10 Kedai Basikal Best di Ipoh

Setelah sekian lama terperap di rumah oleh sebab tempoh PKP yang tidak berkesudahan, kami pasti ramai daripada anda teringin untuk kembali menyertai aktiviti riadah berbasikal. Aktiviti berbasikal merupakan riadah yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Antara kebaikan berbasikal ialah membina neuron di dalam otak, menggerakkan sendi-sendi, meningkatkan kesihatan jantung dan membakar lebihan kalori. Bagi membantu anda mencari kelengkapan basikal untuk aktiviti riadah anda, di sini kami tampilkan 10 kedai basikal di Ipoh yang paling best untuk dikunjungi.

Pemilihan jenis basikal yang bersesuaian untuk aktiviti sukan dan riadah yang ingin disertai amat penting agar ciri dan rekaan basikal membolehkan keselesaan sewaktu menunggang. Jikalau anda keliru hendak pilih yang model basikal yang bersesuaian, anda boleh berkonsultasi dengan staf-staf kedai basikal untuk mencari basikal-basikal hebat. Jom cek senarai kedai basikal yang paling best dikunjungi di Ipoh.

 

Kedai Basikal Best Di Ipoh


1.  Giant Bicycle Ipoh, Kawasan Perkilangan Jelapang

Giant Bicycle Ipoh 3

Giant Bicycle Ipoh menawarkan pelbagai jenis basikal dan aksesori basikal agar anda dapat beriadah dengan penuh bergaya dan selesa. Giant Bicycle Ipoh merupakan kedai basikal di Ipoh yang membekal basikal jenama Giant. Terdapat juga aksesori-aksesori basikal, kit peralatan membaiki basikal, pam basikal dan alat ganti basikal berkuailti  tinggi yang dijual dengan harga berpatutan. Antara produk yang best ditemui di laman web Giant Bicycle Ipoh ialah pengecas telefon jenama Wahoo yang boleh digunakan untuk mengecas telefon sewaktu berbasikal.

Anda boleh meninjau-ninjau produk menarik yang dijual di Giant Bicycle Ipoh dengan melawati showroom di Persiaran Silibin Utara atau di laman web Persiaran Silibin Utara bagi membeli barangan basikal secara online.

Alamat:  No. 6, Persiaran Silibin Utara, Kawasan Perkilangan Jelapang, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  10.30am–6.30pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-383 3902

Whatsapp Giant Bicycle Ipoh

 

2.  Kedai Basikal Perpaduan, Taman Bercham Raya

Kedai Basikal Perpaduan 3

Sekiranya anda mencari basikal budak untuk dihadiahkan kepada anak-anak anda, anda harus mengunjungi Kedai Basikal Perpaduan untuk mendapatkan basikal budak yang best. Sesuai dengan namanya, Kedai Basikal Perpaduan merupakan kedai basikal di Ipoh yang menjual pelbagai jenis basikal untuk pelbagai lingkungan umur. Basikal-basikal budak di sini hadir dengan rekaan menarik dan warna-warna yang ceria. Terdapat juga basikal lipat, basikal jalanan dan basikal gunung yang boleh dibeli untuk memenuhi aktiviti riadah anda tanpa perlu berbelanja besar.  Selain daripada menjual basikal, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan membaiki basikal.

Alamat:  No. 88, Dataran Perpaduan 2, Taman Bercham Raya, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  10am–6pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:016-4181623

Whatsapp Kedai Basikal Perpaduan

 

3.  Kedai Basikal Lasak V, Anjung Bercham Elit

Kedai Basikal Perpaduan 3

Kedai Basikal Lasak V merupakan kedai basikal di Ipoh yang menawarkan pelbagai jenis alat ganti basikal dan kit membaiki basikal. Buat mereka yang gemar membaiki dan mengubahsuai basikal, anda harus kunjungi ke Kedai Basikal Lasak V bagi mendapatkan peralatan membaiki basikal yang terkini.  Harga barangan di Kedai Basikal Lasak V murah-murah dan kebanyakkannya mampu milik.

Sekiranya anda tertanya-tanya harga barangan di Kedai Basikal Lasak V, anda boleh berkunjung ke laman Facebook Kedai Basikal Lasak V untuk mendapatkan senarai harga barangan terkini dan muat naik mengenai produk-produk yang dijual di kedai.

