Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Bengkel Kereta di Bandar Baru Bangi yang Perlu Anda Kunjungi!

Sering saja kita mendengar bahawa kereta yang dihantar ke bengkel bukannya semakin elok, malah lebih teruk. Kami percaya sebagai pemilik kereta, mencari bengkel kereta yang dipercayai sebenarnya merupakan satu perkara yang mencabar. Jangan risau! Di sini kami senaraikan lapan bengkel kereta di Bandar Baru Bangi yang perlu anda kunjungi! Jom lihat artikel di bawah. 

7 Bengkel Kereta di Bandar Baru Bangi


1. Bangi Motorsports Sdn Bhd, Seksyen 9 

Bangi Motorsports Sdn Bhd, Seksyen 9 

Buat anda yang mencari bengkel kereta yang murah dengan servis yang berkualiti, anda boleh berkunjung ke Bangi Motorsports. Menariknya di sini, anda akan memperoleh harga yang lebih rendah jika anda menjadi ahli mereka. 

Bukan itu saja, sekiranya anda hanya ingin memeriksa kereta anda tanpa membaiki apa-apa, bengkel ini tidak akan mengenakan sebarang bayaran. Menarik, kan?

Selain itu pemilik bengkel ini merupakan seorang Melayu yang sangat mahir dalam mengendalikan kenderaan anda. Anda tidak perlu risau, kami pasti anda akan berpuas hati dengan servis kereta yang diberikan kerana bengkel ini adalah antara yang terbaik di Bangi!

Alamat: 8, Jalan 9/6, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bangi Motorsport


2. Subaru Bangi Service Center, Kawasan Perindustrian Bangi

Subaru Bangi Service Center, Kawasan Perindustrian Bangi

Buat anda yang tidak pernah datang ke sini, anda disarankan untuk datang dan cuba servis kereta di sini. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan servis yang ditawarkan di bengkel kereta di Bandar Baru Bangi ini. 

Walaupun nama bengkel kereta ini adalah “Subaru Bangi”, anda tidak perlu risau kerana bengkel ini turut menyediakan perkhidmatan untuk semua jenis kereta tidak kira jenama. 

Menariknya di sini, anda akan dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan sementara anda menunggu kereta anda. Layanan yang diberikan sememangnya yang terbaik. Tunggu apa lagi, kunjungilah bengkel ini hari ini dan rasai sendiri pengalaman yang unik di sini!

Alamat: Jalan P/1A, Kawasan Perindustrian Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Subaru Bangi


3. Bangi Motoren / Bmward Bangi, Taman Perindustrian Selaman 

Bangi Motoren / Bmward Bangi, Taman Perindustrian Selaman 

Seiring namanya, bengkel ini sering menjadi pilihan utama khususnya buat mereka yang memiliki model kereta yang unik. Walaupun bengkel ini kelihatan eksklusif, namun harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. 

Buat anda yang memiliki kereta antik dan susah untuk mencari bengkel yang sesuai, ini adalah pilihan yang terbaik. Jom klik butang WhatsApp di bawah untuk menempah temujanji untuk kereta anda!

Alamat: 28, Jalan P10/17, Taman Perindustrian Selaman, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bangi Motoren 


4. Pang Tyres & Services Sdn Bhd, Seksyen 7 Bangi

Pang Tyres & Services Sdn Bhd, Seksyen 7 Bangi

Bengkel ini menawarkan perkhidmatan pakej lengkap seperti membaiki tayar, membetulkan ‘alignment’ tayar dan beberapa servis lain yang pastinya dapat memudahkan kerja anda. 

Hanya dengan kunjungi satu tempat sahaja, anda dapat memperoleh pelbagai servis perkhidmatan di sini, sekaligus dapat menjimatkan masa. Anda juga tidak perlu ragu-ragu kerana bengkel ini memberi anda jaminan selama 6 bulan dari tarikh anda melakukan servis. Tunggu apa lagi, buatlah temujanji anda sekarang!

Alamat: 22, Jalan 7/7a, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Pang Tyres


5. Autohaus KL, Seksyen 7 Bangi

Autohaus KL, Seksyen 7 Bangi

Bukan sahaja namanya yang unik, malah servis yang ditawarkan juga telah menarik minat ramai orang sehingga bengkel ini sering dikunjungi ramai, terutamanya pada hujung minggu. 

