Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Bengkel dan Kedai Motor di Sekitar Melaka

Walaupun Melaka merupakan negeri yang tidak besar, tetap sukar untuk rider di sekitar Melaka untuk mencari bengkel motor yang bagus dan berdekatan. Namun, ramai juga penunggang motosikal dari Melaka yang gemar solek motor mereka dengan pelbagai aksesori dan warna mengikut cita rasa sendiri. Bagi anda yang sedang mencari bengkel dan kedai motor di sekitar Melaka, jangan risau! Di sini, kami senaraikan 6 bengkel dan kedai motor yang terbaik di Melaka hanya untuk anda!

6 Bengkel dan Kedai Motor Sekitar Melaka


1. Zul Auto Aksesori Dan Servis Motosikal, Taman Cheng Jaya

Zul Auto Aksesori Dan Servis Motosikal, Taman Cheng Jaya

Kedai motor yang terletak di Taman Cheng Jaya, Melaka, ini dikhabarkan mempunyai mekanik yang sangat berpengalaman dalam servis yang mereka tawarkan, terutamanya dalam bidang pendawaian motor. Kedai motor ini juga menjual aksesori motor dengan harga yang berpatutan bagi mereka yang duduk Melaka.

Zul Auto Aksesori dan Servis Motosikal mempunyai rating 4.7 bintang di Google Reviews, dan kebanyakkan ulasan pelanggan memuji kemahiran pekerja mereka dalam servis wiring. Pekerja di sini juga sering dipuji kerana servisnya yang mantap. Jadi, bagi penunggang-penunggang motor yang inginkan servis wiring motor yang terbaik, datanglah ke Zul Auto Aksesori dan Servis Motosikal untuk dapatkan servis mereka.

Alamat: Jalan Perwira Cheng, Taman Cheng Jaya, 75250 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-617 3310

WhatsApp Zul Auto


2. Bengkel Motor Hanaz, Jalan Pantai Peringgit

Bengkel Motor Hanaz, Jalan Pantai Peringgit

Lokasi Bengkel Motor Hanaz ini terletak di Jalan Pantai Peringgit yang jauhnya kira-kira 6.9 km dari Bandaraya Melaka. Bengkel ini juga agak terkenal dengan servisnya yang bagus. Selain itu, mekanik di bengkel tersebut dikatakan sangat peramah dan berpengalaman dalam bidang pembaikan motor.

Dengan rating 4.6, bengkel ini memberikan servis yang memuaskan pelanggan. Rata-rata pengguna yang datang ke Bengkel Motor Hanaz amat berpuas hati dengan khidmat mereka, lebih-lebih lagi apabila bengkel ini menggunakan alat ganti original jika bahagian motor tersebut perlu ditukar.

Bengkel ini bukan sahaja boleh membaiki motor, tetapi mereka juga menjual motor terpakai seperti yang dipasarkan di akaun Facebook mereka. Bagi anda yang ingin mencari bengkel motor yang tidak jauh dari bandar, bolehlah lawati Bengkel Motor Hanaz untuk dapatkan pengkhidmatan mereka.

Alamat: No. 5702 Pantai Peringgit, Jalan Pantai Peringgit, 75400 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 8.00 pm), Jumaat (2.30 pm – 8.00 pm), Sabtu (10.00 am – 11.00 pm), Ahad (11.00 am – 9.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-847 4454

WhatsApp Bengkel Motor Hanaz


3. Zong Heng Motors Kawasaki Ninja Shop, Bukit Baru

Zong Heng Motors Kawasaki Ninja Shop, Bukit Baru

Zong Heng Motors Kawasaki Ninja Shop merupakan peniaga motosikal baru dan terpakai yang terletak di Jalan Bukit Baru, Melaka. Dengan rating 4.5, kedai motor ini memperoleh banyak ulasan pelanggan yang positif dan memberangsangkan.

Bagi pelanggan yang meminati motosikal berjenama Kawasaki, dikatakan kedai ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda membeli motor yang baru di Melaka dengan servisnya yang pantas dan proses pembelian yang mudah. Jadi, jika anda telah lama termimpi untuk mempunyai motor Kawasaki, datanglah ke kedai Zong Heng Motors! Sudah pasti mereka mempunyai pilihan motor Kawasaki yang anda mahu beli di kedai ini.

