Isi Kandungan
Menservis kereta merupakan perkara penting yang perlu dilakukan oleh individu yang memiliki kereta. Terdapat dua jenis servis kereta yang perlu dilakukan, iaitu servis jangka sederhana dan jangka panjang. Ianya mestilah diservis oleh mekanik yang mahir agar kereta anda sentiasa berada dalam baik dan selamat semasa mengendalikannya. Oleh itu, kami senaraikan 7 bengkel kereta di Johor Bahru dengan harga dan servis terbaik!
7 Bengkel Kereta di Johor Bahru
1. FJ Works Performance, Tampoi
Jika anda berada di sekitar Tampoi, anda boleh kunjungi ke sebuah bengkel kereta yang bernama FJ Works Performance. Bengkel ini menawarkan perkhidmatan menservis kereta, pembinaan semula enjin dan membaikpulih kereta.Â
Ramai pelanggan yang telah mendapatkan servis untuk kereta mereka di bengkel ini. Rata-rata pelanggan berpuas hati dengan servis yang dilakukan. Juga dikatakan bahawa semua barangan yang digunakan untuk menservis kereta adalah barangan yang berkualitiÂ
Bukan itu saja, dikatakan juga terdapat pekerja yang mahir dalam mengendalikan servis-servis tersebut. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Jadi, jom servis kereta anda di sini!
Alamat: No 37, Jalan Kempas 2/1, Kawasan Perindustrian Tanah Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 10.00 malam), Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
2. Seng Leon Automobile, Johor Jaya
Bengkel kereta seterusnya yang menjadi pilihan pelanggan di Johor Bahru adalah Seng Leon Automobile. Ianya dibuka setiap hari pada jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Bengkel ini diasaskan oleh seorang lelaki yang berbangsa Cina yang sangat peramah orangnya.
Pelanggan mengatakan bengkel ini menggunakan minyak yang berkualiti untuk menservis kereta. Bukan itu saja, harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding dengan kedai-kedai yang lain. Menarik kan!
Bukan itu sahaja, pekerja yang mahir di bengkel ini sentiasa membantu pelanggan dalam menyelesaikan masalah kereta yang perlu dibaikpulih. Jadi, anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin mendapatkan servis dari mereka. Datang saja ke bengkel mereka!
Alamat: 56, Jalan Bakawali 48, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 8.00 malam), Ahad (10.00 pagi – 7.00 malam)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-362 5714
3. KLH Auto, Taman Anggerik
Bengkel kereta KLH Auto di Johor Bahru ini telah ditubuhkan sejak tahun 1994. Mereka adalah pakar dalam menservis, membaiki dan menyelenggara auto gearbox atau secara amnya mereka adalah penyelesaian kepada semua isu gearbox. Bukan itu sahaja, mereka juga menjual semula bahagian-bahagian dalaman kenderaan yang terpakai.Â
Mereka memiliki tenaga kerja yang mahir dan cekap dalam mengendalikan kerja-kerja membaikpulih dan menservis kenderaan. Pekerja mereka akan menerangkan terlebih dahulu keadaan kereta kepada pelanggan dan kemudian mereka memberi solusi yang terbaik.Â
Ramai pelanggan berasa sangat berpuas hati dengan servis yang dilakukan di bengkel kereta ini. Dikatakan juga, harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Di sini juga terdapat ruangan khas menunggu kepada pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis. Sangat disyorkan kepada anda untuk datang ke bengkel ini.
Alamat: 36, Jalan Anggerik Emas 4, Taman Anggerik, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang), Ahad (Tutup)
Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan
4. Rev Tuned Garage Workshop, Adda Heights
Pusat servis kereta Rev Tuned Garage adalah salah satu bengkel yang menjadi pilihan pelanggan di Johor Bahru. Selain menservis kenderaan, bengkel ini juga terkenal yang servis flushing aircond yang murah! Ramai pelanggan telah mendapatkan servis di sini.
Pekerja mereka mahir dalam menyelesaikan segala masalah dan kerosakan yang sering terjadi pada kereta. Mereka juga sentiasa memuat naik hasil kerja yang dilakukan dan harga promosi servis di laman sosial Facebook.Â
Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan servis di bengkel ini. Bengkel ini dibuka pada setiap hari Sabtu sehingga Khamis pada jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang dan tutup pada hari Jumaat.
Alamat: 3, Jalan Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9.00 pagi – 7.00 petang), Jumaat (Tutup)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan
5. EXT Master, Tampoi
EXT Master adalah sebuah bengkel yang diasaskan oleh orang Melayu. Bengkel ini terletak di kawasan Tampoi. Ramai pelanggan telah mendapatkan servis di bengkel ini kerana harganya berpatutan dan pekerja mereka yang mesra pelanggan.
Dikatakan mereka pakar dalam menservis kenderaan berjenama Toyota. Walau bagaimanapun, mereka juga mahir dalam membaiki pelbagai kerosakan dalaman semua jenis kenderaan yang lain. Jika anda ingin menservis kereta di sini, anda boleh membuat temujanji dan hubungi mereka di talian.
Alamat: 31, Jalan Kempas 1, Kawasan Perindustrian Tanah Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 pagi – 6.00 petang), Ahad (9.30 pagi – 4.00 petang), Jumaat & Sabtu (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan
6. NIR Auto, Taman Setia Tropika
Bengkel kereta NIR Auto di Johor Bahru ini menawarkan perkhidmatan servis dan pembaikan kenderaan, menyelesaikan masalah, servis aircond dan juga wiring. Bengkel ini juga diasaskan oleh orang Melayu.Â
Ramai pelanggan mengatakan servis di bengkel ini murah dan berpatutan. Pekerja di bengkel ini sentiasa membantu pelanggan dan memberi tips-tips berkaitan kenderaan kepada pelanggan.Â
Mereka sangat mahir dalam membaikpulih kenderaan yang rosak. Anda boleh melihat hasil kerja mereka yang telah mereka post di laman Facebook mereka. Sekiranya anda berdekatan di kawasan ini, jangan lupa untuk servis kereta anda di sini!
Alamat: 26, Jalan Setia Tropika 1/14, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.30 pagi – 6.30 petang), Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Ulasan PelangganÂ
7. Sunny Garage, Larkin Jaya
Bengkel kereta Sunny Garage di Johor Bahru ini dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 petang. Bengkel yang terletak di kawasan Larkin ini merupakan pusat servis kereta dan tayar. Mereka mempunyai mekanik yang mahir dalam membaik pulih kerosakan pada kenderaan.
Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan semua jenis perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan, bateri, sport-rim kereta, servis aircond dan banyak lagi. Rata-rata pelanggan mengatakan harga perkhidmatan di bengkel ini berpatutan dan disyorkan kepada anda untuk kunjungi ke sini.
Alamat: 18, Jalan Dataran Larkin 1, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 pagi – 7.00 petang), Ahad (Tutup)
Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-230 5137
Jadi, kami telah senaraikan bengkel-bengkel yang menawarkan harga dan servis terbaik untuk menservis kereta anda! Sentiasalah periksa kereta anda agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
Dan jangan lupa untuk membuat penilaian dan tinjauan terlebih dahulu agar anda dapat memilih bengkel terbaik yang berdekatan yang lokasi anda. Diharapkan membantu!
Sementara anda menunggu kereta anda selesai servis, anda mungkin perlu menyewa kereta. Jangan risau, anda boleh lihat artikel kami tentang Top 10 Kereta Sewa Johor Bahru & Kluang yang Terbaik. Semoga bermanfaat!