Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Motor di Kuala Lumpur dengan Servis yang Terbaik

Motor merupakan antara jenis pengangkutan yang popular kerana harganya yang lebih murah dan lebih mudah untuk memintas kenderaan besar yang lain. Bagi yang sedang mencari motor untuk kegunaan peribadi, sudah pasti terdapat beberapa spesifikasi yang diinginkan bagi memudahkan aktiviti seharian. Oleh itu, kami senaraikan 10 kedai motor di Kuala Lumpur dengan servis yang terbaik untuk anda!

Untuk penduduk yang tinggal di bandar raya, terdapat banyak pilihan kedai motor menarik yang boleh dikunjungi. Perkara ini penting kerana penyelenggaraan motor perlulah dilakukan secara berkala bagi memastikan motor yang dinaiki sentiasa dalam keadaan yang terbaik. 

Dengan kewujudan kedai motor yang banyak, pelanggan bolehlah mendapatkan perkhidmatan untuk membaiki motor sekiranya terdapat kerosakan pada motor yang tidak boleh dibetulkan bersendirian. Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk ketahui kedai-kedai motor yang terbaik di Kuala Lumpur.

10 Kedai Motor di Kuala Lumpur


1. Motosing Sdn. Bhd., Pudu

Motosing Sdn. Bhd., Pudu

Terletak di Pudu, Kuala Lumpur, kedai motor Motosing berada berhampiran dengan pusat membeli-belah Lalaport dan Berjaya Times Square yang selalu dikunjungi oleh orang ramai.

Kedudukan yang strategik ini membuatkan kedai ini digemari oleh pelanggan untuk datang mencari atau membaiki motor mereka. Motor yang disusun dengan kemas dan cantik di luar kedai juga dapat menarik perhatian pengunjung untuk singgah dan melihat motor yang mereka minat.

Bagi mereka yang sibuk bekerja, perkhidmatan tempahan di atas talian juga disediakan untuk memudahkan pelanggan melakukan pembelian. Dengan cara ini, pelanggan dapat menjimatkan masa mereka untuk datang ke kedai dan melakukan urusan yang penting sahaja.

Pelan bayaran secara ansuran setiap bulan juga ditawarkan dengan harga yang murah kepada pelanggan. Anda mahukan down payment yang murah, serendah RM1? Pastikan anda mengikuti Facebook mereka untuk mengetahui promosi terhad yang terkini!

Alamat: 189, Jalan Pudu, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.15 am – 6.45 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-225 0128

WhatsApp Motosing


2. GT-Max Motors Sentul, Sentul

GT-Max Motors Sentul, Sentul

Kedai motor GT-Max Motors Sentul ini merupakan cawangan GT-Max yang baharu di Kuala Lumpur. Dengan keadaan motor yang tersusun di dalam dan luar kedai, pengunjung dapat mengambil masa mereka untuk melihat motor pilihan dengan keadaan yang lebih santai.

Untuk pelanggan yang sudah ada motor tapi ingin membeli motor yang baharu, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan membeli dan menjual motor terpakai. Proses pembelian motor pula boleh dilakukan di kedai fizikal ataupun secara di atas talian yang memudahkan pembeli yang kesuntukan masa untuk ke kedai.

Bagi penggemar helmet motosikal, di sini terdapat pelbagai jenis variasi helmet untuk anda pilih dan menyesuaikan dengan gaya anda tersendiri. Selain dari melindungi kepada anda, helmet juga dapat meningkatkan keyakinan pemandu untuk berada di jalan raya.

Aksesori motor yang lain seperti baju hujan, kunci tayar motosikal dan beg juga dijual disini. Sekiranya anda sedang fikir untuk membeli motor dengan kelengkapannya secara terus, di sinilah tempat yang sesuai anda untuk kunjungi pada masa akan datang.

Alamat: No 756, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00 pm), Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-2856 6232

WhatsApp GT-Max Sentul


3. DV Eight Motor, Segambut

Kedai DV Eight Motor, Segambut, Kuala Lumpur

Untuk yang sedang mencari peralatan ganti motor dan servis pembaikan motor di Kuala Lumpur, kedai DV Eight Motor merupakan tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Dengan pekerja yang mempunyai kemahiran dalam membaiki motor, masalah yang dihadapi pada motor anda pasti dapat dikenalpasti dan dibaiki dengan segera.

