Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Bateri Kereta Terbaik di Johor Bahru

Pengalaman bateri kereta ‘mati’ di tepi jalan bukanlah satu pengalaman indah, bukan? Maka, sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlulah sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan dan seharusnya ke kedai bateri kereta untuk pemeriksaan bateri kereta. Di sini kami telah senaraikan tujuh kedai bateri kereta terbaik di Johor Bahru untuk membantu anda menukar ganti bateri kereta yang sudah ‘mati’ itu dengan segera. 

7 Kedai Bateri Kereta di Johor Bahru


1. BateriHub Kempas JB, Taman Kempas Indah

BateriHub Kempas JB, Taman Kempas Indah

Kedai bateri kereta BateriHub di Johor Bahru ini telah memperoleh 5.0 bintang di Google Review. Dengan lebih daripada 60 outlet di Semenanjung Malaysia, ternyata perkhidmatan yang mereka sediakan sangat berkualiti.

BateriHub ini yang menawarkan pelbagai servis untuk pelanggan mereka. Antaranya ialah penghantaran pada hari yang sama, checking, free installation oleh juruteknik yang berpengalaman dan profesional.

Bukan itu saja, mereka juga menawarkan after-sales inspection oleh juruteknik professional mereka. Mereka juga sangat cepat bertindak, reliable dan profesional dalam mengendalikan penukaran bateri baru.

Malah, anda juga berpeluang untuk mendapat satu bateri secara percuma semasa dalam warranty period sekiranya terdapat masalah yang berlaku semasa after-sales inspection oleh juruteknik mereka. Menarik, bukan? 

Selain itu, pelanggan juga akan berpuas hati dengan bateri yang digunakan di kedai bateri kereta ini. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenama ekslusif premium dan berkualiti tinggi di BateriHub.

Alamat: No.50, Jalan Kempas Indah Utama, Taman Kempas Indah, 81300 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Ulasan Pelanggan

WhatsApp BateriHub


2. Bateri Perdana JB, Kampung Melayu Majidee

Kedai Kereta Bateri Perdana JB, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru

Siapa yang tidak suka kedai bateri kereta dengan servis laju, harga murah dan berpatutan, serta tawaran servis ke rumah? Tidak hairanlah kedai bateri kereta Bateri Perdana Johor Bahru ini memperoleh 5.0 bintang di Google Review! 

Rata-rata pelanggan amat berpuas hati dengan servis yang mereka terima dari kedai bateri ini. Para pekerja di kedai ini juga peramah dengan pelanggan sehinggakan mereka sudi untuk berkongsi tips penjagaan bateri kereta dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, waktu operasi kedai Bateri Perdana Johor Bahru ini juga amat memudahkan para pelanggan yang mengalami masalah bateri kereta pada waktu pagi. Kedai-kedai lain kebiasaannya mula beroperasi pada jam 9 pagi. Namun, kedai Bateri Perdana JB beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam!

Selain itu, kedai bateri ini turut cover untuk kawasan Masai, Pasir Gudang, Ulu Tiram dan Bandar Baru Uda. Jadi, anda yang duduk berhampiran kawasan-kawasan ini di Johor Bahru bolehlah mendapatkan perkhidmatan bateri kereta di kedai ini juga.

Alamat: 21A, Jalan Masjid, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan 

WhatsApp Bateri Perdana JB


3. E.S Battery Shop, Taman Perling

E.S Battery Shop, Taman Perling

Dikatakan owner E.S Battery Shop ini, Encik Erwan, sangat peramah dengan pelanggan. Tidak hairanlah para pelanggan sangat berpuas hati dengan servis di sini! Kedai bateri ini juga telah memperoleh 4.9 bintang di Google Review. Rata-rata pelanggan recommend kedai ini kerana servis yang tiptop.

Selain itu, harga yang dikenakan kepada pelanggan juga berpatutan dan servis yang diberikan sangat bagus. Encik Erwan juga dikatakan selalu memberikan tips tentang penjagaan bateri kereta serta memberi penjelasan secara terperinci tentang bateri kereta. 

Alamat: 26, Lorong Simbang, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan 

Whatsapp E.S Battery


4. Lian Ho Car Battery, Johor Raya

Lian Ho Car Battery, Johor Raya

Sekiranya anda tinggal di kawasan Johor Raya, Johor Bahru, anda boleh berurusan dengan kedai bateri Lian Ho Car Battery ini. Kedai bateri yang memperoleh 4.8 bintang di Google Review ini menerima banyak ulasan positif daripada pelanggan.

Para pelanggan memuji servis terbaik yang diberikan serta sikap bos yang baik terhadap pelanggan. Kedai ini juga beroperasi setiap hari, jadi anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai masa lapang semasa weekdays untuk menukar ganti bateri kereta anda. 

