Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru dengan Servis Terbaik

Aircond kereta anda sudah lama tidak dibaiki? Anda rasa panas dan bahang di dalam kereta? Jangan lengah-lengahkan, segera baiki aircond kereta untuk keselesaan diri sendiri dan keluarga! Teruskan membaca untuk mengetahui 6 kedai aircond kereta di Johor Bahru untuk anda datang dan dapatkan aircond kereta anda diselenggarakan oleh profesional.

6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru


1. F&T Car AirCond & Auto Accessories Enterprise, Taman Daya 

F&T Car AirCond & Auto Accessories Enterprise, Taman Daya

Lokasi F&T Car AirCond & Auto Accessories Enterprise terletak di Jalan Sagu 31, Taman Daya dan dibuka setiap hari mengikut waktu operasi. Dengan rating setinggi 5.0 di Google, kedai ini mendapat banyak maklum balas yang positif dari pelanggan yang datang. 

Bukan itu sahaja, kedai aircond kereta di Johor Bahru ini turut menyediakan servis dengan harga yang berpatutan membuatkan pelanggan rasa berbaloi untuk menerima perkhidmatan di sini. 

Di sini, semua pekerja dan tuan kedai sangat membantu dari segi penyelenggaraan aircond kereta. Mereka juga tidak lokek berkongsi tips dan pengalaman tentang penjagaan kereta.

Alamat: 5, Jalan Sagu 31, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.30 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-663 4178

WhatsApp F&T Car AirCond


2. Yi Feng Car Electronic & Air Cond, Taman Bukit Indah

Yi Feng Car Electronic & Air Cond, Taman Bukit Indah

Yi Feng Car Electronic & Air Cond menjadi bengkel kereta tumpuan penduduk di sekitar Nusajaya, Iskandar Puteri dan Gelang Patah kerana lokasinya di Taman Bukit Indah. Kedai aircond ini juga dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad dari 9 pagi hingga 7 malam. 

Buat pengetahuan anda, tuan kedai ini sering dipuji oleh pelanggan kerana sikapnya yang jujur dan baik hati memberi keterangan tentang kerosakan aircond kereta pelanggan. 

Kedai ini juga tidak meletakkan caj berlebihan kepada pelanggan dengan membaiki bahagian yang rosak sahaja. Rata-rata pelanggan rasa sangat senang dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai ini.

Alamat: 75, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, Nusajaya, 79100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-666 3644

WhatsApp Yi Feng Car


3. JS Professional Aircond Car Service, Taman Setia Indah

JS Professional Aircond Car Service, Taman Setia Indah

JS Professional Aircond Car Service terletak di Taman Setia Indah menjadi antara kedai aircond kereta Johor Bahru pilihan ramai. Kedai ini buka setiap hari untuk melancarkan operasi serta memudahkan pelanggan untuk datang pada hari cuti bekerja mereka. 

Tambahan pula, kedai ini agak sibuk kerana sering mempunyai ramai pelanggan. Ini membuktikan kualiti servis dan layanan mereka sehingga sentiasa mendapat ramai pelanggan. Kedai ini juga terkenal dengan servis penggantian gegelung penghawa dingin kereta.

Anda tidak perlu risau kerana memang banyak pelanggan yang memberi ulasan positif dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja dari kedai aircond ini. Selain itu, kebanyakan pelanggan juga telah berkata mereka amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang ditawarkan di sini.

Alamat: No. 19, Jalan Setia 12/2, Taman Setia Indah, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-767 7875

WhatsApp Js Professional Aircond


4. Bengkel Kereta dan Service Aircond AW Autowork, Taman Dato Onn Jaffar

Kedai Bengkel Kereta dan Service Aircond AW Autowork Johor Bahru, Taman Dato Onn Jaffar

Kedai aircond AW Autowork yang terletak di Taman Dato Onn Jaffar ini menawarkan perkhidmatan membaiki aircond kereta di Johor Bahru dan sekitar Larkin. Kedai ini buka dari hari Ahad hingga Jumaat dan tutup pada hari Sabtu.

Bestnya di sini, terdapat warung yang berdekatan dengan kedai aircond kereta ini. Jadi, bolehlah anda makan dan minum di warung berdekatan sambil menunggu kereta anda selesai servis. 