Layanan pekerja yang baik untuk menyelesaikan masalah pelanggan juga dapat meringankan beban pelanggan untuk menerangkan masalah yang mereka hadapi. Yang menariknya tentang kedai ini adalah mereka menawarkan harga yang murah dan berpatutan kepada pelanggan bagi setiap servis yang diberikan!

Kehadiran pelanggan yang ramai juga dapat memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendapat pengetahuan baru dengan melihat pekerja kedai membaiki motor lain dan mengetahui masalah yang boleh berlaku kepada motor.

Oleh itu, pengunjung yang datang ke kedai ini boleh mendapatkan perkhidmatan servis yang memuaskan sambil menambah ilmu dalam dunia permotoran untuk digunakan kelak. Menarik, kan?

Alamat: 163, Jalan Segambut, Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-336 3213

WhatsApp DV Eight


4. Eang Chun Motor Sdn Bhd, Setapak

Kedai Eang Chun Motor Sdn Bhd, Setapak, Kuala Lumpur

Eang Chun Motor merupakan salah satu kedai motor yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Kedai ini mengambil 7 lot buah kedai dan mempunyai ruang yang luas untuk mempamerkan pelbagai motor yang menarik. 

Antara jenama motor yang dijual di sini adalah Kawasaki, Yamaha, Honda, Suzuki, Modenas dan lain-lain. Bagi pelanggan yang baru pertama kali membeli motor di kedai ini, mereka berpeluang untuk mendapat hadiah berkaitan dengan kelengkapan motor secara percuma!

Selain itu, kedai ini menyediakan beberapa perkhidmatan seperti penggantian tayar, pengujian minyak dan asap, pembelian alat ganti serta pemeriksaan dan pembersihan motor. Tenaga kerja staf yang sudah mahir dalam memberikan perkhidmatan yang laju dan layanan yang baik semasa memberikan maklumat penting juga mampu membuatkan pelanggan menikmati pengalaman yang selesa di kedai ini. 

Anda juga boleh membuat pembelian motor dengan membuat pinjaman di kedai ini. Oleh itu, anda tidak perlu risau, kerana anda boleh membeli motor idaman anda di sini dengan harga berpatutan dan servis yang berbaloi!

Alamat: 69-75, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (12:00 pm – 4:00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4023 4790

Whatsapp Eang Chun Motor 


5. Sunny Cycle (Syarikat Motosikal Sunny), Setapak

Sunny Cycle (Syarikat Motosikal Sunny), Setapak

Terletak berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa, Sunny Cycle merupakan salah satu kedai motor yang anda boleh lawati di kawasan Kuala Lumpur. Selain dari harga motor di kedai ini yang murah dan berpatutan, potongan diskaun juga diberikan kepada pelanggan mereka yang ingin membeli motor di sini. 

Ditubuhkan pada tahun 1981 dan sudah berpengalaman lebih dari 40 tahun di dalam industri automotif, pelanggan bolehlah berasa yakin untuk menikmati perkhidmatan penyelenggaraan dan pertukaran alat ganti motor yang memuaskan di sini. 

Kedai ini juga selalu dikunjungi oleh pelancong asing yang menaiki motor mereka sendiri untuk diservis sebelum mereka meneruskan perjalanan jarak jauh mereka. Layanan yang mesra oleh pemilik kedai yang mengambil masa untuk berborak bersama pelanggan juga dapat memberikan pengalaman yang terbaik.

Di sini juga terdapat aksesori motor seperti helmet yang berkualiti tinggi yang diimport dari Amerika Syarikat dan German. Oleh itu, pelanggan bolehlah berjalan-jalan di dalam kedai untuk melihat aksesori motor yang lain untuk melengkapkan perjalanan mereka ketika di jalanan. 

Alamat: 37, Jalan Pahang, Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-210 3216

WhatsApp Sunny Cycle


6. Sim Motors Electric Sdn Bhd, Jalan Ipoh

Sim Motors Electric Sdn Bhd, Jalan Ipoh

Dengan pilihan stok motor yang banyak, kedai Sim Motors Electric merupakan kedai motor yang patut dikunjungi oleh pelanggan di Kuala Lumpur untuk melihat dan mencari jenis motor yang mereka mahukan. 

