Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Bengkel Kereta Yang Menarik di Shah Alam!

Kereta merupakan salah satu kenderaan yang utama bagi rakyat Malaysia untuk bergerak ke tempat yang jauh dari rumah kediaman. Ramai di Malaysia menggunakan kenderaan peribadi mereka untuk pergi mencari makan, kerja ataupun untuk melawat destinasi yang menarik.

Penggunaan kereta yang kerap selalunya akan menyebabkan timbulnya masalah pada kereta. Jika tidak dijaga dengan elok, masalah yang kenderaan anda alami boleh menjadi teruk sehingga boleh mengakibatkan kemalangan yang serius. Namun, ia boleh dielak sekiranya anda membuat pemeriksaan awal.

Oleh itu, marilah kita lihat 10 bengkel kereta yang menarik di Shah Alam untuk anda kunjungi. Anda boleh mendapatkan khidmat penyelenggaraan berkala di bengkel ini supaya kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan yang terbaik di sepanjang masa.

10 Bengkel Kereta di Shah Alam


1. Search Farus Garage, Seksyen 15

Bengkel Kereta Search Farus Garage, Seksyen 15 Shah Alam

Pusat Servis Kenderaan Search Farus Garage ini merupakan bengkel kereta yang diiktiraf oleh Petronas yang terletak di Shah Alam. Perkhidmatan yang ditawarkan di sini termasuk membaiki kerosakan kecil ataupun kerosakan besar di bahagian enjin, membaiki aircond, mengecat dan membasuh kereta.

Lokasi bengkel ini adalah sangat strategik untuk mereka yang menggunakan kenderaan bagi urusan rasmi ataupun peribadi. Hal ini kerana ia terletak bersebelahan dengan Lebuhraya persekutuan serta berhampiran dengan bangunan KWSP dan Kompleks IDCC Shah Alam.

Walaupun ruang garaj yang kecil, kelengkapan untuk membaiki kenderaan di sini adalah banyak. Ianya juga sesuai untuk membaiki kenderaan anda yang sering mengalami masalah ketika dalam perjalanan.

Alamat: Blok G, Dataran Automobil, 17-25, 17, Jalan Pahat K 15/K, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10.00 am – 10.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Search Farus Garage


2. GoMechanic, Seksyen 16

Bengkel Kereta GoMechanic, Seksyen 16 Shah Alam

GoMechanic merupakan kedai bengkel kereta yang diwujudkan di India untuk menyelesaikan masalah yang khusus dihadapi oleh kenderaan anda. Kini, syarikat ini telah berkembang di Malaysia dengan beribu pejabat di The Strand, Petaling Jaya.

Cawangan GoMechanic di Shah Alam adalah di Seksyen 16. Dengan beberapa pakej untuk penyelenggaraan berkala, anda bolehlah memilih pakej yang sesuai untuk kegunaan anda bagi tempoh waktu yang tertentu.

Selain dari pakej penyelenggaraan, perkhidmatan untuk membasuh, memeriksa serta menukarkan peralatan kereta, anda juga disediakan bagi mereka yang menginginkan perkhidmatan yang terbaik untuk kenderaan mereka.

Bagi pelanggan yang menginginkan perkhidmatan pada harga yang lebih murah, anda bolehlah melayari laman sosial mereka. Mereka sangat aktif di laman sosial mereka, dengan pertandingan dengan hadiah lumayan serta promosi yang menarik untuk pelanggan menikmati harga pembelian yang lebih rendah untuk tempoh waktu yang tertentu.

Alamat: Jalan Sungai Rasa, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.00 am – 8.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Instagram | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-9212 1789

WhatsApp Go Mechanic


3. Bengkel Automotive OLie, Kampung Melayu Subang

Bengkel Automotive OLie, Kampung Melayu Subang

Bengkel Automotive OLie (KMS) ini merupakan salah satu bengkel yang terletak di shah Alam yang mempunyai pelbagai perkhidmatan untuk membaiki kereta.

