Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Kedai Tayar di Sekitar Johor Bahru yang Berkualiti dan Terbaik!

Sejak bermulanya era endemik ini, ramai di kalangan kita sudah mula keluar bersiar-siar dan melancong bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang. Namun, anda patut pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik sebelum keluar berjalan. Keadaan tayar juga penting sebelum memulakan perjalanan ke destinasi. Jika tayar botak atau pancit, macam mana nak sampai ke destinasi? Jadi, jom kita lihat 10 kedai tayar di sekitar Johor Bahru yang berkualiti!

10 Kedai Tayar di Johor Bahru


1. Expert Tyres Centre Sdn Bhd, Larkin

Expert Tyres Centre Sdn Bhd, Larkin

Terletak di Larkin, Johor Bahru, kedai tayar ni mendapat rating yang tinggi dari kalangan pelanggan yang datang menggunakan khidmat dari kedai tayar ini. Anda bukan sahaja dapat tukar tayar kereta anda di sini malah anda juga boleh buat service kereta seperti tukar minyak hitam, betulkan alignment tayar dan sebagainya. Layanan yang diberikan juga amat memuaskan dan mereka merupakan pakar yang mahir dalam baiki kereta dan tayar. 

Jika anda berada berdekatan dengan Larkin anda boleh singgah ke kedai ini untuk tukar tayar dan servis kereta anda sebelum memulakan perjalanan. Mereka menawarkan tayar yang bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. Jangan tunggu lama-lama untuk tukar tayar kereta anda ya.

Alamat: G 07, Pangsapuri Larkin Idaman, Jalan Larkin Idaman 1, Taman Larkin Idaman, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Khamis – Selasa (8.45 am – 6.30 pm), Rabu (10.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-769 3777 

WhatsApp Expert Tyre Centre


2. Pemborong Tayar Pandan, Taman Sri Amar

Kedai Pemborong Tayar Pandan, Taman Sri Amar, Johor Bahru

Kedai Pemborong Tayar Pandan mempunyai enam cawangan yang anda boleh kunjungi. Jika anda datang ke cawangan mereka di Taman Seri Amar, anda boleh membeli tayar terpakai dan baru secara harga pukal. Haa, lebih banyak jimat tu kan.

Mereka bukan sahaja menjual tayar baru dan terpakai, tapi mereka juga menjual bateri kereta dengan harga kilang. Dengan ini, anda boleh dapatkan size tayar yang bersesuaian dengan kereta anda dengan harga yang sangat murah. 

Bagi mereka yang sedang berjimat cermat untuk tukar tayar kereta baru, anda boleh menukar dengan tayar terpakai di sini. Walaupun tayar tersebut merupakan tayar terpakai, kualiti tayar masih baik dan terjamin selamat untuk digunakan.

Alamat: 9, Jalan Cekor Manis 3, Taman Sri Amar, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 018-773 7483

WhatsApp Pemborong Tayar Pandan


3. KS Auto Tyres & Service Sdn Bhd, Taman Adda

KS Auto Tyres & Service Sdn Bhd, Taman Adda

KS Auto Tyres Sdn Bhd ini juga menjadi salah satu pilihan pelanggan kerana mekanik di sini sangat mahir. Anda juga boleh dapatkan servis menukar tayar dengan harga yang lebih rendah di sini. Kedainya juga sangat luas dan selesa membuatkan ramai pelanggan datang ke sini untuk membuat servis kereta dan tayar.

Di samping itu juga, kedai ini menjual sport rim tayar dari pelbagai jenis dan size. Bagi mereka yang mahukan kelainan untuk tayar kereta, boleh cuba datang ke sini dan alami sendiri servis yang ditawarkan oleh mereka.

Alamat: 170, Jalan Adda 7, Taman Adda, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 7.00 pm), Ahad (9.30 am – 4.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 016-704 1530

WhatsApp KS Auto Tyres


4. Binnory Tyre, Taman Baiduri

Binnory Tyre, Taman Baiduri

Kedai tayar Binnory Tyre ini terletak di Taman Baiduri, Johor Bahru. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai jenis tayar dan juga sport rim yang diimport dari luar kawasan.

Mereka ini bukan sahaja pengedar tayar baru dan terpakai tapi mereka juga membaiki segala kerosakan yang berkaitan dengan tayar dan juga kereta. Jadi, anda tidak perlu pening kepala untuk menghantar kereta anda di beberapa kedai yang berasingan sekiranya kereta anda mengalami beberapa kerosakan.

