Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Motor di Sentul yang Boleh Dipercayai

Motor anda mengalami kerosakan? Atau anda penggemar aksesori motor? Atau mungkin anda sedang mencari motor baru? Kami telah menyenaraikan 8 kedai motor di Sentul untuk memudahkan urusan anda. Semua kedai di sini menyediakan perkhidmatan servis motor dan menjual pelbagai aksesori motor. Terdapat beberapa kedai yang mempunyai showroom dan menjual motor baru untuk anda pilih.

Penunggang motor mempunyai risiko kemalangan yang tinggi berbanding pengguna kereta. Sama ada disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya atau masalah daripada kenderaan itu sendiri, adalah penting untuk memastikan kenderaan anda sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Jadi jangan ambil mudah dengan keadaan motor anda dan pastikan anda mendapat perkhidmatan servis daripada mekanik yang berpengalaman.

8 Kedai Motor di Sentul


1. NKS Sport Bikers, Jalan Sentul

NKS Sport Bikers, Jalan Sentul

NKS Sport Bikers Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat di bawah NKS Group. Matlamat utama syarikat ini adalah untuk menyediakan perdagangan runcit alat ganti dan pembaikan motor yang terbaik untuk pelanggan. Semua barangan alat ganti adalah berkualiti tinggi dan tulen. 

Kedai di Sentul ini menawarkan perkhidmatan servis dan menjual pelbagai barang aksesori motor dengan harga yang berpatutan. Selain itu, mereka juga menjual pelbagai motosikal berjenama dan basikal sukan, seperti Yamaha, Honda, Kawasaki, Modenas, KTM dan lain-lain.

Alamat: 630-636, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4041 2668


2. Gerhana Motor Sport (Jamal Fz), Sentul Selatan

Gerhana Motor Sport (Jamal Fz), Sentul Selatan

Kedai motor yang terletak di Sentul Selatan ini menjual pelbagai aksesori motor terutamanya untuk motor Fz. Jika anda memiliki motor Fz, tempat ini akan menjadi kegemaran anda sama ada untuk membeli aksesori ataupun membaiki motor.

Semua barangan mereka berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang berpatutan. Namun jangan bimbang, kedai ini juga menjual barangan motor untuk pelbagai jenama lain juga. Gerhana Motor Sport beroperasi setiap hari untuk memudahkan anda datang mendapatkan perkhidmatan di sini.

Alamat: 637, Jalan Sentul, Sentul Selatan, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-239 3830

WhatsApp Gerhana Motor Sport


3. GT-Max Motors Sentul, Jalan Sentul

GT-Max Motors Sentul, Jalan Sentul

Kedai motor yang terletak di Jalan Sentul ini memberi perkhidmatan servis motor yang cepat dan pantas oleh mekanik yang profesional. Terdapat pelbagai barangan motor di sini yang dijual dengan harga yang berpatutan. 

Mereka juga menjual motor yang berkualiti seperti Honda dan Yamaha. Selain di Sentul, GT-Max Motors memiliki beberapa cawangan lain di sekitar Selangor.

Alamat: No, 756, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00 pm), Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2856 6232

WhatsApp GT-Max


4. T.W. Motor Supplies Sdn Bhd, Jalan Sentul

T.W. Motor Supplies Sdn Bhd, Jalan Sentul

Kedai ini menawarkan perkhidmatan servis motor dan aksesori motor dengan harga yang berpatutan. Staf mereka juga cekap dan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai masalah motor.

Alamat: 638, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4042 2851


5. Tang Motor Parts Trading, Jalan Sentul

Tang Motor Parts Trading, Jalan Sentul

Kedai motor ini menjual pelbagai alat ganti dan aksesori motor yang berkualiti. Mereka juga menawarkan perkhidmatan servis motor kepada pelanggan. Selain itu, kedai ini sentiasa menawarkan tawaran yang menarik untuk barangan mereka jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan tawaran tersebut. Tang Motor Parts Trading mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Selangor. 