Dengan layanan staf dan mekanik yang baik dan ingin membantu, mereka akan cuba untuk memberi jalan penyelesaian untuk masalah kereta anda. Sama ada untuk mengekalkan atau menggantikan komponen yang terdapat di dalam kereta, mereka sedia membantu!

Ruang bengkel yang luas juga memudahkan pelanggan untuk membawa kereta mereka datang ke sini. Mereka turut mempunyai pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah yang terdapat pada kereta anda.

Keunikan bengkel kereta ini adalah lokasinya yang dekat dengan taman perumahan. Ianya sangat senang untuk pelanggan datang ke sini sekiranya mempunyai masalah kereta kerana kekurangan kesesakan lalu lintas.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mencari bengkel yang lebih santai untuk anda mengetahui masalah kereta anda dan cara untuk memperbaikinya, anda bolehlah datang ke sini untuk mendapatkan layanan perkhidmatan yang baik dengan suasana yang selesa.

Alamat: 5821, Lorong Tembusu, Kampung Melayu Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Rabu & Jumaat – Sabtu (10.00 am – 7.00 pm), Khamis (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Bengkel Automotive OLie


4. Sufaz Auto Services, Seksyen 17

Sufaz Auto Services, Seksyen 17

Sufaz Auto Services merupakan bengkel yang mempunyai kepakaran untuk membaiki kereta berjenama Volvo dan jenama yang lain.

Kedudukan lokasi bengkel ini yang terletak di hujung kawasan perumahan membuatkan bengkel ini agak luas untuk membaiki kereta yang banyak dalam satu masa. Laluan ke bengkel ini juga senang untuk digunakan dan mereka turut menyediakan kawasan tempat letak kereta percuma. 

Selain itu, bengkel kereta ini juga dikelilingi dengan pusat membaiki kereta seperti mengecat, membetulkan penghawa dingin kereta dan juga pusat pembetulan tingkap cermin kereta. Perkara ini akan memberi kemudahan kepada pelanggan untuk memilih servis yang mereka mahukan tanpa perlu mencari kedai lain yang jauh perjalanannya.

Bagi mereka yang ingin membuat persediaan yang lengkap sebelum melakukan perjalanan dalam jarak jauh, mereka bolehlah melakukan perkara tersebut sekaligus di satu tempat sahaja. 

Alamat: 22, Jalan Toman Satu 17/58a, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi:

  • Isnin – Khamis & Sabtu (10.00 am – 6.00 pm)
  • Jumaat (10.00 am –1.00 pm, 2.30 pm – 6.00 pm)
  • Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Sufaz Auto Services


5. Zafran Auto Services Sdn Bhd, Seksyen 19

Zafran Auto Services Sdn Bhd, Seksyen 19

Zafran Auto Services Sdn Bhd merupakan bengkel kereta di Shah Alam yang menawarkan harga yang berpatutan bagi setiap perkhidmatan yang disediakan. Sebelum anda datang ke sini, pastikan anda membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak bengkel. Hal ini adalah supaya proses untuk membaiki kenderaan anda dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Kedudukan bengkel yang terletak dengan hospital pakar dan hotel penginapan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki kenderaan sekiranya berlakunya kecemasan.

Dengan barisan pekerja dan mekanik yang berpengalaman, mereka akan menerangkan dengan terperinci terhadap masalah yang terdapat pada kenderaan dan memberikan pilihan kepada anda untuk menggantikan dengan alat ganti yang lebih baik.

Layanan pekerja yang baik dan berkemahiran juga menyebabkan ramai pelanggan berpuas hati membawa kenderaan mereka untuk dibetulkan di bengkel ini. Jenis kereta yang boleh dibaiki di bengkel ini termasuk kereta buatan tempatan ataupun luar negara.