Selain itu, kebanyakan pelanggan memilih untuk ke kedai ini kerana layanan yang diberikan sangat baik dan khidmat yang diberikan juga agak pantas. Anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang murah dan berpatutan mengikut bajet anda.

Alamat: Taman Baiduri, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.00 am – 6.30 pm), Jumaat (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-725 9841

WhatsApp Binnory Tyre


5. Speed Tyre & Car Service, Gelang Patah

Speed Tyre & Car Service, Gelang Patah

Tidak susah untuk mencari Speed Tyre kerana ianya terletak di deretan kedai-kedai utama lain di lot hujung. Jika anda berada dan berhampiran dengan Gelang Patah, anda boleh ke kedai ini untuk membaiki tayar dan kereta anda.

Kedai ini bukan sahaja menawarkan servis tukar tayar kereta tapi mereka juga turut menawarkan khidmat baik pulih aircond, overhaul, balancing & alignment, servis kereta dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menukar sport rim kereta anda dengan harga yang murah dan berpatutan di sini. Layanan di kedai ini juga sangat baik dan ramai pelanggan yang datang berpuas hati dengan servis yang diberikan. 

Alamat: 02-01, Jalan Nusaria 11/2, Taman Nusantara, 79200 Gelang Patah, Johor

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 7.00 pm), Selasa (Tutup)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 012-751 8741

WhatsApp Speed Tyre & Car Service


6. S & D Tyre and Service Centre, Century Garden

S & D Tyre and Service Centre, Century Garden

Kedai tayar ini terletak di bandar Johor Bahru, berhampiran dengan laluan utama di bandar tersebut. Anda boleh datang ke sini kerana ramai pelanggan yang datang ke sini berpuas hati dan memberi komen yang positif terhadap perkhidmatan yang diberikan. 

Ramai pelanggan memilih kedai ini kerana mereka boleh mendapatkan tayar yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di sini. Layanan baik yang diberikan oleh pemilik kedai juga membuatkan pelanggan setia memilih kedai ini untuk menukar tayar kereta mereka. 

Alamat: 132, Jalan Dato Sulaiman, Century Garden, 80250 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 6.30 pm) 

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 010-760 0444

WhatsApp S&D Tyre


7. Pusat Tayar Bumityre & Sport Rims Enterprise, Bandar Baru Uda

Kedai Pusat Tayar Bumityre & Sport Rims Enterprise, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Pusat Tayar Bumityre juga sering menjadi tumpuan pelanggan kerana lokasinya yang strategik. Kedai ini terletak berhampiran dengan kedai lain seperti restoran, supermarket, kedai dobi dan sebagainya. Sementara anda menunggu untuk menukar tayar dan servis kereta anda, bolehlah singgah membeli barang atau makan dahulu. Jimat masa kan?

Selain dari menawarkan perkhidmatan tukar tayar dan servis kereta, kereta ini juga menjual minyak hitam, sport rim, baiki enjin kereta dan sebagainya. Anda juga boleh dapatkannya dengan harga yang berpatutan. Jadi, bolehlah datang ke kedai ini untuk menukar tayar dan kereta anda.

Alamat: 28 & 28-01, Jalan Padi Emas 4/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00 am – 6.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-235 4699


8. Tayar Dan Sport Rim Murah, Bandar Uda Utama

Kedai Tayar Dan Sport Rim Murah, Bandar Uda Utama, Johor Bahru

Sesuai dengan nama kedainya, kedai ini menjual tayar dan sport rim kereta dengan harga yang sangat murah. Berbaloi bagi anda yang ingin menukar tayar dan sport rim kereta anda di sini. 

Kedai ini juga sentiasa membuat jualan promosi. Jadi, jangan lupa untuk ambil peluang ketika promosi dijalankan. Anda boleh menukar tayar anda dengan pakar yang terlatih dan berpengalaman dengan harga yang berbaloi!

Bukan itu sahaja, sekiranya tayar kereta anda mengalami kerosakan pada waktu malam, mereka juga boleh datang untuk menukar tayar kereta anda. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya berlaku kecemasan di kawasan ini. Anda hanya perlu hubungi sahaja mereka untuk dapatkan pertolongan.