Alamat: 734, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (9.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4051 2729

WhatsApp Tang


6. Ah Hong Motor Yamaha Authorize Service Centre Sentul, Sentul Selatan

Ah Hong Motor Yamaha Authorize Service Centre Sentul, Sentul Selatan

Ah Hong Motor merupakan pengedar motor Yamaha paling popular di Kuala Lumpur. Sebagai pengedar Yamaha terbesar dan tertua selama lebih 20 tahun, Ah Hong Motor terletak di tempat yang strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk memudahkan pelanggan datang ke kedai. Mereka memberikan perkhidmatan terbaik daripada jualan motor sehinggalah ke perkhidmatan servis. 

Staf mereka komited untuk menyediakan perkhidmatan pra dan pasca jualan yang paling komprehensif dan boleh dipercayai. Staf mereka sangat terlatih dan bersedia untuk membantu anda dalam sebarang masalah motor yang anda hadapi. Semua alat ganti motor adalah 100% tulen dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. 

Alamat: 6-8, Jalan Kampar, Sentul Selatan, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4041 7576

WhatsApp Ah Hong Motor


7. Bismi Motor Shop, Sentul Pasar

Bismi Motor Shop, Sentul Pasar

Kedai motor yang terletak di Sentul Pasar ini memberi perkhidmatan servis dan menjual barangan motor dengan harga yang berpatutan. Staf mereka berpengalaman dan sangat teliti dalam melakukan servis motor. Mereka juga sedia untuk membantu anda dalam masalah yang berkaitan dengan motor. 

Alamat: No. 64, Jalan Sentul, Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin (8.00 am – 9.00 pm), Selasa (8.00 am – 9.45 pm), Rabu – Sabtu (8.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-212 1786

WhatsApp Bismi Motor


8. Abang Motorsport, Bandar Baru Sentul

Abang Motorsport, Bandar Baru Sentul

Abang Motorsport menyediakan perkhidmatan membaiki semua jenis motor dan menjual aksesori motor. Mereka juga menyediakan perkhidmatan mengubah suai dan membaik pulih motor. Servis yang diberikan adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Staf mereka juga ramah dan sedia menjawab sebarang pertanyaan anda mengenai barangan motor.

Alamat: 65, Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-219 9070

WhatsApp Abang Motorsport


Sentul merupakan syurga penggemar motor. Terdapat banyak kedai motor yang memberikan perkhidmatan servis dan menjual pelbagai aksesori motor. Kami harap senarai ini dapat sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan anda dalam mencari kedai motor di Sentul yang terbaik. Pastikan anda bandingkan harga barangan dan perkhidmatan di setiap kedai untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. 

Sambil menunggu motor anda dibaiki, anda mungkin memerlukan kenderaan sementara untuk memudahkan anda pergi ke tempat lain. Semoga artikel ini Top 10 Kereta Sewa di KL Yang Best & Murah dapat membantu anda.

4.6/5 - (19 votes)

Anda Mungkin Berminat

TOP 11 Kedai Tayar Kepong Yg BEST

Di kawasan Kepong, terdapat berbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan berkaitan lain. Tambahan...

12 Kedai Tayar Cheras Paling Pro & Murah

Jika anda sedang mencari senarai kedai tayar yang terdapat di Cheras, anda boleh dapatkannya dalam perkongsian ini. Terdapat pelbagai pilihan kedai tayar Cheras yang...

8 Kedai Bateri Kereta Tip Top di Kuala Lumpur!

Pernah diantara kita yang mengalami peristiwa cemas apabila kereta kita tidak dapat dihidupkan. Tambah kalut lagi apabila kita sudah lambat untuk pergi kerja di...

11 Kedai Tayar Ampang Yg TOP

Jika anda tinggal di kawasan Ampang, anda boleh dapatkan pelbagai pilihan kedai tayar Ampang yang menawarkan perkhidmatan yang murah, berkualiti dan cekap dalam mengendalikan...

TOP 5 Kedai Tayar Kuala Lumpur Terbaik

Perkembangan dan perubahan dalam industri tayar semakin berkembang pesat di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai pilihan kedai tayar Kuala Lumpur yang menawarkan jenis dan jenama...

10 Kedai Motor di Kuala Lumpur dengan Servis yang Terbaik

Motor merupakan antara jenis pengangkutan yang popular kerana harganya yang lebih murah dan lebih mudah untuk memintas kenderaan besar yang lain. Bagi yang sedang...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x