Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

8 Kedai Tayar di Melaka Terbaik Untuk Anda Servis Kereta!

Tayar merupakan komponen penting untuk sebuah kenderaan. Cara pengendalian tayar juga wajib untuk ambil tahu supaya jika berlaku sebarang kerosakan di jalan raya, kita tidak berasa panik. Had penggunaan tayar ialah tidak melebihi lima tahun dari tahun pembuatannya. Ini perkara asas yang wajib tahu mengenai tayar. 

Di Melaka sendiri banyak kedai tayar yang berkualiti. Pasti anda keliru untuk memilih kedai yang bersesuaian dengan citarasa anda kan? Jom, benarkan kami bantu anda dengan menyenaraikan 8 kedai tayar di Melaka yang terbaik!

8 Kedai Tayar di Melaka


1. Ijan Tyer, Pulau Gadong

Ijan Tyer, Pulau Gadong

Jika anda tinggal di sekitar Pulau Gadong atau Klebang dan mempunyai masalah dengan tayar kereta anda, anda boleh terus menyusur pergi ke kedai Ijan Tyre. Kedai Ijan Tyre juga cukup terkenal di sekitar sini kerana dengan perkhidmatan cekap mereka. Harga mereka juga sangat berpatutan. 

Rata-rata tinjauan maklum balas daripada pelanggan mereka semua berpuas hati dengan servis yang mereka tawarkan. Terdapat pelbagai jenis dan saiz tayar yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian kereta anda. Jika anda keliru untuk memilih, jangan risau, pekerja mereka akan membantu anda dalam pemilihan tayar yang terbaik.

Alamat: Lot 60, Batu 4 1/2 Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar, 75200 Melaka 

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00 am – 10.00 pm), Sabtu – Ahad (9.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-396 1922

WhatsApp Ijan Tyre


2. Kedai Tayar Angah Fahmi Krubong (Khairul Tyre Resources), Melaka

Kedai Tayar Angah Fahmi Krubong (Khairul Tyre Resources), Melaka

Terletak di Krubong, Melaka, Kedai Tayar Angah Fahmi ini memang memberikan layanan yang terbaik buat pelanggan mereka. Servis menukar tayar juga sangat cepat dan berbaloi. Staf mereka juga sangat membantu dalam menyiapkan kerja.

Anda jangan terkejut dengan harga yang mereka tawarkan, kerana harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi dan berpatutan! Pelanggan mereka tidak terhad dalam Melaka sahaja, luar Melaka pun sanggup datang untuk mendapatkan servis mereka.

Sebelum anda ingin membeli tayar yang baru, staf mereka akan memberi sedikit penerangan serta mengikut bajet yang anda inginkan. Jadi, jangan khuatir jika anda ingin mencari tayar baru yang mengikut kewangan anda. 

Alamat: No 75 Jalan Satu, Taman Satu Krubong, 75260 Krubong, Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-986 5107

WhatsApp Kedai Tayar Angah Fahmi


3. Heng Wong Tyre & Service, Batu Berendam

Heng Wong Tyre & Service, Batu Berendam

Kedai Heng Wong Tyre & Service di Melaka ini menawarkan perkhidmatan menukar tayar, balancing/alignment dan sport rim. Buat peminat sport rim, pasti anda rambang mata setelah melangkah masuk ke dalam kedai ini. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis warna, reka bentuk serta saiz yang ada di kedai ini.

Harga perkhidmatan yang ditawarkan mereka juga cukup berbaloi. Ruang menunggu yang selesa cukup memberikan anda dan keluarga berasa selesa menunggu sehingga tayar siap dipasang. Kedai tayar ini juga cukup mudah untuk anda cari jika anda datang untuk pertama kali.

Alamat: No. 83 & 83-1, Jalan MP 1, Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, 75350 Melaka,

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-3351218

WhatsApp Heng Wong Tyre & Service


4. Jebat Tyre Melaka, Taman Paya Rumput

Jebat Tyre Melaka, Taman Paya Rumput

Kedai tayar Jebat Tyre Melaka ini menyediakan perkhidmatan menjual, membekal dan memborong tayar import terpakai dan baru untuk pelbagai jenis kenderaan. Jika anda mempunyai tayar yang terpakai, anda boleh di jual di sini. Dapat juga untung kan?

Terdapat pelbagai jenis jenama tayar yang ada di sini. Sebut sahaja jenama yang anda inginkan, pastinya kedai ini ada. Pilihan tayar di sini juga tidak terhad kepada tayar kereta sahaja, tayar motor juga ada.

Tambahan pula, jika anda mencari tayar yang mengikut bajet anda, di sini juga menyediakan tayar secondhand untuk anda. Tayar secondhand mereka juga bukan saja berpatutan, ia juga sangat berkualiti!