Kedai aircond kereta Johor Bahru ini juga dikatakan antara kedai servis aircond yang terbaik kerana pekerja akan memberi keterangan tentang masalah dan kerosakan sebelum membuat sebarang penukaran bahagian kereta atau membaikinya. Hal ini membuatkan pelanggan lebih gemar untuk datang ke kedai aircond kereta ini.

Alamat: 46, Jalan Langkasuka, Taman Dato Onn Jaffar, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.30 am – 6.30 pm), Sabtu (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-788 8297

WhatsApp AW Autowork JB


5. Bengkel Kereta Azaman Workshop – Pusat Servis, Aircond & Battery, Taman Abad

Bengkel Kereta Azaman Workshop Johor Bahru - Pusat Servis, Kedai Aircond & Battery, Taman Abad

Bengkel Kereta Azaman Workshop yang terletak di Taman Abad ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu. Kedai aircond di Johor Bahru ini bukan sahaja boleh membaiki kerosakan aircond, tetapi boleh juga membaiki masalah kereta di bahagian lain seperti enjin dan brek. 

Kebanyakan pelanggan yang telah datang juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan dari kedai ini walaupun mereka tidak mempunyai ramai pekerja. Kerja pembaikian juga agak pantas dan servis mereka dicaj dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 54 H, Jalan Abad, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Ahad – Jumaat (9.45 am – 6.45 pm), Sabtu (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-739 0007

WhatsApp Azaman Workshop


6. Fresh Air Conditioning & Refrigeration (Car Aircond), Jalan Yahya Awal

Fresh Air Conditioning & Refrigeration (Car Aircond), Jalan Yahya Awal

Lokasi Fresh Air Conditioning & Refrigeration (Car Aircond) sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru. Kedai ini juga dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Pekerja di kedai ini sangat berpengalaman dengan sistem aircond kereta.

Pekerja mereka akan menerangkan tentang kerosakan aircond kereta anda dan bahagian yang mereka perlu baiki untuk pengetahuan pelanggan supaya caj dan servis yang diberikan berbaloi serta mengikut kepuasan hati pelanggan. 

Dengan banyak ulasan yang positif di Google , kedai aircond kereta di Johor Bahru ini adalah antara kedai yang berbaloi untuk anda kunjungi jika aircond kereta anda memerlukan penyelenggaraan.

Alamat: 13, Jalan Yahya Awal, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-2072677


Dilengkapi rating dari Google dan maklum balas dari pelanggan, sudah terbukti senarai kedai aircond kereta di Johor Bahru di atas merupakan antara pilihan terbaik untuk anda menghantar membaiki dan menyelenggara aircond kereta anda. 

Anda dari Shah Alam dan memerlukan perkhidmatan membaiki aircond kereta? Tidak perlu susahkan diri datang ke Johor Bahru untuk kereta anda, kami ada penyelesaiannya! Anda boleh layari artikel kami di mana kami telah menyenaraikan 8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb.

 

5/5 - (3 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Tayar di Sekitar Johor Bahru yang Berkualiti dan Terbaik!

Sejak bermulanya era endemik ini, ramai di kalangan kita sudah mula keluar bersiar-siar dan melancong bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Namun, anda patut pastikan...

TOP 10 Kedai Tayar Muar Yg Berkualiti

Muar merupakan destinasi utama untuk pelbagai pilihan kedai tayar berkualiti tinggi. Untuk mudahkan anda membuat pilihan, kami telah pun menyediakan senarai lengkap kedai tayar...

10 Terbaik Kedai Tayar Batu Pahat

Bagi anda yang sedang mencari senarai kedai tayar Batu Pahat dan keliru yang mana satukah dapat memberi perkhidmatan terbaik, boleh dapatkan senarai lengkap dalam...

8 Kedai Spare Part Kereta Tip Top di Johor Bahru!

Menurut statistik kajian yang direkodkan pada Januari-September 2022, kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 52% berbanding pada tahun 2021. Selain dari sikap...

7 Kedai Bateri Kereta Terbaik di Johor Bahru

Pengalaman bateri kereta ‘mati’ di tepi jalan bukanlah satu pengalaman indah, bukan? Maka, sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlulah sentiasa bersedia dengan segala...

7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik!

Menservis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh individu yang memiliki kereta. Terdapat dua jenis servis kereta yang perlu dilakukan, iaitu servis jangka...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x