Alamat: No 19, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Laman Web | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Zafran Auto


6. Detroit Auto Shah Alam, Seksyen 15

Detroit Auto Shah Alam, Seksyen 15

Detroit Auto shah Alam merupakan bengkel kereta yang telah beroperasi selama lebih dari 6 tahun. Kedudukan bengkel ini yang strategik dan mempunyai kawasan yang luas membuatkan ramai pelanggan kerap mengunjungi bengkel ini kerana senang untuk mencari tempat letak kereta serta mempunyai perkhidmatan yang teliti dan cepat.

Antara perkhidmatan yang disediakan di bengkel ini adalah penukaran minyak, penukaran steering kereta, penukaran bateri dan lain-lain. Antara ulasan pelanggan yang boleh dilihat terhadap kedai ini adalah terdapat pekerja yang menepati waktu, bersikap profesional dan mengeluarkan hasil yang berkualiti ketika melakukan kerja.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan anda untuk dibaiki di sini.

Alamat: No 58-G, Blok, 13, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Detroit Auto


7. Rakan Setia Motor Sdn Bhd, Subang High Tech Industrial Park

Rakan Setia Motor Sdn Bhd, Subang High Tech Industrial Park

Rakan Setia Motor Sdn Bhd merupakan bengkel kereta yang diiktiraf oleh Shell. Bengkel kereta yang mengambil tempat di persimpangan laluan kedai perumahan ini membuatkan ia mudah untuk dicari dan diakses oleh pengunjung yang perlu mendapatkan perkhidmatan yang segera.

Sebelum anda ingin pergi ke bengkel ini, anda juga bolehlah membuat pertanyaan terlebih dahulu dengan pekerja di bengkel ini untuk mengenalpasti masalah kenderaan anda supaya mereka bersedia untuk mengambil kenderaan anda dan membaiki. 

Dengan kehadiran tukang baiki kereta yang berpengalaman dan jujur, masalah yang dihadapi oleh kereta anda dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat bagi mereka yang kekurangan masa untuk menghabiskan masa di bengkel.

Masalah kenderaan anda yang kecil juga akan dapat dikenalpasti supaya anda boleh mengambil tindakan awal di sini. Dengan harga yang berpatutan, pelanggan dapat menikmati servis penyelenggaraan kenderaan dengan lebih selesa dan berbaloi sebelum meneruskan perjalanan jarak jauh.

Alamat: 2, Jalan Nilam 1/3, Subang High Tech Industrial Park, Batu 3, 40400, 47500 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Rakan Setia Motor


8. P.S Workshop Services Sdn. Bhd, Seksyen 16

P.S Workshop Services Sdn. Bhd, Seksyen 16

P.S Workshop Services Sdn. Bhd. merupakan bengkel kereta yang mempunyai pekerja berpengalaman dalam membaiki pelbagai jenis kereta.

Di bengkel ini, perkhidmatan yang disediakan adalah mengecat dan membaiki kenderaan, penukaran cermin hadapan serta membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan dan terdapat kesan kerosakan di kereta anda. Perkara ini dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pelbagai perkara di satu tempat.

Dengan layanan tukang mekanik yang baik dan profesional di bengkel ini, pelanggan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan dengan senang dan cepat serta berkualiti bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Perbincangan antara pelanggan dan juga mekanik di bengkel ini juga dapat memberikan maklumat yang jelas terhadap kerosakan yang terdapat pada kenderaan serta kos untuk membaiki kerosakan tersebut.

Alamat: 28, Jalan Jemuju Empat 16/13d, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 8.00 pm), Sabtu (9.00 am – 5.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5548 3002


9. Raudhah Rich Auto Service, Seksyen 23

Bengkel Kereta Raudhah Rich Auto Service, Seksyen 23 Shah Alam

Raudhah Rich Auto Service merupakan bengkel kereta yang dimiliki oleh bumiputera untuk membantu warga tempatan dalam menyediakan perkhidmatan menyelenggara berkala, membaikpulih enjin, gearbox dan chasis kenderaan.