Alamat: No. 6089-C, Jalan Bukit Baru, 75150 Bukit Baru, Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-284 9628

WhatsApp Zong Heng Motors


4. Twenty Twenty Motor Auto Parts, Batu Berendam

Twenty Twenty Motor Auto Parts, Batu Berendam

Kedai Twenty Twenty Motor Auto Parts terletak di Batu Berendam, Melaka. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Dengan rating 4.5, kedai motor ini mendapat banyak ulasan pelanggan yang positif. Akaun Facebook kedai motor ini juga banyak mendapat ulasan yang baik dari pelanggan dengan rating purata 4.7.

Antara ulasan pelanggan termasuklah tuan kedai dan pekerja yang sangat peramah dan sentiasa bersedia untuk membantu. Terdapat juga ulasan yang menyatakan bahawa kedai motor ini mempunyai aksesori dan alat ganti motor yang banyak pilihan. Jadi, jika anda seorang rider yang ingin mencari aksesori baru untuk motor anda, kunjungilah kedai motor ini untuk pilihan yang bagus!

Alamat: No.23-25, Jalan MP3, Taman Merdeka Permai, 75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-611 2018

WhatsApp Twenty Twenty


5. Powerful Sparepart Motor Enterprise, Taman 1 Lagenda

Kedar Powerful Sparepart Motor Enterprise, Taman 1 Lagenda, Melaka

Kedai Powerful Sparepart Motor Enterprise ini terletak di Jalan Lagenda 3, Melaka. Boleh dikatakan lokasi kedai ini adalah strategik kerana laluannya yang tidak sibuk dan mudah untuk mencari parkir. Prosedur kedai motor ini juga agak menarik kerana pelanggan perlu untuk mengambil nombor giliran sebelum menerima servis pembaikan motor. 

Selain itu, kedai motor ini mendapat ulasan yang baik seperti layanan pekerja yang mantap, servis yang pantas dan variasi pilihan alat ganti yang berkualiti. Namun, perkara yang sering menjadikan ulasan pelanggan di kedai ini kurang memuaskan adalah harga alat ganti yang agak mahal.

Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang mencari pelbagai alat ganti motor, Powerful Sparepart Motor Enterprise akan mengesyorkan anda alat ganti yang terbaik untuk motor kesayangan anda. Dari nama kedai saja, anda boleh tahu bahawa pilihan spare part yang mereka tawarkan sangatlah power!

Alamat: No. 7, Jalan Lagenda 3, Taman 1 Legenda, 75300 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.15 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1555 5528

WhatsApp Powerful Sparepart


6. Ah Sen Motor, Klebang Besar

Kedai Ah Sen Motor, Klebang Besar, Melaka

Lokasi Ah Sen Motor juga agak mudah dicari kerana terletak di Jalan Klebang Besar. Sudah pasti ramai yang tahu lokasi Pantai Klebang, bahkan penduduk luar dari negeri Melaka juga tahu di mana ia terletak. Jadi, kedai motor ini juga sudah tentu mudah dicari bukan saja bagi penduduk Melaka, tapi juga bagi mereka yang duduk di luar Melaka.

Walaupun rating di kedai ini agak baik, iaitu 4.0 bintang, mereka juga mendapat ulasan yang kurang memuaskan dari pelanggan. Antara ulasan yang kurang memuaskan adalah servis ala kadar dan kelihatan mekanik yang kurang berpengalaman.

Namun begitu, Ah Sen Motor telah mendapat ulasan yang positif seperti pekerja yang peramah, harga yang berpatutan dan mempunyai peralatan yang baik untuk membaiki motor. Jadi, anda tak perlu risau sangat kerana ramai pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan servis motor yang memuaskan di kedai motor ini.

Alamat: Lot 331, Jalan Klebang Besar/Klebang Kecil, Klebang Besar, 75200 Melaka

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-264 6290

WhatsApp Ah Sen Motor


Semua kedai motor yang kami senaraikan di atas memperolehi rating 4.0 ke atas. Jelaslah, banyak sebenarnya bengkel dan kedai motor yang boleh dipercayai di sekitar Melaka. Oleh itu, anda tidak perlu ragu lagi untuk mendapatkan servis pembaikan motor dan penukaran alat ganti motor.

Jika anda seorang penunggang motosikal di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh juga lihat artikel 8 Kedai Motor di Sentul yang Boleh Dipercayai. Jadi apa tunggu lagi? Bawalah motor anda ke kedai-kedai yang telah disenaraikan untuk servis yang berbaloi!

5/5 - (6 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Tayar di Melaka Terbaik Untuk Anda Servis Kereta!

Tayar merupakan komponen penting untuk sebuah kenderaan. Cara pengendalian tayar juga wajib untuk ambil tahu supaya jika berlaku sebarang kerosakan di jalan raya, kita...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x