Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

6 Kedai Motor dengan Servis Terbaik di Sekitar Puchong, Selangor

Sudah masuk tahun baru, motor pun kenalah nampak baru! Jadi, kepada penunggang motosikal dan penggemar aksesori motor, anda harus mengunjungi enam kedai motor dengan servis terbaik di sekitar Puchong, Selangor, untuk mendapatkan perkhidmatan motor yang berbaloi.

Jika anda mempunyai motor yang sudah lama mengalami kerosakan atau tidak membuat penyelenggaraan, sudah tiba masanya untuk membawanya ke kedai tahun baru ini. Jangan risau, kedai-kedai yang tersenarai sudah pasti dapat memberikan servis motor yang terbaik, tidak kira masalah apa motor anda alami. Jadi, teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut tentang enam kedai motor best di Puchong, Selangor!

6 Kedai Motor di Sekitar Puchong, Selangor


1. Arrow Motowerkz by Vi Motowerkz, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong

Arrow Motowerkz by Vi Motowerkz, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong

Para penunggang motor boleh mengunjungi kedai Arrow Motowerkz by Vi Motowerkz walaupun pada hari cuti kerana kedai ini dibuka setiap hari. Hal ini dapat menyelesaikan masalah anda yang tiada masa untuk membaiki motor yang rosak pada hari sibuk bekerja.

Tambahan pula, kedai motor ini juga mendapat ulasan yang baik dari pelanggan sehingga ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh untuk membaiki motornya di kedai ini. Servis mereka juga dikatakan sangat mantap. Hal ini membuktikan bahawa Arrow Motowerkz mempunyai pekerja yang berkualiti dan berpengalaman. 

Alamat: 22G, Jalan Industri PBP 1/1, Taman Perindustrian Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 8.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 pm – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-359 0086

WhatsApp Arrow Motowerkz


2. Ashiem-BikeWerks, Kampung Kenangan

Ashiem-BikeWerks, Kampung Kenangan

Kedai motor Ashiem-BikeWerks dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Jika anda tiada masa untuk memperbaiki atau servis motor pada waktu bekerja, anda boleh mengunjungi kedai ini selepas waktu bekerja untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Hal ini kerana ia dibuka dari petang hingga tengah malam mengikut waktu operasi mereka.

Kedai motor ini juga banyak mendapat pujian tentang pekerjanya yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidangnya. Ini akan lebih meyakinkan penunggang motosikal untuk menerima perkhidmatan dari Ashiem-BikeWerks.

Terdapat juga pelanggan yang mengatakan bahawa kedai motor ini adalah yang terbaik untuk penunggang motosikal jenama Kawasaki. Walau bagaimanapun, kedai motor ini tidak tersenarai di Google Maps. Jadi, anda perlu merujuk kepada Facebook Ashiem-BikeWerks untuk mendapatkan alamat kedai ini.

Alamat: 19, Jalan Subang 10, Kampung Kenangan, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (3.00 pm – 12.00 am), Sabtu (3.00 pm – 9.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1192 0724

WhatsApp Ashiem-BikeWerks


3. Moto Moto, Kampung Baru Puchong

Moto Moto, Kampung Baru Puchong

Moto Moto merupakan suatu kedai motor di Puchong, Selangor, yang menawarkan pelbagai jenis servis untuk motor. Antara perkhidmatan di kedai ini adalah membaiki kerosakan, khidmat penyelenggaraan motor, menukar alat ganti motor, menjual aksesori dan menjual motor baru dan terpakai. 

Kedai motor ini juga mempunyai pekerja yang peramah dan sedia untuk membantu anda. Bahkan, staf mereka akan menerangkan kepada anda tentang penjagaan motor anda. Pekerja di kedai ini juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam semua masalah yang anda hadapi dengan motor anda.

Jika anda mempunyai motor-motor besar yang inginkan khidmat penyelenggaraan, jangan takut untuk mengunjungi Moto Moto kerana kemampuan mereka sering dipuji para penunggang motosikal.

Alamat: LDP, Kampung Baru Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.15 am – 7.00 pm), Jumaat (2.30 pm – 7.00 pm), Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8068 1600


4. Chai Man Motor, Taman https://www.bizmalay.com/en/moto-moto-03-8068-1600Putra Perdana

Chai Man Motor, Taman Putra Perdana

Kedai Chai Man Motor yang terletak di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, ini buka setiap hari kecuali hari Ahad. Bagi peminat-peminat aksesori motor atau ingin modify motor menjadi lebih laju, Chai Man Motor adalah antara pilihan yang tepat untuk anda. Hal ini kerana pelanggan mereka sering memberikan maklum balas bahawa kedai ini sesuai untuk ‘racing boy’.

