Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Spare Part Kereta Tip Top di Johor Bahru!

Menurut statistik kajian yang direkodkan pada Januari-September 2022, kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 52% berbanding pada tahun 2021. Selain dari sikap pengguna, kenderaan juga menjadi faktor utama penyebab kemalangan.

Pelbagai masalah teknikal yang berpunca dari kenderaan seperti brek tidak berfungsi boleh mengakibatkan kecelakaan di jalan raya. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu peka dengan keadaan kenderaan kita. Pemeriksaan berkala digalakkan supaya dapat menjaga prestasi kenderaan.

Jika anda mahir memasang alat ganti sendiri, anda boleh membeli saja alat ganti tersebut di kedai. Ini juga dapat menjimatkan perbelanjaan jika anda kekurangan bajet. Untuk membantu anda, kami senaraikan 8 kedai spare part kereta di Johor Bahru untuk anda kunjungi.

8 Kedai Spare Part Kereta Terbaik di Johor Bahru


1. Msaa Auto Parts, Kampung Pasir

Msaa Auto Parts, Kampung Pasir

Cadangan pertama dari kami adalah Msaa Auto Parts yang terletak di Kampung Pasir. Walaupun kedai di Johor Bahru ini nampak kecil, namun pelbagai spare part kereta dijual di sini. Menurut komen yang ditinggalkan pelanggan mereka di Google Review, pemilik kedai ini seorang yang ramah dan sangat membantu.

Kedai ini juga menjual barang-barang dengan harga yang murah berbanding dengan kedai lain. Jika anda duduk jauh dari kedai ini ataupun anda tidak duduk di Johor, Msaa Auto Parts juga membuat delivery service dengan menggunakan kurier. Jadi, anda tak perlu risau jika tidak dapat ke kedai!

Alamat: 93, Jalan Manggis, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Msaa Auto Parts


2. Poly Auto Spare Parts, Taman Larkin Perdana

Poly Auto Spare Parts, Taman Larkin Perdana

Kedai Poly Auto Spare Parts ini telah ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi di Johor Bahru dengan menggunakan nama Poly Motor (J.B) Sdn. Bhd. Pada tahun 1999, kedai ini menukar namanya dengan nama yang digunakan sekarang.

Poly Auto Spare Parts tekad membantu pelanggan mereka untuk memenuhi kehendak mereka mendapatkan barang yang berkualiti serta memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Kedai ini juga merupakan pengedar alat ganti Toyota yang sah. Anda boleh mencari alat ganti kereta Toyota model atau baru di sini. Perkhidmatan yang diberikan mereka juga dipuji para pelanggan mereka.

Jika anda ingin memasang sendiri alat ganti, mereka akan cuba membantu dengan memberi penerangan kepada anda langkah-langkah yang perlu dibuat. Sangat membantu, kan?

Alamat: No. 27, Jalan Susur Dewata 1, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-234 0198


3. Edge Auto Spare Parts, Taman Mulia

Edge Auto Spare Parts, Taman Mulia

Terletak di Taman Mulia, Edge Auto Spare Parts merupakan pilihan penduduk tempatan jika mereka ingin mencari alat ganti kenderaan. Mereka mempunyai pelbagai jenis alat ganti untuk pelbagai jenama kenderaan seperti Perodua, Proton, Toyota, Honda, Kia, Hyundai dan macam-macam lagi.

Antara barangan yang boleh didapati di sini adalah minyak hitam, minyak enjin, alat ganti atau spare parts pelbagai kenderaan dan sebagainya. Kedai ini juga menjual alat ganti untuk lori dan van. Harga bagi barangan di kedai ini juga berpatutan.

Alamat: 86 J, Jalan Tampoi, Taman Mulia, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Edge Auto Spare Parts


4. CT Auto Spare, Taman Tasek

CT Auto Spare, Taman Tasek

Mula ditubuhkan pada tahun 1989, CT Auto Spare adalah syarikat berdaftar dalam bidang automotif dan alat ganti. 

Mereka merupakan pengedar alat ganti untuk beberapa jenama kereta seperti Proton Edar, UMW Toyota Motor, Perodua, Honda, Mitsubishi dan pelbagai lagi. Mereka juga satu-satunya pengedar bagi Hi-Force Performance Lubricant Oil.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan para pelanggan mereka di Google Review, mereka semua berpuas hati dengan servis yang diberikan serta harga barangan yang dijual di sini. Bukan saja harganya murah, anda juga boleh mendapatkan pelbagai alat ganti tulen untuk pelbagai jenama kenderaan di sini.

Alamat: 85-87, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp CT Auto Spare


5. Lian Sheng Auto Parts, Tampoi Industrial Park

Lian Sheng Auto Parts, Tampoi Industrial Park

Cadangan seterusnya dari kami adalah Lian Sheng Auto Parts yang terletak di Tampoi Industrial Park. Ini merupakan salah satu cawangan dari keseluruhan 4 cawangan di Johor. 

Kedai ini sudah beroperasi lebih 21 tahun dan merupakan antara penjual alat ganti terbesar di sekitar Johor Bahru. Kedai ini menjual pelbagai alat ganti tulen baru dan menjual alat ganti tulen second hand serta membaiki kenderaan.