Alamat: No. 1, Hala Tasek Timor 6a, Anjung Bercham Elit, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  11am–6pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:017-466 2587

Whatsapp Kedai Basikal Lasak V

 

4.  Hooi Fong Enterprise, Taman Desa Kencana 

Hooi Fong Enterprise 3

Hooi Fong Enterprise membekalkan pelbagai jenama basikal dan aksesori basikal bagi memenuhi keperluan riadah anda.  Bagi peminat basikal Twitter Cyclone, Raleigh dan Shimano, di sini anda boleh mendapatkan pelbagai informasi mengenai spesifikasi basikal dan model-model basikal terkini.

Terdapat pelbagai produk yang boleh memastikan aktiviti berbasikal anda lebih selamat seperti helmet basikal yang kukuh, lampu basikal yang mempunyai set pengecas mikro USB, kasut berbasikal dan banyak lagi. Selain daripada membeli peralatan berbasikal, anda juga boleh menghantar basikal untuk dibaiki, diservis dan diselenggara.

Alamat:  No. 14 & 14A, Persiaran Bercham Selatan 8, Taman Desa Kencana, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  9.00am – 6.30pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:05-548 5133

Whatsapp Hooi Fong Enterprise

 

5.  Freewheel Bicycle Shop, Taman Bandar Baru

Freewheel Bicycle Shop

Khusus buat penggemar sukan berbasikal professional di Ipoh, anda kini boleh mencari pelbagai model basikal dan peralatan basikal dengan mengunjungi Freewheel Bicycle Shop. Freewheel Bicycle Shop merupakan kedai basikal di Ipoh yang menawarkan basikal-basikal berjenama dan berkualiti tinggi khusus untuk mereka yang aktif terlibat dengan sukan berbasikal ekstreme. Di sini banyak dijual basikal gunung dan bertayar lebar agar kayuhan anda lebih padu dan laju. Nantikan pengumuman mengenai jualan hebat di Freewheel Bicycle Shop dengan mengikuti laman Facebook Freewheel Bicycle Shop dengan kadar segera.

Alamat:  No. 63, Jalan Kledang Timur 1, Taman Bandar Baru, 31450 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  10am–7pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:012-526 8966

Whatsapp Freewheel Bicycle Shop

 

6.  ICC Bicycle Rental, Jalan Sultan Abdul Jalil 

ICC Bicycle Rental

Sekiranya anda gemar berbasikal tetapi tidak mahu berbelanja besar membeli basikal yang mahal-mahal, anda bolehlah menyewa basikal di ICC Bicycle Rental. Dengan harga sewaan RM10 sejam  dan RM30 untuk setengah hari, anda kini boleh bersiar-siar di bandar Ipoh, terutamanya di lokasi menarik seperti kawasan-kawasan tasik. Dengan harga sewaan yang murah dan berpatutan, anda boleh menyewa basikal untuk sekeluarga.  Memandangkan perkhidmatan sampai 1 pagi, anda juga boleh bersiar-siar di waktu malam bagi menikmati keindahan bandar Ipoh di waktu malam.

Alamat: Lot 111, Pusat Matrikulasi, Jalan Sultan Abdul Jalil,  31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 10:15am–1am

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Phone:012-388 3606

Whatsapp ICC Bicycle Rental

 

7.  Sharkz_bikeshop, Taman Tasek Damai 

Sharkz_bikeshop

Sekiranya anda mencari kedai basikal di Ipoh dengan servis yang terbaik dan harga murah, anda harus berkunjung ke Sharkz_bikeshop. Terdapat pelbagai jenis basikal untuk orang dewasa dan budak-budak untuk aktiviti riadah di masa lapang. Pembelian basikal akan disertakan dengan hadiah percuma. Penghantaran basikal yang dibeli boleh diuruskan oleh Sharkz_bikeshop.

Di Sharkz_bikeshop, anda juga boleh menghantar basikal yang rosak untuk dibaiki dan diservis. Antara pembaikian yang boleh dilakukan adalah seperti menukar tayar, memasang rangka basikal , menukar pemegang basikal dan pelbagai masalah basikal.

