Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

7 Kedai Tayar Terbaik di Putrajaya dengan Harga Menarik!

Tayar merupakan antara komponen yang paling penting untuk kenderaan anda bergerak. Oleh itu, anda seharusnya mengambil berat tentang keadaan tayar anda, terutama jika anda ingin memulakan perjalanan jarak jauh. Jadi, di sini, kami sajikan anda dengan tujuh kedai tayar di Putrajaya dengan harga menarik!

7 Kedai Tayar di Putrajaya


1. Boon Hua Motor Sdn Bhd (Putrajaya), Presint 14

Kedai Tayar Boon Hua Motor Sdn Bhd (Putrajaya), Presint 14

Lihat sahaja pada namanya, pastinya anda mengetahui bahawa kedai ini khusus buat pengguna motosikal. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, kedai ini menjadi pilihan utama buat pengguna motosikal di samping servisnya yang bagus. 

Jangan pandang sebelah mata, istimewanya kedai ini adalah mereka juga mahir memberikan servis dan khidmat buat pengguna motosikal kuasa besar. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis tayar mengikut kesesuaian motosikal dengan harga berpatutan!

Buat mereka yang menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama, kedai tayar ini adalah pilihan terbaik anda boleh dapatkan di Putrajaya.

Alamat: 37 & 39, Jalan Industri Putra 1, Presint 14, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10.00 am – 7.00 pm), Sabtu – Ahad (10.00 am – 6.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 011-1601 2319 

WhatsApp Boon Hua Motor


2. Zordaq Auto Services Putrajaya, Presint 14

Kedai Tayar Zordaq Auto Services Putrajaya, Presint 14

Walaupun khidmat utama kedai ini adalah membaiki kenderaan, namun anda juga boleh dapatkan tayar kenderaan anda di sini. Kedai tayar di Putrajaya ini merupakan salah satu dari kedai tayar yang sering dijadikan pilihan utama buat penduduk di sekitar Putrajaya. 

Selain servis dan layanannya yang baik, kedai ini juga turut menawarkan pelanggan-pelanggan mereka dengan tayar yang berkualiti. Jika anda ingin datang ke sini, anda boleh klik nombor di bawah dan aturkan temujanji supaya anda tidak perlu menunggu lama.

Alamat: 1, Jalan Industri Putra 1, Presint 14, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.30 am – 5.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Instagram | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-933 3995 

WhatsApp Zordaq Auto Services


3. HTR Auto Services (Continental) Sdn Bhd, Presint 14

HTR Auto Services (Continental) Sdn Bhd, Presint 14

Kedai ini terletak di Presint 14, di mana anda boleh mendapatkan pelbagai jenis dan saiz tayar di sini. Walaupun ulasan di Google menunjukkan jumlah yang sedikit berbanding kedai yang lain, namun jangan risau! Ia dapat disimpulkan bahawa kebanyakan mereka yang datang ke sini amat berpuas hati dengan layanan yang mereka perolehi. 

Buat anda yang tinggal di sekitar sini dan mencari tempat untuk mengganti tayar kenderaan anda, anda boleh cuba datang berkunjung ke sini dan jangan lupa untuk tinggalkan ulasan anda untuk mereka di Google Review!

Alamat: 29, Jalan Industri Putra 1, Taman Rimba Alam, Presint 14, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.00 pm), Ahad (9.00 am – 3.00 pm).

Lokasi | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 017-325 3339 

WhatsApp HTR Auto Services


4. SNR Tyre & Services Sdn Bhd, IOI Resort City

SNR Tyre & Services Sdn Bhd, IOI Resort City

Jika anda berada di kawasan berhampiran, anda bolehlah singgah sebentar di kedai tayar di Putrajaya ini untuk menukar tayar kereta anda. Kedai ini mempunyai beberapa cawangan di tempat lain juga, namun konsep layanan yang mesra pelanggan adalah sama di setiap cawangan. 

Kedai ini sering menjadi pilihan kerana dikatakan servisnya yang agak laju di samping harga yang berpatutan. Jika anda sedang dalam kecemasan atau terburu-buru, maka kedai ini adalah jawapan yang tepat untuk masalah anda!

