Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya yang Best dan Murah

Adalah penting untuk memastikan bahawa tayar anda berada dalam keadaan baik sepanjang masa jika anda sering memandu. Keempat-empat tayar itu adalah satu-satunya sentuhan antara kenderaan anda dengan jalan raya. Jadi, tayar yang berfungsi dengan baik dapat mengurangkan risiko kemalangan dan menyelamatkan nyawa anda. Di sini, kami telah senaraikan 10 kedai tayar di Petaling Jaya yang menawarkan servis tayar dengan harga yang berpatutan.

10 Kedai Tayar di Petaling Jaya


1. Sing Lee Hin Tyre, Taman Petaling Utama

Sing Lee Hin Tyre, Taman Petaling Utama

Ditubuhkan pada tahun 1981, Sing Lee Hin Tyre bermula sebagai bengkel kereta kecil. Kini, mereka mempunyai perkhidmatan bukan sahaja untuk kereta penumpang biasa dan perkhidmatan penyelenggaraan trak ringan, tetapi juga sebuah kedai perdagangan tayar yang luas. 

Kedai ini mempunyai pelbagai jenama tayar sama ada tempatan atau import. Jadi, sudah pasti apa sahaja jenis tayar yang anda mahu, ada semuanya di kedai ini dengan harga yang berpatutan. Selain itu, pekerja di sini juga cekap dan pantas dalam membuat kerja. Mereka melayan pelanggan dengan mesra dan terdapat juga ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan.

Alamat: 13a, Jalan PJS 1/21a, Petaling Utama, Off Old Klang Road, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7782 2619

WhatsApp Sing Lee Hin Tyre


2. Tyreplus Wing Hing Auto (Nova Autocare Taman Megah PJ)

Tyreplus Wing Hing Auto (Nova Autocare Taman Megah PJ)

Wing Hing Auto ditubuhkan sejak tahun 1984-an dan merupakan Pusat Penyelesaian Kereta Setempat yang popular di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka melakukan servis tayar, pemeriksaan teknikal, tukar minyak, brek, bateri, air-cond, suspension dan macam-macam lagi. Harga mereka sangat berpatutan dengan servis yang diberikan. 

Selain di Petaling Jaya, kedai tayar ini juga mempunyai cawangan lain seperti di Sungai Buloh, Kepong, Selayang Jaya, Bandar Menjalara, Bandar Sri Damansara, Kota Damansara, Puchong, Kota Kemuning, Setia Alam dan Kuala Lipis. 

Alamat: 76, Jalan SS 24/2, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (10.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7803 1933

WhatsApp Tyreplus


3. Tek Ming Auto Service Sdn Bhd, Bandar Sunway

ek Ming Auto Service Sdn Bhd, Bandar Sunway

Terletak di Bandar Sunway, Tek Ming Auto Service menawarkan perkhidmatan servis tayar dan sport rim. Kedai tayar di Petaling Jaya ini menjual pelbagai jenis dan saiz tayar dijual dengan harga yang berpatutan. Apa jua masalah tayar atau sport rim yang anda alami, pekerja di sini berpengalaman dan pantas menyelesaikannya. 

Tek Ming Auto Service juga menjual tayar di platform membeli-belah seperti Mudah.com dan Shopee. Jadi, anda boleh mencari tayar yang anda kehendaki walau di mana anda berada!

Alamat: No. 1, Jalan PJS 11/24, Bandar Sunway Industrial Park 46150, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-5621 1111

WhatsApp Tek Ming


4. Tayaria Sdn Bhd, Jalan Penchala

Tayaria Sdn Bhd, Jalan Penchala

Tayaria adalah sebuah rangkaian pengedar tayar bebas yang diusahakan oleh Kit Loong Tayaria Sdn Bhd. Tayaria mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Tujuan penubuhan kedai ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan tayar profesional kepada rakyat di Malaysia. 

Kedai Tayaria di Petaling Jaya ini mempunyai pelbagai pilihan tayar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Pekerja mereka cekap dan ramah dalam melayan pelanggan. Ruang menunggu mereka juga selesa dan bersih. Selain servis tayar, mereka juga menyediakan servis membasuh kereta.

Alamat: 22, Jalan Penchala, Pjs 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm), Sabtu (9.00 am – 5.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7781 5488


5. NIGHT Garage, Taman Medan

NIGHT Garage, Taman Medan

NIGHT Garage yang terletak di Taman Medan ini menyediakan perkhidmatan servis tayar, rim, air-cond, suspension, dan baik pulih kereta. Lokasi kedai yang mempunyai banyak tempat letak kereta memudahkan anda berurusan di sini. 

Pekerja mereka juga sangat cekap, sopan dan mesra dalam melayan pelanggan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan anda boleh berunding dengan mereka untuk mendapat harga yang bersesuaian dengan bajet anda.

Alamat: 155, Jalan PJS 3/7, Taman Medan, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 4.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-221 8851

WhatsApp NIGHT Garage


6. LBH Tyre Services Sdn. Bhd., Damansara Utama

LBH Tyre Services Sdn. Bhd., Damansara Utama

Ditubuhkan sejak tahun 2003, LBH Tyre Services adalah pusat servis sehenti untuk kenderaan am dan membaiki semua jenis kenderaan, tayar, bateri, sport rim, penjajaran roda, dan servis auto lain. Matlamat mereka adalah untuk menyampaikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang unik tetapi pada harga yang rendah. 