Alamat:  No 33, Jalan Tawas Baru 8, Taman Tasek Damai, 30010 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  10.30 am – 6.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:012-570 4395

Whatsapp Sharkz_bikeshop

 

8.  Z&F Kayuh, Bandar Meru Raya 

Z&F Kayuh

Adakah anda berminat untuk kembali berbasikal selepas musim PKP tamat? Dapatkan basikal berkualiti dan murah di Z&F Kayuh. Z&F Kayuh merupakan kedai basikal di Ipoh yang menawarkan pelbagai jenis basikal untuk orang dewasa atau kanak-kanak dengan harga di bawah RM1000. Terdapat juga aksesori basikal dijual di sini seperti pemegang telefon, beg sandang, lampu basikal, botol air dan banyak lagi. Jikalau anda memerlukan alat ganti basikal berkualiti, anda boleh mengunjungi Z&F Kayuh untuk mendapatkannya dengan harga berpatutan. Selain menjual basikal , anda juga boleh menghantar basikal yang rosak untuk dibaiki oleh mekanik  basikal di Z&F Kayuh.

Alamat:  No 15G, Jalan Meru Bestari A10, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  10.00am – 7.00pm

Lokasi | Facebook | Ulasan Bisnes | Email | Phone:013-417 1123

Whatsapp Z&F Kayuh

 

9.  PMJ Bike, Taman Tasek Jaya

PMJ Bike 3

PMJ Bike menjual pelbagai jenis basikal, aksesori basikal dan komponen basikal untuk peminat sukan berbasikal amatur atau profesional. Sekiranya anda tidak tahu hendak memilih produk, anda boleh meminta khidmat nasihat dari staf-staf di PMJ Bike supaya pembelian barangan basikal menepati kehendak dan keperluan riadah anda.  Jikalau anda tidak berkesempatan berkunjung ke showroom PMJ Bike di Taman Tasek Jaya, anda kini boleh membeli-belah produk-produk menarik dengan mengunjungi kedai online PMJ Bike di aplikasi Shopee. Terdapat pelbagai produk hebat dengan harga yang berpatutan, seperti basikal lipat, basikal gunung, kasut basikal, basikal kembara, aksesori basikal, alat ganti basikal dan banyak lagi.

Alamat: No. 737, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:  9.30am – 7.00pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:05-546 9899

 

10.  Qlasco Toys Ipoh, Jalan Pasir Puteh

PMJ Bike 3

Sekiranya anda sedang mencari basikal terbaik untuk anak anda, anda diwajibkan mengunjungi  Qlasco Toys Alor Setar untuk mencari model basikal yang best untuk kanak-kanak. Selain mempunyai cawangan di Ipoh, Qlasco Toys turut mempunyai 9 cawangan di seluruh Malaysia.

Pelanggan boleh membuat pembelian basikal di Qlasco Toys Ipoh dengan mengunjungi outlet ataupun pembelian di atas talian di laman web Qlasco Toys Alor Setar. Pelbagai jenis basikal kanak-kanak dijual, antaranya ialah e-bike, skuter dan basikal roda tiga. Basikal roda tiga merupakan basikal yang mudah ditunggang oleh kanak-kanak yang mahu mula belajar menunggang basikal.

Rekaan produk-produk yang ditawarkan sememangnya mesra kanak-kanak, yang mana produk basikal hadir dengan warna-warna yang ceria dan bergaya.  Produk basikal yang menarik dari Qlasco Toys Ipoh bakal membuatkan aktiviti riadah bersama anak-anak lebih menarik dan menyeronokkan.

Alamat:  No. 69, 69A, 69B, 71, 71A, 71B, Susuran Stesen 18, Jalan Pasir Puteh, Pengkalan, 31650 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 10am-10pm

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Bisnes  | Email | Phone:016-483 5693

Whatsapp Qlasco Toys Ipoh

1/5 - (1 vote)

Anda Mungkin Berminat

5 Kedai Basikal Taiping & Kuala Kangsar yg Best

Berbasikal adalah aktiviti yang dapat dilakukan oleh seluruh keluarga bersama. Sama ada untuk meningkatkan kecergasan, kesihatan atau keseimbangan badan, atau pilihan persekitaran, menunggang basikal...

Top 5 Kedai Basikal Teluk Intan yg Best & Murah

Berbasikal bukan sahaja menyenangkan, ia juga merupakan bentuk latihan yang luar biasa membakar lebih dari 500 kalori dalam satu jam dan memberi anda kekuatan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x