Alamat: Wilayah Persekutuan Putrajaya, Lebuhraya IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8.30 am – 7.00 pm)

Lokasi | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8687 5567


5. Kedai Tayar Maxipura Putrajaya, Presint 16

Kedai Tayar Maxipura Putrajaya, Presint 16

Maxipura merupakan antara kedai tayar yang semakin menempa nama sehingga menjadi syarikat Bumiputera contoh. Ya, istimewanya kedai ini adalah ia merupakan 100% kedai bumiputera yang semakin dikenali. Tambahan pula, ia telah beberapa kali telah viral di laman sosial berikutan perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Menariknya, kedai ini ada menyediakan tempat menunggu yang besar dan selesa untuk anda menunggu sementara kenderaan anda diselenggara. Ayuh, tidak perlu tunggu lagi, mari berkunjung ke kedai ini dan tunjukkan semangat anda menyokong kedai anak tempatan!

Alamat: Lot PT 2495, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9.00 am – 7.00 pm)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8888 0388 

WhatsApp Maxipura


6. SAS Auto & Tyre Putrajaya, Presint 14

Kedai Tayar SAS Auto & Tyre Putrajaya, Presint 14

Terletak di Presint 14, kedai tayar SAS Auto ini mudah untuk dijumpai. Kami jamin anda tidak akan sesat kerana papan tandanya yang besar dan boleh dilihat dari jauh. 

Kedai ini mendapat tempat di hati penduduk tempatan kerana perkhidmatannya yang bagus. Jika anda ada sebarang kemusykilan atau permasalahan, anda boleh terus bertanya kepada staf mereka dan anda akan diberikan penerangan secara terperinci. 

Jika anda ingin mengganti tayar kenderaan anda dengan yang baru tapi bajet tidak mencukupi, usah risau! Kedai ini juga ada menawarkan tayar terbaik mengikut kemampuan anda. Apa tunggu lagi, klik nombor di bawah dan tempah temujanji anda sekarang!

Alamat: No 53, Jalan Industri Putra 1, Jalan P14J, Presint 14, 62050, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 6.30 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Laman Web | Facebook | Ulasan Pelanggan | Telefon: 019-668 7948 

WhatsApp SAS Auto


7. Histobumi Car Care Sdn Bhd, Taman Rimba Alam

Histobumi Car Care Sdn Bhd, Taman Rimba Alam

Sekiranya anda berniat untuk mengganti tayar anda kepada tayar yang baru, anda boleh cuba untuk berkunjung ke sini. Walaupun kedai tayar di Putrajaya ini lebih kepada membaiki kereta, namun anda boleh dapatkan pelbagai jenis tayar mengikut kehendak anda di sini.

Kedai ini juga merupakan pilihan terbaik sekiranya anda seseorang yang menggemari aksesori kereta kerana anda boleh dapatkan pelbagai jenis saiz dan warna rim tayar anda di sini. Pastinya anda akan rambang mata! Tidak perlu risau tentang harga kerana di sini semuanya adalah berpatutan dan mampu milik. Jom datang ke sini!

Alamat: 13, Jalan Industri Putra 1, Taman Rimba Alam, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9.00 am – 7.00 pm), Ahad (tutup)

Lokasi | Instagram | Ulasan Pelanggan | Telefon: 03-8861 6598


Akhirnya, kami harap dengan adanya senarai tujuh kedai tayar di Putrajaya dengan harga yang berpatutan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. Ingat, jangan sesekali abaikan keperluan kenderaan anda.

Tayar merupakan antara bahagian kenderaan anda yang paling penting, kerana ia merupakan satu-satunya kontak kenderaan anda dengan jalan raya. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jadi, kami sarankan anda untuk menukar tayar anda jika sudah tiba masanya.

Jika anda juga sedang mencari kedai tayar di sekitar Klang, anda boleh melayari artikel kami di mana kami senaraikan 10 Kedai Tayar Murah di Klang yang Anda Perlu Tahu!.

 

5/5 - (5 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x