Alamat: 21, Jalan Uda Utama 6, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 013-799 7430

WhatsApp Tayar dan Sport Rim Murah


9. U Tyre & Service Centre, Skudai

U Tyre & Service Centre, Skudai

Jika anda berada dan menetap di Skudai, Johor Bahru, anda boleh jadikan kedai ini sebagai salah satu pilihan anda untuk menukar tayar kereta dan servis kereta. U Tyre mempunyai tiga cawangan yang mana anda boleh membuat pilihan dengan lebih banyak.

Selain itu, rata-rata pelanggan yang datang menyatakan bahawa kedai ini menjual tayar dan barang lain dengan harga yang murah. Malah, masa yang diperuntukkan untuk menukar dan baiki kenderaan juga adalah cepat.

Ruang menunggu yang selesa juga menjadikan ia tarikan kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di kedai ini. Bagi anda yang berkelapangan, bolehlah datang ke kedai ini untuk menukar tayar kereta anda.

Alamat: No. 1, Jalan Kebudayaan 15, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.30 am – 7.30 pm)

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-521 5669

WhatsApp U Tyre & Service


10. Tyreplus – City Tyre Trading, Taman Sri Tebrau

Tyreplus - City Tyre Trading, Taman Sri Tebrau

Kedai tayar Tyreplus telah beroperasi selama lebih 10 tahun dan telah membantu pemilik kedai dari 22 buah negara yang lain dalam membaiki dan mengekalkan kereta mereka dengan standard yang tinggi. Kebanyakan dari pekerja mereka juga mempunyai pengalaman dan kecekapan yang tinggi dalam perkhidmatan tayar dan servis kereta. 

Bagi anda yang ingin membaiki tayar dan servis kereta dengan cepat menggunakan kepakaran yang baik, anda boleh datang ke kedai ini untuk mencubanya sendiri. Kedudukan kedai tayar ini juga strategik kerana ianya terletak di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Jadi, anda bolehlah baiki tayar kereta anda di sini dengan harga yang berpatutan.

Alamat: 101-103, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8.30 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 07-331 1941

WhatsApp Tyreplus


Kami harap senarai 10 kedai tayar di sekitar Johor Bahru ini dapat membantu anda membuat pilihan dengan bijak untuk menukar tayar dan servis kereta anda dengan baik. Jangan lupa untuk servis kereta dan tayar anda mengikut waktu yang ditetapkan supaya kereta anda bertahan lama. 

Jika anda ingin mencari tempat makan menarik di Johor Bahru tapi tak tahu nak ke mana, bacalah artikel kami mengenai 40 Tempat Makan Best di Johor Bahru untuk Pelancong Terokai!

 

4.7/5 - (11 votes)

Anda Mungkin Berminat

8 Kedai Spare Part Kereta Tip Top di Johor Bahru!

Menurut statistik kajian yang direkodkan pada Januari-September 2022, kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 52% berbanding pada tahun 2021. Selain dari sikap...

10 Paling Best Kedai Tayar Kota Tinggi

Kota Tinggi menawarkan pelbagai pilihan kedai tayar yang berkualiti tinggi dan anda boleh mendapatkan semua senarai tersebut dalam perkongsian kali ini. Bukan sahaja berkualiti,...

TOP 10 Kedai Tayar Segamat yg Pro & Murah

Perkongsian kali ini akan membawa anda merentasi pelbagai pilihan kedai tayar berkualiti tinggi di Segamat. Dalam senarai kedai tayar Segamat ini, anda akan menemui...

7 Kedai Bateri Kereta Terbaik di Johor Bahru

Pengalaman bateri kereta ‘mati’ di tepi jalan bukanlah satu pengalaman indah, bukan? Maka, sebagai pemilik kereta yang bertanggungjawab, anda perlulah sentiasa bersedia dengan segala...

6 Kedai Aircond Kereta di Johor Bahru dengan Servis Terbaik

Aircond kereta anda sudah lama tidak dibaiki? Anda rasa panas dan bahang di dalam kereta? Jangan lengah-lengahkan, segera baiki aircond kereta untuk keselesaan diri...

10 Kedai Tayar Pasir Gudang yg Popular

Pasir Gudang menawarkan pelbagai pilihan kedai tayar yang menyediakan perkhidmatan utama seperti pertukaran tayar dan bateri kenderaan serta perkhidmatan lain berkaitan. Selain itu, terdapat...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x