Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Bateri Kereta Tip Top di Kuala Lumpur!

Pernah diantara kita yang mengalami peristiwa cemas apabila kereta kita tidak dapat dihidupkan. Tambah kalut lagi apabila kita sudah lambat untuk pergi kerja di waktu pagi ataupun apabila kereta kita mati di jalan raya. 

Setelah diperiksa, bateri kereta kita punca masalahnya. Antara kesalahan yang paling biasa adalah kita yang terlupa tutup lampu kereta semalaman. Tapi, mungkin juga ia berlaku kerana kita tidak selalu buat penyelenggaraan kenderaan kita.

Pada waktu sebegini, servis kedai bateri amat diperlukan. Bagi membantu anda menghadapi detik-detik cemas ini, kami senaraikan 8 kedai bateri di sekitar Kuala Lumpur yang anda boleh gunakan perkhidmatan mereka. Diharapkan artikel kali ini dapat menolong anda!

8 Kedai Bateri Kereta di Kuala Lumpur


1. BateriHub, Taman Melawati

BateriHub, Taman Melawati

Cadangan pertama untuk senarai kedai bateri kereta ini adalah kedai BateriHub yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Mereka menyediakan perkhidmatan seperti penghantaran hari yang sama, pemasangan serta servis selepas jualan.

Nama kedai ini tidak asing lagi bagi pemilik kereta kerana BateriHub mempunyai lebih kurang 60 cawangan di dalam Semenanjung Malaysia. BateriHub banyak melebarkan sayapnya di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang serta banyak lagi negeri lain akan datang.

Menurut komen dari pelanggan mereka, rata-rata memuji kecekapan dan kepantasan servis dari kedai ini. Staf di sini juga rajin memberi penerangan tentang bateri yang sesuai mengikut kereta anda.

Mereka juga peramah dan sering memberi nasihat tentang penjagaan kereta dan bateri kereta. Jangan ragu-ragu untuk hubungi BateriHub di Taman Melawati ini!

Alamat: No.30, Ground Floor, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-700-81-6081

WhatsApp BateriHub


2. HSS Autoworks, Cheras

HSS Autoworks, Cheras

HSS Autoworks atau juga dikenali sebagai HSS Asian Technic ini merupakan kedai servis kereta di Cheras, Kuala Lumpur, yang turut menyediakan perkhidmatan berkaitan bateri. Jika anda ingin membuat pemeriksaan kereta anda secara menyeluruh dan bukan bateri saja, HSS Autoworks adalah pilihan yang tepat.

Para pekerja di kedai ini dipuji kerana skil mereka yang profesional. Mereka akan memberi penerangan kepada anda dengan jelas sebelum memulakan servis ke atas kereta anda. 

Pekerja mereka juga ramah dan rajin melayan soalan-soalan yang diajukan para pelanggan mereka. Jika anda mahu menyelenggara kenderaan, HSS Autoworks jawapannya!

Alamat: Ground Floor, Shop Lot 12G, Jalan Cerapu, Batu 3 1/4, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.00 am – 4.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9201 9600

WhatsApp HSS Autoworks


3. GoMechanic, Kampung Datuk Keramat

GoMechanic, Kampung Datuk Keramat

Mungkin ramai di antara anda tertanya, apakah itu GoMechanic? GoMechanic merupakan sebuah rangkaian pusat servis kereta yang berasal dari India yang diusahakan oleh 4 sekawan. 

Kini, pusat servis ini telah melebarkan perkhidmatannya ke Malaysia. GoMechanic memastikan juruteknik mereka cekap, mengikut prosedur yang betul dan menggunakan alat ganti kereta yang tulen.

Anda boleh muat turun aplikasi atau membuat janji temu di laman web mereka. Mereka menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran percuma untuk kereta anda mengikut slot masa yang telah ditempah. 

Namun, anda juga boleh pergi ke mana-mana bengkel GoMechanic yang terdekat dengan anda untuk penyelenggaraan. Di Kuala Lumpur, mereka ada cawangan di Kampung Datuk Keramat.

