Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor

Hujung tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk anda menukar, membeli dan upgrade barang keperluan mereka kepada yang baru kerana ini adalah waktu anda mendapat bonus tahunan! Selain itu, terdapat banyak promosi hujung tahun yang dibuat oleh peniaga-peniaga di luar sana termasuklah buat anda yang ingin menukar dan membaiki motor. Haaa, di sini kami senaraikan 10 kedai motor di Klang, Selangor yang wajib anda cuba. Semoga membantu! 

10 Kedai Motor di Klang, Selangor


1. Syarikat Motor Singa Sdn Bhd, Pelabuhan Klang

Syarikat Motor Singa Sdn Bhd, Pelabuhan Klang

Terletak tidak jauh dari Pelabuhan Klang, kedai ini menawarkan servis jual beli motor baru dan terpakai dengan harga yang sangat berbaloi dan mampu milik di Selangor. Layanan staf yang peramah dan baik menjadikan ia salah sebuah kedai yang menjadi tumpuan bagi pelanggan yang berminat untuk membeli dan membuat servis motor. Anda boleh membeli pelbagai jenis motor di sini dengan harga yang berpatutan. 

Tidak perlu menunggu lama untuk membeli kerana semuanya sudah tersedia ada di kedai dan jika anda ingin membeli dengan bayaran ansuran, proses untuk mendapatkannya agak cepat dan tidak rumit. Sesuai dengan moto “Kepuasan anda, Prihatin Kami”, anda pasti berpuas hati apabila membuat pembelian dari kedai tersebut.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan servis tukar minyak atau servis motor anda dari kedai ini dengan barang yang berkualiti. Anda juga akan diberikan jaminan selama 4 tahun dengan setiap pembelian motor yang dipilih. Menarik bukan! 

Alamat: 15,17, 19, Jalan Sungai Aur, Kawasan 13, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-31673588

WhatsApp Syarikat Motor Singa


 2. YQS – Kok Cheng Motorcycle Centre, Bukit Tinggi

YQS - Kok Cheng Motorcycle Centre, Bukit Tinggi

Terletak di kawasan bandar utama Bukit Tinggi, Klang, anda bolehlah singgah ke kedai ini untuk melihat motor kegemaran anda sambil berjalan dan shopping di Bukit Tinggi. Terdapat pelbagai jenis motosikal yang anda boleh pilih dengan harga yang berpatutan.

Ruang kedai yang selesa dan luas memudahkan anda untuk melihat dan membeli dengan lebih selesa. Selain itu, anda juga boleh membuat servis dan menukar alat ganti motor di sini dengan cepat memandangkan kedai ini juga menyediakan khidmat servis motor melalui pakar servis yang bertauliah.

Di samping itu, terdapat banyak promosi yang ditawarkan, dan layanan yang diberikan adalah sangat baik. Ramai pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan dari kedai ini. Cepat datang dan lihat sendiri motor pilihan anda di sini!

Kedai motor ini turut mempunyai beberapa cawangan di area Klang dan Selangor, iaitu di Taman Sentosa dan Sri Sentosa Klang. Jadi, jika tidak berkesempatan untuk pergi ke HQ Bukit Tinggi, anda boleh pergi ke cawangan mereka pula.

Alamat: 1, Jalan Bayu Tinggi 1b, Batu Unjur, 41200 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-7943071

WhatsApp Kok Cheng


3. Zul Motorparts, Jalan Rantau Panjang

Zul Motorparts, Jalan Rantau Panjang

Jika ada di antara anda yang tidak mahu menukar motosikal yang baru tapi mahukan sedikit perubahan atau penambahan, kedai ini untuk anda! Kedai ini menjual pelbagai coverset dan aksesori motor yang terkini original. Bagi anda yang sukakan kelainan dan kekemasan, inilah masanya untuk tukar dan upgrade motor anda kepada design yang sesuai dengan motor anda.

Dibuka sehingga 10 malam, anda bolehlah datang selepas waktu kerja. Pemasangan juga dilakukan oleh pekerja mereka yang mahir dan anda pasti berpuas hati dengan servis pemasangan yang dilakukan.

Bagi anda yang tinggal jauh atau di luar kawasan, jangan risau kerana anda boleh beli dan dapatkan barangan melalui pembelian atas talian. Jika nak berpuas hati dan nak tengok barangan dengan lebih dekat, hanya ikuti live yang mereka di media sosial. Mudah bukan! Segalanya hanya di hujung jari sahaja, harga pun mampu milik. Jadi, jom upgrade motor anda kepada yang baru!