Kedai motor ini mempunyai ruangan yang luas bagi menempatkan dan menjual motor dari jenama Kawasaki, Yamaha, Honda, Suzuki, Modenas dan SYM. Antara jenis motor yang dijual di sini termasuk motor kapcai, superbike dan ATV. Kedai ini juga menjual motor terpakai yang murah serta mempunyai pelan membayar secara ansuran yang menarik.

Bagi yang masih buntu untuk memilih motor idaman mereka, jangan risau! Staf di kedai ini sedia membantu untuk menerangkan kepada anda setiap ciri dan spesifikasi motor sehingga anda puas dan dapat memilih motor yang paling bersesuaian dengan anda.

Terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan, pekerja di kedai ini akan meluangkan masa bersama anda untuk menjawab apa-apa persoalan bagi memastikan anda memilih motor yang betul.

Alamat: K8, K9 & K10, Batu 4, 1/4, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6257 8895

WhatsApp Sim Motors


7. Chong Motor, Jalan Kuching

Kedai Chong Motor, Jalan Kuching, Kuala Lumpur

Chong Motor merupakan sebuah gudang motor kecil yang menawarkan pelbagai motor dengan harga berpatutan. Bagi yang ingin membeli motor untuk keluar dari negeri bagi hal bekerja atau melancong, jenama motor Yamaha ada dijual di sini untuk kegunaan jarak jauh.

Motor yang dijual di kedai ini juga mempunyai banyak pilihan warna yang boleh dipilih dari warna hijau, biru, merah, oren, kuning dan lain-lain mengikut kepada citarasa pembeli. Jadi, pembeli bolehlah berurusan dengan pihak kedai yang peramah untuk memilih motor yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Kedai ini juga selalu melakukan jualan promosi motor dengan harga yang lebih murah sempena tarikh penting seperti jualan tahun baru. Bukan itu sahaja, kaedah pembayaran secara ansuran yang murah juga ditawarkan supaya pembeli dapat membeli motor mereka dengan mudah dan cepat.

Alamat: Lot 11, Jalan 1/42, Jalan Kuching, Taman City, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (10.00 am – 5.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-520 1620

WhatsApp Chong Motor


8. Yamaha Star Centre Sin Hoong Hin Motosikal Sdn Bhd, Taman Danau Kota

Yamaha Star Centre Sin Hoong Hin Motosikal Sdn Bhd, Taman Danau Kota

Yamaha Star Centre Sin Hoong Hin Motosikal merupakan kedai yang mengutamakan penjualan motor berjenama Yamaha dari Jepun. Kedai ini sentiasa dijaga dengan bersih dan tersusun bagi memudahkan pengunjung untuk masuk mencari motor kegemaran mereka. 

Layanan staf yang baik serta perkhidmatan di ruang yang luas dan cantik mampu memberikan keselesaan terhadap pelanggan yang datang ke kedai ini. Bagi mereka yang ingin membeli motor baru, anda bolehlah membuat kunjungan di sini untuk membeli motor dengan reka bentuk yang menarik dengan harga yang berpatutan.

Kedai ini juga selalu menganjurkan karnival dan konvoi di luar negeri bagi mereka yang ingin turut bersama memeriahkan keadaan. Aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan yang baik di antara pihak kedai dengan pelanggan supaya mereka rasa berbaloi untuk membeli di kedai ini. 

Jadi, pelanggan yang sudah membeli motor di sini bolehlah turut menyertai mereka dalam rombongan ke luar daerah di mana anda boleh membuat kawan baharu serta berkenalan dengan mereka yang lebih arif berkaitan motor. 

Alamat: 2, Jalan 2/23a, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4144 2273

WhatsApp Sin Hoong


9. YQS Super Racing Motorcycle Parts Sdn. Bhd., Taman City

YQS Super Racing Motorcycle Parts Sdn. Bhd., Taman City

Kedai YQS Super Racing Motorcycle Parts merupakan kedai yang mengutamakan penjualan motor yang mempunyai reka bentuk sesuai untuk kelajuan yang lebih tinggi. Dengan ruang kedai motor yang luas, pihak kedai telah memberi keselesaan kepada pengunjung untuk melihat motor di kedai ini. 

