Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Khas Untuk Ramadan: Ubat-ubatan yang Membatalkan Puasa

Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam telah tiba! Bulan yang diberkati dan diperbanyakkan ibadahnya untuk ganjaran pahala yang berganda. Pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menyambut kedatangan bulan mulia ini, namun sudahkah anda bersedia dari segi pegambilan ubat-ubatan anda? Adakah anda tahu sesetengah ubat boleh membatalkan puasa selain daripada ubat makan? Soalan-soalan ini acap kali diterima ahli farmasi kami setiap tahun. Oleh itu, #Alprofastingtips telah diwujudkan untuk dijadikan panduan para muslimin dan muslimah untuk kekal sihat dan cergas sepanjang ramadhan ini. Oleh itu, mari kita kenal, ubat ubatan yang boleh membatalkan puasa!

Artikel ini ditulis dengan menggunakan Panduan Berpuasa bagi Pesakit 2013 oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebagai panduan utama, di mana terdapat 7 perkara yang boleh membatalkan puasa, antaranya adalah makan dan minum, memasukkan sesuatu objek melalui ruang terbuka yakni mulut, hidung, qubul dan dubur, Sengaja muntah, Datang haid, Gila/murtad dan sebagainya. Maka, ayuh kita kenal ubat-ubatan yang boleh membatalkan puasa.

Apakah jenis ubat yang membatalkan puasa?


1. Ubat makan

ubat makan

Yang pertama, adalah ubat makan, iaitu sejenis ubat yang diambil melalui saluran pemakanan. Dengan definisi itu, ianya termasuk ubat yang ditelan, dihisap, dikemamn, dikunyah diminum, dan sebagainya, yang berakhir dengan ubat itu ditelan. Antara jenis ubat yang dimaksudkan adalah tablet, pil, kapsul, kapsul gelatin lembut, sirap, cecair ampaian (suspension), serbuk atau granul.

2. Pesari

Pessary

Kedua, pesari iaitu sejenis ubat yang dimasukkan melalui faraj wanita. Kebiasaannya, ianya terdiri daripada sejenis ubat bersama minyak daripada tumbuh-tumbuhan atau ‘cocoa butter’. Apabila ubat pesari dimasukkan ke dalam faraj wanita, ianya akan cair dan meresap masuk ke dalam faraj. Oleh itu, pesari digunakan untuk merawat penyakit berkaitan dengan faraj wanita. Disebabkan cara pengambilannya yang mengikut perkara ke-2 yang membatalkan puasa iaitu memasukkan sesuatu objek ke melalui organ terbuka, ianya boleh membatalkan puasa.

3. Supositori dan enema

Supositori dan enema

Seterusnya adalah supositori, sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (rektum). Ubat dalam bentuk ini terdiri daripada bahan aktif (Ubat) dan bahan tidak aktif seperti minyak sayuran dan ‘cocoa butter’, sama seperti ubat pesari. Apabila supositori dimasukkan ke dalam dubur, suhu badan akan membantu untuk mencairkannya, menyebabkan ubat tersebut merebak ke dinding rektum (bahagian akhir usus besar) lalu beransur-ansur akan bertindak. Ubat jenis ini digunakan untuk beberapa tujuan. Contohnya, terdapat Paracetamol dalam bentuk supositori yang berfungsi untuk menurunkan suhu badan dalam jangka masa pendek. Situasi ini dikaitkan dengan keperluan pesakit yang memerlukan kesan ubat yang pantas. Manakala, enema adalah sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam dubur untuk mengeluarkan sisa-sisa, mengosongkan ruangan rektum dan tujuan perubatan yang lain. Diakibatkan mekanisme penggunaan ubat-ubatan ini yang memerlukan pesakit memasukkan ubat ke dalam ruang terbuka, maka pengambilan supositori dan enema boleh membatalkan puasa.

4. Ubat Bius

Ubat Bius

Akhir sekali, ubat bius di mana ianya terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu ubat bius am (general anesthesia), ubat bius setempat (localised anaesthesia), ubat bius serantau (regional anaesthesia) dan ubat penenang (sedative). Ubat ini boleh mengelakkan pesakit daripada merasa sakit atau tidak selesa semasa rawatan diberikan. Ubat bius wujud dalam bentuk gas dan cecair (disuntik atau dimasukkan melalui saluran lain).

Tuan-tuan dan puan-puan, kembali kepada asas iaitu syarat sah puasa, seseorang itu haruslah berakal dan dalam keadaan sedar untuk sah puasanya. Bagi ubat bius serantau dan setempat, pesakit masih berada dalam keadaan sedar. Maka, penggunaan 2 ubat bius ini tidak membatalkan puasa. Manakala bagi bius am dan ubat penenang, ia menyebabkan keadaan pesakit yang dibius disamakan dengan keadaan pesakit yang pengsan.

Terdapat dua keadaan iaitu orang yang dibius separuh hari dan keseluruhan hari, kedua-duanya mempunyai hukum yang berbeza. Hadis riwayat muslim (1151) jelas mengatakan bahawa mereka yang pengsan tidak sedar apa yang berlaku dan tidak melakukan imsak. Akibatnya, mereka dikira sebagai tidak berpuasa dan wajib menggantikannya. Manakala bagi pesakit yang dibius dan pengsan setengah hari, SAH puasanya namun wajib berniat puasa di malam sebelumnya. Perkara di atas merujuk kepada Panduan Penggunaan Ubat Dan Alat-Alatan Perubatan Semasa Berpuasa 2019 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kesimpulannya, kita harus peka dan ambil tahu tentang ubat ubatan yang diambil di samping menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslimin dan muslimat. Dalam kita berpuasa, jangan lupa untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal. Pastikan pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang dari segi pemakanan, pastikan pinggan berbuka puasa anda dilengkapi dengan karbohidrat, protein, dan fiber yang mencukupi. Elakkan pengambilan makanan lemak yang berlebihan kerana ianya boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit lain seperti darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain. Maka semasa membeli makanan di bazaar ramadhan nanti, ingatlah artikel ini dan buatlah pilihan yang sihat. Pastikan anda mengambil 8 gelas air sehari untuk memastikan kita kekal terhidrat sepanjang hari. Akhir kala, anda harus merujuk kepada ahli farmasi dan pegawai perubatan tentang pengambilan ubat-ubatan ini semasa bulan puasa, bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan.

Artikel ini adalah disumbangkan oleh Alpro Pharmacy, sila layari Alpro Pharmacy Malaysia untuk maklumat lanjut.

5/5 - (4 votes)

Anda Mungkin Berminat

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x