Alamat: 205A, Jalan Datuk Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9212 1789


4. BateriHub, Taman Keramat Permai

BateriHub, Taman Keramat Permai

Jika tadi kami telah menyenaraikan BateriHub di Taman Melawati, kali ini kami ingin cadangkan kedai BateriHub yang terletak di Taman Keramat Permai. Seperti yang anda tahu, BateriHub menyediakan servis terbaik buat pelanggannya.

Mereka memberi respon yang pantas dan akan segera pergi di mana kereta anda terbengkalai. BateriHub juga memastikan juruteknik mereka akan menghantar, memasang dan memeriksa kereta anda sampai di depan pintu rumah.

Anda juga boleh pergi terus ke kedai untuk mengganti bateri kereta. Harganya berpatutan dan anda boleh mendapat potongan harga jika anda trade-in bateri lama anda. 

Tambahan pula, staf di kedai bateri kereta di Kuala Lumpur ini semuanya berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Mereka juga ramah dan memberi penjelasan dengan baik pada pelanggan mereka.

Alamat: 14G, Jalan AU 1a/4c, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 1-700-81-6081

WhatsApp BateriHub Keramat Permai


5. BKM Battery, Gombak

BKM Battery, Gombak

Kedai bateri kereta BKM Battery, yang juga dikenali dengan nama BKM Bumi, terletak di Jalan Gombak Persekutuan, Kuala Lumpur. Di BKM Battery, mereka menawarkan penghantaran dan pemasangan terus kepada anda dengan jaminan waranti dan produk yang berjenama. 

Mereka turut menyediakan sistem charging secara percuma dan perkhidmatan selepas jualan. Jika anda membuat tempahan, mereka tidak mengambil deposit dan pembayaran hanya dibuat setelah selesai pemasangan.

Para pelanggan di kedai ini memuji servis yang diberikan oleh pekerja di sini. Kecekapan dan kepantasan mereka membuat kerja menjadikan mereka pilihan pelanggan sekitarnya. Ini termasuk juga dengan harga produk yang berpatutan serta keramahan setiap pekerja di sini.

Alamat: Lot 4106 Kampung Kerdas Batu 6, Jalan Gombak Persekutuan, 53100 Gombak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: 

  • Isnin – Khamis (9.00 am – 8.00 pm)
  • Jumaat (9.00 am – 12.30 pm, 2.30 pm – 8.00 pm)
  • Sabtu (9.00 am – 2.30 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp BKM Battery


6. Big Battery, Jalan Klang Lama

Kedai Bateri Kereta Big Battery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Cadangan seterusnya untuk artikel ini adalah kedai Big Battery yang terletak di Jalan Klang Lama. Big Battery merupakan pengedar rasmi yang sah untuk bateri jenama Amaron. Pelbagai jenis bateri Amaron yang berkualiti terdapat di kedai ini. 

Big Battery juga mempunyai 3 cawangan lain iaitu di Puchong, Setapak dan Kampung Melayu Subang. Cawangan kedai bateri ini di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur ini merupakan showroom pertama untuk bateri Amaron di Malaysia. 

Berdasarkan komen yang ditinggalkan para pelanggan di Google, rata-rata menyukai pengalaman mereka berurusan di kedai ini. Mereka menawarkan penghantaran dan pemasangan bateri di tempat yang dijanjikan. 

Pelanggan mereka juga suka dengan kecekapan juruteknik Big Battery dalam menyelenggara kereta mereka. Jika anda ingin mencuba bateri Amaron, di sinilah tempatnya!

Alamat: No A15, Batu 4 1/2, Jalan Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (8.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Big Battery


7. FaisalBattery.COM, Pantai Dalam

Kedai Bateru Kereta FaisalBattery.COM, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Nama FaisalBattery.com mula menjadi buah mulut di kalangan penduduk Lembah Klang bila bercakap tentang bateri kereta. FaisalBattery.com merupakan servis pemasangan bateri kereta komersial dan high-end di Malaysia. Pelbagai jenis bateri yang digunakan mereka seperti Century, Amaron, Roadmaster, Varta dan lain-lain.