Di Lian Sheng Auto Parts, mereka lebih mengutamakan alat ganti kenderaan dari Jepun. Namun mereka juga menjual alat ganti untuk kenderaan import lain seperti Mercedes, Volvo malahan Porsche Cayenne juga.

Alamat: 2, Jalan Tampoi 5, Tampoi Industrial Park, 81200 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Lian Sheng Auto Parts


6. Jaya Auto Spare, Johor Jaya

Kedai Spare Part Kereta Jaya Auto Spare, Johor Jaya, Johor Bahru

Kedai seterusnya ini adalah Jaya Auto Spare yang terletak di Johor Jaya. Kedai ini sudah mula memulakan perniagaan mereka sekitar tahun 2008 lagi. Mereka berpengalaman dalam menjual alat ganti kenderaan bermotor.

Ramai pelanggan mereka menyukai kedai ini kerana harganya yang murah, kepelbagaian jenama serta jenis alat ganti kenderaan yang terdapat di sini. Namun anda jangan risau, walaupun barang-barang di sini dijual dengan harga murah, kualitinya tidak terjejas.

Alamat: No. 18, Jalan Ros Merah 2/2, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.15 am – 2.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Jaya Auto Spare


7. KS Link Auto Parts, Johor Jaya

Kedai Spare Part Kereta KS Link Auto Parts, Johor Jaya, Johor Bahru

Terletak di Johor Jaya juga, Kedai KS Link Auto Parts ini sudah mula bertapak pada sekitar tahun 2014. Kedai ini terlibat dalam mengimport, mengeksport, mengedar dan menjual alat ganti serta alat komponen kenderaan.

Di KS Link Auto Parts, mereka lebih tertumpu dalam alat ganti serta komponen kenderaan import seperti BMW, Volkswagen, Audi, Mercedes Benz dan pelbagai lagi. Produk-produk yang dijual di sini adalah tulen.

Jika anda duduk jauh dari Johor Bahru, kedai spare part kereta ini turut menyediakan servis penghantaran kepada anda. Anda hanya perlu hubungi mereka atau emel mereka dengan info tentang kenderaan anda untuk maklumat lanjut.

Alamat: 51, Jalan Ros Merah 2/10, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-352 6333

WhatsApp KS Link


8. Hong Sheng Parts, Taman Daya

Kedai Spare Part Kereta Hong Sheng Parts, Taman Daya, Johor Bahru

Cadangan terakhir kedai spare part kereta di Johor Bahru dari kami adalah Hong Sheng Parts di Taman Daya, Johor Bahru. Kedai ini memulakan perniagaan alat ganti kenderaan pada tahun 2008.

Kedai Hong Sheng Parts ini memiliki dua buah kedai sebelah menyebelah, menjadikan ia pilihan penduduk tempatan. Hal ini kerana kedainya mudah diakses dan mempunyai tempat parkir yang banyak untuk pelanggan. 

Harganya yang berpatutan, staf yang ramah dan pantas serta bermacam jenis alat ganti serta barang-barang berkaitan kenderaan boleh didapati di sini. Stok barang-barang di kedai ini juga yang banyak dan senang didapati.

Alamat: 21, Jalan Sagu 10, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad – (10.00 am – 3.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-353 1942


Moga-moga senarai dari kami ini dapat membantu anda mencari kedai spare part kereta di sekitar Johor Bahru yang bersesuaian dengan jenis kenderaan serta bajet anda. Ini supaya anda bukan saja boleh menjimatkan perbelanjaan malahan juga dapat menjimatkan masa anda.

Jika anda mempunyai kekangan masa untuk mengunjungi kedai secara fizikal di Johor Bahru, apa kata anda mengunjungi kedai spare part kereta secara maya? Anda boleh mengunjungi artikel kami, 10 Kedai Sparepart Kereta TERBAIK Di Shopee untuk mengetahui kedai online mana yang menepati citarasa anda. Selamat mencari!

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Paling Best Kedai Tayar Kota Tinggi

Kota Tinggi menawarkan pelbagai pilihan kedai tayar yang berkualiti tinggi dan anda boleh mendapatkan semua senarai tersebut dalam perkongsian kali ini. Bukan sahaja berkualiti,...

6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru dengan Servis Terbaik

Aircond kereta anda sudah lama tidak dibaiki? Anda rasa panas dan bahang di dalam kereta? Jangan lengah-lengahkan, segera baiki aircond kereta untuk keselesaan diri...

7 Kedai Bateri Kereta Terbaik di Johor Bahru

Pengalaman bateri kereta ‘mati’ di tepi jalan bukanlah satu pengalaman indah, bukan? Maka, sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlulah sentiasa bersedia dengan segala...

TOP 10 Kedai Tayar Muar Yg Berkualiti

Muar merupakan destinasi utama untuk pelbagai pilihan kedai tayar berkualiti tinggi. Untuk mudahkan anda membuat pilihan, kami telah pun menyediakan senarai lengkap kedai tayar...

7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik!

Menservis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh individu yang memiliki kereta. Terdapat dua jenis servis kereta yang perlu dilakukan, iaitu servis jangka...

10 Kedai Tayar Pasir Gudang yg Popular

Pasir Gudang menawarkan pelbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan lain berkaitan. Selain itu, terdapat...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Harun
Harun
9 months ago

Cuma satu je yg layan bila kite Wasap

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x