingin memasang pemain Android untuk mendengar lagu dan video semasa memandu, anda boleh mencari pemain Android di Vecaro Setapak.
Alamat: 27, Jalan Seri Rejang 3, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
3. AutoMagic Pro KL – Pakar Pemasangan Filem Penapis Haba Kenderaan, Pandan Perdana
AutoMagic Pro KL ini terletak di Jalan Perdana 6/6, Pandan Perdana dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Waktu operasi kedai ini adalah pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.Â
Kedai aksesori kereta ini sangat popular dengan menjual cermin gelap, atau lebih dikenali sebagai tinted. Kedai ini juga sering mendapat maklum balas positif tentang pemasangannya tinted kereta yang sangat kemas, murah dan berkualiti.Â
Bukan itu saja, menurut ulasan pelanggan, pekerja di AutoMagic Pro KL juga sangat berpengalaman dalam bidangnya dan selalu memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka.Â
Alamat: 1-G2, Jalan Perdana 6/6, Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.00 am – 7.00 pm), Jumaat (tutup)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
4. HK Auto Accessories, Taman Mestika
HK Auto Accessories yang terletak di Jalan Mawar 17, Taman Mestika ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Kedai aksesori kereta di Kuala Lumpur ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.Â
Kedai ini menjual banyak aksesori kereta seperti stereng kereta, pemain android, pelekat roadtax, dashcam, cermin sisi dan banyak lagi. Kedai aksesori kereta ini sesuai jika anda ingin mencantikkan kereta dengan aksesori tambahan.Â
Selain itu, kedai ini turut menjual aksesori baru dan terpakai. Layanan dari pekerja dan tuan kedai juga sering dipuji oleh pelanggan kerana sikap mereka yang mesra dan sangat sedia membantu. Harga yang ditawarkan untuk setiap aksesori juga sangat berpatutan.
Alamat: 58G, Jalan Mawar 17, Taman Mestika, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Facebook | Shopee | Ulasan Pelanggan
5. KL Auto, Jalan Dato Haji EusoffÂ
Kedai aksesori kereta di Kuala Lumpur seterusnya adalah KL Auto yang dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Kedai yang terletak di Jalan Dato Haji Eusoff ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.Â
KL Auto sangat terkenal dengan pemasangan sound-proofing and auto foam kereta. Ramai pelanggan yang mengunjungi kedai kereta tersebut amat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pekerja dan tuan kedai KL Auto.
Kedai ini juga sering memberi respon terhadap maklum balas pelanggan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan. Mereka juga sentiasa mendengar sebarang constructive criticism dan menambah baik kekurangan yang pelanggan mereka telah berkongsi.Â
Hal ini membuktikan bahawa kedai aksesori kereta ini sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka. Bagi anda yang ingin menikmati pengalaman berbeza ketika memandu, mari kunjungi KL Auto untuk memasang sound-proofing dari kedai ini.
Alamat: 66, Jalan Dato Haji Eusoff, Off, Jalan Ipoh, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
6. Sungai Wang Auto Accessories, Jalan Sultan Azlan Shah
Sungai Wang Auto Accessories terletak di Jalan Sultan Azlan Shah yang dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad. Kedai ini beroperasi agak awal, iaitu pada pukul 9 pagi hingga 6.30 petang.Â
Kedai di Kuala Lumpur ini menjual aksesori kereta seperti pemain kereta, pembesar suara, tinting film, dash cam, tikar kereta, soundproof, seat cover dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kedai ini juga menyediakan servis aircond kereta yang membuatkan kedai ini lebih dikenali oleh pelanggan.Â
Hal ini kerana Sungai Wang Auto Accessories mempunyai pekerja yang sangat berpengalaman dalam kerja servis aircond membuatkan pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Jika aircond kereta anda menghadapi masalah, segeralah ke Sungai Wang Auto Accessories untuk menerima servis terbaik mereka.
Alamat: 651-3, Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Rainbow, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan PelangganÂ
WhatsApp Sg Wang Auto Accessories
Kami harap senarai kedai aksesori kereta di Kuala Lumpur di atas akan memuaskan hati anda sebagai pelanggan dengan aksesori dan servis yang mereka sediakan. Anda boleh mendapati aksesori kereta dengan harga yang berpatutan dan pelbagai pilihan melalui kedai-kedai yang disenaraikan.Â
Namun, jika anda tiada masa untuk mengunjungi kedai-kedai di atas atau lebih gemar untuk membeli aksesori kereta secara atas talian, anda boleh melayari artikel kami di 10 Kedai Aksesori Kereta Yang Menarik Di Shopee untuk membeli item yang anda cari. Semoga membantu!