Yang menariknya dengan kedai bateri kereta ini, mereka menyediakan penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang! Walau bagaimanapun, mereka tetap akan sampai di mana saja kereta anda berada jika anda call mereka, baik di rumah, jalan raya ataupun lebuh raya. 

Di samping itu, perkhidmatan mereka sediakan juga 24 jam! Jadi, anda boleh terus menghubungi WhatsApp mereka dengan meletakkan nama, jenis kereta, tahun kereta dan jenis bateri yang digunakan.

Alamat: No. 93G, 2, Jalan Pantai Permai 3, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp FaisalBattery.COM


8. Bateriku.com Pitstop, Kampung Datuk Keramat

Kedai Bateri Kereta Bateriku.com Pitstop, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Kedai seterusnya ini adalah Bateriku.com yang terletak di Kampung Datuk Keramat. Nama Bateriku.com juga bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia. Bateriku.com kini mempunyai lebih kurang cawangan atau dipanggil pitstop di seluruh Malaysia. Ini menunjukkan mereka amat berdedikasi dalam servis penyelenggaraan bateri kenderaan.

Menariknya di sini, penghantaran serta servis pemasangan adalah percuma. Pelanggan hanya perlu membayar harga bateri sahaja. Perkhidmatan ini terpakai untuk seluruh Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau tentang hidden charge atau sebagainya.

Para pelanggan Bateriku.com di kedai ini juga memuji dan berpuas hati dengan servis dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh juruteknik di sini.

Alamat: No 41D, Jalan Enggang Taman Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (7.00 am – 12.00 am)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Bateriku.com


Diharap artikel kali ini dapat membantu anda memilih kedai bateri yang terbaik di Kuala Lumpur untuk kereta anda, tidak kira saat kecemasan ataupun penyelenggaraan berkala. Sebagai pemilik kereta, anda bertanggungjawab untuk memeriksa kenderaan anda mengikut jadual supaya tidak timbul masalah di masa hadapan.

Sementara kenderaan anda sedang dibaiki, anda mungkin perlu untuk menyewa kereta sementara. Jika anda mencari kereta sewa yang bagus dan murah di Kuala Lumpur, kami cadangkan anda membaca artikel Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Berkualiti & Murah. Semoga berjaya!

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 11 Kedai Tayar Kepong Yg BEST

Di kawasan Kepong, terdapat berbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan berkaitan lain. Tambahan...

11 Kedai Tayar Ampang Yg TOP

Jika anda tinggal di kawasan Ampang, anda boleh dapatkan pelbagai pilihan kedai tayar Ampang yang menawarkan perkhidmatan yang murah, berkualiti dan cekap dalam mengendalikan...

10 Kedai Motor di Kuala Lumpur dengan Servis yang Terbaik

Motor merupakan antara jenis pengangkutan yang popular kerana harganya yang lebih murah dan lebih mudah untuk memintas kenderaan besar yang lain. Bagi yang sedang...

12 Kedai Tayar Cheras Paling Pro & Murah

Jika anda sedang mencari senarai kedai tayar yang terdapat di Cheras, anda boleh dapatkannya dalam perkongsian ini. Terdapat pelbagai pilihan kedai tayar Cheras yang...

6 Pilihan Terbaik Kedai Aksesori Kereta di Sekitar Kuala Lumpur

Semua pemandu sudah pasti mempunyai impian untuk mencantikkan atau menambah baik aksesori kereta mereka. Dalam pada itu, pemandu atau pemilik kereta akan mencari aksesori...

TOP 5 Kedai Tayar Kuala Lumpur Terbaik

Perkembangan dan perubahan dalam industri tayar semakin berkembang pesat di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai pilihan kedai tayar Kuala Lumpur yang menawarkan jenis dan jenama...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x