Perkhidmatan yang berkualiti oleh pekerja yang berpengalaman dalam kemahiran automotif merupakan objektif utama bengkel ini diwujudkan bagi membantu pelanggan untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan kenderaan mereka.

Bagi mereka yang menginginkan penjimatan dalam memberi aksesori kereta, anda bolehlah melayari laman sosial Facebook mereka yang sentiasa dikemaskini dengan pelbagai jenis tawaran yang lumayan terhadap pelanggan yang setia.

Info terkini berkenaan dengan kedai juga dipaparkan di laman sosial mereka bagi memudahkan pelanggan untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan serta waktu bengkel beroperasi.

Alamat: 68, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan

WhatsApp Raudhah Rich


10. Tok Speed Auto Service, Seksyen 17

Tok Speed Auto Service, Seksyen 17

Tok Speed Auto Service merupakan bengkel di kawasan perumahan yang mengambil sudut hujung dan terletak berhampiran dengan jalan utama bagi kenderaan keluar dan masuk. Disebabkan itu, bengkel ini agak luas untuk menerima ramai pelanggan dalam satu masa.

Dengan lebih 20 tahun masa beroperasi, bengkel ini telah banyak menerima kereta untuk dibaiki dengan pelbagai ulasan pelanggan yang positif tentang kemahiran pemilik bengkel untuk membetulkan kenderaan mereka yang rosak.

Dengan kehadiran pekerja yang ramah dan berpengalaman, masalah kereta anda dapat dikenalpasti dan dibaiki dengan cepat supaya anda boleh meneruskan kembali aktiviti perjalanan seharian anda.

Pencarian alat ganti oleh pekerja bagi kerosakan yang terdapat pada kenderaan juga dapat dicari bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang sepatutnya. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dengan hasil kerja yang dilakukan oleh mereka.

Alamat: No. 4, Jalan Toman Satu 17/58a, Seksyen 17, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5541 4466


Shah Alam memang kaya dengan bengkel kereta berkualiti. Setiap bengkel mempunyai keunikan tersendiri. Mereka menawarkan perkhidmatan yang berbeza-beza, namun tetap cemerlang. Dari perkhidmatan biasa hingga yang kompleks, semua ada.

Jadi, pemilihan bengkel kereta bergantung kepada keperluan dan keutamaan anda. Namun, kami yakin, anda pasti akan berpuas hati dengan pilihan apa pun. Selamat menjelajah dan mencuba servis mereka. Shah Alam menanti anda dengan bengkel-bengkel keretanya yang menarik!

Adakah anda ingin mencari bengkel kereta di kawasan selatan Malaysia untuk membuat penyelenggaraan berkala ataupun mengganti peralatan kereta yang rosak? Anda bolehlah membaca pula artikel kami di mana kami senaraikan 7 Bengkel Kereta di Johor Bahru dengan Harga dan Servis Terbaik.

5/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

Best Perkhidmatan Towing & Tow Truck di Sekitar Klang Valley

Apabila anda berada dalam situasi kecemasan di jalan raya, anda memerlukan perkhidmatan towing yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Jangan teragak-agak dengan Papa Callman,...

8 Kedai Tayar di Kajang yang Berkualiti dengan Harga Berbaloi!

Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit...

7 Kedai Aksesori Kereta Pilihan Pelanggan di Shah Alam!

Sudah semestinya pemilik kereta mempunyai keinginan untuk menambah aksesori kereta agar kelihatan lebih menarik. Kebanyakan aksesori kereta bukan sahaja dapat mencantikkan dalaman dan luaran...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...

8 Kedai Cermin Kereta Yang Murah dan Terbaik di Shah Alam!

Cermin depan kereta ialah ciri keselamatan penting yang membantu pemandu melihat dengan jelas semasa memandu. Adalah penting untuk mengekalkan cermin depan dalam keadaan baik...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x