Alamat: No 3, Jalan Zapin 1, Taman Paya Rumput, 76450 Melaka

Waktu Operasi:

  • Sabtu – Khamis (9.00 am – 6.30 pm)
  • Jumaat (9.00 am – 12.00 pm, 3.00 pm – 6.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-7564287

WhatsApp Jebat Tyre Melaka


5. Branded Jaya Tyre Service Centre, Batu Berendam

Branded Jaya Tyre Service Centre, Batu Berendam

Kedai tayar yang terletak di Batu Berendam ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan menukar tayar, mereka juga mempunyai servis menukar bateri dan pelbagai lagi. Jika kereta anda juga mengalami kemalangan yang teruk, mereka juga boleh membaikinya.

Dengan tenaga kerja yang berpengalaman, tidak hairan lah kedai kereta ini menjadi tumpuan ramai orang yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Untuk mereka yang berada di luar Melaka, mencari kedai tayar ini juga sangat mudah, hanya ikut sahaja direction Google Maps yang telah tersedia.

Alamat: 1, Jalan Jasa Merdeka 5, Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-3033083

WhatsApp Branded Jaya Tyre Service Centre


6. Kimi Tyres & Auto Sdn. Bhd, Bachang Permai

Kimi Tyres & Auto Sdn. Bhd, Jalan Tun Fatimah

Selangkah anda masuk ke dalam kedai Kimi Tyres & Auto ini, pasti anda rambang mata melihat pelbagai jenis sport rim yang anda. Bukan sahaja sport rim, tetapi pelbagai jenis tayar yang ada di sini. Bagi penggemar kereta, pasti anda tidak akan pulang dengan tangan kosong apabila menjejak kaki di sini.

Rata-rata pelanggan mereka juga sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Malahan, ramai pelanggan kata harga mereka juga sangat berpatutan. Jika anda dari Bachang, dan mencari kedai tayar yang berkualiti, jangan lupa singgah di sini. 

Alamat: Rumah Pangsa Bachang Permai, No. B-6, Jalan Tun Fatimah, 75350 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-220 3843

WhatsApp Kimi Tyres & Auto Sdn Bhd 


7. ZR Maju Auto Services & Tyre, Taman Pengkalan Jaya

ZR Maju Auto Services & Tyre, Taman Pengkalan Jaya

Kedai ZR Maju Auto Service & Tyre ini bukan sahaja menyediakan menukar tayar untuk kereta, malahan mereka juga menyediakan menukar tayar untuk kenderaan berat seperti bas dan lori. Terletak di pinggir bandar, kedai tayar ini pasti membuatkan anda berasa selesa jika perlu menunggu seharian. 

Bukan sahaja menyediakan menukar tayar, kedai ini turut menyediakan perkhidmatan alignment, balancing tayar serta membaiki kereta. Jika anda mencari kedai yang jauh dari hiruk pikuk bandar, anda boleh menyusur ke kedai tayar ini. 

Alamat: No 9, Jalan PJ 2A, Taman Pengkalan Jaya, 75450 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.00 pm), Jumaat & Sabtu (Tutup)

Lokasi | Facebook | Email | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-679 0077

WhatsApp ZR Maju Auto Services & Tyre


8. Kow Thong Tyres and Battery Services, Jalan Laksamana Cheng Ho

Kedai Tayar Kow Thong Tyres and Battery Services, Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka

Orang kata jika sesebuah kedai telah lama beroperasi, bermakna kedai tersebut telah mempunyai pelanggan yang setia dan mempunyai perkhidmatan yang berkualiti. Begitulah yang terjadi dengan Kow Thong Tyres telah lama beroperasi di Melaka, namun masih lagi utuh berdiri bersama kedai tayar yang lain. 

Kedai tayar ini menjadi pilihan bagi penduduk tempatan kerana ia mempunyai tenaga kerja yang efisien dan sangat menjaga kualiti perkhidmatan. Malah servis yang ditawarkan sangat laju dan tawaran harganya juga yang cukup berpatutan. Anda wajib datang ke sini jika mempunyai masalah dengan tayar atau kereta anda.

Alamat: 72-I, Jalan Laksamana Cheng Ho, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 5.00 pm), Ahad (Tutup)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 06-2841318


Semoga dengan perkongsian artikel ini dapat membantu anda dalam mencari kedai tayar yang terbaik di Melaka untuk kereta anda. Pastikan dalam mencari kedai tayar, rancang kewangan serta bajet yang anda inginkan supaya tidak lari bajet!

Jika anda tinggal di Shah Alam, dan mencari kedai tayar di Shah Alam, jom baca kami senaraikan 10 Kedai Tayar Best Di Shah Alam, Murah & Pro.

 

4/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

6 Bengkel dan Kedai Motor di Sekitar Melaka

Walaupun Melaka merupakan negeri yang tidak besar, tetap sukar untuk rider di sekitar Melaka untuk mencari bengkel motor yang bagus dan berdekatan. Namun, ramai...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x