Buat anda yang sedang berjimat, bengkel ini adalah pilihan yang tepat buat anda kerana mereka menawarkan servis mengikut bajet anda. Anda tidak perlu runsing lagi, segeralah berkunjung ke sini!

Alamat: No 23, 1, Jalan 7/7c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Autohaus KL


6. Tahara Services, Seksyen 3 Bangi

Bengkel Kereta Tahara Services, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, bengkel kereta ini sering menjadi pilihan utama oleh penduduk sekitar. Hal ini demikian kerana Tahara Services dikatakan menawarkan harga yang sangat berpatutan di samping kerjanya yang kemas dan bersih. 

Pekerja di sini juga mesra pelanggan serta berpengetahuan tinggi. Oleh itu, secara tak langsung anda juga dapat menimba ilmu. Buat warga Bangi, bengkel ini adalah yang terbaik dan pastinya ianya akan menjadi salah satu bengkel kegemaran anda! 

Alamat: 30, Jalan 3/7, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Sabtu & Isnin – Khamis (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (9.00 am – 5.00 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Tahara Services


7. Suid Auto Service Sdn Bhd, Seksyen 7 Bangi

Bengkel Kereta Suid Auto Service Sdn Bhd, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

Suid Auto Service dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu Islam, dan menawarkan harga yang sangat berpatutan. Bengkel kereta ini sering menjadi pilihan utama penduduk di Bandar Baru Bangi kerana servisnya yang padu dan juga mempunyai ruang menunggu khas yang bersih dan selesa.

Jika anda ingin berkunjung ke sini, kami sarankan anda membuat temujanji terlebih dahulu kerana kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan!

Alamat: 28, Jalan 7/7b, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8925 6970


8. ACS Car Service – Pakar Aircond Kereta Kajang Bangi

Bengkel ACS Car Service - Pakar Aircond Kereta Kajang Bangiu

Bengkel kereta ini pastinya tidak asing lagi buat mereka yang tinggal di kawasan sekitar Bandar Baru Bangi. Seiring dengan namanya, kedai ini telah membuktikan bahawa mereka sememangnya pakar dalam membaiki kereta. Walaupun mereka lebih khusus kepada aircond kereta, namun mereka juga handal dalam membaiki segala kerosakan kereta.

Jika anda belum pernah mengunjungi bengkel ini, anda perlu cuba datang ke sini dan pasti anda akan jatuh cinta dengan perkhidmatan servisnya yang terbaik dan memukau!

Alamat: 22, Jalan Pk 1, Taman Perindustrian Kajang, 43000 Kajang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis & Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat (9.00  am – 12.30 pm, 2.30 pm – 6.00 pm), Ahad (tutup).

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan

WhatsApp ACS Car Service


Kami harap dengan adanya artikel ini, ianya dapat membantu memudahkan anda dalam mencari bengkel kereta yang terbaik di sekitar Bandar Baru Bangi. Jangan lupa untuk servis kereta anda selalu!

Jika anda juga sedang mencari bengkel dan kedai motor di sekitar Melaka, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 6 Bengkel dan Kedai Motor di Sekitar Melaka.

5/5 - (2 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Bengkel Kereta Terbaik di Batu Caves, Selangor

Kedai membaiki kenderaan adalah tempat di mana perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan disediakan untuk kenderaan bermotor, terutamanya kereta atau motosikal. Di bengkel kereta, juruteknik terlatih...

10 Kedai Tayar Subang Jaya Terbaik

Di Subang Jaya, terdapat beberapa kedai tayar yang menawarkan harga yang baik dan perkhidmatan yang memuaskan. Semua kedai tayar Subang Jaya ini sangat disyorkan...

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran...

6 Kedai Cat Kereta di Shah Alam dengan Servis Terbaik

Anda bosan dengan warna kereta anda? Inginkan kelainan agar tampak lebih bergaya dan menarik? Tunggu apa lagi, anda boleh menukarkan warna kereta mengikut keinginan...

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara...

Best Perkhidmatan Towing & Tow Truck di Sekitar Klang Valley

Apabila anda berada dalam situasi kecemasan di jalan raya, anda memerlukan perkhidmatan towing yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Jangan teragak-agak dengan Papa Callman,...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x