Alamat: Lot 1076B,2, Jalan Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Ahad – Khamis (10.00 am – 10.00 pm), Jumaat (2.00 pm- 10.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-2748390

WhatsApp Zul Motorparts


4. Wah Motor Superbikes Sdn. Bhd, Kawasan 17

Wah Motor Superbikes Sdn. Bhd, Kawasan 17

Bagi peminat motor besar atau superbike, anda boleh mencari superbike dan mendapatkan aksesori superbike anda di sini. Terletak di Kawasan 17, Klang, kedai ini merupakan antara kedai pengedar motor jenis superbike terkenal di Selangor. Pelbagai promosi ditawarkan bagi memenuhi kepuasan anda. 

Menariknya, anda boleh miliki superbike dengan pembayaran deposit serendah RM0. Wahh, mana nak cari kan kedai motor besar yang menawarkan promosi yang sebegini. Jika anda sudah mempunyai superbike, anda juga boleh menghantar dan membuat servis motor anda di kedai ini dengan harga yang berpatutan dan servis yang pantas.

Dari luar, kedai ini kelihatan amat eksklusif dan reka bentuk dalamannya juga mewah. Jadi, apa tunggu lagi, cepat luangkan masa anda untuk datang dan merasai sendiri suasana eksklusif yang ada dalam kedai ini. 

Alamat: No 2, Lintang Gelugor, Off Persiaran Sultan Ibrahim, Kawasan 17, 41300 Klang, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-33429684

WhatsApp Wah Motor Superbikes


5. SHH Seng Huat Heng Motor, Taman Pekan Meru

SHH Seng Huat Heng Motor, Taman Pekan Meru

Selain daripada lokasi strategik kedai ini di Taman Pekan Meru, SHH Seng Huat Heng Motor menawarkan khidmat membaiki motosikal dan menawarkan servis yang sangat pantas! Kebanyakan pelanggan berpuas hati dan memberi komen yang baik berkenaan servis yang diberikan.

Tambahan pula, sekiranya anda ingin menjual dan membeli motor terpakai, inilah tempatnya! Anda boleh menjual motosikal anda yang lama dan menukarkan kepada yang baru melalui kedai ini dengan harga yang berpatutan.

Sebagai salah satu pengedar motosikal yang terbaik di kawasan ini, kedai ini juga menawarkan alat ganti yang berkualiti tinggi dengan harga yang murah berbanding kedai lain. Jika anda berada dan tinggal berdekatan dengan tempat ini, bolehlah singgah dan lihat motosikal idaman anda. 

Alamat: No. 1, Lorong Pepauh 1A, Taman Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 014-665 8852 

WhatsApp SHH


6. Sin Seng Huat Motor, Kapar

Sin Seng Huat Motor, Kapar

Berhampiran dengan laluan utama ke Kapar, Klang, kedai ini juga merupakan salah sebuah kedai motor di Selangor yang menjadi tumpuan orang ramai. Selain dari size kedainya yang agak besar, kedai ini membeli dan menjual motosikal yang baru dan terpakai. Mereka juga menjual pelbagai aksesori motor khas untuk peminat permotoran di kawasan ini. 

Dengan jaminan kualiti dan harga yang berpatutan, anda boleh membuat pilihan yang lebih banyak kerana di sini mereka menjual pelbagai jenis motosikal dan juga superbike. Rambang mata dibuatnya!

Selain itu, anda juga berpeluang untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan kerana kedai ini aktif dalam aktiviti sosial seperti “MotoGP 2022”, road show dan macam – macam lagi. Servis dan khidmat pelanggan yang ditawarkan juga sangat baik dan tidak mengecewakan.

Alamat: No, 17 Lorong Dato Kaya Kecil 6/KU13, Taman Indah, Batu 11 Kapar 42200 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3259 1324

WhatsApp Sin Seng Huat


7. Petaling Utama Motor Klang, Jalan Kapar

Kedai Petaling Utama Motor Klang, Jalan Kapar

Kedai ini berada di Jalan Kapar berhampiran dengan laluan utama untuk ke bandar Klang. Ia merupakan salah satu kedai yang menjadi perhatian pelanggan kerana lokasinya yang mudah untuk dicari.

Kedai ini menawarkan khidmat menjual dan membeli motosikal lama, serta servis perbaharui roadtax, insuran, puspakom juga urusan JPJ dengan harga yang mampu bayar. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membeli motosikal di kedai ini kerana semuanya sudah tersedia untuk anda. 

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelanggan memilih kedai ini kerana ia menjual motosikal dengan harga yang sangat berpatutan. Malah, jika anda tidak mampu untuk membeli motosikal dengan bayaran tunai, anda boleh membeli dengan bayaran ansuran bulanan dengan kadar interest dan deposit yang sangat rendah!

Alamat: 99, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03- 33432808

WhatsApp Petaling Utama Motor Klang


8. Chear Motor (HQ) Sdn Bhd, Taman Summit

Chear Motor (HQ) Sdn Bhd, Taman Summit

Chear Motor (HQ) Sdn Bhd ini merupakan cawangan pertama kedai motosikal yang terdapat di area Klang. Kedai ini bermula dengan servis menjual sparepart dan membaiki alat motosikal pada tahun 1987.