Pekerja mereka berpengalaman menggunakan alatan canggih untuk menangani sebarang masalah anda. Mereka boleh mengendali apa-apa jenis kenderaan. Jadi, sama ada anda memandu kereta sport klasik atau 4×4, anda boleh mendapatkan perkhidmatan di sini. 

Alamat: No. 5, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 am – 6.30 pm), Sabtu (8.30 am – 6.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7710 1488

WhatsApp LBH Tyre


7. Future Tech Tyre, Kota Damansara

Kedai Tayar Future Tech Tyre, Kota Damansara, Petaling Jaya

Future Tech Tyre Kota Damansara memberi perkhidmatan servis kereta, tayar, air-cond, bateri dan suspension. Kedainya terletak di corner lot, jadi, ia amatlah mudah diakses walaupun kawasan ini agak sibuk. 

Pekerja mereka juga sangat professional dan cekap melakukan servis kereta. Tambahan pula, mereka rajin memberi nasihat tentang apa yang sebenarnya anda perlukan dan pilihan yang terbaik untuk kereta anda.

Alamat: No.1, Jalan Camar 4/2, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7498 1412

WhatsApp Future Tech Tyre


8. Utama Tayar Bateri Servis, Damansara Utama

Kedai Utama Tayar Bateri Servis, Damansara Utama, Petaling Jaya

Kedai Utama Tayar mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam menawarkan perkhidmatan servis kereta, tayar baharu, tayar terpakai, dan air-cond di Petaling Jaya. Kedai yang terletak di Damansara Utama ini berdekatan dengan banyak kedai makan dan kafe untuk anda melepak sementara menunggu kereta siap.

Pemilik dan pekerjanya sangat mesra dan cekap melakukan servis kereta. Tidak lupa, harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan servis dan kualiti barang yang dijual. 

Alamat: 126, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin (8.30 am – 6.15 pm), Selasa – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7728 4457

WhatsApp Utama Tayar


9. Standard Tyre (PJ) Sdn Bhd, Seksyen 19

Kedai Tayar Standard Tyre (PJ) Sdn Bhd, Seksyen 19, Petaling Jaya

Standard Tyre (PJ) merupakan one stop centre untuk perkhidmatan penyelenggaraan dan membaiki kereta. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman, mereka menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk pelbagai jenama kereta, terutamanya jenama kereta Malaysia. Misi mereka adalah untuk menawarkan perkhidmatan kereta lima bintang pada harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Alamat: 16, Jalan 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm)

Lokasi | Laman Web | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-7955 3622

WhatsApp Standard Tyre


10. Al-furqani Tyre, Jalan Klang Lama

Kedai Tayar Al-furqani Tyre, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya

Kedai tayar Al-furqani Tyre ini dimiliki oleh Darul Ulum Al-furqani, iaitu salah sebuah madrasah di Malaysia. Kedai ini memberi perkhidmatan servis tayar dan kenderaan yang jujur dengan harga yang sangat berpatutan. Pekerja mereka juga mesra dan akan memberi nasihat servis berdasarkan bajet anda. 

Alamat: No 35, GF, Jalan PJS 3/46 Taman Seri Manja, Seri Manja Square One, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 5.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-945 3313

WhatsApp Al-furqani Tyre


Kami harap senarai kedai tayar di Petaling Jaya ini dapat membantu anda mendapatkan servis tayar yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Jangan lupa menilai setiap kedai berdasarkan harga dan ulasan pelanggan bagi mendapatkan perkhidmatan dan produk terbaik untuk kenderaan anda. 

Jika anda juga sedang mencari kedai tayar di sekitar Shah Alam, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Tayar Best di Shah Alam, Murah & Pro!

 

5/5 - (12 votes)

Anda Mungkin Berminat

10 Kedai Motor Yang Anda Wajib Cuba di Klang, Selangor

Hujung tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk anda menukar, membeli dan upgrade barang keperluan mereka kepada yang baru kerana ini adalah waktu anda...

8 Kedai Tayar di Kajang yang Berkualiti dengan Harga Berbaloi!

Selain daripada penjagaan enjin kenderaan, penjagaan tayar kenderaan juga penting untuk keselamatan anda ketika memulakan perjalanan untuk ke satu destinasi. Jika tayar kenderaan pancit...

8 Kedai Aircond Kereta di Shah Alam yang Murah Tapi Superb!

Kita sering memandang ringan terhadap keadaan aircond kereta kita. Tanpa kita sedar, ianya membuatkan prestasinya menurun dan kemungkinan akan rosak. Warga Shah Alam pastinya...

TOP 10 Kedai Tayar Puchong Terbaik

Puchong, sebuah kawasan yang padat di Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai sebuah destinasi yang mempunyai banyak tawaran komersial, tetapi juga sebagai tempat di mana...

6 Kedai Cat Kereta di Shah Alam dengan Servis Terbaik

Anda bosan dengan warna kereta anda? Inginkan kelainan agar tampak lebih bergaya dan menarik? Tunggu apa lagi, anda boleh menukarkan warna kereta mengikut keinginan...

7 Kedai Cermin Kereta dengan Servis Tiptop di Batu Caves!

Cermin kereta yang bersih dari sebarang kekotoran dan retakan amat penting untuk memastikan pemanduan berjalan dengan lancar dan selamat. Tapi, kemalangan kecil seperti batu-batu...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x