Selain itu, kedai motor ini juga mendapat banyak ulasan pelanggan yang positif kerana pekerja mereka yang cekap membaiki dan servis motor. Kedai ini juga menawarkan harga yang berpatutan untuk pelanggan. Bagi anda yang berjiwa racing, kunjungilah Chai Man Motor untuk mencari barang-barang motor yang anda perlukan. 

Alamat: G – 26, Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-676 2303

WhatsApp Chai Man


5. Kedai Motosikal Fook Kieng, Taman Puchong Perdana

Kedai Motor Motosikal Fook Kieng, Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor

Kedai Motor Fook Kieng yang terletak di Taman Puchong Perdana ini terkenal dengan harga penjualan motor yang murah berbanding di kedai-kedai yang lain di Selangor. Kedai motor ini menjual motor terpakai, malah anda juga boleh menukar beli motor anda di sini. 

Tambahan pula, kedai motor ini juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan motor. Kedai ini sering dipuji oleh pelanggan mereka kerana pengurusan mereka yang sangat pantas dan terbaik. 

Bagi yang sudah bosan dengan motor lama anda, marilah kunjungi kedai motor ini untuk mencuci mata dengan motor-motor yang boleh anda tukar beli. Harga yang ditawarkan juga akan lebih murah berbanding anda beli motor yang lain. 

Alamat: No. 42, Jalan Perdana 3/1, Taman Puchong Perdana, 47100 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8066 6768

WhatsApp Kedai Motosikal Fook Kieng


6. Motor Part 1, Taman Tasik Prima

Kedai Motor Part 1, Taman Tasik Prima, Puchong, Selangor

Kedai Motor Part 1 terletak di Prima Biz Hub, Puchong, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali pada hari Ahad. Jika anda tidak mempunyai masa untuk datang ke kedai ini, tidak perlu risau. Kedai ini mempunyai Shopee page di mana anda boleh order part motor yang berkualiti di atas talian.

Dengan rating 4.2 bintang, kedai ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan mereka. Antara ulasan positif yang kedai ini sering terima ialah Motor Part 1 menjual coverset motor dengan harga yang murah berbanding kedai motor yang lain. 

Jadi, bagi penduduk di sekitar Puchong yang mencari cover set untuk mencantikkan motor mereka, silalah datang ke Motor Part 1 untuk mencari aksesori motor yang anda inginkan.

Alamat: No 27-3B, Jalan Tasik Prima 5/ 2, Block C, Prima Biz Hub, Taman Tasik Prima, 47150 Puchong, Selangor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (11.00 am – 8.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-350 3579

WhatsApp Motor Part 1


Berdasarkan ulasan tentang enam kedai motor yang disenaraikan di atas, anda boleh membuat pilihan kedai yang terbaik untuk anda membaiki dan menyelenggara motosikal anda di Puchong, Selangor. Kedai-kedai ini juga menjual aksesori motor yang cantik dan murah, jadi, ia sangat sesuai untuk anda yang ingin mencantikkan motor anda.

Namun, jika anda kurang berpuas hati dengan kedai-kedai motor di Puchong ini, anda boleh melayari artikel kami, 10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor. Jadi, apa tunggu lagi? Bawa motor anda untuk menerima servis yang terbaik dari kedai-kedai motor yang disenaraikan.

 

5/5 - (7 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...

6 Bengkel Kereta Terbaik di Batu Caves, Selangor

Kedai membaiki kenderaan adalah tempat di mana perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan disediakan untuk kenderaan bermotor, terutamanya kereta atau motosikal. Di bengkel kereta, juruteknik terlatih...

6 Kedai Tayar di Rawang Dengan Servis Tiptop!

Anda perlu lakukan alignment dan balancing untuk tayar kereta? Tapi terlalu banyak kedai tayar di Rawang sehinggakan anda tidak tahu nak pilih yang mana...

10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor

Hujung tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk anda menukar, membeli dan upgrade barang keperluan mereka kepada yang baru kerana ini adalah waktu anda...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x