Alamat: No. 63, Jalan Ros Merah 2/1, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-354 1711


5. Kedai Bateri TCS, Taman Larkin Perdana

Kedai Bateri Kereta TCS, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru

Bagi anda yang tinggal di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, anda tidak perlu risau lagi sekiranya bateri kereta anda habis secara tiba-tiba! Call saja Kedai Bateri TCS ini, mereka akan segera datang ke lokasi anda tanpa mengenakan sebarang extra charge.

Kedai Bateri TCS ini yang telah memperoleh 4.3 bintang di Google Reviews telah membuatkan rata-rata pelanggan mereka berpuas hati dengan servis tiptop yang disediakan. 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga berasa gembira apabila mendapat nasihat yang baik dan jujur oleh pekerja di kedai bateri ini. Malah, harga yang dikenakan juga berpatutan, para pekerja mereka peramah serta berpengetahuan luas dan tidak kekok untuk share dengan pelanggan.

Alamat: 57, Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.00 am – 6.00 pm), Ahad (8.00 am – 1.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Kedai Bateri TCS


6. Central Motor Marketing Sdn Bhd (Ah Siang Battery), Kampung Ungku Mohsin

Central Motor Marketing Sdn Bhd (Ah Siang Battery), Kampung Ungku Mohsin

Adakah anda sedang mencari bantuan untuk kereta anda yang terpaksa berhenti di tepi jalan raya akibat bateri kereta yang sudah habis? Jangan risau, Central Motor Marketing Sdn Bhd boleh membantu! 

Mereka akan segera datang ke lokasi anda dan menukar bateri baru dengan pantas dan cekap. Hebat, bukan? Selain itu, terdapat banyak pilihan jenama untuk bateri kereta di kedai bateri ini. Antaranya adalah Amaron, Exide, Varta, dan bateri kereta berkualiti tinggi dari Korea. 

Berdasarkan ulasan pelanggan di Google Review, harga yang dikenakan oleh kedai bateri ini amat berpatutan di samping servis yang diberikan sangat bagus. Tidak hairanlah kedai bateri ini telah memperoleh 4.3 bintang di Google Review! 

Alamat: Lot 4325, Jalan Tampoi, Kampung Ungku Mohsin, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Central Motor


7. JB Seng Batteries & Motors Sdn Bhd, Taman Mount Austin

JB Seng Batteries & Motors Sdn Bhd, Taman Mount Austin

Kedai bateri kereta Seng Batteries & Motors di Johor Bahru ini telah memperoleh 4.2 bintang di Google Reviews. Rata-rata semua pelanggan yang datang ke kedai ini sangat berpuas hati dengan servis yang mereka terima di sini. 

Alamat: No. 39, Jalan Mutiara Emas 6/4, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-3531166


Pastikan anda alert dengan keadaan bateri kereta anda termasuk jangka hayatnya. Sekiranya anda perlukan bateri kereta baru, pastikan anda ke kedai bateri dengan segera dan membawa bersama seseorang yang lebih arif supaya anda tidak ditipu dan dikenakan caj yang mahal.

Kami harap senarai kedai bateri kereta di Johor Bahru ini dapat membantu anda yang mungkin sedang mengalami masalah bateri kereta. Jika anda perlukan perkhidmatan kereta lain, anda boleh baca artikel kami, 7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik, untuk mula mencari bengkel kereta. Semoga membantu!

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Terbaik Kedai Tayar Batu Pahat

Bagi anda yang sedang mencari senarai kedai tayar Batu Pahat dan keliru yang mana satukah dapat memberi perkhidmatan terbaik, boleh dapatkan senarai lengkap dalam...

10 Kedai Tayar di Sekitar Johor Bahru yang Berkualiti dan Terbaik!

Sejak bermulanya era endemik ini, ramai di kalangan kita sudah mula keluar bersiar-siar dan melancong bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Namun, anda patut pastikan...

6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru dengan Servis Terbaik

Aircond kereta anda sudah lama tidak dibaiki? Anda rasa panas dan bahang di dalam kereta? Jangan lengah-lengahkan, segera baiki aircond kereta untuk keselesaan diri...

10 Kedai Tayar Pasir Gudang yg Popular

Pasir Gudang menawarkan pelbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan lain berkaitan. Selain itu, terdapat...

8 Kedai Spare Part Kereta Tip Top di Johor Bahru!

Menurut statistik kajian yang direkodkan pada Januari-September 2022, kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 52% berbanding pada tahun 2021. Selain dari sikap...

7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik!

Menservis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh individu yang memiliki kereta. Terdapat dua jenis servis kereta yang perlu dilakukan, iaitu servis jangka...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x