Pengunjung juga berpengalaman untuk melihat motosikal mereka dibaiki dalam ruang khas di sebalik cermin sambil mereka menunggu. Pembelian aksesori motor seperti basket dengan paten tersendiri juga terdapat di kedai ini bagi mereka yang inginkan perhiasan kepada tempat letak barang di motor mereka. 

Dengan layanan dan perkhidmatan staf yang baik serta penjualan aksesori motor yang lengkap, pengunjung pasti berasa selesa kerana dapat membeli semua perkara yang mereka kehendaki di satu kedai sahaja.

Alamat: No. 19, 20, & 21, Ground Floor, Jalan Kuching, Taman City, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-6241 9810

WhatsApp YQS Super Racing


10. NKS Sport Bikers Sdn. Bhd., Sentul

NKS Sport Bikers Sdn. Bhd., Sentul

Kedai NKS Sport Bikers merupakan kedai motor yang sesuai bagi mereka yang ingin mencari motor yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Selain dari motor, penjualan aksesori motor juga terdapat di sini seperti sport rim yang mempunyai pelbagai corak dan warna untuk memberikan penampilan baru pada motor. 

Alat ganti motor juga terdapat di sini untuk anda membaiki kerosakan pada motor anda selepas melakukan pemanduan motor secara jarak jauh. Dengan layanan yang baik oleh staf yang professional, masalah anda juga boleh diselesaikan dengan cepat.

Dengan matlamat pihak kedai untuk mencapai 4S (Sales, Service, Spare Part and Safety) pekerja di kedai ini akan memastikan setiap perkhidmatan akan dilakukan secara pantas dan cekap. 

Oleh itu, pelanggan bolehlah menikmati proses yang laju dalam melakukan pembelian motor baharu ataupun untuk membaiki motor mereka di sini. Penerangan oleh staf untuk menyelesaikan masalah juga dapat membantu pelanggan untuk mengenalpasti punca sebenar kerosakan motor supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

Alamat: 630 – 636, Jalan Sentul, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-4041 2668

WhatsApp NKS


Bagi penggemar motosikal di luar sana, kami berharap senarai ini dapat membantu anda mencari kedai motor yang sesuai untuk anda di Kuala Lumpur dengan servis yang terbaik. Setiap kedai motor mempunyai keselesaan tersendiri dari segi tempat dan perkhidmatan mereka oleh pekerja mahir yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. 

Oleh itu, mengetahui dan meneliti kedai motor yang sesuai untuk anda adalah wajar kerana kesibukan kedai motor pada waktu kemuncak mampu menghalang anda dari membeli satu. Jadi, carilah kedai motor yang sesuai dengan gaya hidup anda!

Jika anda juga sedang mencari kedai motor di sekitar kawasan Selangor, kami ada artikel untuk anda! Lihatlah artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor.

5/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Motor di Sentul yang Boleh Dipercayai

Motor anda mengalami kerosakan? Atau anda penggemar aksesori motor? Atau mungkin anda sedang mencari motor baru? Kami telah menyenaraikan 8 kedai motor di Sentul...

11 Kedai Tayar Ampang Yg TOP

Jika anda tinggal di kawasan Ampang, anda boleh dapatkan pelbagai pilihan kedai tayar Ampang yang menawarkan perkhidmatan yang murah, berkualiti dan cekap dalam mengendalikan...

8 Kedai Bateri Kereta Tip Top di Kuala Lumpur!

Pernah diantara kita yang mengalami peristiwa cemas apabila kereta kita tidak dapat dihidupkan. Tambah kalut lagi apabila kita sudah lambat untuk pergi kerja di...

6 Pilihan Terbaik Kedai Aksesori Kereta di Sekitar Kuala Lumpur

Semua pemandu sudah pasti mempunyai impian untuk mencantikkan atau menambah baik aksesori kereta mereka. Dalam pada itu, pemandu atau pemilik kereta akan mencari aksesori...

TOP 11 Kedai Tayar Kepong Yg BEST

Di kawasan Kepong, terdapat berbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan pelbagai perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan berkaitan lain. Tambahan...

TOP 5 Kedai Tayar Kuala Lumpur Terbaik

Perkembangan dan perubahan dalam industri tayar semakin berkembang pesat di Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai pilihan kedai tayar Kuala Lumpur yang menawarkan jenis dan jenama...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x