Kini, Chear Motor telah berkembang dengan pesat dan masih teguh berdiri di Klang, Selangor. Jika anda rasa kedai motosikal lain tidak menepati citarasa anda apa kata anda singgah sebentar di kedai ini untuk melihat jenis motosikal kegemaran anda? 

Anda boleh melihat variasi aksesori motor dan jenis motosikal berkuasa tinggi. Anda juga boleh melihat pelbagai jenama motosikal yang terkemuka dijual di kedai ini. Pastinya ia tidak akan mengecewakan anda!

Seterusnya, semua produk di kedai ini lengkap, berkualiti, dan dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini memudahkan anda untuk mendapatkan barang yang diingini mengikut bajet sendiri. 

Alamat: 27, Jalan Landasan, Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-3341 4593


9. Chong Motor, Pelabuhan Klang

Kedai Chong Motor Pelabuhan Klang

Terletak di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, kedai ini juga mempunyai satu cawangan kedua kedai di Pendamar Indah. Bestnya di sini, harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding kedai di kawasan sekitarnya.

Bagi peminat motor Yamaha terutamanya, anda boleh datang dan tengok koleksi Yamaha yang dijual di sini. Jika anda bukan peminat Yamaha, terdapat juga beberapa jenama motor lain, jadi anda masih berpeluang untuk memilih dan mendapatkan motor mengikut citarasa anda.

Seperti kebanyakan kedai motor di Klang yang lain, anda juga boleh melakukan servis di kedai ini dengan harga yang murah dan cepat. Sekiranya anda tinggal berdekatan dengan Chong Motor dan sedang mencari motosikal, book pembelian anda dengan segera dengan menghubungi staf mereka yang peramah.

Alamat: No. 61 G, Jalan Tengku Badar, Kampung Raja Uda, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-227 6019

WhatsApp Chong Motor


10. Hiap Aik Speed Motor Enterprise Sdn Bhd, Meru

Hiap Aik Speed Motor Enterprise Sdn Bhd, Meru

Kedai motosikal Hiap Aik ini juga menjual motosikal dari pelbagai jenama dengan harga yang mampu milik. Pendek kata, anda yang datang boleh “kaw tim” harga lah dengan owner kedai ini. Ramai pelanggan yang telah datang memberikan komen yang positif tentang servis mereka yang pantas dan murah. Selain menjual motor, kedai ini juga menjual aksesori motor seperti topi keledar, alat ganti yang original dan sebagainya. Anda boleh dapatkan barang motor anda yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. 

Sekiranya anda tidak pasti tentang barang yang ingin dibeli, terdapat staf yang berpengetahuan sedia untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Jika tidak berkesempatan untuk datang sendiri dan membeli di sini anda boleh juga membeli dan membuat pilihan secara atas talian kerana kedai ini juga mempunyai platform pembelian atas talian di Mudah.com. Jadi, anda boleh jadikan kedai ini sebagai kedai motor di Klang, Selangor yang anda boleh kunjungi.

Alamat: No 9, 11, 13, Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-33925886

WhatsApp Hiap Aik


Berikut merupakan 10 pilihan kedai motor di Klang, Selangor yang berbaloi untuk anda kunjungi. Jadi, kami harap senarai ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan bijak. Sebaiknya, anda buatlah pilihan berdasarkan bajet dan kemampuan anda. Dan sebelum membeli, jangan lupa untuk test drive dulu ya!

Jika anda juga sedang mencari kedai basikal di area Selangor, anda boleh melayari artikel Top 5 Kedai Basikal Setia Alam & Meru Yang Best. Semoga artikel tersebut bermanfaat!

4.6/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 10 Kedai Tayar Puchong Terbaik

Puchong, sebuah kawasan yang padat di Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai banyak tawaran komersial, tetapi juga sebagai tempat di mana...

6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor

Sudah masuk tahun baru, motor pun kenalah nampak baru! Jadi, kepada penunggang motosikal dan penggemar aksesori motor, anda harus mengunjungi enam kedai motor dengan...

10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!

Bila tiba waktu hujung minggu, mesti ada perancangan untuk bersiar-siar dengan keluarga atau rakan-rakan, kan? Tapi, kekadang, masa itu jugalah tayar kereta perlu ditukar...

7 Kedai Cermin Kereta Terbaik di Petaling Jaya, Selangor!

Pasti anda berasa susah untuk fokus semasa memandu apabila cermin kereta anda retak, bukan? Anda ingin ke kedai cermin kereta tapi tidak tahu di...

7 Kedai Tayar Terbaik di Bangi Anda Patut Cuba!

Keadaan tayar yang baik, berbunga tebal dan alignment yang seimbang amat penting. Sekiranya anda mendengar bunyi pelik atau anda merasakan sesuatu tidak best semasa...

8 Kedai Tayar di Kajang yang Berkualiti dengan Harga Berbaloi!

Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x